"TERIMA KASIH PERDANA MENTERI"
ASSALAMUALAIKUM..
hari nie nak update cerita pasal br1m..
apa tu br1m..?? br1m tu shortform kepada bantuan rakyat 1 malaysia..
mana-mana rakyat malaysia yang masih bujang dan berpendapatan RM 2000 ke bawah sebulan,
layak dapat bantuan RM 250..
rakyat malaysia yang dah bekeluarga dan berpendapatan RM 3000 ke bawah sebulan pulak,
layak dapat bantuan RM 500..
dah faham..?? ok, good.. :)
balik kerja hari isnin hari tu, wawa dah tercongok depan pintu..
bila dia nampak je muka penat aku nie ada depan mata dia,
terus dia cakap, "akakkkkk.. adik ada supriseeeeee.."
tak sempat aku cakap apa, dia tunjuk surat br1m kat aku..
aku senyum lebar je bila tengok surat tu..
yang si wawa pulak dah tersengih-sengih..
sebab dia tau aku nak bagi RM 10 kat dia kalau aku dapat br1m, hihihihi..
*surat yang ditunggu-tunggu..*
esok nya, lepas submit passport kat embassy,
aku & kak dil pergi la survey tempat nak collect br1m tu..
tempat collect kitorang sama, dekat dewan SMK Pandan Mewah..
masa kitorang sampai, punya la panjang orang beratur, dah sampai ke luar kawasan sekolah dah..
nak taknak kena ambik cuti jugak kalau nak pergi collect br1m nie..
bincang punya bincang, aku & kak dil decide, rabu aku cuti, khamis kak dil pulak cuti..
*pemandangan dari jejantas.. masa nie hari selasa pukul 10.30 pagi..
ramai kan..?? huhu..*
nak dijadikan cerita, pagi semalam dengan rajin nya (sebab tau nak dapat duit) aku bangun awal..
selalu pukul 7.50 pagi baru aku terhegeh-hegeh mengeliat nak bangun..
semalam, pukul 7.50 pagi aku dah keluar rumah.. hehe..
*matahari & aku sama-sama keluar.. matahari keluar nak terangkan bumi,
aku pulak keluar nak ambik duit.. hewhew..*
*line clear maaa, very good..*
sampai kat dewan tu lebih kurang pukul 8.15 pagi..
dah ramai orang beratur time tu..
aku pun borak la dengan hati sendiri, "pukul berapa la diorang nie semua datang ek..??"
tapi aku tak kisah sangat la sebab aku lambat sikitttttttt je, hikhik..
still boleh nampak pintu masuk dewan time beratur, ok la tu kan..?? :)
*tak ramai lagi masa aku sampai, hehe..*
kalau nak cerita pasal perangai manusia kat situ, sampai besok pun tak habis..
yang sakit hati ada, kelakar ada.. macam-macam ragam, hehehe..
ganas-ganas betul diorang semalam..
pantang pintu bukak, semua serbu nak masuk..
aku pun apa lagi, dah kau tolak aku, aku tolak la balik..
padan muka.. :P
aku dapat masuk dalam dewan masa pintu dibukak untuk kali ketiga..
dengan kuasa superbonsai yang aku ada, aku main mencelah je..
tup-tup dah selamat ada dalam dewan.. hebat tak..?? hahahahahahaha..
suasana dalam dewan berbeza sangat dengan keadaan kat luar..
kat dalam tu, mendamaikan..... menenangkan.... menyelesakan........
dewan dia besar, so orang tak la crowded sangat..
servis pun cepat sangat.. pukul 9.45 pagi, aku dah settle dapat voucher..
so, it's time to redeem the voucher..!! yeayyyy..!! (^_^)
jom layan gambar-gambar yang sempat aku ambik masa tengah tunggu turn, hehe..
*tak perasan tudung senget sebelah sebab semangat nak ambik duit..
auntie belakang tu elok je menguap kan..?? kuikuikui..*
settle urusan voucher, aku gerak pulak ke bank..
servis kat sini pun cepat sangat..
belum sempat kerusi nak panas, dah settle semua urusan..
serius, aku puas hati sangat dengan servis semua orang semalam..
nie bukan tahap double thumbs tapi million-million thumbs up, wiwiwiwi..
*semua orang jadi ganas sebab sehelai kertas nie..
hebat penangan kau kan kertas.. syabas inspector shahab..*
*fotogedik dengan voucher kejap..
sebelum dia kena serah dekat bank, hehehe..*
*cool sangat BSN nie.. cepat & mesra pelanggan..*
so, itu jela aktiviti aku semalam..
duit br1m tu pun dah selamat aku agih kat mak ayah, ami, wawa, tabung & sikit kat jusco, hihihi..
boring ke entry nie..?? siapa suruh korang baca, kikiki..
apa pun, thanks again untuk kerajaan malaysia atas program nie..
dengar cerita, br1m nie akan go on jugak untuk tahun-tahun depan..
takpe, kalau dapat lagi tahun depan, kita pergi breakfast dulu sebelum beratur k..
nanti takde la orang sebelah dengar anak cacing dalam perut nie merengek lapar..
hehehehehe..
byebye.. ♥
lots of love,
fatin