Weekend nie rakyat Malaysia digemparkan dengan cerita insiden satu kapal terbang Malaysia Airlines yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing hilang secara tiba-tiba selepas dua jam perjalanan. Agak misteri kes nie. Stesen TV pun bercerita benda yang sama, takde masa nak siarkan cerita merapu. Bagus! Every hour ada update pasal kes nie. Sejak aku tahu kes MH370, aku tak jemu-jemu ambik tahu perkembangannya. Tak pernah bosan.
Banyak spekulasi yang keluar. Ada jugak binatang manusia bodoh yang memang bodoh tahap dewa bercakap sesuka hati. Bercakap macam orang tak sekolah. Tak fikir sensitiviti orang langsung. Otak letak kat tapak kaki. Kena pijak, sia-sia je. Huhu.
Semoga semua penumpang dan anak kapal MH370 selamat dimana saja diorang berada sekarang nie. Sama-samalah kita doakan pesawat MH370 dijumpai. Tunggu jelah kesahihan cerita dari mulut orang yang sepatutnya bersuara. Tak payah nak jadi nujum pak belalang versi moden. Kepada Allah kita serah segalanya......
Love,
Nor Fatin Nadhirah