facebook instagram google
  • Travel
  • Recipes
  • Do It Yourself
  • Engagement
  • Wedding
  • Pregnancy
  • Breastfeed Journey

. F A T I N .


Assalamualaikum.

Yara prolonged jaundice sama macam kakak dia. Sebulan lebih baru betul-betul baik. Ulang alik hospital & KK time pantang tak kelakar okay. Paling tak best, hari-hari nurse datang rumah. Timbang berat & cek suhu baby, cek luka jahitan ibu. Selagi anak tak baik kuning selagi tu diorang datang. Prosedur baru kata nurse. Tak sure nurse tempat aku je atau semua KK pun sama.


Dipendekkan cerita, nie result jaundis adik.

Day 6 : 13.4 / 227
Day 7 : 11.2 / 190
Day 8 : 17.2 / 292
Day 9 : 11.2 / 190 
Day 10 : 11.1 / 188
Day 12 : 7.7 / 130
Day 14 : 11.5 / 195
Day 21 : 9.4 / 159

Nota : Bacaan normal  5 / 85 ke bawah.

Hari ke-8 kena tahan wad, bacaan tinggi. Adik memula okay je tidur bawah lampu, 5-6 jam pastu dia buat perangai. Nangis-nangis bila letak bawah benda alah tu. Last-last baringkan dia sebelah aku then dengan aku pun tidur bawah lampu. Panas. Patut la adik nangis, tak selesa. Mengelupas kulit dia. On lampu 24 jam. Yang kelakarnya tali pusat luruh kat hospital. Gelabah kejap ibu cari mana tali pusat jatuh, nasib jumpa! Hihi. Next day bacaan turun, so boleh balik. Bil hospital RM 5.50, warded kat Hospital Tapah.

Kesian sangat masa nie. Semalaman tak pakai baju, mata bertutup.

Hari ke-14, kena ambik sample darah kat tangan. Result darah takde masalah. Hari ke-21 ambik sample darah lagi sekali + sample urine. Alhamdulillah result okay. Adik dikategorikan breastmilk jaundice. Nanti baik sendiri kata doktor. So hari ke-21 tu last cek kuning. Lega hati ibu tak payah ulang alik KK dah & nurse pun tak payah datang rumah tiap-tiap hari. Fuhhhhh.


Aku tanya doktor, sebab aku darah O ke penyebab anak-anak prolonged jaundice? Dia kata tak jugak. Ada je ibu darah O tapi anak takde jaundis. So aku assume maybe cara pemakanan masa pregnant yang mainkan peranan. Makan main belasah je. Konon pregnant kali nie nak jaga makan tapi hampeh!!! Sorry dik. Ibu tewas dengan nikmat dunia. :p


Cerita bab petua, cuba jugak macam Zara dulu. Bagi 5-6 titik anggur hitam tapi tak berkesan. Pastu makcik urut bagi petua sapu bedak sejuk + air cap badak kat seluruh badan. Nanti cepat turun. Memula cuba memang jadi. Dari 11.1 turun 7.7. So aku continue petua tu tapi next check naik balik. Haha. Last-last malas nak buat pape.


Doktor kata jaundis perkara biasa. Baby bawah 14 hari memang kena pantau lebih sebab taknak kuning rosakkan otak. Sebab tu kalau tinggi je bacaan kuningnya, memang wajib duduk bawah lampu. Bila umur baby dah lebih 14 hari, otak dah ada selaput untuk halang kuning sampai otak. Sebab tu diorang test pulak sample darah untuk tengok samada baby ada masalah kesihatan lain. Nie dari apa yang doktor terangkan kat aku.





Assalamualaikum.

Baru sempat nak share kos bersalin Yara di PPUM September lepas. Sapa yang follow blog nie mesti tahu anak sulung aku pun bersalin PPUM (boleh baca sini - KOS BERSALIN DI PPUM (2016). Macam korang tahu, PPUM nie hospital semi-gov. So rate servis dia takdelah mahal macam swasta. Nak bayar macam swasta pun boleh, choose Private Wing. Kat situ boleh pilih doktor & whatsoever. Google sendiri sebab aku tak tahu.


Total kos bersalin adik ialah RM 961.50. RM 500 dah bayar awal as a deposit (aku booking Jun 2019, masa tu deposit masih RM 500), sebelum discharged suami cuma bayar RM 361.50. Harga dah include 2 hari 1 malam di wad, perawatan baby (cucuk vaksin), ubat-ubatan dan lain-lain. Yang best dapat banyak free gift. Kalau terlupa bawak diapers pun takde hal. Aku bersalin normal tanpa ambik apa-apa injection. Pada aku harganya masih berpatutan (walaupun dah naik harga) sebab servis bagus dan persekitaran wad/labor room/hospital memang selesa, cantik dan bersih.


Aku sangat MEMENTINGKAN keselesaan semasa dan selepas bersalin. Sebab tu nak jugak bersalin di PPUM walaupun dah pindah Perak. Maybe ada akan kata, "alaaaa bersalin tempat mahal ke murah sama je sakitnya". Ye betul tapi aku rasa selesa walaupun sakit dengan environment sekeliling dan nurses & doktor yang sangat supportive. Ada bilik bersalin sendiri, toilet sendiri. Tak dengar jiran sebelah jerit sakit yang boleh buat kita jadi seram berjemaah. Tu pada aku la, lain orang lain pendapat. So it's up to you. Just my 2 cents. (^_^)


Paling best nurse kat wad postnatal. Banyak membantu lagi-lagi bab menyusukan anak. Mommies yang tengah survey nak bersalin di PPUM, diharap entry nie boleh beri sedikit rujukan. Boleh la buat anggaran berapa nak simpan bajet. Nasihat aku bajet dalam RM 1500 ke atas untuk kos bayaran, tu untuk bersalin normal la. Kalau c-zer tak sure tapi InsyaAllah masih murah dari hospital swasta.


Sedikit info, ada pernah tanya waktu melawat kanak-kanak boleh masuk wad ke? Jawapannya TAK BOLEH. Kanak-kanak boleh naik tapi sampai kaunter nurse di lobi wad je. Macam haritu sebab nak jumpa Zara, ibu & adik yang kena ke lobi wad. Deposit tempahan bersalin dah naik RM 1000 starting Ogos 2019. Yang dah booking tapi tak jadi bersalin PPUM, duit deposit boleh refund dengan syarat tunjuk bil hospital tempat korang bersalin. Berapa lama tempoh nak dapat balik refund, tak sure. Tanya hospital sendiri ye. Okay la, tu je dulu perkongsian kali nie. Thanks for reading guys. Bye! 

Suami azankan anak dalam labor room.

First time Zara jumpa adik (nie kat lobi wad postnatal).

Bergambar kenangan sebelum discharged.

 Thank you PPUM for your good services. Anak no 3 nanti sis nak cuba hospital lain pulak. Nak try new experience. Kalau tak okay, anak no 4 sis kembali ke sini ye. Hihi.



Assalamualaikum ♥

Sekarang ada hashtag baru, #ZaraYara. Sebelum terlupa meh nak share pengalaman mengandungkan dua puteri kesayangan nie. Dua pengalaman berbeza. Simpan sini sebagai rujukan. Mana tahu boleh baca dan compare kan pulak untuk anak ketiga nanti. Kalau dapat biarlah baby boy. Suami nak pewaris keturunan. Aminnnn, semoga dimakbulkan tapi lagi 3 tahun la. :p


1. BERAT BADAN

ZARA : Memula mengandung berat 50 kg. Last timbang sebelum bersalin 68 kg. Total weight gain : 18 kg. Habis pantang berat 53 kg, turun 15 kg.

YARA : Memula mengandung berat 51 kg. Last timbang sebelum bersalin 68 kg. Total weight gain : 17 kg. Habis pantang berat 56 kg, turun 13 kg.



2. ALAHAN

ZARA : Muntah 3 kali je sepanjang mengandung. Sebulan sekali masa 1st trimester. Yang kelakarnya tiap bulan warna muntah berbeza. 1st warna putih, 2nd warna kuning, 3rd warna purple. Hahaha. Dok curious next month nak muntah warna apa pulak. Tengok-tengok tak muntah dah. Gosok gigi mesti loya. Tak suka makan ayam (1st trimester). Lain-lain alahan takde.

YARA : Alahan agak teruk. Mual sepanjang masa. Melepekkkk. Hobi cium limau kasturi. Muntah pun kerap, tak terkira. Demam masa mengandung 2 bulan. Masa tu dok fikir mesti baby boy tapi yang keluar tetap "burger". Hahaha. Gosok gigi pun loya. Tak suka makan seafood (1st trimester).



3. EMOSI

ZARA : Kuat sentap, kuat nangis. Suami tak usap perut pun nangis!! Sapa cari pasal, siap la kena sembur balik. Cukup menyampah tengok muka suami. Tengok dia tidur pun jadi marah. Hehe. Tapi masa nie memang sangat dimanjakan. Nak pergi ofis pun suami hantar. Start tahu pregnant, takde bawak kereta ke mana-mana.

YARA : Emosi stabil. Tak menyampah tengok suami. Happy je. Cuma sebulan sebelum deliver (masa duduk rumah mertua) malam-malam selalu nangis rindukan suami. Hehehe. More berdikari. Dah sarat pun relaks je bawak kereta. :p




4. SAIZ PERUT & PERGERAKAN BABY


ZARA : 5 bulan baru nampak baby bump. Tapi lepas dah start nampak, bagai dipam-pam tumbesarannya. Haha.. Perut besar. First rasa baby tendang masa 19-20 weeks. Zara jenis tendang manja-manja. Jarang rasa senak bila dia kick. Lembut je.

YARA : 3 bulan dah nampak baby bump. First rasa baby tendang pun awal, 17 weeks. Yara agresif dalam perut. Sangat responsive. Bila kita tekan perut, dia balas balik. Bukan biasa-biasa dia bagi. Padu! Ligat semacam. Pastu suka giler senget-sengetkan perut ibu.


5. PEMAKANAN

ZARA : Cukup berhati-hati bab makan. Yelah trauma sebab pernah ada history keguguran & 1st baby katakan. Apa artikel/orang cakap jangan makan, memang aku tak makan langsung. Takut! Paranoid. Suka minum ais sampai kena keputihan teruk.

YARA : Semua benda aku makan. Yang dulu konon tak boleh makan semua bedal. Cukup suka makan durian (kebetulan masa tu musim durian). Alhamdulillah nothing happened. Tiap hari wajib minum air milo. Huhu.


Itu jelah serba sedikit yang aku ingat. Rindu nak tengok perut berombak, baby siku sana sini, baby sedu. Hihi. Ibu sayang anak-anak ibu dunia akhirat. Semoga Eidzara Azzalea & Eliyara Addalea membesar dengan sihat dan sempurna. Sentiasa disayangi dan menyayangi orang sekeliling dan berbakti kepada semua. Aminnn.....


Love,
Nor Fatin Nadhirah

Assalamualaikum ♥

Kitorang laki bini decide nak “matchy-matchy” kan nama adik dengan kakak dia. Actually tak plan nak wajibkan pangkal E & A kat nama anak. Tapi bila dah dua beradik nie pangkal EA, maknanya next baby kena #BabyEA jugak la (kalau baby girl). Baby boy bukan #BabyEA sebab ibu dah ada simpan nama. Rahsiaaaaa.... Hihi.


Nama (Yara) pilihan aku. Unik. Jarang dengar orang nama Yara. Dapat nama tu lepas study habis buku nama-nama islam. Jenuh cari nama seakan-akan Zara. Okay, jumpa dan terus locked! Suami tanya banyak kali betul ke nak letak Yara nie? Aku rasa dia pelik dengan nama tu. Haha. Yessss!!! Muktamad!!! Jangan ditanya-tanya lagi!!! Maksud Yara (arabic name) : kupu-kupu kecil.


Tugas suami pilih nama kedua. Dia kerja keras sikit cari nama yang sesuai dipadankan dengan nama Yara. Lama jugak tunggu kata putus dia, sampai nak dekat due baru dapat. Haha. Dia jumpa nama Adalia kat mana entah, dia ada cakap tapi lupa. Okayyy, not bad. Tak sangka nama seakan-akan Azzalea. Kitorang ubah ejaan Adalia jadi Addalea. Maksud nama Addalea (english name) : mulia.


So, it’s Yara Addalea. Okay. Tapi kannnn...


Dah alang-alang sebijik sangat nama dua beradik tu, kitorang pun decide nak letak pangkal E kat adik. Ingat nak pusing-pusing abjad je EID (nama Zara) jadi EDI (untuk adik) tapi aku reject. Cari punya cari, dapat nama Eli. Maksud Eli (english name) : ditinggikan (ascent). 


Maka terhasillahhhhh nama ELIYARA ADDALEA.


Maksud nama adik ialah DITINGGIKAN KUPU-KUPU KECIL MULIA. InsyaAllah, semoga akhlak dan perwatakan adik selari dengan maksud nama dia. Aminnnnn.. Sebaik-baiknya cari nama yang ada maksud. Tak kisah la nama arabic, english, malay, hindi ke apa asalkan maksudnya elok, takde masalah pun.


FUN FACT 1 : Due date adik jatuh pada Hari Malaysia (16 September). Aku pernah la pasang angan-angan nak relate kan nama adik dengan peristiwa bersejarah tu. Nak letak MALA AYESHA (inovasi ejaan MALAYSIA) tapi suami reject. Haha. 


FUN FACT 2 : Masa adik warded jaundis, suami terperasan satu nama budak nie dan dia berkenan. Tak silap EZZAELYANA (lupa ejaan sebab nama budak tu memang susah nak eja). Dia nak tukar jadi EZZAELYARA. Dok provoke hari-hari suruh tukar. Sampai saat dia nak daftar nama kat JPN, aku berdebar-debar tunggu dia balik. Nak tengok register nama mana satu. Tengok surat beranak, fuhhhhhh nasib baik daftar nama ELIYARA. Hihihi.



Love,
Nor Fatin Nadhirah
Newer Posts
Older Posts

LET’S BE FRIENDS

ASSALAMUALAIKUM


Hello, There!

Wife to Muhammad Idzat Syazwan.

Ibu to Eidzara Azzalea & Eliyara Addalea.


Find More



Blog Archives

  • ►  2020 (14)
    • ►  June (1)
    • ►  April (4)
    • ►  March (5)
    • ►  February (1)
    • ►  January (3)
  • ▼  2019 (43)
    • ►  December (4)
    • ▼  November (4)
      • KISAH PROLONGED JAUNDICE YARA
      • KOS BERSALIN ANAK KEDUA DI PUSAT PERUBATAN UNIVERS...
      • PENGALAMAN MENGANDUNGKAN #ZARAYARA
      • KISAH DISEBALIK NAMA ELIYARA ADDALEA
    • ►  October (2)
    • ►  September (3)
    • ►  August (5)
    • ►  July (11)
    • ►  June (3)
    • ►  May (4)
    • ►  April (4)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2018 (42)
    • ►  December (3)
    • ►  November (5)
    • ►  October (9)
    • ►  September (4)
    • ►  August (4)
    • ►  July (7)
    • ►  June (3)
    • ►  May (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (36)
    • ►  December (2)
    • ►  October (1)
    • ►  September (6)
    • ►  August (10)
    • ►  July (6)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2016 (42)
    • ►  December (4)
    • ►  November (6)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (5)
    • ►  June (4)
    • ►  May (4)
    • ►  April (3)
    • ►  March (6)
    • ►  February (3)
  • ►  2015 (47)
    • ►  October (3)
    • ►  September (3)
    • ►  August (6)
    • ►  July (6)
    • ►  June (3)
    • ►  May (2)
    • ►  April (5)
    • ►  March (3)
    • ►  February (7)
    • ►  January (9)
  • ►  2014 (44)
    • ►  December (4)
    • ►  November (2)
    • ►  October (5)
    • ►  September (4)
    • ►  August (5)
    • ►  July (5)
    • ►  June (4)
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (3)
    • ►  January (8)
  • ►  2013 (44)
    • ►  December (4)
    • ►  November (5)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (5)
    • ►  July (10)
    • ►  June (7)
    • ►  May (1)
    • ►  April (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2012 (29)
    • ►  December (3)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (4)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (6)
    • ►  April (7)
    • ►  March (3)

Labels

  • #BFJourney
  • #Checklist
  • #DIY
  • #Izadaten
  • #Majlis
  • #Malaysia
  • #Others
  • #Pregnancy
  • #Raya
  • #Recipes
  • #World
  • #Yara
  • #Zara
  • #ZaraYara

Created with by BeautyTemplates | Distributed by blogger templates