facebook instagram google
  • Travel
  • Recipes
  • Do It Yourself
  • Engagement
  • Wedding
  • Pregnancy
  • Breastfeed Journey

. F A T I N .


Assalamualaikum ♥

Berat terlebih 2 kg uolss. Dari 53.3 kg ke 56 kg. Itulahhhh happy sangat berat naik sikit bulan lepas, sekali hambekkk kau! Tak pasal kena check BP 2 kali seminggu. Nurse tak bagi check kat farmasi sebab diorang nak check BP + urine. Zara dulu takde pulak check urine, tu pasal boleh check kat farmasi. Ingatkan pregnancy kali nie terlepas tapi kena jugak. Hmmmm, apa boleh buat. Terpaksalah #redha sekali lagi. Adoii.


Walaupun berat sangkut, yang lain semua okay. HB (11.8), tekanan darah, check perut, result darah semuanya normal. Nurse takde check degupan jantung baby. Nurse tanya dah rasa baby gerak ke? Alhamdulillah, dah rasa. Adik agak aktif dan cepat rasa berbanding Zara. Zara dulu 20 weeks sikit-sikit je rasa dia gerak. Adik kerap sangat rasa. Kuat pulak tu. Baby boy kotttttt?? Hahaha. Entah la. Tak check gender lagi. Of course mengharapkan baby boy lepas dah ada anak perempuan tapi kalau girl lagi, ibu okay je. Asalkan sihat dan sempurna.


Oh ya, result air gula pun dah tahu. Alhamdulillah, normal. Patutnya repeat masa 28 weeks tapi sebab isu terlebih berat nie, doktor bagitahu nurse kena minum awal, masa 24 weeks. So next check-up la kena minum. Huhu. Aku on je, dengan harapan semuanya berjalan lancar. Aminnnnn.....


Harini bawak Kakak Zara sekali ke KK. Dan sudah semestinya drama air mata masa ibu kena cucuk amik darah berlaku. Hati tisu betul Zara nie tau! Tak boleh ibu sakit sikit. Dia pulak yang over. Okay la, sampai sini dulu. Membesar dengan sihat dan sempurna anakku. Ibu, Ayah, Kakak Zara sayang adik. ♥


Love,
Nor Fatin Nadhirah

Assalamualaikum ♥

Saat entry nie ditulis, dah 2 minggu Zara wean-off. Perasaannya alahaiiii.... Sedih. Tapi ada bagusnya untuk kebaikan adik dia dalam rahim nie. Sebelum pregnant lagi dah plan nak wean-off kan si manja sorang nie. Dari umur dia 2 tahun. Macam-macam cara buat tapi tak berjaya. Dapat tahu pregnant, lagi aku usaha nak wean-off sebab risaukan kandungan. Kalau ikut kata nurse selagi takde rasa sakit perut or pendarahan, takde masalah nak continue breastfeed. Okay lahhhh. Dalam hati doa jelah supaya kedua-dua anak aku (Zara & adik) terpelihara.


Cuma aku perasan sejak mengandung Zara dah kurang menyusu. Boleh kira dalam sehari tu. Siang ada la 1-2 kali. Malam memang kena bagi, supaya dia boleh tidur. Selalu terfikir macam mana la nak tinggal dia time deliver nanti? Huhu. Allah Maha Kuasa. Masuk usia kandungan 4 bulan, tetiba Zara taknak menyusu. On the spot! Takde bagi hint. Padahal malam sebelum elok je dia menyusu. Aku pulak naik risau. Kita bagi dia tolak. Eh ibu nie!!! Tadi dia beria nak wean-off, pastu dia yang tak boleh terima hakikat.


2 tahun 8 bulan menyusukan Zara. Bila fikir balik takpelahhhh. Dah lebih dari usia sepatutnya pun dia menyusu badan. Mak kata maybe rasa susu dah lain. Or kata lain, susu nie bukan susu dia dah tapi susu adik. Susu tepung dia taknak. Harapkan susu HL je.


Entry nie ibu dedikasikan khas untuk puteri kesayangan ibu, Eidzara Azzalea. Terima kasih sebab jadi partner yang best. Macam-macam kita lalui sepanjang journey nie. Of course ibu akan rindu moment kita. Ibu halalkan setiap titik susu ibu yang Zara minum. Semoga jadi anak solehah dan yang baik-baik saja untuk Zara. Ibu sayang Zara. Sayang hingga akhir nyawa.



Love,
Nor Fatin Nadhirah


Assalamualaikum ♥


Harini kena minum air gula. Start 10 malam semalam dah puasa. Appointment pukul 8 pagi. Ambik darah, pastu kat situ jugak nurse bancuh air gula pastu terus kena minum. Minum secara individu depan nurse okayyy.. Manisnya air gula kat sini. Rasanya ada 6 kali teguk baru habis. Nasib baik takde rasa loya ke apa, cuma asyik sendawa je. Haha. Settle minum, kena bawak sampel darah tadi ke makmal then tunggu 2 jam untuk cucuk lagi sekali.




After 2 jam yang sendu, ambik darah lagi sekali. Then hantar sampel darah kedua ke makmal then boleh balik. Oh ya, harini tak bawak Zara. Dia tidur, malas nak kejut. So takdelah drama airmata untuk episod kali nie. Result dapat tahu next check-up. Hopefully okay dan normal. Nurse kata kalau normal, kena repeat minum air gula masa kandungan 28 minggu. Ohhhh, biarlah minum kali kedua pun janji result cantekkkkk.




Semoga membesar dengan sihat dan sempurna anakku. Ibu, Ayah, Kakak Zara sayang adik. ♥




UPDATED 29 APRIL 2019



Result ujian MGTT
Sebelum : 4.1 mmol/L
Selepas : 5.4 mmol/L



Normal, Alhamdulillah. (^_^)




Love,
Nor Fatin Nadhirah

Assalamualaikum ♥

Check-up time!! Memula ambik darah. 2 kali kena cucuk. Sama macam haritu, darah taknak keluar. Haihhhhh. Zara dah meleleh airmata tengok ibu kena cucuk. Drama airmata lagi. Banyak jugak nurse sini ambik darah. Seingat aku masa check-up pregnantkan Zara, nurse cucuk kat hujung jari dan letak sampel darah kat mesin apa ntah then keluar result HB. Kat sini lain pulak. Result darah bukan setakat HB je. Macam-macam result lagi, siap graf bagai. Lebih details. Faham tak faham je nak baca.


Result HB (11.5), urine, darah, tekanan darah semuanya okay. Alhamdulillah. Nurse check perut, katanya dah rasa ketulan. Aku tanya ketulan apa. Dia kata ketulan baby. Nurse tanya dah rasa baby gerak ke? Belum. Awal lagi kot. Zara dulu 18-19 weeks baru rasa, tu pun sikit-sikit. Nurse takde pulak check degupan jantung baby. Next check-up kot.


Berat? Dari 51 kg ke 53.3 kg. Naik 2.3 kg. Haha. Nurse tak bising. Dia kata setakat extra 1 kg takpe lagi. Eh, camtu pulak ek? Apa pun kena kawal jugak. 18hb April nie kena minum air gula. Hopefully semuanya okay.


Membesar dengan sihat dan sempurna anakku. Ibu, Ayah, Kakak Zara sayang adik. ♥


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Newer Posts
Older Posts

LET’S BE FRIENDS

ASSALAMUALAIKUM


Hello, There!

Wife to Muhammad Idzat Syazwan.

Ibu to Eidzara Azzalea & Eliyara Addalea.


Find More



Blog Archives

  • ►  2020 (14)
    • ►  June (1)
    • ►  April (4)
    • ►  March (5)
    • ►  February (1)
    • ►  January (3)
  • ▼  2019 (43)
    • ►  December (4)
    • ►  November (4)
    • ►  October (2)
    • ►  September (3)
    • ►  August (5)
    • ►  July (11)
    • ►  June (3)
    • ►  May (4)
    • ▼  April (4)
      • PREGNANCY JOURNEY 2.0 : CHECK-UP @ KKIA (20 WEEKS)
      • BREASTFEED JOURNEY : ZARA DAH WEAN-OFF
      • PREGNANCY JOURNEY 2.0 : MINUM AIR GULA @ KKIA (18 ...
      • PREGNANCY JOURNEY 2.0 : CHECK-UP @ KKIA (16 WEEKS)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2018 (42)
    • ►  December (3)
    • ►  November (5)
    • ►  October (9)
    • ►  September (4)
    • ►  August (4)
    • ►  July (7)
    • ►  June (3)
    • ►  May (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (36)
    • ►  December (2)
    • ►  October (1)
    • ►  September (6)
    • ►  August (10)
    • ►  July (6)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2016 (42)
    • ►  December (4)
    • ►  November (6)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (5)
    • ►  June (4)
    • ►  May (4)
    • ►  April (3)
    • ►  March (6)
    • ►  February (3)
  • ►  2015 (47)
    • ►  October (3)
    • ►  September (3)
    • ►  August (6)
    • ►  July (6)
    • ►  June (3)
    • ►  May (2)
    • ►  April (5)
    • ►  March (3)
    • ►  February (7)
    • ►  January (9)
  • ►  2014 (44)
    • ►  December (4)
    • ►  November (2)
    • ►  October (5)
    • ►  September (4)
    • ►  August (5)
    • ►  July (5)
    • ►  June (4)
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (3)
    • ►  January (8)
  • ►  2013 (44)
    • ►  December (4)
    • ►  November (5)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (5)
    • ►  July (10)
    • ►  June (7)
    • ►  May (1)
    • ►  April (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2012 (29)
    • ►  December (3)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (4)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (6)
    • ►  April (7)
    • ►  March (3)

Labels

  • #BFJourney
  • #Checklist
  • #DIY
  • #Izadaten
  • #Majlis
  • #Malaysia
  • #Others
  • #Pregnancy
  • #Raya
  • #Recipes
  • #World
  • #Yara
  • #Zara
  • #ZaraYara

Created with by BeautyTemplates | Distributed by blogger templates