facebook instagram google
  • Travel
  • Recipes
  • Do It Yourself
  • Engagement
  • Wedding
  • Pregnancy
  • Breastfeed Journey

. F A T I N .

Assalamualaikum ♥


Dah berzaman aku pergi trip nie, baru sekarang la terhegeh-hegeh nak update. Better late than never. Right peopleeeeeeeeee?? Heh. Jom la aku kongsi sikit pengalaman dan sejarah tempat kat sana. Kalau ingat lagi laaa, kikiki. Tak ingat tu maafkan jelah. Nama pun otak manusia, bukan hard disc. :p


Perjalanan dari Kuala Lumpur terus ke Abu Dhabi. Perjalanan ambil masa 8 jam. Masa pergi, aku naik Jet Airways. Selesa jugak seat dia, siap ada stand untuk kepala lagi. So, takde istilah la nak terlentok-lentok manja kat bahu member/pakwe/suami. No romantic scene okay!!!! (^_^) Sampai Abu Dhabi International Airport, aku terus gerak ke Dubai. Perjalanan ambik masa dua jam. Cerita pasal Dubai, nanti aku story k.


*Kenangan di Abu Dhabi International Airport.*

Tempat pertama aku pergi kat Abu Dhabi, Masjid Sheikh Zayed. Seriussssss, masjid nie sangat-sangat cantik!! Binaan dia unik. Masa dari dalam bas lagi aku perati je masjid nie. Sebabkan aku p****d time tu, tak boleh la nak masuk sampai ke dalam. Kawan aku kata kat dalam lagi la cantik. Ralat betul rasanya tak dapat solat dan tengok dalam masjid. Tapi takpelah, mana tau ada rezeki pergi lagi. Kan b? Hikhik.



Untuk makluman korang, kalau nak bergambar kat sekitar masjid, tolong jaga perangai. Jangan pose gedik nak mampos. Sebab ramai guard (atau polis bantuan, aku tak sure pulak) yang jaga kawasan masjid. Dorang tak kasi bergambar dengan aksi bukan-bukan sebab nak jaga kehormatan masjid. Contoh macam hari tu, aku tolong tangkap gambar member aku. Dia buat peace je pun, terus orang tu datang kat kitorang pastu suruh aku delete gambar tu depan mata dia. So beware okay!

 *Nampak tak kitewww behave je kat sini. Heh.*


*Nie kat pintu masuk masjid. Cantik kan?*

Next, aku ke Ferrari World Theme Park. Bagi aku tempat nie takdelah best mana. Sapa minat kereta Ferrari, maybe diorang excited la kot. Kereta Ferrari yang diorang pamer macam-macam jenis. Aku tak reti sangat bab-bab kereta nie. Games dia pun biasa-biasa je. Aku sempat main satu games je. Games 4D yang menarik. Speed of magic. Terjerit jugak la dalam tu sebab gedik terkejut. Hahahaha. Budak-budak ofis semua excited nak main outdoor roller coaster tapi hampa sebab ribut pasir. Iolsss tak terasa pun sebab sedar diri nie bakal pengantin, taknak bahayakan diri. Hikhik.

 



So far, Abu Dhabi nie okay la. Tak best sangat, tak bosan sangat. Lite-lite je perasaan dia, hehe. Tapi satu je kena tahan kat sini. Suhu memang sangat panas. Air nak mandi pun panas tau tak! Pakai water heater, adjust air paling sejuk pun tetap rasa panas. Huhu. Masa aku pergi hari tu, suhu cecah sampai 41'C. Panas ya amat walaupun berangin. For your information, Abu Dhabi dikelilingi pantai sebab tu panas terik. :'(


Next entry aku story pasal Dubai pulak okay. It's more fun than Abu Dhabi babe. Tungguuuuuuuuu tau. (^_^)


p/s : Semoga adik akak cepat pulih dan sihat. Akak rindu Ami.


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum ♥


Serius, nak cari cincin lelaki memang payah. Kena pulak encik tunang aku jenis teliti dalam memilih, lagi la payah. Huhu. Sebelum pergi beli, puas aku google pasal cincin lelaki. Macam-macam jenis ada. Suasa, platinum, perak, palladium, stainless steel. Pening kepala otak aku. Hmmm....


Aku start survey kat Diamoney. Tak banyak pilihan. Cincin kat situ perak bersadur platinum (kata promoter tu la). Range harga RM 200++ ke atas. Encik tunang macam tak berkenan langsung dengan pilihan kat situ. So, kitorang pun blah. Hikhik...


Next, kitorang ke Emas Sri Pinang. Kat sini memang banyak sangat pilihan. Cincin dia jenis palladium. Nak bertatah berlian ada, nak zircon pun ada. Ada koleksi teruna, harga fixed RM 899. Memang cantik tapi overbudget. Hehe. Pilih punya pilih, encik tunang jumpa jugak cincin dia. Dan kena dengan budget aku. Lega. Hikhik. :p


Ada jugak aku google hari tu, kebanyakan B2B beli cincin kat Bausch K. Tak silap aku cincin kat situ jenis stainless steel. Kan? Aku tak minat sangat cincin jenis stainless steel. Tak nampak ekslusif. Waaaahhh gitu. Jangan terasa pulak ye. Semua depends on diri sendiri kan. Hehe.


So, dengan itu pencarian cincin untuk bakal suami aku dah selesai. Yeay!! Alhamdulillah. (^_^)



Love,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum ♥


Majlis dah lama, 31 Ogos lepas. Hari nie baru dapat update. Macam tahun-tahun sebelumnya, family aku mesti celebrate birthday Izz. Dan ini kali pertama kami adakan majlis untuk Zandra a.k.a Dikya Mokmok.


Majlis start daripada pagi. Pagi tu buat dulu majlis cukur jambul Dikya. Kesian Dikya, asyik kena picit je pipi dia dengan makcik-makcik marhaban. Hehe. Tapi Dikya behave sangat. Langsung tak nangis masa majlis. Masa makcik marhaban gunting rambut & kasi minum air pun, relaks jeeee dia. Beza dengan Izz dulu. Hikhik...


Lepas Zohor, baru kitorang sambung buat birthday party Izz. Mummy dia semangat setup meja kek jadi candy-booth. Tema birthday Izz kali nie Spiderman. Macam-macam. Dah minat Spiderman pulak sekarang. Hehehehe. Ibu rasa macam kejap jee budak kecik nie dah 3 tahun. How time flies so fast.....


Dah takde apa nak cerita. Layan gambar je okay.















Ibu sayang Izz & Zandra 200%, hewhew. :p


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum.


Dalam tengah sibuk uruskan hal perkahwinan aku, keluarga kami diuji. Satu-satunya adik aku accident malam Jumaat lepas. Sampai sekarang, dia masih ada di wad ICU. Tak sedar sepenuhnya. Hanya separuh sedar.


Hari-hari aku bagi semangat pada dia. Aku selalu cakap, akak nak Ami ada masa akak kahwin nanti. Ami kena cepat sihat. Dia dengar walaupun dia tak bukak mata. Hanya air mata dia yang keluar. Sedih tak terkata tapi aku tahan. Aku usaha untuk kuatkan hati.


Aku tahu Ami kuat. Dia dah buktikan tadi. Aku nampak dia berusaha untuk bagi respond. Aku nampak. Semoga Ami tetap kuat semangat. Akak dan keluarga kita sentiasa tunggu Ami. Akak dan keluarga kita sentiasa doakan yang terbaik untuk Ami.


Sesiapa yang terbaca atau terbukak blog nie, mohon doakan Ami. Hanya ALLAH SWT saja mampu balas jasa kamu semua. Terima kasih.


Akak sayang adik akak selamanya.


Hari nie jugak hari lahir ayah. Akak sayang ayah. Akak sayang keluarga kita. Selamat hari lahir ayah.


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Newer Posts
Older Posts

LET’S BE FRIENDS

ASSALAMUALAIKUM


Hello, There!

Wife to Muhammad Idzat Syazwan.

Ibu to Eidzara Azzalea & Eliyara Addalea.


Find More



Blog Archives

  • ►  2020 (14)
    • ►  June (1)
    • ►  April (4)
    • ►  March (5)
    • ►  February (1)
    • ►  January (3)
  • ►  2019 (43)
    • ►  December (4)
    • ►  November (4)
    • ►  October (2)
    • ►  September (3)
    • ►  August (5)
    • ►  July (11)
    • ►  June (3)
    • ►  May (4)
    • ►  April (4)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2018 (42)
    • ►  December (3)
    • ►  November (5)
    • ►  October (9)
    • ►  September (4)
    • ►  August (4)
    • ►  July (7)
    • ►  June (3)
    • ►  May (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (36)
    • ►  December (2)
    • ►  October (1)
    • ►  September (6)
    • ►  August (10)
    • ►  July (6)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2016 (42)
    • ►  December (4)
    • ►  November (6)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (5)
    • ►  June (4)
    • ►  May (4)
    • ►  April (3)
    • ►  March (6)
    • ►  February (3)
  • ►  2015 (47)
    • ►  October (3)
    • ►  September (3)
    • ►  August (6)
    • ►  July (6)
    • ►  June (3)
    • ►  May (2)
    • ►  April (5)
    • ►  March (3)
    • ►  February (7)
    • ►  January (9)
  • ▼  2014 (44)
    • ►  December (4)
    • ►  November (2)
    • ►  October (5)
    • ▼  September (4)
      • TRIP KE ABU DHABI
      • WEDDING PREPARATION : CINCIN NIKAH LELAKI
      • MAJLIS CUKUR JAMBUL ZANDRA & IZZ 3RD BIRTHDAY PARTY
      • DUGAAN-MU YA ALLAH
    • ►  August (5)
    • ►  July (5)
    • ►  June (4)
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (3)
    • ►  January (8)
  • ►  2013 (44)
    • ►  December (4)
    • ►  November (5)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (5)
    • ►  July (10)
    • ►  June (7)
    • ►  May (1)
    • ►  April (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2012 (29)
    • ►  December (3)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (4)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (6)
    • ►  April (7)
    • ►  March (3)

Labels

  • #BFJourney
  • #Checklist
  • #DIY
  • #Izadaten
  • #Majlis
  • #Malaysia
  • #Others
  • #Pregnancy
  • #Raya
  • #Recipes
  • #World
  • #Yara
  • #Zara
  • #ZaraYara

Created with by BeautyTemplates | Distributed by blogger templates