facebook instagram google
  • Travel
  • Recipes
  • Do It Yourself
  • Engagement
  • Wedding
  • Pregnancy
  • Breastfeed Journey

. F A T I N .

Assalamualaikum ♥

Memandangkan tempat nie tengah viral, jom kita try test tengok macam mana pegi nyeee. Baru buka awal November 2018. Aku gi haritu weekdays. Takde orang. Kalau gi weekend, mesti ramai sebab tengah viral katakooo.. Harga tiket RM 10/adult dan RM 5/child. OKU masuk percuma.


Kebanyakkan prop guna barangan terpakai (recycle) seperti tayar, tin, palet kayu dan sebagainya. Yang menarik rumah terbalik (actually rumah nie toilet) dan rumah barangan antik. Ada disediakan tempat rehat untuk lepak-lepak. Ada jugak tempat mandi tapi berbayar la. Mandi dalam pool tub yang boleh beli kat pasaraya, kecik cinonet je. Sejam RM 10 pulak tu. Mahal. Baik beli sendiri pastu mandi kat rumah. Oopss!! Hehe. Overall, nak kata best sangat takdelah. Dan pendapat aku, harga tiket agak mahal kalau nak compared dengan apa yang ada. Apapun, datang sendiri baru tahu. Lain orang lain pendapatnya. This is just my 2 cent. (^_^)


Okay laaa, jom layan gambar. Dah nama pun pegi tempat port bergambar, wajib la entry penuh gambar. Hihihi... :p




















*Port lepak.*

*View NIS Land dari tempat lepak.*

Dalam pada tak best tu banyak jugak gambar. Kikiki. Paling enjoy Zara sebab bebas ke sana sini. Takde orang boleh la tunjuk lagak. Cer ramai orang, melekat je kat kaki ibu. Hahaha. NIS Land Langkap, checked! Repeat? Maybe NOT. Thank you. (^_^)


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum ♥

First time nak try buat kuih cara. Bila tengok or makan kuih nie, automatik teringat arwah opah. Dulu dia suka buat kuih cara sampaikan kuih nie jadi salah satu kuih favourite aku. Tak sempat belajar resepi dengan arwah. Menggunakan teknologi yang ada, kita googleeee jelahhhhhh.


Bahan-bahan
Tepung gandum (1 cawan)*
Telur (1 biji)*
Air pandan (1 cawan - kisar daun pandan + air dan tapis)*
Minyak masak (3 sudu besar)*
Santan (1/2 cawan)*
Garam (secukup rasa)*
Pewarna hijau*
Gula (untuk inti kuih)
Minyak + daun pandan (untuk sapu loyang kuih)

Campur semua bahan bertanda * dan blend halus. Pindahkan ke bekas yang mudah nak tuang seperti jug kecil or apa-apa jelah. Pastikan bancuhan tak terlalu cair. 


Panaskan acuan loyang. Sapu acuan dengan minyak masak menggunakan daun pandan (bau lebih wangi). Sapu sikit-sikit je supaya bancuhan tadi tak melekat kat loyang. Tuangkan bancuhan ke dalam loyang dan biar sekejap. Bila bahagian tepi dah masak, baru masukkan gula. Lagi banyak gula lagi sedap. Haritu aku try buat gula sikit vs gula banyak, gula banyak lagi sedap. Hehehe. Tutup loyang dengan tudung periuk. Dah masak boleh la angkat dengan berhati-hati. Nak start baru, kena sapu lagi loyang dengan minyak. Sapu setiap kali nak buat baru.


Alhamdulillah, jadi jugak kuih cara manis. Sesuai untuk minum petang or bila-bila masa je. Zara dan suami suka betul. Hihi. Next time boleh buat lagi. (^_^)



Love,
Nor Fatin Nadhirah

Sambungan Part 1 & Part 2

Fuhhh. Marathon nie. Haha. Mood rajin menaip. Balik dari Pulau Samosir, teruskan perjalanan ke Brastagi. Dari Parapat ke Brastagi dalam 4 jam. Singgah Bukit Simarjarunjung pekena pisang goreng dan teh halia. Boleh tengok keindahan Lake Toba dari sini. Depan kedai tu ada port untuk bergambar. Tiap port kena bayar 5,000 IDR. Tak cantik sangat kat situ. Ada tempat lain lagi menarik. Boleh kata sepanjang jalan kat Bukit Simarjarunjung ada je port bergambar nie. Kitorang miss ke Air Terjun Sipiso-piso sebab dah gelap. Huhuhu. Takde rezeki.



*Zara gayat. Hahaha.*


*Berlatarbelakangkan Lake Toba.*

*Cuaca best je, sejuk.*


*Keindahan Lake Toba dari Bukit Simarjarunjung.*

Jalan ke Brastagi sempit gila. Dah la lalu kawasan bukit. Berliku-liku lagi. Bas bawak boleh tahan laju. Banyak lalu kawasan pertanian macam ladang kopi, buah oren dan sayur-sayuran. Nanti perasan kat kebun tetiba ada kubur. Tu kubur orang tua keluarga. Diorang wasiatkan mesti kebumi kat tanah diorang sebab taknak anak cucu jual tanah kat orang lain. Sama konsep macam kat Vietnam dulu.

*Seronok ek kena ambik gambar. Haha.*

Check-in Green Garden Hotel di Brastagi. Hotel lama tapi okay la. Wifi kat lobby je, tu pun asyik sangkut. Hehe. Brastagi nie lebih kurang macam Cameron Highlands. Sejuk. Kawasan tanah tinggi. Hotel pun takde air-cond. Esoknya pagi lagi dah singgah Pasar Buah. Shopping kat sini best. Murah. Buah, sayur, bunga, baju, souvenir semua ada. Kuda pun ada. Harga pusing Pasar Buah (30,000 IDR), pusing taman kuda (50,000 IDR) dan nak tangkap gambar saja (10,000 IDR). Aku tangkap gambar je sebab Zara takut. Tu pun dah meraung atas kuda. Haha. Kesian anak ibu.

*Sebelum check-out, bergambar dulu.*


*Buah pisang kaki.*


*Kuda nie nama Aishah.*

Teruskan perjalanan ke bandar Medan. Dalam 2 jam setengah perjalanan. Sampai Medan nak melawat Istana Maimun tapi tutup pulak. Ada acara. Huhu. Melepas lagi. Baru berangan nak jadi puteri medan. Sabar jelah. Pastu gi Pasar Ikan. Kedai banyak tutup sebab hari Ahad. Kat sini banyak jual kain pasang, kain batik, telekung, kain lace. Boleh tempah pakaian dan siap dalam masa sehari. Takde la best sangat bagi aku sebab aku tak minat kain-kain nie. Hehehe.

*Ada acara Melayu Serumpun kat Istana Maimun.*

*Pasar Ikan.*


*Kemeja batik cotton banyak jual kat sini. Harga dalam 100,000 - 150,000 IDR. Grab satu untuk suami.*

*Cheeky girl.*

Check-in Hotel Antares di Medan. Okay la. Not bad. Esoknya last day di Medan. Awal pagi lagi aku ke Masjid Raya. Takde dalam itinerary. Kebetulan dekat je dengan hotel, dalam 100 meter. Masjid Raya nie dibina pada tahun 1906 dan pertama kali digunakan pada 1909. Ada laluan rahsia bawah tanah dari Istana Maimun ke Masjid Raya untuk mudahkan raja nak gi solat. Sekarang laluan tu dah tutup. Jarak Istana Maimun ke masjid nie 200 meter je. Senibina dalaman cantik sangat. Merasa mak solat dhuha kat sini.







Singgah lagi sekali ke Pasar Ikan. Shopping untuk kali terakhir. Nak singgah Istana Maimun tak sempat sebab kejar masa. Then makan kat Ayam Penyet Cindelaras (again) sebelum ke airport. Masih tidak mengecewakan. Sedappp. Wajib try kalau datang Medan. Zara agak behave kalau nak compared gi Langkawi haritu. Maybe sebab ada Mak & Wawa. Tapi buat perangai jugak kadang-kadang. Hihi.



Oh ya, jangan lupa beli Bika Ambon dan Kek Lapis sebagai ole-ole. Haritu aku beli 100,000 IDR/pcs. Percutian ke Medan memang tenang lagi-lagi di Lake Toba. Pemandangan sangat cantik. Looking forward nak explore Indonesia lagi. Maybe Bali or Jogja. Tapi tak tahu la bilerrr. Hahaha. Okbai. Thanks Medan for the memories. (^_^)


Love,
Nor Fatin Nadhirah

Sambungan Part 1

Aktiviti dimulakan dengan lawatan ke Pulau Samosir. Pulau Samosir terletak di tengah-tengah Lake Toba. Nak ke sana kena naik feri. Perjalanan dalam 45 minit. View cantik giler. Lake Toba nie besar ya amat. Kedalaman 600-800 meter. Wowww!! Patut lerr kena pakai life jacket. Seram pulak dengar. Tu pun si Benny cerita masa dah balik dari Pulau Samosir. Kalau tak nanti ramai yang taknak pergi kata dia. Hahaha.



*Dihiburkan dengan nyanyian. Lepas nyanyi mintak tips. Bagi la berapa mampu ye.*


Mula sekali singgah di Ambarita. Kat sini terkenal dengan kisah Raja Siallagan. Dikatakan kisah batak kanibal bermula dari sini. Tapi diorang bukan suka-suka bunuh orang then makan. Mangsanya selalu orang bersalah. Kesalahan besar seperti curang dengan isteri raja, jadi ‘spy’ atau membunuh takde bersidang dah. Terus jatuh hukum pancung. Tiada maaf bagimu.


*Huta : kampung, Siallagan : surname keturunan raja.*

Untuk kesalahan lain, raja dan orang kanan akan bersidang dulu di Batu Persidangan. Diceritakan batu tu terbang sendiri ke perkampungan diorang guna kuasa mistik. Then dibentuk jadi meja dan kerusi. Woww kan? Batu Persidangan nie terletak di depan rumah raja. Nak bezakan rumah raja dengan orang biasa, di pintu masuk rumah raja ada tanduk kerbau. Bagi kaum Batak, kerbau dianggap haiwan paling kuat.

*Batu persidangan & rumah raja.*

Info tentang rumah batak. Rumah batak terbahagi kepada 3 tingkat. Atas sekali (loteng) jadi tempat simpanan hasil tanaman seperti jagung. Tingkat tengah tempat orang rumah duduk. Toilet, bilik, ruang tamu semua sekaligus. Setiap ruangan dipisahkan dengan kain. Bawah tempat haiwan ternakan seperti ayam atau babi (orang biasa). Kalau rumah raja, bawah sekali tempat pemasungan pesalah. Penjara la. Rumah batak nie takde tingkap. Pintu pulak dibuat kecik. Tujuannya nak elak haiwan buas daripada masuk rumah (dulu kan hutan je, bukan macam sekarang). Mengikut adat pulak, kononnya supaya tetamu tunduk hormat pada tuan rumah semasa nak masuk rumah. Gituuuu......


Tangga diluar dikatakan ada hubungan jauh dengan raja. Tangga didalam ada hubungan dekat dengan raja. Bucu atap belakang dibuat lebih tinggi sejengkal daripada bucu depan. Kononnya supaya anak akan lebih pandai dari orang tuanya. Atap dibuat bentuk camtu untuk memperingati nenek moyang diorang (asal orang Batak nie pelayar).

*Nie tangga luar.*

*Nie tangga dalam.*

Cerita pasal hukuman pancung dijalankan. Memula mata pesalah ditutup guna kain - badan diketuk-ketuk guna kayu apa ntah untuk check power - badan dikelar-kelar - perah lemon kat kelaran badan tu. Kalau pesalah dah jerit, maknanya power diorang dah hilang (kalau takde power pun confirm jerit kan? dengar pun pedihhhh, huhu) - pancung kepala - organ seperti hati dan jantung dikeluarkan - dicincang halus campur dengan darah dan air asam - hidang kat orang yang nak tambah power. Badan diorang buang. Kepala pulak gantung depan pintu masuk kampung sebagai amaran dan peringatan. Adoiii, aku dengar pun seram.

*Nie tempat hukuman. Benny (tour guide) yang baju maroon tu.*

Nak shopping kat sini kena hati-hati. Aku dah terkena. Berkenan kat satu baju nie. Masa tanya harga dia kata RM 10. Elok nak bayar, dia cakap RM 10 tu harga barang lain. Pastu dia ketuk aku sampai 300,000 IDR. Gilerrr apoooo!!! Pastu pandai pulak dia kata “kakak jangan marah-marah”. Ehhh, dah kau tipu mesti la aku marah. Last dapat 100,000 IDR. Tu pun kira mahal. Sebab nak buat kenangan, pejam mata jelah. Peniaga kat sana garang. Kalau taknak beli, jangan tanya harga. Lalu je.



Next ke Perkampungan Tomok. Tempat shopping sini besar berkali-kali ganda dari Ambarita. Aku sempat singgah Sigale-gale je, tu pun tak sempat tengok show patung tu menari. Kesuntukan masa. Kisah Sigale-gale baca sendiri kat Google. Hihi. Kalau perasan, kaum Batak suka ukir bentuk cicak dan 4 payudara. Cicak tu maknanya orang batak nie boleh hidup dimana-mana je, sama macam cicak. 4 payudara pulak mewakili 4 simbol (kehidupan, kasih sayang, kesucian, kesuburan). Cicak diukir mengadap payudara maknanya sejauh mana pun diorang merantau akhirnya akan pulang jugak ke pangkuan ibunya. Menarik kannnnn... :)






*On the way balik ke jeti.*


*Sampai jeti ada bebudak berenang sekitar feri nak mintak duit. Baling la duit kertas. Kalau korang baling duit syiling diorang menyelam sampai dapat tau. Kesian.*

Sedikit kisah menarik pasal Lake Toba (Danau Toba). Ada 2 versi (sains & mitos). 75,000 tahun dulu terjadi satu letupan volcano purba. Meletup jadi kawah sebesar Lake Toba nie la. Letupan tu terlalu kuat hingga dikatakan 1/3 langit tertutup dengan jerebu. Kemudian kawah tu mula terisi dengan mata air dan hujan. Saki baki gunung berapi adalah Pulau Samosir. Masih ada lava yang aktif di dasar tasik.


Cerita mitos pulak, ada seorang pemuda bernama Toba. Dia nie kaki pancing, tak sah hidup tu kalau tak memancing. Satu hari dia tak dapat ikan. Dia sedih la. Elok je pastu, dia dapat ikan mas sebesar manusia. Sebabkan ikan mas tu terlalu besar, dia berhasrat nak ajak kawan-kawan datang makan sekali malam tu. Sampai rumah, ikan mas tu hilang. Puas dia cari. Dia pun masuk bilik, tetiba ternampak sorang perempuan cantik tengah bersisir depan cermin. Perempuan tu bagitahu dia la ikan mas tersebut. Dipendekkan cerita, kahwin la si Toba dengan perempuan tu. Tapi ada syarat. Kalau diorang ada anak nanti, jangan sesekali bagitahu yang mak nya asal dari ikan.


Beberapa tahun kemudian, anak diorang dah besar. Namanya Samosir. Toba dah jadi pekebun. Ibu Samosir mintak dia hantar makanan ke ayahnya tapi budak biasa la, sibuk main sampai terlupa. Dah petang baru ingat. Dia pun berlari hantar makanan ke ayahnya. Si Toba of course la marah sebab kelaparan. Dia pun termarah "dasar anak ikan, tak boleh diberi amanah". Gitu la kottt. Si Samosir balik nangis ngadu kat ibu dia. Bila ibu dapat tahu, kecewa dan sedih la dia. Menangis si ibu nie sampai tenggelam kawasan tu. Toba disumpah jadi tasik dan Samosir menjadi pulau. Dan ibu tu jadi ikan mas semula.


Haaaa, amacam? Macam wikipedia tak? Hahaha. Semua info yang aku cerita kat atas tu si Benny yang bagitahu. Bagus la dia tu. Banyak ilmu aku dapat. Sambung lagi next entry okay. Panjang sangat dah nie. 


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Newer Posts
Older Posts

LET’S BE FRIENDS

ASSALAMUALAIKUM


Hello, There!

Wife to Muhammad Idzat Syazwan.

Ibu to Eidzara Azzalea & Eliyara Addalea.


Find More



Blog Archives

  • ►  2020 (14)
    • ►  June (1)
    • ►  April (4)
    • ►  March (5)
    • ►  February (1)
    • ►  January (3)
  • ►  2019 (43)
    • ►  December (4)
    • ►  November (4)
    • ►  October (2)
    • ►  September (3)
    • ►  August (5)
    • ►  July (11)
    • ►  June (3)
    • ►  May (4)
    • ►  April (4)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ▼  2018 (42)
    • ►  December (3)
    • ▼  November (5)
      • PORT BERGAMBAR : NIS LAND, LANGKAP
      • RESEPI : KUIH CARA MANIS
      • BERCUTI KE MEDAN, INDONESIA (PART 3)
      • BERCUTI KE MEDAN, INDONESIA (PART 2)
      • BERCUTI KE MEDAN, INDONESIA (PART 1)
    • ►  October (9)
    • ►  September (4)
    • ►  August (4)
    • ►  July (7)
    • ►  June (3)
    • ►  May (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (36)
    • ►  December (2)
    • ►  October (1)
    • ►  September (6)
    • ►  August (10)
    • ►  July (6)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2016 (42)
    • ►  December (4)
    • ►  November (6)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (5)
    • ►  June (4)
    • ►  May (4)
    • ►  April (3)
    • ►  March (6)
    • ►  February (3)
  • ►  2015 (47)
    • ►  October (3)
    • ►  September (3)
    • ►  August (6)
    • ►  July (6)
    • ►  June (3)
    • ►  May (2)
    • ►  April (5)
    • ►  March (3)
    • ►  February (7)
    • ►  January (9)
  • ►  2014 (44)
    • ►  December (4)
    • ►  November (2)
    • ►  October (5)
    • ►  September (4)
    • ►  August (5)
    • ►  July (5)
    • ►  June (4)
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (3)
    • ►  January (8)
  • ►  2013 (44)
    • ►  December (4)
    • ►  November (5)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (5)
    • ►  July (10)
    • ►  June (7)
    • ►  May (1)
    • ►  April (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2012 (29)
    • ►  December (3)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (4)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (6)
    • ►  April (7)
    • ►  March (3)

Labels

  • #BFJourney
  • #Checklist
  • #DIY
  • #Izadaten
  • #Majlis
  • #Malaysia
  • #Others
  • #Pregnancy
  • #Raya
  • #Recipes
  • #World
  • #Yara
  • #Zara
  • #ZaraYara

Created with by BeautyTemplates | Distributed by blogger templates