facebook instagram google
  • Travel
  • Recipes
  • Do It Yourself
  • Engagement
  • Wedding
  • Pregnancy
  • Breastfeed Journey

. F A T I N .

Assalamualaikum ♥

Nowadays, orang dah tak layan blog. Even blogger famous pun jarang update blog diorang. Ada dah tak aktif langsung. Semua lagi prefer Instagram / Facebook. Aku pun sama. Sejak ada insta, semua update situ. Senang dan cepat. Kalau kat blog kena bebel panjang dulu beserta gambar. Kat insta / fb upload gambar dan sedikit caption. Kadang tu takde caption. Hihi....


Apapun, blog tetap dihati. Kat insta / fb tak feel nak menaip. Tak tau pasaipa. Kat sini boleh taip banyak mana kita suka. Nak taip 5000 patah perkataan pun sukahati kau la. Hihi. At least terubat rindu nak tulis karangan time sekolah dulu. Eh, tetiberrrrr.


Aku memang suka menulis. Zaman sekolah, buat karangan paling love. Jarang otak aku jem bila part kena buat karangan lebih dari 350 patah perkataan bla bla bla tu. Confirm archive target punya, haha. Dah habis sekolah, aku continue dengan berblogging. Asalnya suka baca blog orang je. Pastu kata kat diri sendiri, kenapa kau taknak try jugak? Kan kau suka menulis. So disitulah permulaan.


Sebelum wujudnya blog nie, aku ada 2 blog lain tapi dah delete. Masa tu emosi cepat terganggu. Putus cinta je terus sentap nak stop menulis. Konon banyak citer kenangan dengan ex. Bila dah baik, rasa menyesal pastu create blog baru. Hahahaha. Sayang jeeee. Bukan ingat dah apa jadi 7-8 tahun lepas. Huhu. Kat sini jugak aku tengok tahap kematangan dalam penulisan. Dulu ya ampunnnn, childish teruk! Sendiri baca sendiri rasa azabnya. Hahaha. Sekarang dah improved sikit la. :p


Aku sayang blog aku nie. InsyaAllah selagi ada internet dalam dunia, selagi tu blog nie takkan hilang. Untung-untung cucu cicit aku nanti pun dapat baca apa nenek moyang diorang merepek. Sebab tu aku akan terus berblogging. Writing is my passion. I create for my own memories. Mana tahu sempat merasa zaman tua dengan suami, boleh la feeling-feeling baca blog sesama imbau kenangan lama. (^_^)

*belanja sekeping gambar dengan ex dulu tu. jadi suami dah pun, haha.*


Blogger krikk krikk,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum ♥

Alhamdulillah. Berjaya susukan Zara sampai 2 tahun and still counting. Tahniah pada diri sendiri sebab kuat mental & fizikal. Bukan senang. Makin anak besar, makin besar cabaran. Memang bawak bergaduh jelah kerjanya. Hahaha.


Setahun pertama memang aku jaga makan betul. No ice, no junk-food, no caffeine, no laksa. Sehari wajib 1.5 liter lebih air masak aku minum. Mula-mula memang rasa susahnya tapi lama-lama dah terbiasa. Gi lunch tengah panas rembang, aku sorang je order air milo suam kat kedai. Kau rasa?? Aku cukup berhati-hati bab makan sebab taknak efek kat Zara. Lepas setahun, selamat tinggal!!! Habis semua aku langgar. Hahaha. :p


Aku pernah bagi Zara susu formula masa dia 1 tahun 2 bulan. Masa tu masih kerja dan pengeluaran susu mula berkurangan. Cerita dulu kat suami, tanya setuju ke tak. Dia okay je. Sekali dia pergi apply semua sample susu yang ada kat Malaysia nie. Pos ke ofis aku. Tiap hari ada je parcel sampai. Naik segan dengan budak kaunter bawah. Dapat interkom, "susu sampaiiiii..." Adoiiii.. Buat hal betul! Patut la ada satu malam tu dia punya khusyuk main fon. Rupanya nie kerja dia. Dah terbongkar rahsia, baru dia story kat aku.


Okay, balik pada cerita Zara. Aku sempat bagi dia susu formula 3 bulan je. Tu pun masa hantar ke rumah pengasuh. Balik rumah, kirim salam la. Bila resign, Zara totally tolak susu formula. Susu badan letak dalam botol pun taknak. Aku selalu fikir, macam mana la anak aku kat rumah pengasuh dulu? Minum ke tak minum ke? Pengasuh kata dia minum je. Hmmm. Maybe dengan ibu, dia gedik lebih kot.


Start resign, officially jadi fully breastfeed mom again! Redah jelah. Zara dah besar. Susu nie pun kira back-up je sebab dia dah makan macam-macam. Alhamdulillah, setakat nie cukup untuk dia. Aktiviti pam susu dah closed la sebab 24 jam mengadap muka dia. Kikiki... Breastpump simpan elok-elok guna untuk adik dia nanti. Berjasa betul breastpump tu! My favourite, Autumnz Bliss (kalau rajin aku review pasal breastpump nie okay).


Dan sekarang makin menjadi-jadi. Zara macam dah ketagih pun ada. Bukan nak menyusu sangat tapi saja mengempeng. Dia peduli apa aku tengah buat apa, janji hasrat dia tercapai. Selagi tak dapat selagi tu dia menghantui hidup aku. Suami kata Zara nie takde nampak gaya nak wean off umur 2 tahun. Silap-silap 5-6 tahun pun mengempeng lagi. Omaigoddddd!! Ibu hampir pengsan dengar statement ayah Zara, hahahaha. Apapun, itulah kenangan manis antara ibu & Zara. Our bonding time together. Kenangan yang takkan dilupakan sampai bila-bila. Congratulation sayang! We made it! Muahhhh. ♥


Untuk mommies yang sama-sama dalam perjuangan nie, semoga baik-baik semuanya. Always think positive, jaga makan, minum air masak banyak-banyak, cukup rehat, jangan stress, betulkan niat. InsyaAllahhhh.... Satu nak pesan, tak kisah breastfeed atau susu formula, jangan bezakan. Rezeki kita tak sama. Ada orang dikurniakan susu banyak, ada sebaliknya. Jangan bangga diri. Stop judge orang lain. Respect each other. Of course semua ibu kat dunia nak bagi yang terbaik kat anak. Mak mana tak sayang anak. ♥

*My first princess ever.*


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum ♥

Tahun lepas kami anak beranak ber"white studio photoshoot" sempena first birthday Zara. Tahun nie just ambik gambar Zara sorang je. Ayah Zara busy uolss. Photoshoot pun kat rumah sendiri. Backdrop & photographer by the-most-adorable-person-in-the-world iaitu IBU, hehehe. Haaa tepuk!!! Okay, meh Zara kita beraksi. Ibu nak buat kenangan nie.


Thanks Zara bagi kerjasama pada 30 minit pertama. (^_^) Lega dia nak jugak layankan ibu. Dah besar nie mood susah sikit nak jangka. Sekelip mata boleh berubah. Elok lepas 30 minit tu, mood dia dah terumbang-ambing. Puas pancing dengan segala macam benda, still tak jalan. Sampai tahap menangis, jom la kita stop sesi fotografi nie cepat-cepat sebelum semuanya jadi huru-hara.


Dan inilahhhhh hasilnya. So cute! (puji anak sendiri, hehehe). Besar dah princess ibu ayah. Princess kepala batu. Hahahaha...










Ok next! Kita tukar baju. Recycle baju masa cukur jambul dulu (masa nie la emosi dah mula terganggu, hahaha).










Amacam, okay tak? Okay tak? Boleh la kannnn daripada takde. Hihi. ♥


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum ♥

Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamuuuu
Allah selamatkan Eidzara Azzalea
Allah selamatkan kamu


Selamat ulangtahun kelahiran puteri ibu ayah yang tercinta! Harini Zara genap 2 tahun. Cepatnya masa berlalu. 2 tahun yang cukup membahagiakan ibu ayah walaupun kadang-kadang ibu geram dengan perangai manja Zara, hihi. Banyak tahun lagi untuk kita create kenangan manis bersama sayang. ♥


Doa ibu ayah, semoga hidup Zara sentiasa dilimpahi keberkatan dari Allah S.W.T. Membesar menjadi insan yang berguna pada semua. Bijak dalam membuat segala keputusan dalam hidup. Bahagia selamanya dengan orang yang tersayang. Tak ada perkataan yang boleh terangkan macam mana ibu dan ayah sayangkan puteri sulung kami nie. T_T


Satu hari nanti bila Zara dah pandai baca post ibu nie, ibu nak Zara tahu yang ibu ayah sangat sayangkan Zara. Ibu ayah akan cuba beri yang terbaik untuk Zara. Maafkan kami jika ada yang terkurang sepanjang kami membesarkan Zara. Eidzara Azzalea, puteri kekal abadi ibu dan ayah selamanya.


Happy birthday anak manja ibu ayah.... Happy birthday. (^_^)



Ibu,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum ♥

#Late post. Ehemmm, minggu nie mood rajin nak menaip. Kasi tajam skill menulis yang dah lama gone. Ingatkan bila dah tak kerja nie adalah masa goyang kaki sambil layan blog. Tapi tu semuaaaa harapan palsuuuuuu kome oiiii!!! 


Raya ketiga, kitorang gi jenjalan kat Bandar Agacia. Terletak di Kampar, Perak. Bidor ke Kampar dalam 40 minit je. Suami tak join. Busy jaga kedai. Musim raya ramai costumer katanyaaaa. Alhamdulillah, rezeki. So aku berdua jelah dengan mek kecik yang baru nak baik demam. Dasar ibu kaki jalan! Kesian Zara. Moody teruk, sikit pun taknak senyum. Hahaha. Sorry sayang.


Bandar Agacia memang port best untuk kaki bergambar. Bangunan dia cantik uols. Very the english style. Feeling oversea gitu padahal hakikatnya panas. Haha. Ramai orang masa aku pergi haritu. Pengantin pun ada. Tempat tengah viral la katakan. Tempatnya tak besar. Kawasan pun macam baru nak naik. Banyak projek perumahan tengah buat kat kawasan situ. Takde entrance fee, memang open to public. 


Hmmm.... Sapa dah kebetulan ada area Kampar tu, boleh la singgah. Mana jauh pastu planning nak datang sini semata-mata nak bergambar, better fikir 2-3 kali kot. Takut tak berbaloi pulak. Sebab sini memang takde apa. Just bangunan yang cantik tu je. Kalau takde bangunan nie, rasanya kawasan tu memang mati. Dah la jauh ke dalam. Apapun, it's up to you. Duit korang, bukan duit aku! Haha.


Okaylah, jom layan gambar. Dah malas nak menaip. :p













Love,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum ♥

Sebulan dua nie ligat betul kepala otak jari jemari nak men-DIY. Mentang-mentang kedai RM 2 betul-betul sebelah kedai dobi. Ligat je kaki nak pusing tengok apa ada. Kaki dan duit sama-sama ligat. Hahahaha. Sabar sabarrrrr.... Projek DIY kali nie, tengok tajuk atas. :p


Bahan yang diperlukan :
• Hulla hoop
• Tali
• Glue gun & glue stick
• Cable tight
• Bunga dan daun plastik


Mula sekali, lilitkan tali disekeliling hulla hoop. Sambil lilit sambil gamkan sekali tali tu supaya tak mudah tercabut. Kena tarik kemas-kemas supaya elok hasilnya nanti. Kerja melilit nie leceh sikit. Boleh sakit belakang dibuatnya. Tapi dah nama pun menggatal nak buat kannn, teruskan jelah. Go Fatin! You can do it! Haha.

*Rupa kejadian hulla hoop sebelum & selepas dililit.*

Settle melilit, susun daun & bunga plastik ikut kreativiti masing-masing. Kemudian ikat daun & bunga dengan cable tight. Lebihan cable tight jangan lupa potong. Pastu dah siapppp!! Nak lagi cantik, boleh deco keliling hulla hoop. Yang aku punya nie simple je.



Dan inilah hasilnyaaaaaaa.....

*Salah satu design menggunakan gelung bunga buatan sendiri. Happy me!*

Jangan lupa cuba okay. Senang je nak buat. Takde buat apa hujung minggu tu, boleh la luang masa sikit buat benda alah nie. Okay la, see you. Bye. ♥


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum ♥

3 Julai lepas genap usia suamiku 30 tahun. Wahhh, dah pegang title 3 katakooo. It's okay b, you never walk alone. Tahun depan sayang follow ye. Hahahaha. Since dah kertu nie, takdelah upacara potong kek. Gi makan-makan family je kat kedai. Birthday boy siap dapat lagu happy birthday lagi dari DJ kedai makan tu. Lagu M Shariff, Happy Birthday To You. Hahaha, kelakar je. Nak dengar, korang bukak la Youtube. (^_^)


Okay la, taknak cerita panjang lebar. Dikesempatan nie, Sayang nak ucapkan selamat hari lahir buat suamiku yang tercinta. Semoga sukses dalam apa saja bidang yang diceburi. Dimurahkan rezeki kita sekeluarga. Dan bahagia bersama Sayang, Zara dan ramai lagi anak kita yang coming soooon (setakat entry nie ditulis, takde lagi. doakan ye korang). Semoga sihat selalu.


B a.k.a Ayah, happy birthday to you! We love you. ♥


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Newer Posts
Older Posts

LET’S BE FRIENDS

ASSALAMUALAIKUM


Hello, There!

Wife to Muhammad Idzat Syazwan.

Ibu to Eidzara Azzalea & Eliyara Addalea.


Find More



Blog Archives

  • ►  2020 (14)
    • ►  June (1)
    • ►  April (4)
    • ►  March (5)
    • ►  February (1)
    • ►  January (3)
  • ►  2019 (43)
    • ►  December (4)
    • ►  November (4)
    • ►  October (2)
    • ►  September (3)
    • ►  August (5)
    • ►  July (11)
    • ►  June (3)
    • ►  May (4)
    • ►  April (4)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ▼  2018 (42)
    • ►  December (3)
    • ►  November (5)
    • ►  October (9)
    • ►  September (4)
    • ►  August (4)
    • ▼  July (7)
      • PERNAH RASA NAK STOP BLOGGING TAK?
      • BREASTFEED JOURNEY : COMPLETE 2 YEARS
      • ZARA 2ND YEARS PHOTOSHOOT
      • EIDZARA AZZALEA TURNS 2
      • JALAN-JALAN DI BANDAR AGACIA, KAMPAR
      • DIY : GELUNG BUNGA
      • HAPPY 3 SERIES MY HUSBAND
    • ►  June (3)
    • ►  May (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (36)
    • ►  December (2)
    • ►  October (1)
    • ►  September (6)
    • ►  August (10)
    • ►  July (6)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2016 (42)
    • ►  December (4)
    • ►  November (6)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (5)
    • ►  June (4)
    • ►  May (4)
    • ►  April (3)
    • ►  March (6)
    • ►  February (3)
  • ►  2015 (47)
    • ►  October (3)
    • ►  September (3)
    • ►  August (6)
    • ►  July (6)
    • ►  June (3)
    • ►  May (2)
    • ►  April (5)
    • ►  March (3)
    • ►  February (7)
    • ►  January (9)
  • ►  2014 (44)
    • ►  December (4)
    • ►  November (2)
    • ►  October (5)
    • ►  September (4)
    • ►  August (5)
    • ►  July (5)
    • ►  June (4)
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (3)
    • ►  January (8)
  • ►  2013 (44)
    • ►  December (4)
    • ►  November (5)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (5)
    • ►  July (10)
    • ►  June (7)
    • ►  May (1)
    • ►  April (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2012 (29)
    • ►  December (3)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (4)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (6)
    • ►  April (7)
    • ►  March (3)

Labels

  • #BFJourney
  • #Checklist
  • #DIY
  • #Izadaten
  • #Majlis
  • #Malaysia
  • #Others
  • #Pregnancy
  • #Raya
  • #Recipes
  • #World
  • #Yara
  • #Zara
  • #ZaraYara

Created with by BeautyTemplates | Distributed by blogger templates