facebook instagram google
  • Travel
  • Recipes
  • Do It Yourself
  • Engagement
  • Wedding
  • Pregnancy
  • Breastfeed Journey

. F A T I N .


Assalamualaikum ♥

Susulan cerita Buka Buku Pink haritu, aku kena minum air gula (MGTT) pada usia kandungan aku baru 11 minggu. Ramai kawan aku kata, "awalnya kena minum", "eh, kenapa kena minum awal sangat?", bla bla bla. Aku takde jawapan uolss. Yang aku tahu kena minum sebab faktor umur dah lebih 25 tahun dan faktor utama mungkin sebab family belah ayah aku ada penyakit keturunan - kencing manis.


So masa first check-up lagi nurse dah set date untuk minum air gula (15 Januari). Nurse pesan malam sebelum nak datang klinik kena puasa, start pukul 10 malam. Setitik air pun jangan minum. Esoknya sampai klinik, omaigodddd ramainyaaaaa orang. Padahal awal dah nie aku sampai, pukul 7.20 pagi. Redha jela dapat nombor 17. T_T


Sebelum minum, nurse ambik darah dulu pastu terus kena minum air gula. Tempat nak minum betul-betul belakang meja nurse. Takde sinki. Ada aku baca tu kata sesetengah klinik bagi ibu-ibu nie minum kat bilik khas. Siap tipu buang air dalam sinki la apa la. Tak baik tau camtu! Biasalah, iolss kan suka buat research sebelum apa-apa. Hihi. Kebetulan masa nak minum, nurse baru siap bancuh air gula. Ya Allah, bahagianya rasa minum masa tengah suam + panas. Manis tapi biasa-biasa je rasanya. Dua kali teguk dah settle. Lucky me! (^_*)


Settle minum, tunggu dalam 2 jam. Aku lepak kat klinik je, malas nak balik rumah. Bosan betul menunggu tapi nak buat macam mana kan. Lepas 2 jam, nurse panggil semula untuk ambik darah lagi sekali. Selesai ambik darah, dah boleh balik. Result dapat tahu masa next check-up. Masa tu risau je kalau-kalau sangkut. 2 weeks later, ada check-up. Nurse bagitahu result normal. Alhamdulillah......


Result sebelum minum : 3.8 mmol/L
Result selepas minum : 5.1 mmol/L


Result selepas minum tak boleh lebih dari 7.8 mmol/L. Nurse cakap next appointment untuk minum air gula lagi masa kandungan 7 bulan. Mintak-mintak la semuanya pun okay nanti. InsyaAllah. ♥

*Yang sorang-sorang kat luar tu la aku punya. Snap masa dah habis minum. Hihi.*


MGTT = Modified Glucose Tolerance Test


Love,
Nor Fatin Nadhirah


Assalamualaikum ♥

Kali nie nak story sikit prosedur buka buku pink. Actually buku merah nama dia tapi kenapa kaler pink? Kan dah confius. Hehe.


Sebelum buka buku, make sure korang tahu klinik yang berhampiran dengan kawasan tempat tinggal. Macam aku kena gi KKIA Cheras Baru. Masa nak daftar, nurse akan tanya korang duduk area mana. Kalau tak kena tempat, diorang takkan terima pendaftaran. Maybe ramai sangat ibu mengandung kot. Sebab tu kena ikut kawasan.


Nurse bagi dua buku untuk kita isi maklumat diri. Satu buku untuk simpanan klinik, satu lagi untuk simpanan ibu. Then nurse akan mintak kita shishi untuk test urine. Tak pasti apa benda entah, bukan pregnancy test tapi lebih kurang tu la rupanya. Dapat result, aku punya NB. Normal katanya.... By the way, untuk apa eh test tu? Sapa tahu, meh la share. Nak tanya nurse tapi lupa. Hihi. :p


Memula nurse akan timbang berat dan ambik darah. Pastu dia interview sikit pasal kehamilan dan sejarah penyakit keturunan. Macam aku, ayah ada kencing manis. Dah tak pasal kena minum air gula masa kandungan baru 11 minggu. Yang tu nanti kita cerita lain okay.


Settle interview, duduk pulak tunggu nama kena panggil lagi sekali. Sementara tu, nurse panggil ibu-ibu yang baru nak buka buku nie masuk dalam satu bilik dan terangkan tentang pentingnya susu ibu. Azam aku, memang nak breastfeed baby. Semoga niat aku dipermudahkan. InsyaAllah, aminnnnn.....


Dalam sejam camtu, nurse panggil untuk cek tekanan darah pulak. Dapat penerangan serba sikit pasal pemakanan, kena minum air putih banyak la itu la ini la. Nurse bekalkan ubat iron tablet, b complex dan asid folik untuk sebulan makan. Pastu kena baring sebab dia nak cek breast, kot-kot ada breast cancer. Malu kitewww tau nurse pegang-pegang, hehe. Nanti nurse akan set siap-siap appointment for next check-up.


Dah settle, tunggu pulak nak jumpa doktor. Time to scan baby!! Seronoknya. Masa doktor scan, baby tidur agaknya. Elok je terbaring. Dah nampak kepala, badan dia cuma kecik lagi. Masa tu panjang baru 2.81 cm je. Comellll..


Pastu dah boleh balik. Nampak macam complicated je kan tapi tak pun sebenarnya. Cuma kena sabar sebab menunggu lama. Biasa la, nama pun free. Bukan kau bayar satu sen pun. So jangan banyak complaint. Seronok gi klinik tengok perut mommy-to-be yang lain dah boyot belaka. Tak sabar nak tengok perut sendiri pulak boyot. Hehe. InsyaAllah, semoga semuanya dipermudahkan dan berjalan lancar hendaknya. Aminn....


p/s : panjangnya menaip. harap tak penat la korang baca, hihi. :p


Love,
Nor Fatin Nadhirah 
Assalamualaikum ♥

Alhamdulillah. Syukur Ya ALLAH. Aku disahkan pregnant lagi. Alhamdulillah, kandungan sekarang dah 14 minggu. Tak rasa gerak lagi. Tapi masa scan hari tu bukan main aktif dia. Berpusing-pusing dalam rahim ibu ye. Hehe, Alhamdulillah. :)


Throwback masa dapat tahu pregnant, speechless! Menggeletar tangan bila tengok result UPT positif. Dekat 8 bulan tunggu result macam nie tapi hampa. Bila tak berharap sangat, ALLAH beri rezeki tu. Alhamdulillah. Perasaan happy tapi takut. Yelah, sebab pernah ada kes kan. Nak excited lebih sangat pun takut. Kalau dulu, dapat tahu je terus gi jumpa doktor untuk sahkan dan scan tapi kali nie, taknak gelojoh. Relaks sampai nak dekat 8 weeks baru gi jumpa doktor. Alhamdulillah, scan kali nie dah nampak pun baby & heartbeat. Terharu rasanyaaaa.. :')


Pengalaman dulu banyak mengajar aku untuk bersederhana. Kalau dulu, macam-macam UPT aku beli untuk confirmkan. ClearBlue la itu la ini la. Excited + tak percaya punya pasal. Kali nie check pakai UPT harga RM 1 je, beli kat De Aifa Marketing. Hehehe....


Tiap hari usaha buat yang terbaik untuk baby & diri sendiri. Walaupun ubat tak sedap, ku gagahkan jugak untuk kesihatan kitorang berdua. Semoga kandungan nie sihat dan berjalan lancar hendaknya. InsyaAllah, aminnn...... Betul percaturan Allah SWT itu indah. Sabar dan usaha, InsyaAllah rezeki tu ada. (^_^)


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Newer Posts
Older Posts

LET’S BE FRIENDS

ASSALAMUALAIKUM


Hello, There!

Wife to Muhammad Idzat Syazwan.

Ibu to Eidzara Azzalea & Eliyara Addalea.


Find More



Blog Archives

  • ►  2020 (14)
    • ►  June (1)
    • ►  April (4)
    • ►  March (5)
    • ►  February (1)
    • ►  January (3)
  • ►  2019 (43)
    • ►  December (4)
    • ►  November (4)
    • ►  October (2)
    • ►  September (3)
    • ►  August (5)
    • ►  July (11)
    • ►  June (3)
    • ►  May (4)
    • ►  April (4)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2018 (42)
    • ►  December (3)
    • ►  November (5)
    • ►  October (9)
    • ►  September (4)
    • ►  August (4)
    • ►  July (7)
    • ►  June (3)
    • ►  May (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (36)
    • ►  December (2)
    • ►  October (1)
    • ►  September (6)
    • ►  August (10)
    • ►  July (6)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (4)
  • ▼  2016 (42)
    • ►  December (4)
    • ►  November (6)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (5)
    • ►  June (4)
    • ►  May (4)
    • ►  April (3)
    • ►  March (6)
    • ▼  February (3)
      • PREGNANCY JOURNEY : MINUM AIR GULA @ KKIA (11 WEEKS)
      • PREGNANCY JOURNEY : BUKA BUKU PINK (10 WEEKS)
      • HAMIL SEMULA SELEPAS KEGUGURAN
  • ►  2015 (47)
    • ►  October (3)
    • ►  September (3)
    • ►  August (6)
    • ►  July (6)
    • ►  June (3)
    • ►  May (2)
    • ►  April (5)
    • ►  March (3)
    • ►  February (7)
    • ►  January (9)
  • ►  2014 (44)
    • ►  December (4)
    • ►  November (2)
    • ►  October (5)
    • ►  September (4)
    • ►  August (5)
    • ►  July (5)
    • ►  June (4)
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (3)
    • ►  January (8)
  • ►  2013 (44)
    • ►  December (4)
    • ►  November (5)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (5)
    • ►  July (10)
    • ►  June (7)
    • ►  May (1)
    • ►  April (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2012 (29)
    • ►  December (3)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (4)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (6)
    • ►  April (7)
    • ►  March (3)

Labels

  • #BFJourney
  • #Checklist
  • #DIY
  • #Izadaten
  • #Majlis
  • #Malaysia
  • #Others
  • #Pregnancy
  • #Raya
  • #Recipes
  • #World
  • #Yara
  • #Zara
  • #ZaraYara

Created with by BeautyTemplates | Distributed by blogger templates