Assalamualaikum ♥
Alhamdulillah, Zara dah baik dari demam. Seminggu dia demam. Pecah rekod! Demam yang paling teruk pernah jadi kat dia. Huhu... Kesian sangat!
Zara demam dari Khamis minggu lepas. Demam on off. Bagi ubat, kebah kejap pastu suhu naik balik. Elok masuk waktu nak bagi ubat, confirm badan panas. Huhu. Dah la nak bagi makan ubat umpama berperang di medan pertempuran. Makan minum langsung taknak. Harapkan susu je. Aku risau dah sebab susu tak berapa nak ada. Tawakal je. Asalkan dia nak minum susu. Impak selepas dia baik demam, susu ibu jadi banyakkkk balik. Hasil mengempeng all the day! Hahaha.
*Masa nie gi klinik. Kena masuk ubat montot.*
*Terpaksa bawak Zara gi pasang pelamin. Badan terlalu panas.*
*Baring je. Badan takde tenaga.*
Bawak ke hospital Ahad haritu sebab tak nampak apa-apa perubahan walaupun dah bawak ke klinik hari Jumaat. Makin teruk ada. Asyik nangis je. Aku pun naik gila jadinya. Join nangis sekali bila anak nangis. Doktor kata kenapa lambat bawak hospital? Sebab Zara nampak pasif. Ambil darah untuk cek samada kena denggi atau tak. Alhamdulillah, keputusan darah okay. Tak perlu tahan wad. Segala macam benda aku buat nak bagi demam dia baik. Paling kelakar bila mandikan dia dengan air asam jawa. Menangis-nangis tengok badan dia kotor. Siap eeee eeee bagai. Diva sangat tau! Apapun Alhamdulillah dah baik. Lega hati ibu. Selera makan pun nampak dah ada.
Semoga anak ibu Eidzara Azzalea sentiasa diberi kesihatan dan dijauhkan dari segala malapetaka. Ibu sedih tengok Zara sakit. Tak sanggup rasanya. Hmmmm. Ibu sayang Zara selamanya. Muaaaahhhh. ♥
Love,
Nor Fatin Nadhirah