facebook instagram google
  • Travel
  • Recipes
  • Do It Yourself
  • Engagement
  • Wedding
  • Pregnancy
  • Breastfeed Journey

. F A T I N .

Assalamualaikum ♥

8 bulan lepas, bila dapat tahu diri nie pregnant..... Subhanallah. Bahagianya rasa. Aku la perempuan paling bahagia dalam dunia. Tapi dah tertulis takdir, kebahagiaan tu tak lama.


Aku dapat tahu pregnant masa 4 weeks. Macam tak percaya je tengah mengandung masa tu. Semangat nie google segala bagai bab kehamilan. Siap beli lagi buku Diari Hamil. Buku yang tak sempat aku nak tulis apa-apa. Akhirnya, aku disahkan keguguran masa 8 weeks. Sebulan je aku sempat merasa indahnya mengandung.


Ikut EDD doktor.... Kalau baby ada, hari nie sepatutnya aku lahirkan dia. Subhanallah. Tak tahu nak ekpresikan perasaan nie macam mana. Kalau dia ada, hari nie aku dapat tengok muka dia. Sentuh jari dia. Peluk tubuh dia. Cium pipi dia. Subhanallah. Kuatkan hati aku Ya ALLAH. T_T


Memang dah move on. Cuma rasanya tak salah aku kenang sekali sekala. Kenangan indah yang pahit. Sampai saat entry nie ditulis, belum ada pengganti dalam rahim ibu. Ibu always love you sayang.... Sorry, emosi lebih pulak entry nie. Bye.


Ibu,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum ♥

Memandangkan si suami sayang kat si isteri, akhirnya dia ikutkan aje kehendak si isteri nak bajet sweet celebrate anniversary bagai. Si isteri pulak excited acah nak honeymoon tempat sejuk ala-ala oversea, last-last diri sendiri terima akibat sebab tak sedar diri tu tak tahan sejuk. Padan muka si isteri. Hahahaha.


10 Oktober lepas, aku & suami ke Cameron Highlands for our anniversary vacation. Plan last minute. Nasib baik jadi. Actually nie 1st honeymoon kitorang berdua. Tahun lepas honeymoon jugak ke Langkawi tapi berempat belas orang. Ofkos honeymoon kali nie best sebab berdua. Romantik gitu. Hikhik... :p


Sampai sana, kitorang cari hotel dulu. Cari punya cari, dapat la duduk kat Hotel Titiwangsa. Nanti ada masa, aku buat review. Rehat kejap then terus keluar berjalan. Untuk hari pertama, kitorang ke Cactus Point - Big Red Strawberry Farm - Pasar Malam. Masuk semua percuma. Kitorang jalan-jalan, makan-makan je. Takde petik strawberry ke apa. Percutian bajet, hihi. Pastu singgah pasar malam beli sourvenir sikit untuk bawak balik KL.














Pergi pasar malam, dapat bunga ros. First time dapat bunga dari suami. Biar murah janji kasih sayang tu ada. Hehehehe... Thank you b. ♥ ♥ ♥



Esoknya, pagi-pagi lagi dah check-out hotel. Hari kedua ke Butterfly Farm - BOH Tea Center Sungai Palas - Bee Farm - Rose Valley. Entrance fee cuma untuk Butterfly Farm (RM5/per person) & Rose Valley (RM4/per person). Yang lain semua percuma. So far tempat yang paling best ialah Butterfly Farm. Best sangat sebab banyak giler rama-rama kat situ. Jenuh jadi patung 10 minit tunggu rama-rama datang hinggap tapi hampeh! Takde aura kot. Hihi.























Jangan tanya kenapa muka aku je banyak. Husband iolss tak suka bergambar. So, bini dia la jadi mangsa. Click sana click sini click sinun. Model tak tentu pasal. Penuh gambar aku dalam kamera. :p


Kitorang hari tu naik ikut Tapah dan balik lalu Simpang Pulai. Jauh jugak la balik ikut Simpang Pulai kalau nak compare dengan Tapah tapi jalan lagi okay. Sampai KL dah malam, esoknya laki bini ambik cuti sendiri. Penat. Hihihi...


So far, bagi aku best honeymoon kat sini sebab sejukkkkk. Boleh peluk lebih. Hehehe. Hmmm.. Nak cerita apa eh? Takde idea. Ada rezeki lebih tahun depan, honeymoon lagi. InsyaAllah, mana tahu nanti babymoon ke pulak kan? Sorry cerita macam sampai tak sampai je. Takde mood nak menaip. Bye. T_T


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum ♥

Alhamdulillah, genap setahun usia perkahwinan aku & suami. Rasa macam lama je padahal baru setahun. Tu la, sapa suruh bercinta lama sangat. Padan muka! Hehe. Walaupun rasa lama, setahun yang cukup bahagia. Bahagia sampai menjejaskan berat badan iolss. Huhu. Terima kasih kerana jadi suami terbaik untuk sayang. I love you b. (^_^)


Semoga kita kekal sampai tua, sampai mati. Bahagia dengan anak yang ramai. Saling mencintai tak kira apa pun dugaan. Saling melengkapi dan memerlukan antara satu sama lain. Jauh lagi perjalanan rumahtangga kita. Moga sama-sama kuat. Selamat ulangtahun pertama perkahwinan kita suamiku, Muhammad Idzat Syazwan. :')

*Masih berdua. Baby? soon. InsyaAllah.*


p/s : honeymoon pleaseeeee??


Your one and only wife,
Nor Fatin Nadhirah
Newer Posts
Older Posts

LET’S BE FRIENDS

ASSALAMUALAIKUM


Hello, There!

Wife to Muhammad Idzat Syazwan.

Ibu to Eidzara Azzalea & Eliyara Addalea.


Find More



Blog Archives

  • ►  2020 (14)
    • ►  June (1)
    • ►  April (4)
    • ►  March (5)
    • ►  February (1)
    • ►  January (3)
  • ►  2019 (43)
    • ►  December (4)
    • ►  November (4)
    • ►  October (2)
    • ►  September (3)
    • ►  August (5)
    • ►  July (11)
    • ►  June (3)
    • ►  May (4)
    • ►  April (4)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2018 (42)
    • ►  December (3)
    • ►  November (5)
    • ►  October (9)
    • ►  September (4)
    • ►  August (4)
    • ►  July (7)
    • ►  June (3)
    • ►  May (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (36)
    • ►  December (2)
    • ►  October (1)
    • ►  September (6)
    • ►  August (10)
    • ►  July (6)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2016 (42)
    • ►  December (4)
    • ►  November (6)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (5)
    • ►  June (4)
    • ►  May (4)
    • ►  April (3)
    • ►  March (6)
    • ►  February (3)
  • ▼  2015 (47)
    • ▼  October (3)
      • SHOULD BE, TODAY IS THE DAY
      • OUR 1ST ANNIVERSARY TRIP @ CAMERON HIGHLANDS
      • HAPPY 1ST YEAR WEDDING ANNIVERSARY MY HUSBAND
    • ►  September (3)
    • ►  August (6)
    • ►  July (6)
    • ►  June (3)
    • ►  May (2)
    • ►  April (5)
    • ►  March (3)
    • ►  February (7)
    • ►  January (9)
  • ►  2014 (44)
    • ►  December (4)
    • ►  November (2)
    • ►  October (5)
    • ►  September (4)
    • ►  August (5)
    • ►  July (5)
    • ►  June (4)
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (3)
    • ►  January (8)
  • ►  2013 (44)
    • ►  December (4)
    • ►  November (5)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (5)
    • ►  July (10)
    • ►  June (7)
    • ►  May (1)
    • ►  April (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2012 (29)
    • ►  December (3)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (4)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (6)
    • ►  April (7)
    • ►  March (3)

Labels

  • #BFJourney
  • #Checklist
  • #DIY
  • #Izadaten
  • #Majlis
  • #Malaysia
  • #Others
  • #Pregnancy
  • #Raya
  • #Recipes
  • #World
  • #Yara
  • #Zara
  • #ZaraYara

Created with by BeautyTemplates | Distributed by blogger templates