facebook instagram google
  • Travel
  • Recipes
  • Do It Yourself
  • Engagement
  • Wedding
  • Pregnancy
  • Breastfeed Journey

. F A T I N .


Assalamualaikum ♥

Check-up hari nie mendebarkan betul. Cek urine, tekanan darah, tinggi rahim semua okay. HB pun okay, 13.1. Cemerlang betul result HB kali nie ye, hehe. Timbang berat, macam selalu la mesti sangkut. Tadi timbang berat 60 kg, terlebih 1 kg. Nurse kata banyaknyaaa naik sejak mengandung, setakat nie dah 10 kg. Dah berat nak naik, nak buat macam mana. Bukan boleh tahan pun. Sabar jelah..... Huhu. Malas nak fikir, janji aku & baby sihat. 


Since keputihan aku makin teruk, aku cerita kat nurse. Dia refer aku ke doktor. Doktor ada bagi ubat insert untuk kegunaan 3 hari. Macam mana nak sumbat sendiri ubat tu pun tak tahu. Kena minta bantuan suami la jawabnya. Huhu. Pastu doktor nak ambik sample keputihan untuk cek samada kena jangkitan atau tak. Masa baring atas katil, ternampak muncung itik atau bahasa doktor speculum. Berdebar-debar dah aku tengok benda alah tu.  Tunggu doktor pun satu hal. Bukan main lama lagi, bertambah-tambah nervous aku. T_T


Doktor datang, dia suruh buat posisi nak bersalin. Malunyaaaaa rasa tapi sebabkan nak tahu jugak masalah keputihan nie, redha jelah. Pedih jugak la. Bleeding sikit lepas masuk muncung itik tu. Hmm... Nurse pesan banyakkan makan yogurt & minum air suam. Jangan minum banyak air batu. Dah la aku sekarang nie hantu air batu, cuaca panas kan. Salah satu punca la tu kot keputihan makin teruk. Huhu. Harap-harap keputusan keluar nanti okay je. Hmmm....


Hari nie jugak kena cucuk suntikan kancing gigi. Since dah rasa pergerakan baby, nurse akan start bagi suntikan tetanus. For first pregnancy, diwajibkan suntik 2 kali sepanjang kehamilan. Next month kena suntik lagi sekali. Pedih jugak masa suntik tadi. Sampai sekarang rasa pedih kat area cucuk jarum tu cuma aku tak rasa kebas atau lenguh tangan. Tengok esok lusa macam mana. Tak kebas pun takpe kot, senang sikit nak buat kerja. Hehe.


Next check-up lagi 2 minggu. Entah kenapa awal pulak. Maybe sebab kandungan dah nak masuk 7 bulan kot. Baby pun bukan main aktif lagi menendang sekarang nie. Alhamdulillah..... Membesar dengan sihat ye anakku. Ibu & ayah love you. (^_^)


*Nie rupa muncung itik. Scary kan?*


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum ♥

Sabtu lepas (16 April) birthday budak tembam nie. Kejap je dah 2 tahun. Ramai kata muka dia ada iras aku. Sama tang susah nak senyum tu kot? Hehe. Alhamdulillah, semoga Dikya dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, jadi anak yang baik. Nanti cousin keluar, main dengan dia okay. Ibu love you Dikya a.k.a Zandra. ♥




Love,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum ♥

Semalam (12 April) ada appointment dengan PPUM. Since suami decide nak aku bersalin sana, kena la check-up situ. Appointment nie aku dah set dari bulan Februari lagi. Prosedur nak booking date for appointment, nanti aku share kat entry lain okay.


Appointment pukul 8 pagi, pukul 7.45 kitorang dah sampai. Pergi kaunter pendaftaran (tekan button A), serah borang & IC aku dan suami. Tunggu kejap untuk diorang bukak fail. Lepas tu pergi bahagian lobi untuk buat bayaran deposit tempahan bersalin & ujian saringan bayi (bila baby dah lahir nanti).


Bawak resit ke kaunter pendaftaran balik then bayar pulak untuk bayaran pendaftaran dan scan. Settle situ, dah boleh ke tempat check-up. Nurse suruh test urine, timbang berat & tekanan darah. Berat aku dah naik, 58.3 kg. Huahuahua. Pastu nurse interview sikit untuk dia isi maklumat dalam fail. Kemudian turun tingkat 1 untuk scan. Saat yang ditunggu-tunggu. Yeayyyyy..... (^_^)


Tak lama pun tunggu, sonographer panggil nama aku. Suami pun boleh teman. Siap duduk sebelah lagi. First time nie suami tengok anak dia secara live. Dulu tengok gambar je masa baby 11 minggu. Ibu baby confirm la excited, dia kan over. Hehe. Sono buat details scan dari hujung kepala sampai hujung kaki. Ada part tu aku tak reti nak tengok, dok angguk-angguk je bila sono bagi penerangan. Semua organ dah lengkap. Alhamdulillah... Semuanya normal. Anak ibu besar dah. Berat dah 662 gram, selari dengan usia dia.


Masa scan nak tengok anggota badan, bukan main lagi. Setapak tapak kaki dia tunjuk kat skrin. Comel sungguh! Geram ibu. Cari bahagian tangan, sekali dia tunjuk tanda 'good'. Si ayahnya dah gelak-gelak. Ibu tak pandang ayah pun, mata taknak lepas dari tengok skrin. Obses dengan anak sendiri, hihi. Sampai part muka, alahaiiiii....... baby macam pandang tepat muka ibu ayah walaupun baby mana nampak pun sebenarnya kan. Mata nampak macam galak, ikut mata ibu kot. Hehehehehe.... Perasan. Kali kedua sono nak capture muka dia, terus dia tutup guna tangan. Malu. Mengekek suami & sono gelakkan baby. Ibu request nak tahu jantina (walaupun ibu tahu ayah nak suprise. peduli apa kan, hehe). Alhamdulillah, dah tahu pun. 80% confirm kata sono. Masa sono nak confirmkan balik gender, lagi sekali baby buat perangai sama, tutup dia punya tuttttt pulak. Hehe. Takpelah, tunggu reconfirm masa 30 minggu nanti. Ibu scan 3D/4D okay. Ayah pun dah setuju. (^_^)


Dapat result scan, naik balik ke tempat check-up. Nurse mintak pergi dengar ceramah. Suami pun kena attend sekali. Sejam ada kot ceramah tu. Banyak info kitorang dapat, pasal penyusuan dan prosedur bersalin kat PPUM. Oh ya, sekarang nie suami dah boleh masuk labour room tau tapi tengok situasi. Kalau bersalin normal, boleh. Baru lagi rasanya benda nie. Kawan aku kata dulu tak boleh. Masa nurse tanya para suami siapa nak teman isteri, semangat laki aku angkat tangan. Nurse pesan kalau nak masuk kena prepare fizikal dan mental. Jangan suami pulak yang pengsan tengok banyak darah. Hihihi.....


Selesai ceramah, jumpa doktor. Doktor tanya sikit je, dia banyak refer pada buku pink KK. Pastu dia cek perut. Bukan main lagi dia tonyoh perut aku. Senak woii.... Masa doktor keluar kejap gi jumpa Prof (untuk tanya bila next check-up), aku tanya kat makcik nurse tu, doktor buat apa tadi? Nurse kata doktor cek saiz baby. Tak payah pakai alat, guna tangan pun boleh kau. Hebat doktor nie, hehe. Kalau kat KK, nurse cek tinggi rahim guna tali tape, sebab tu aku pelik bila doktor buat camtu. Lain tempat lain caranya kot...


Next check-up lagi sebulan tapi seminggu sebelum check-up, kena datang minum air gula. Kebetulan KK pun suruh aku repeat air gula bila kandungan dah 28 minggu. Maknanya kena bagitahu KK la yang aku repeat minum air gula kat PPUM. Sebelum balik, kena ambik darah untuk ujian Hepatitis. Pergi balik kaunter pendaftaran memula pagi tadi tu untuk diorang bagi specific date untuk next check-up then kena bayar untuk ujian Hepatitis tadi. Pastu boleh balik.. Overall, ambik masa tiga jam baru settle. Tapi tak terasa sangat sebab servis okay bagi aku.


Balik tu singgah SOGO beli barang baby. Next time aku cerita. Panjang sangat dah entry nie. Mengah aku menaip. Hehe. Bye..... ♥


HARGA SERVIS PPUM (setakat 12 April 2016)
Deposit tempahan bersalin : RM 500
Ujian saringan bayi (optional) : RM 84.80
Pendaftaran : RM 32.86
Details Scan : RM 21.20
Ujian Hepatitis : RM 8.50



Boleh baca prosedur booking appointment kat sini ---> Prosedur Tempahan Bersalin.


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Newer Posts
Older Posts

LET’S BE FRIENDS

ASSALAMUALAIKUM


Hello, There!

Wife to Muhammad Idzat Syazwan.

Ibu to Eidzara Azzalea & Eliyara Addalea.


Find More



Blog Archives

  • ►  2020 (14)
    • ►  June (1)
    • ►  April (4)
    • ►  March (5)
    • ►  February (1)
    • ►  January (3)
  • ►  2019 (43)
    • ►  December (4)
    • ►  November (4)
    • ►  October (2)
    • ►  September (3)
    • ►  August (5)
    • ►  July (11)
    • ►  June (3)
    • ►  May (4)
    • ►  April (4)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2018 (42)
    • ►  December (3)
    • ►  November (5)
    • ►  October (9)
    • ►  September (4)
    • ►  August (4)
    • ►  July (7)
    • ►  June (3)
    • ►  May (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (36)
    • ►  December (2)
    • ►  October (1)
    • ►  September (6)
    • ►  August (10)
    • ►  July (6)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (4)
  • ▼  2016 (42)
    • ►  December (4)
    • ►  November (6)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (5)
    • ►  June (4)
    • ►  May (4)
    • ▼  April (3)
      • PREGNANCY JOURNEY : CHECK-UP @ KKIA (26 WEEKS)
      • HAPPY BIRTHDAY ZANDRA
      • PREGNANCY JOURNEY : APPOINTMENT PPUM (24 WEEKS)
    • ►  March (6)
    • ►  February (3)
  • ►  2015 (47)
    • ►  October (3)
    • ►  September (3)
    • ►  August (6)
    • ►  July (6)
    • ►  June (3)
    • ►  May (2)
    • ►  April (5)
    • ►  March (3)
    • ►  February (7)
    • ►  January (9)
  • ►  2014 (44)
    • ►  December (4)
    • ►  November (2)
    • ►  October (5)
    • ►  September (4)
    • ►  August (5)
    • ►  July (5)
    • ►  June (4)
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (3)
    • ►  January (8)
  • ►  2013 (44)
    • ►  December (4)
    • ►  November (5)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (5)
    • ►  July (10)
    • ►  June (7)
    • ►  May (1)
    • ►  April (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2012 (29)
    • ►  December (3)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (4)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (6)
    • ►  April (7)
    • ►  March (3)

Labels

  • #BFJourney
  • #Checklist
  • #DIY
  • #Izadaten
  • #Majlis
  • #Malaysia
  • #Others
  • #Pregnancy
  • #Raya
  • #Recipes
  • #World
  • #Yara
  • #Zara
  • #ZaraYara

Created with by BeautyTemplates | Distributed by blogger templates