facebook instagram google
  • Travel
  • Recipes
  • Do It Yourself
  • Engagement
  • Wedding
  • Pregnancy
  • Breastfeed Journey

. F A T I N .

Assalamualaikum ♥

Ingat tak kat entry Kad Kahwin nie, aku ada mention pasal rubber stamp untuk cop kat envelope? Haaaa, rezeki nampaknya menyebelahi cik rubber stamp kitewww. Hehe.


Kisahnya macam nie... Hari tu tengah aku dok godek-godek Facebook, tetiba terjumpa satu page nie. Comeylicious.net. Nama pun comel sangatt kan, hihi. Ushar punya ushar, rupanya diorang ada buat services tempah rubber stamp. Aku pun apa lagi, ambik no fon owner tu then terus whatsapp.

*Macam-macam lagi services yang diorang provide. Baca sendiri, hihi.*

Harga boleh tahan, RM 20 untuk satu cop. Kalau beli tiga cop, cuma RM 50 je. Design dia bagi free, macam-macam design ada tau. Semua comel-comel. Rambang mata nak pilih. Tapi aku pilih yang simple je. Simple but sweet. Aku tau kalau tempah kat luar lagi murah tapi masalahnya, nak cari tempat tu entah kat mana pulak. So, kita guna cara moden jelah. Beli online, hehehe. (^_^)

 
Diorang ambik masa lebih kurang 3 hari untuk siapkan dan pos parcel kita. Macam aku hari tu, transfer duit hari Khamis, hari Jumaat diorang send draft, hari Selasa dah dapat rubber stamp kat tangan. Happy sangatttt. Hehe.


Okaylah, nak sambung cop lagi. Cop sampai lebammmmm. Jangan lupa singgah page Comeylicious tu okay b2b semua. Bye.


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum,

Sekali lagi Malaysia dikejutkan dengan berita sedih. Dalam tempoh kurang 6 bulan, dua kapal terbang Malaysia terlibat dengan kemalangan. MH370 pun masih takde khabar berita, kali nie MH17. Bezanya, MH17 dah jelas nampak depan mata. Dah tahu keadaannya. Terhempas di Ukraine. Allahuakbar!


Al-Fatihah untuk mangsa-mangsa yang beragama Islam dan takziah untuk yang selebihnya. Bersabarlah Malaysia. Dugaan yang kita semua tak pinta. Hanya pada ALLAH S.W.T kita serahkan segalanya. Bersatu hatilah Malaysia.




Love,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum ♥


Alhamdulillah, kad kahwin dah siap!! Hehe. Kad kahwin kita biasa-biasa je. Harga pun biasa-biasa je. Tak mampu nak buat kad kahwin macam Che Ta, hikhik.


Kad kahwin aku order by online je. Vendor kad kahwin tu 100% beroperasi melalui facebook. Takde kedai tapi diorang ada SSM. So, takde la risau sangat. Aku ambik pakej RM 450, agak berbaloi bagi aku sebab tak mahal sangattt. Hehe. Pakej tu termasuk :

- Kad kahwin 2 lipat 4"x8" (1000 pcs)
- TQ tag (1000 pcs)
- Bunting (2 pcs)
- Banner (2 pcs)
- Penunjuk arah (3 pcs)
- Prop (10 pcs)
- Envelope kosong (1000 pcs)


Haaa, amacam? Kira okay la kan. Tak payah membazir nak tempah kad mahal-mahal. Nanti ke tong sampah jugak tempatnya. Lagipun banyak benda lagi nak pakai duit. Tempoh dari booking, bayar deposit, pilih design, hantar details, check draft, buat pembetulan, printing ambik masa dalam sebulan. Cepat la jugakkkk....


Niat hati nak tempah rubber stamp untuk cop kat envelope. Tapi tengok la macam mana nanti. Kalau rasa susah sangat nak cari, lantakkan aje envelope tu kosong. Janji kahwin, kikikiki. :p


Actually, aku & tunang cuma perlu 700 pcs kad je. 400 pcs untuk pihak aku, 300 pcs untuk pihak dia. Tapi sebab takde pilihan (sebab ambik pakej), terpaksa la order 1000 pcs. Balance kad nanti simpan jela buat kenangan, hihi.


Dah cerita panjang lebar, tak bagitahu lagi sapa nama vendor tu kan. Hehe. Sapa yang sudi, boleh login facebook & search nama nie. 


KAD KAHWIN CREATIVE HAND


Apa-apa, boleh whatsapp atau call je owner dia. Dari pemerhatian aku, owner nie rajin balas whatsapp tapi susah nak angkat call. Boleh pilih samada nak poskan parcel atau boleh ambik by hand. Macam aku, ambik by hand sebab tempat pick-up point tu dekat sangat dah dengan rumah. Hehe.

 
Takde apa nak cerita dah pasal kad. Actually, banyak lagi benda tak settle nie. Bab permohonan kebenaran kahwin pun baru nak start buat. Tiga bulan lagi sebelum bergelar isteri orang... Hopefully semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan Allah S.W.T. (^_^)


p/s : tengah kumpul mood nak DIY Guestbook. Kalau jadi, aku story okay.


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum ♥


Hari nie birthday mak yang ke 52 tahun. Birthday mak selang seminggu je dengan birthday tunang aku. Lepas nie, berderet-deret birthday family aku. Jenuh la korang nak membaca entry birthday nanti. Hehe.


Mak, memang takde pengganti. Sapa pun tak boleh ganti tempat mak dalam hati aku. Mak la yang paling best, paling baik, paling sporting, paling penyayang. Dan memandangkan tahun nie last aku sambut birthday mak sebagai orang bujang, aku nekad nak bagi hadiah yang agak special untuk mak. Sengaja bagi, takut lepas nie tak dapat nak bagi sebab dah ada family sendiri.

*Hadiah nie mungkin tak seberapa kalau dibandingkan dengan pengorbanan mak.*

Selamat hari lahir mak. Semoga mak dikurniakan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur. Semoga hidup mak diberkati ALLAH S.W.T dan semoga semuanya yang baik-baik je untuk mak. Kasih sayang akak pada mak tak terungkap dengan kata-kata. Yang pasti, akak sayanggg mak selama-lamanya.


Selamat hari lahir ibu dunia akhirat ku, Azizah. :')


Ikhlas dari anakmu,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum ♥

Hari nie hari lahir tunang tersayang yang ke 26 tahun. Gigih nie tunggu pukul 12 tengah malam semata-mata nak update. Hehe. Kitorang tak celebrate pun sebab birthday dia jatuh hari kerja. :p


Ucapan macam biasa. Ucapan klise. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, bahagia dunia akhirat. Tapi aku kasi tambah sikit tahun nie. Semoga dipermudahkan segala urusan kita dan semoga b akan menjadi suami yang mithali & terbaik untuk sayang.


Untuk b, i love you so much. Happy birthday bakal suami. (^_^)


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Newer Posts
Older Posts

LET’S BE FRIENDS

ASSALAMUALAIKUM


Hello, There!

Wife to Muhammad Idzat Syazwan.

Ibu to Eidzara Azzalea & Eliyara Addalea.


Find More



Blog Archives

  • ►  2020 (14)
    • ►  June (1)
    • ►  April (4)
    • ►  March (5)
    • ►  February (1)
    • ►  January (3)
  • ►  2019 (43)
    • ►  December (4)
    • ►  November (4)
    • ►  October (2)
    • ►  September (3)
    • ►  August (5)
    • ►  July (11)
    • ►  June (3)
    • ►  May (4)
    • ►  April (4)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2018 (42)
    • ►  December (3)
    • ►  November (5)
    • ►  October (9)
    • ►  September (4)
    • ►  August (4)
    • ►  July (7)
    • ►  June (3)
    • ►  May (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (36)
    • ►  December (2)
    • ►  October (1)
    • ►  September (6)
    • ►  August (10)
    • ►  July (6)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2016 (42)
    • ►  December (4)
    • ►  November (6)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (5)
    • ►  June (4)
    • ►  May (4)
    • ►  April (3)
    • ►  March (6)
    • ►  February (3)
  • ►  2015 (47)
    • ►  October (3)
    • ►  September (3)
    • ►  August (6)
    • ►  July (6)
    • ►  June (3)
    • ►  May (2)
    • ►  April (5)
    • ►  March (3)
    • ►  February (7)
    • ►  January (9)
  • ▼  2014 (44)
    • ►  December (4)
    • ►  November (2)
    • ►  October (5)
    • ►  September (4)
    • ►  August (5)
    • ▼  July (5)
      • WEDDING PREPARATION : RUBBER STAMP
      • TRAGEDI MH17.
      • WEDDING PREPARATION : KAD KAHWIN
      • HAPPY BIRTHDAY MY LOVELY MOM
      • MY FIANCE 26TH BIRTHDAY
    • ►  June (4)
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (3)
    • ►  January (8)
  • ►  2013 (44)
    • ►  December (4)
    • ►  November (5)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (5)
    • ►  July (10)
    • ►  June (7)
    • ►  May (1)
    • ►  April (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2012 (29)
    • ►  December (3)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (4)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (6)
    • ►  April (7)
    • ►  March (3)

Labels

  • #BFJourney
  • #Checklist
  • #DIY
  • #Izadaten
  • #Majlis
  • #Malaysia
  • #Others
  • #Pregnancy
  • #Raya
  • #Recipes
  • #World
  • #Yara
  • #Zara
  • #ZaraYara

Created with by BeautyTemplates | Distributed by blogger templates