facebook instagram google
  • Travel
  • Recipes
  • Do It Yourself
  • Engagement
  • Wedding
  • Pregnancy
  • Breastfeed Journey

. F A T I N .

Assalamualaikum ♥

Haritu terbaca dalam FB ada mommies tanya pasal cradle cap anak dia. Tengok gambar memang nampak teruk. Tebal sangat. Huhu. Kesian. Terus teringat Zara. Dia pun pernah kena cradle cap nie tapi mild je. Tak seteruk anak sis tu.


Masa memula lahir, kulit kepala Zara okay je. Naik umur 3 bulan camtu, aku perasan ada kerak berkuping-kuping kat kepala dia. Takkan baby pun ada kelumumur? Bila sentuh, keras. Tak berani nak tonyoh kuat-kuat sebab tak tau apa benda natang tu. Google! Lastly dapat jawapan, cradle cap rupanya. Huhu.


Aku mintak tips dalam group Ibu Hamil (facebook). Ramai la share tips and aku try buat. Ambik baby oil then sapu kat kepala anak. Biar dalam 10 minit bagi kerak tu kembang then tarik pelan-pelan guna hujung jari. Ada tu kata guna sikat tapi aku tak berani. Guna jari je. 


3-4 hari jugak la aku kerjakan kepala Zara. Geramnya lahai bila kerak tu seketul-seketul keluar. Rasa nak gegar je kepala Zara kuat-kuat, biar semua kerak hilang. Hahaha. Tapi tak boleh. Aku amik masa lama tu pun sebab buat sikit-sikit. Tu pun dah merah kulit kepala dia. Kepala baby kan lembut. Kalau dok buat sampai licin, mau berdarah kepala budak tu. Selalunya aku buat sebelum mandi. Senang nak bersihkan. Setiap kali nak curah air kat kepala Zara, asyik la doa supaya dia tak nangis. Yelah, takut aku lukakan kepala dia. Alhamdulillah, nasib baik semua okay.


Maybe mommies boleh try tips nie. Tapi tolong jangan buat lama-lama. Kesian anak, takut sakit. Biar lambat asal selamat. Sekarang kepala Zara dah bebas dari cradle cap. Yeayyyy!!! (^_^)




Love,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum ♥

Sebulan lepas balik Jepun, kitorang anak beranak ke Singapore pulak. Family day ofis suami. Semua ditanggung. Free. Alhamdulillah, rezeki. Harga tiket USS setakat 31 Julai 2017, 68 Singapore Dollar. Zara macam biasa la, behave sangat! Good girl. Sejuk perut ibu ngandungkan Zara. ♥ 

*Permulaan hari. Happy nawww kamu ye.*

Family day nie 3D/2N. Kitorang semua stay JB. Masuk Singapore balik hari je, tu pun just ke USS. Aku dah pernah gi USS tahun 2012. So suami aku asyik la tanya apa yang best la apa la. Eh, dah macam google dia buat aku nie. Aku eksyen la sikit kan, haaa ride nie best yang tu tak best yang nie suspen. Eeeeee, poyo giler! :p







Mula sekali, suami aku main Transformers 4D. Sejam weyy aku & Zara tunggu dia. Tu la masalahnya kat USS. Beratur panjang. Sabar jelah. Huhu. Nasib baik ada Zara teman ibu. Ayah sibuk main, ibu sibuk snap gambar Zara. Keluar je Transformers tu, suami aku mengomel. "hmmm, macam sama je Spiderman kat USJ". Hehehe. Ye, Transformers kat USS dan Spiderman kat USJ memang sebijik. Tukar karakter je. Jalan cerita sama. Effect sama.





*Kebosanan tunggu ayah.*

Next kitorang main Revenge of The Mummy. Indoor roller coaster. Gilir-gilir masuk. Of course aku taknak lepas peluang sebab aku suka ride nie. Kecut perut weyy. Aku dok pejam mata dari awal sampai habis padahal dalam tu memang dah gelap pun. Tutup mata ke tak sama je. Haha. Komen suami aku kali nie, best tapi kalau cerah lagi best. Eh, banyak pulak songeh dia. Princess dah tukar baju kat sini. Tak tahan panas.. T___T




*Puteri lilin ibu taknak senyum.*

Kesian Zara tak selesa sebab panas. Nasib baik la dia bukan jenis merengek. Muka jela masam. Nak suruh senyum pun susah. Haritu kat USJ hujan, kat sini panas. Dugaan. Takpelah... #redha. Settle main The Mummy, kitorang laki bini decide cari tempat sejuk sikit bagi Zara cool. So sepakat la ke Waterworld. First time aku tengok show nie. Okay la, not bad. Citer pasal lanun nak culik perempuan nie pastu nanti boyfriend dia datang selamatkan. Pastu nanti ada air terpercik la, terbakar la, itu la ini la. Korang tengok la sendiri nanti. Aku lupa dah jalan cerita dia. Haha. Zara pun teruja tengok boat, api, orang panjat-panjat.






Settle Waterworld, kitorang jenjalan je sampai lebam. Ikut hati nak main je apa yang aku tak sempat main dulu. Tapi fikirkan anak, takpelah. Kesian Zara. Sempat bawak dia main Ferris Wheel (indoor) dalam kedai Shrek. Beli ice blended strawberry kat situ (harga 11 Singapore Dollar), Zara taknak lepas sampai sudah. Best kot sejuk. Melekit habis satu badan. Huhu. Bawak anak kecik, aktiviti agak terbatas. Takpe, next time datang lagi. Biar Zara besar dulu.



*Muka ada senyummmm.*





So far, aku tengok USS takde beza sangat pun macam dulu. Cuma kat zone Hollywood je diorang upgrade letak Minion. Pastu kat zone Far Far Away, ada satu ride baru. Yang lain semua masih sama.

*nie ride baru tu. tak sempat main.* 

On the way balik sampai la dah masuk bilik hotel, suami aku asyik kata USJ lagi best dari USS. Tak tau pasaipa. Sampai perah otak la dia fikir. Dengan aku-aku pun terlibat sama kena perah otak. Sebagai isteri prihatin, kita wajib layan dan perbincangan diteruskan sehingga ke time breakfast keesokan harinya. Hahaha. So funny! I love you B. ♥


p/s : suami cakap cukup-cukup la holiday untuk tahun nie. duit dah banyak habis. :p



Love,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum ♥

Darah nifas aku lambat habis. Betul-betul kering masa 45 hari, ngam-ngam habis pantang. Pastu relaks jelah, tunggu kot-kot bulan depan tu period. Tapi tak period. Dari sebulan membawak ke dua bulan, tiga bulan, still tak period-period. Apekehal pulak nie? Cek UPT tak sangkut pun. Aku memang jenis period teratur dari anak dara sampai sebelum pregnant. Stress mak nok. Huhu. Sebab rasa dalam badan kotor je, darah tak keluar. Boleh gituuuu? Haha.


Masa check-up perancang keluarga (aku gi check-up tu 3 bulan je pastu malas dah nak pegi, hehe), aku tanya nurse. Risau la kan kot ada masalah ke. Rupanya nurse kata normal bagi ibu menyusukan anak tak period. Ada sebulan lepas nifas dah period. Ada tu setahun dua baru datang period. Depends pada individu. Lega la sikit dengar tapi still tak puas hati lagi. Apasal aku tak period nie? Haha, haru betul.


Akhirnya, setelah setahun. Dua hari sebelum birthday Zara, benda yang aku nak sangat tu datang. Nak nangis ada, terharu pun ada. Speechless. Aku masih boleh period rupanya. Sampai gitu perasaan aku masa tu, haha. Sengal betul. Hormon dah kembali normal. Happy!! Mak pesan bila dah period nie, kena jaga lebih. Kang senang lekat. Dah la aku tak makan ubat perancang. Hihi. Baiklahhhhh. (^_^)


So, ibu menyusukan anak tu jangan paranoid sangat macam aku. Perangai tak semenggah. Selagi korang breastfeed baby, takde masalah kalau tak period. Tapi kena selalu test UPT jugak. Kot la termengandung tanpa sedar. Hihihi. So now kita tengok aku period ke tak bulan nie? Jeng jeng jeng.....



Love,
Nor Fatin Nadhirah
sambungan part 1, part 2, part 3, part 4.

Last entry untuk trip Jepun. Promise! Hari terakhir di Jepun kitorang ke USJ, Osaka. Jangan tanya kenapa tak pergi DisneySea ke Disneyland ke, aku sekeh sorang-sorang japgi. Aku pergi free kot. Mana orang bawak, kita ikut jelah. Okay? Sampai USJ, WAJIB la bergambar kat globe. Bukti tu dah sampai sana. Harga tiket 7600 Yen/pax. Mahal. Nasib baik masuk free. T___T





Memula sekali kitorang jenjalan kat Minion Park. Colorful betul, cantik! Kebetulan masa kitorang sampai, maskot minion ada pulak. Ibu gigih la nak bergambar padahal tahu anak takut minion. Hihi. Zara takut minion uolss! Tak tau pasaipa. Kat rumah kitorang umpan patung minion la kat area antara hall ke dapur. Kes taknak dia masuk dapur, sepah kentang bawang ibu. Hehe.







Kat area Minion Park nie ada satu kiosk Coca-Cola customized nama. Suami aku beria nak buat, so buat la kita. Harga 500 Yen je, murah. Fikir punya fikir, kitorang bubuh la nama IDZARATEN. Botol Coca-Cola tu sekarang tersergam indah dalam almari perhiasan aku. Kenangan. Pastu kitorang beli popcorn bekas minion. Harga 2900 Yen kalau tak silap, lupa dah.


First ride kitorang laki bini main, The Amazing Spiderman. Gilir-gilir sebab kena jaga Zara. Ride nie okay la bagi aku. Sapa pernah main Transformers 4D kat USS, sebijik sangat. Watak je diorang tukar, jalan cerita tonggang terbalik tu sama semua. Tapi still best. Lama dah aku tak buat perangai jerit depan orang. Suami aku kata so-so je. Eeee, eksyen lebih eh!


Second ride suami aku main The Flying Dinasour. Roller coaster kaki tergantung ke bawah. Bukan kaki je, badan pun sama. Imagine kau meniarap atas langit. Fuhhh. Aku tak naik, jaga Zara. Lagipun queue panjang, cukup la jadi isteri mithali tunggu suami kat bawah. Hehe. Suami aku kata ride nie best giler. Kalau dia kata best maknanya memang best la tu. So korang yang datang sini nanti, WAJIB naik tau.


*Tu dia. Cer cari mana ayah si Zara nie. Hehe.*

*Setia menunggu suami a.k.a ayah Zara.*

Cuaca tak berapa baik haritu. Hujan on off & non-stop. Start dari rumah minion memula tu dah start hujan renyai. Nasib baik la bawak payung. Bila hujan, banyak la ride kena stop. Nak jenjalan pun tak feeling sangat. Risaukan Zara, takut dia demam. Huhu. Dua ride tu je yang kitorang sempat main untuk adult game, yang lain ke laut. So aku tak boleh la komen ride lain best ke tak. Hihi. Sorry.


Sebab ride banyak tutup, kitorang pergi Wonderland. Tempat kanak-kanak. Kat sini ada Snoopy, Hello Kitty, Sesame Street. Aku gagahkan jugak main cupcake, nak bagi Zara merasa. Padahal ibu dia yang nak main. Haha. Takde orang pun nak main, aku & Zara je. Tak ke sengal bawak budak kecik main time hujan. Alhamdulillah la Zara tak demam. Kuat anak ibu nie! Good girl.


Pastu aku & Zara main kuda pusing-pusing macam kat funfair tu. Yang nie okay sebab berbumbung. Zara happy je. Syok kot tengok benda comel-comel. Kesian ayah dia, jadi cameraman sambil pegang payung & barang. Hihi. Settle main benda alah nie, hujan lebat giler. Kitorang terus masuk playground Elmo then stuck situ dekat sejam ada kot. Zara seronok la main bola la apa la, ibu ayah krikk krikk.








Next singgah jap kat playground Snoopy. Tak menarik pun, syok Elmo tadi tu lagi. Ambik gambar pastu kitorang laki bini sepakat nak redah je jenjalan kat luar. Siap beli extra payung nak jalan punya pasal. Lebur 1500 Yen. Paling sadis, suami aku meroyan kat airport sebab payung dia tu tertinggal dalam bas. Hehe. Kesian dia. Pastu jenjalan la kitorang anak beranak tanpa hala tuju. Zara pulak sedap tidur time hujan tu. Berbantalkan bahu pun jadi. Adududu la anak oi. Bergilir dukung dengan suami. Memang tak letak stroller, takut kena hujan. Balik hotel malam tu, rasa nak patah pinggang aku. T__T





Oh ya, korang kalau gi USJ, kena try Butterbeer. Butterbeer nie ada kat zone Harry Potter. Perghh, layan. Ada tiga pilihan, aku beli yang harga 1100 Yen. Gelas boleh bawak balik. Butterbeer nie bukan beer pun. Air rootbeer + aiskrim vanilla. Macam air kat A&W. Nama je scary konon beer padahal takde apa pun. Non alcohol. So boleh minum, don't worry. Aku baca katanya game kat Harry Potter nie paling best! Mana satu yang best aku tak sure. Tak boleh nak main, ramai giler kot orang kat sini.






Kat USJ nie takde surau ye. Makanan halal pun takde. So pandai korang la bawak makanan, sorok dalam beg. Kat sini memang ramai giler orang. Sapa tak tahan nak beratur lama tu, beli la Express Pass. Kat luar USJ nie ada Hard Rock Cafe. Tak silap aku ada dua Hard Rock kat Osaka tapi yang kat USJ nie lagi banyak choice.










Setakat nie dulu la entry USJ & Jepun. Settle sudah! Pheww. Bercinta oi aku nak menaip sambil ingat balik moment tu semua. Hehe. Hopefully entry aku dapat la bagi gambaran sikit kat korang. Memang best travel ke Jepun. Confirm tak menyesal. Next year kemana ye kita??? Okay la, sayonara ~


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Newer Posts
Older Posts

LET’S BE FRIENDS

ASSALAMUALAIKUM


Hello, There!

Wife to Muhammad Idzat Syazwan.

Ibu to Eidzara Azzalea & Eliyara Addalea.


Find More



Blog Archives

  • ►  2020 (14)
    • ►  June (1)
    • ►  April (4)
    • ►  March (5)
    • ►  February (1)
    • ►  January (3)
  • ►  2019 (43)
    • ►  December (4)
    • ►  November (4)
    • ►  October (2)
    • ►  September (3)
    • ►  August (5)
    • ►  July (11)
    • ►  June (3)
    • ►  May (4)
    • ►  April (4)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2018 (42)
    • ►  December (3)
    • ►  November (5)
    • ►  October (9)
    • ►  September (4)
    • ►  August (4)
    • ►  July (7)
    • ►  June (3)
    • ►  May (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (1)
  • ▼  2017 (36)
    • ►  December (2)
    • ►  October (1)
    • ►  September (6)
    • ▼  August (10)
      • CRADLE CAP A.K.A KERAK KEPALA BABY
      • SINGAPORE DAY TRIP - USS (UNIVERSAL STUDIOS SINGAP...
      • IBU MENYUSUKAN ANAK TAK PERIOD?
      • JAPAN TRIP : USJ (UNIVERSAL STUDIOS JAPAN)
      • JAPAN TRIP : KYOTO
      • MANA NAK BELI JAM G-SHOCK DI JEPUN?
      • DIY : GAMBAR COMEL ATAS KEK
      • JAPAN TRIP : TOKYO (DAY 3)
      • BREASTFEEDING : ONE YEAR AND STILL COUNTING
      • BATERI KERETA KONG TAPI MALAS NAK LECEH? BATERIKU....
    • ►  July (6)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2016 (42)
    • ►  December (4)
    • ►  November (6)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (5)
    • ►  June (4)
    • ►  May (4)
    • ►  April (3)
    • ►  March (6)
    • ►  February (3)
  • ►  2015 (47)
    • ►  October (3)
    • ►  September (3)
    • ►  August (6)
    • ►  July (6)
    • ►  June (3)
    • ►  May (2)
    • ►  April (5)
    • ►  March (3)
    • ►  February (7)
    • ►  January (9)
  • ►  2014 (44)
    • ►  December (4)
    • ►  November (2)
    • ►  October (5)
    • ►  September (4)
    • ►  August (5)
    • ►  July (5)
    • ►  June (4)
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (3)
    • ►  January (8)
  • ►  2013 (44)
    • ►  December (4)
    • ►  November (5)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (5)
    • ►  July (10)
    • ►  June (7)
    • ►  May (1)
    • ►  April (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2012 (29)
    • ►  December (3)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (4)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (6)
    • ►  April (7)
    • ►  March (3)

Labels

  • #BFJourney
  • #Checklist
  • #DIY
  • #Izadaten
  • #Majlis
  • #Malaysia
  • #Others
  • #Pregnancy
  • #Raya
  • #Recipes
  • #World
  • #Yara
  • #Zara
  • #ZaraYara

Created with by BeautyTemplates | Distributed by blogger templates