facebook instagram google
  • Travel
  • Recipes
  • Do It Yourself
  • Engagement
  • Wedding
  • Pregnancy
  • Breastfeed Journey

. F A T I N .

Assalamualaikum ♥

Official photographer untuk semua majlis aku ialah Abang Akie. Photographer biasa je, bukan professional photographer macam CST Production apa semua tu. Walaupun dia biasa-biasa tapi gambar-gambar boleh tahan cantik.


Actually, pakej photography nie termasuk sekali dengan pakej pelamin. Harga specific untuk photography aku tak berapa pasti, hehe. Lepas Abang Akie settle ambik gambar, dia hantar ke Abang Ayie pulak untuk edit dan siapkan album. Dua bulan jugak la baru dapat hasilnya. Aku dapat dua keping gambar saiz A4 siap frame, satu storybook, satu sticky album, CD dan pendrive. Alhamdulillah, hasil kerja memuaskan. Happy sangat. (^_*)

*The bride.*

*The groom.*

Abang Akie nie baik je orangnya. Dalam sibuk ambik gambar pengantin, sempat lagi dia bagi nasihat kat kitorang dalam melayari bahtera rumahtangga. Dan Abang Akie jenis senang nak bekerjasama. Sesiapa nak tengok banyak lagi hasil kerja dia, boleh search di Facebook Akieeko Akie okay. Bye ♥


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum ♥

Alhamdulillah. Syukur pada-Mu Ya ALLAH. Impian aku untuk menjadi seorang ibu bakal dimakbulkan. Tak boleh nak gambarkan perasaan aku sekarang. Bersyukur sangat. Entry nie aku taip untuk kenangan diri sendiri, bukan untuk riak atau sebagainya. Hmmm, jom throwback balik saat-saat aku tahu aku mengandung. (^_^)

*Masa nie tak tahu lagi tengah pregnant.*

Period aku jenis teratur. Kadang-kadang tu ada la lewat sehari dua. Perubahan tarikh. Bulan lepas, aku start period 16hb Januari. Habis period, aku start balik guna OPK. OPK nie ialah salah satu alternatif untuk tahu waktu subur seseorang. Nanti aku buat entry khas pasal OPK okay. Aku start test dari CD12. First day test dah positif. Pelik jugak sebab bulan Disember start positif masa CD18. Tapi takpelah, lagi bagus awal kan? Hehe.


Dua minggu lepas tu tetiba rasa nak test OPK. Tetiba. Check punya check, OPK jadi positif. Setahu aku, waktu subur seseorang hanya sekali sebulan. Nie dah dua kali, apahal pulak kan? Hati dah syak diri nie mengandung tapi takut sangat nak mengharap. Dari 8hb Februari aku test OPK, hari-hari positif. Hmmmm... Hati meronta-ronta nak check UPT tapi......... Takpelah, sabar dulu sebab jangkaan period 15hb Februari.


Sampai satu tahap dah tak boleh nak sabar, aku pergi beli UPT test. Sekali beli empat jenis UPT kau! Hehe. Kondisi badan masa nie dah rasa macam-macam. Tender breast, asal malam je nak demam, emosi dah tak menentu, perut rasa senak. Taknak mengharap apa, takut tu simptom sebelum period. Pasrahhhhhh.....


14hb Februari, sehari sebelum period. Aku terjaga pukul 3 pagi. Perut rasa lapar giler, macam tak makan 10 hari. Kejut suami suruh beli roti dan air soya kat 7-Eleven tapi permintaan tak dilayan. Hehe. Pastu terus tak boleh tidur. Tetiba rasa nak test UPT. Okay, jom! Pukul 4.35 pagi, aku pergi la test UPT sorang-sorang. Result dia? Positif dengan satu line samar, kaler pink. Maybe baru nak jadi. Allah jelah tahu betapa happynya aku masa tu. :')

*14hb Februari, 4.35 pagi, UPT Disclosure.*

Esok paginya aku tunjuk UPT kat suami. Dia tengok tapi macam tak faham. Eeeee, orang lelaki memang tak baca agaknya pasal UPT nie kot kan? Sabar jelah. On the way pergi kerja, aku tuntut balik air soya yang aku tak dapat malam tadi. Tapi nak satu karton. Nak air soya dalam tin sebab nanti letak dalam peti ais, baru sedap minum sejuk-sejukkkkk. Suami gelak. Dia kata selalu orang mengidam satu je, nie sampai satu karton. Hihihi... :p


15hb Februari, aku test UPT lagi. Lantak la dah urine ke berapa pun masa tu, aku tak peduli. Yelah, selalu kan kena test guna urine pertama. Aku test pukul 1.25 petang. Result, dua-dua line naik sama terang. Alhamdulillah. Sebabkan hari tu sepatutnya period, aku jadi tak tentu arah. Aku check lagi sekali UPT pukul 6.30 petang. Result tetap sama, cuma kali nie agak pudar sikit. Maybe setiap UPT berbeza tahap boleh detect HCG. Tak kisah la asalkan positif.

*15hb Februari, 1.25 petang, UPT Inova.*

*15hb Februari, 6.30 petang, UPT Dip N Tell.*

16hb Februari, last aku check UPT sebelum decide jumpa doktor. Kali nie guna UPT ClearBlue Digital. Alhamdulillah, result masih sama. Pregnant. Dua hari lepas tu, aku dan suami pergi reconfirm pregnancy kat Poliklinik Cahaya. Doktor sahkan aku pregnant 4 weeks. Alhamdulillah.... Lagi dua minggu kena pergi klinik balik untuk scan. Tak sabarnyaaaa nak tunggu. :)

*16hb Februari, 6.30 pagi, UPT ClearBlue Digital.*

Sekarang nie simptom yang aku dapat cuma sakit pinggang, senak kat bahagian ari-ari dan pening sikit. Tak tahu la akan datang macam mana. Dah start minum susu Anmum Materna pun. Sedap kot susu tu, alahaiiii... Ada je aku baca kata nanti baby besar la apa la kalau minum Anmum. Tu semua kan kuasa Allah. Baby besar ke kecik ke tak kisah janji dia sihat. Selain tu, aku teruskan jugak makan asid folik. Dan doktor ada bekalkan vitamin. Kena belah tiga vitamin tu sebab besar sangat, tak boleh nak telan. Hehehehe. :p


Untuk anak ibu yang masih kecik comel dalam rahim ibu nie, kuat ye sayang. Ibu memang tertunggu-tunggu kehadiran baby. Ibu sakit sekarang takpe janji baby membesar dengan sihat dalam kandungan ibu. Walaupun ibu tak pernah lagi tengok baby tapi ibu sayang sangat. Semoga kesihatan kita berdua baik dan semoga semuanya berjalan lancar. Ibu sayang sangat, ingat tu. Taip nie pun mata ibu dah berair apatah lagi kalau dapat tengok baby nanti. :')


Terima kasih Ya ALLAH. ♥


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum ♥


Lokasi outdoor lepas resepsi dekat Taman Tasik Perdana. Cantik jugak tempatnya. Kata Abang Akie, dia selalu bawak clients dia shoot kat sini. Kebetulan hari tu Ahad, ramai giler kot orang beriadah. Pengantin pun ramai. Ada kaler merah, kaler peach, kaler biru. Semua muka bahagia je. Hehe.


Sesi outdoor jadi tak lama sebab hujan turun lebat sangat. Sempat photoshoot dalam sejam je. Tak habis explore pun taman tu. Huhu. Tak memasal habis basah baju pengantin. Pastu berteduh la kat pondok tunggu sampai hujan berhenti.


Macam biasa, mood tak berapa nak ada. Tengok jelah gambar kitorang eh. Hikhik....








Tinggal sikit je lagi entry review nie nak habis. Tak sabarnyaaaa. Baru la lega hati nie. (^_^)


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum ♥

Just make it simple. Malas nak taip sebenarnya. Settle akad nikah, Abang Akie (photographer) ajak pergi outdoor. Tak payah pergi jauh, depan masjid pun jadi. Hehehehe. Kebetulan depan masjid ada taman. Nature gitu ~ (^_^)


Sesi outdoor tak lama, dalam sejam camtu je. Buat syarat kata orang. Sesi nie dah termasuk dalam pakej. Perasaan masa outdoor feeling sangat-sangat tau. Biasa la, orang baru sejam dua jadi suami isteri katakannnn. Emosi kena lebih. Wakaka.... :p


 Hmmm... Takde mood betul nak menaip. Layan gambar jelah eh.









Jumpa lagi bila mood menaip dah datang okay. Bye.


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum ♥

Memula ingat nak buat entry khas untuk setiap outfit tapi memandangkan mood menaip tak berapa nak ada, aku pendekkan jela. Cerita semua dalam satu entry. Senang. Aku yang menaip senang, korang yang baca pun senang. Hehe.


Untuk majlis nikah, baju kitorang tak sewa. Hak milik persendirian. Kain beli kat Jakel dengan harga RM 25 semeter. Tak silap aku nama kain tu Valentro ke apa entah. Lupa. Pastu tempah kat Pasar Rakyat Medan Mara. Suami buat baju melayu biasa. Aku pulak baju kurung mini moden tanpa detailings. Kosong sebab detailings gedik nak buat sendiri. Harga RM 120 untuk baju suami dan RM 100 untuk baju aku.


Kain lace aku beli dari Syarikat Su Hua, Jalan TAR. Masa aku beli dulu, kedai tu still kat area jalan besar tapi sekarang dah pindah. Kat area Campbell Complex kalau tak silap. Harga RM 150 untuk dua meter lace. Memula nak beli lace kaler biru turquoise sebab nak matching dengan sampin suami. Pastu tak jumpa yang berkenan. Suami bagi cadangan, ambik la lace putih. Tak semestinya kena sama kaler. Sebagai seorang bakal isteri time tu, kitewww dengar jelah cakap dia. Hihihi.... :p


Detailings baju, anak tudung dan veil 100% done by me. Ya Allah, lama betul aku ambik masa nak siapkan. Gedik sangat kan, ambik kau! Huhu. Berbulan jugak la baru siap. Nasib dua meter lace tu cukup untuk satu persalinan. Anak tudung aku pakai inner magic. Tambah sikit lace, terus nampak cantik. Murah je. Modal baru RM 10. Hehe. Veil dan shawl beli kain chiffon dari Jakel. Gunting sendiri ikut rasa hati pastu hantar jahit tepi halus. Settle!



Untuk majlis malam berinai, persalinan warna pink provided by butik pengantin. Sebabkan resepsi pakai songket, aku pilih la yang modern sikit. Suka jugak baju tu sebab kat bahagian kaki dia cantik. Ala-ala princess. Nampak flowy je. Kalau takde kat bahagian kaki tu, maybe dah pilih baju lain kot sebab kurenggg sikit kaler pink nie. Hikhik. Persalinan maroon pulak beli siap kat Jalan TAR. Jenjalan kat area Mydin, terjumpa satu kedai. Aku berkenan kat satu baju kaler purple nie tapi takde saiz. Last-last, pilih jela mana ada. Dapat la si baju maroon tu. Takde la cantik mana bagi aku tapi boleh laaaa. Asalkan ada ~





Persalinan majlis resepsi paling aku suka. Sebabnya aku dapat pakai baju pengantin kaler kuning. Impian dari kecik kot. Ingat lagi, aku selalu berangan kahwin nanti nak pakai baju kaler kuning. Akhirnya impian jadi kenyataan. Alhamdulillah... Baju nie kitorang tempah baru dari butik pengantin. Material Songket penuh. Aku request dress, inspired by baju Leuniey. Taknak baju kebaya, old fashion. Mihmihmih.... Baju suami pun full set Songket. Cantik sangat tau. Sayangnya baju tu bukan milik aku. Kalau tak, hari-hari try walaupun dah jadi pengantin basi. Hehe. Takpelah, kasi chance pengantin lain pulak cantik-cantik dengan baju tu. (^_^)



So far, nie jelah review yang boleh aku taip. Entah bila nak habis pun entah. Mintak-mintak cepat sikit boleh habis sebab banyak lagi cerita pending. Till then, take care! Bye. ♥


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum ♥

Bagi aku, video kahwin penting sangat. Video tu la nanti kita akan ulang tengok sampai tua. Kenangan la katakannn. Beberapa bulan sebelum kahwin, aku ada suarakan rasa hati pada suami nak bervideography tapi dia tak setuju. Sedih kot padahal aku dah shortlist kan dah videographer mana aku nak hired. Tapi nak buat macam mana kan, redha jelah. Tup tup dua minggu sebelum kahwin, suami kata nak buat video pulak. Terus aku contact videographer yang aku shortlist dulu tu tapi dah ada orang book. Hahhhh, mengagau aku cari videographer lain yang free slot. Nasib baik ada. '-_-


Akhirnya rezeki berpihak pada Eternity Production. Bagus budak-budaknya. Ramah. Still study final semester kat mana entah tapi dah start buat bisnes. Komunikasi dengan clients macam kenal lama je. Kerja professional. Hasil kerja pun okay, cantik....


Pakej yang aku ambik Nikah + Sanding + Outdoor. Harga baru RM 1500 je tau. Kira murah la kalau nak compare dengan production lain. Nanti diorang providekan satu highlight pendek dan highlight panjang. Highlight pendek arounds 3 minutes above dan yang panjang lama, dalam setengah jam. Jenuh tengok muka sendiri dalam video tu, lagi-lagi part kena bercakap. Terus tutup muka sebab malu. Kikiki, teruk perangai. :p


Pengalaman bervideography nie best. Merasa jadi pelakon. Bayangkan, ada scene ambik masa sampai 15 minit kat belakang tabir tapi dalam video, scene tu jadi tak sampai 10 saat pun. Ada pulak sampai berapa kali entah kena ambik scene. Dok ulang la benda sama pastu bebudak nie ambik shoot dari pelbagai angle. Agak mencabar tapi best. Baru aku faham perasaan seorang pelakon. Yang kita tau complaint lakonan dia macam kayu padahal dia nak menghabiskan shoot tu mau makan masa berjam. Hehehe. 


Nahhh, bukak link bawah nie kalau nak tengok. Highlight panjang aku tak upload sebab Youtube tak kasi. Benci tauuuuu!


Youtube - Highlight Idzat & Fatin


UPDATED [10 APRIL 2015]: FULL VIDEO DAH BOLEH UPLOAD. NAK TENGOK? TEKAN LINK BAWAH.


Youtube - Full Video Idzat & Fatin


Pembayaran ada tiga kali. 20% masa booking, 60% masa hari majlis dan lagi 20% bila dah dapat hasil kerja kat tangan. Oh ya, diorang ambik masa dalam dua ke tiga bulan untuk siapkan. Lama? Relaks la. Kau ingat senang nak edit? Tunggu lama tapi hasil kerja bagus takpe. Alhamdulillah, aku puas hati dengan service Eternity Production. Sesiapa nak ushar video pasangan lain atau nak buat pertanyaan ke atau nak tahu harga terkini dari diorang ke, boleh contact di :


Facebook : Eternity Production

Instagram : Eternity Production

Vimeo : Eternity Production


Thank you Syuk, Hez dan Hafiz. Good job guys! Highly recommended for bride-to-be area KL dan Selangor. Kalau gaduh dengan suami, ulang tengok sampai lebam. Terus kurang rasa marah sebab semua dalam video manis macam gula-gula. Baru kahwin kan so perangai pun gedik-gedik la. Hikhik. Bye. :)




Love,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum ♥

Cerita pasal pelamin, sekarang nie kan trend pelamin bunjut-bunjut. Cantik jugak tapi simple sangat. Kalau nak buat sendiri pun boleh. Amboi! Berlagaknya. Hehe. Kata kahwin sekali seumur hidup kan? So aku decide nak pilih la pelamin yang crowded sikit. Old skool? Tak up-to-date? Lantakkannnnn. Pelamin aku, aku punya suka. Hikhik. :p


Aku request nak pastel colour untuk pelamin. Yelah, baju dah striking, pelamin kena down to earth sikit la. Walaupun design pelamin aku takde la kebabom sangat, aku tetap suka. Jadi bertambah suka bila Kak Liza pasang lampu spotlight colour purple kat belakang. Nampak pelamin naik seri. Alhamdulillah.....



Biar la tak up-to-date pun, janji kenangan tetap ada. Okay la, tu je nak cerita. Hehe. Bye. ♥



Love,
Nor Fatin Nadhirah
Newer Posts
Older Posts

LET’S BE FRIENDS

ASSALAMUALAIKUM


Hello, There!

Wife to Muhammad Idzat Syazwan.

Ibu to Eidzara Azzalea & Eliyara Addalea.


Find More



Blog Archives

  • ►  2020 (14)
    • ►  June (1)
    • ►  April (4)
    • ►  March (5)
    • ►  February (1)
    • ►  January (3)
  • ►  2019 (43)
    • ►  December (4)
    • ►  November (4)
    • ►  October (2)
    • ►  September (3)
    • ►  August (5)
    • ►  July (11)
    • ►  June (3)
    • ►  May (4)
    • ►  April (4)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2018 (42)
    • ►  December (3)
    • ►  November (5)
    • ►  October (9)
    • ►  September (4)
    • ►  August (4)
    • ►  July (7)
    • ►  June (3)
    • ►  May (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (36)
    • ►  December (2)
    • ►  October (1)
    • ►  September (6)
    • ►  August (10)
    • ►  July (6)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2016 (42)
    • ►  December (4)
    • ►  November (6)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (5)
    • ►  June (4)
    • ►  May (4)
    • ►  April (3)
    • ►  March (6)
    • ►  February (3)
  • ▼  2015 (47)
    • ►  October (3)
    • ►  September (3)
    • ►  August (6)
    • ►  July (6)
    • ►  June (3)
    • ►  May (2)
    • ►  April (5)
    • ►  March (3)
    • ▼  February (7)
      • IZADATEN WEDDING REVIEW : PHOTOGRAPHER
      • IBU-TO-BE, INSYAALLAH
      • IZADATEN WEDDING REVIEW : OUTDOOR PHOTOSHOOT (RESE...
      • IZADATEN WEDDING REVIEW : OUTDOOR PHOTOSHOOT (NIKAH)
      • IZADATEN WEDDING REVIEW : THE OUTFIT
      • IZADATEN WEDDING REVIEW : VIDEOGRAPHER
      • IZADATEN WEDDING REVIEW : PELAMIN
    • ►  January (9)
  • ►  2014 (44)
    • ►  December (4)
    • ►  November (2)
    • ►  October (5)
    • ►  September (4)
    • ►  August (5)
    • ►  July (5)
    • ►  June (4)
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (3)
    • ►  January (8)
  • ►  2013 (44)
    • ►  December (4)
    • ►  November (5)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (5)
    • ►  July (10)
    • ►  June (7)
    • ►  May (1)
    • ►  April (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2012 (29)
    • ►  December (3)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (4)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (6)
    • ►  April (7)
    • ►  March (3)

Labels

  • #BFJourney
  • #Checklist
  • #DIY
  • #Izadaten
  • #Majlis
  • #Malaysia
  • #Others
  • #Pregnancy
  • #Raya
  • #Recipes
  • #World
  • #Yara
  • #Zara
  • #ZaraYara

Created with by BeautyTemplates | Distributed by blogger templates