IBU-TO-BE, INSYAALLAH

by - February 22, 2015

Assalamualaikum ♥

Alhamdulillah. Syukur pada-Mu Ya ALLAH. Impian aku untuk menjadi seorang ibu bakal dimakbulkan. Tak boleh nak gambarkan perasaan aku sekarang. Bersyukur sangat. Entry nie aku taip untuk kenangan diri sendiri, bukan untuk riak atau sebagainya. Hmmm, jom throwback balik saat-saat aku tahu aku mengandung. (^_^)

*Masa nie tak tahu lagi tengah pregnant.*

Period aku jenis teratur. Kadang-kadang tu ada la lewat sehari dua. Perubahan tarikh. Bulan lepas, aku start period 16hb Januari. Habis period, aku start balik guna OPK. OPK nie ialah salah satu alternatif untuk tahu waktu subur seseorang. Nanti aku buat entry khas pasal OPK okay. Aku start test dari CD12. First day test dah positif. Pelik jugak sebab bulan Disember start positif masa CD18. Tapi takpelah, lagi bagus awal kan? Hehe.


Dua minggu lepas tu tetiba rasa nak test OPK. Tetiba. Check punya check, OPK jadi positif. Setahu aku, waktu subur seseorang hanya sekali sebulan. Nie dah dua kali, apahal pulak kan? Hati dah syak diri nie mengandung tapi takut sangat nak mengharap. Dari 8hb Februari aku test OPK, hari-hari positif. Hmmmm... Hati meronta-ronta nak check UPT tapi......... Takpelah, sabar dulu sebab jangkaan period 15hb Februari.


Sampai satu tahap dah tak boleh nak sabar, aku pergi beli UPT test. Sekali beli empat jenis UPT kau! Hehe. Kondisi badan masa nie dah rasa macam-macam. Tender breast, asal malam je nak demam, emosi dah tak menentu, perut rasa senak. Taknak mengharap apa, takut tu simptom sebelum period. Pasrahhhhhh.....


14hb Februari, sehari sebelum period. Aku terjaga pukul 3 pagi. Perut rasa lapar giler, macam tak makan 10 hari. Kejut suami suruh beli roti dan air soya kat 7-Eleven tapi permintaan tak dilayan. Hehe. Pastu terus tak boleh tidur. Tetiba rasa nak test UPT. Okay, jom! Pukul 4.35 pagi, aku pergi la test UPT sorang-sorang. Result dia? Positif dengan satu line samar, kaler pink. Maybe baru nak jadi. Allah jelah tahu betapa happynya aku masa tu. :')

*14hb Februari, 4.35 pagi, UPT Disclosure.*

Esok paginya aku tunjuk UPT kat suami. Dia tengok tapi macam tak faham. Eeeee, orang lelaki memang tak baca agaknya pasal UPT nie kot kan? Sabar jelah. On the way pergi kerja, aku tuntut balik air soya yang aku tak dapat malam tadi. Tapi nak satu karton. Nak air soya dalam tin sebab nanti letak dalam peti ais, baru sedap minum sejuk-sejukkkkk. Suami gelak. Dia kata selalu orang mengidam satu je, nie sampai satu karton. Hihihi... :p


15hb Februari, aku test UPT lagi. Lantak la dah urine ke berapa pun masa tu, aku tak peduli. Yelah, selalu kan kena test guna urine pertama. Aku test pukul 1.25 petang. Result, dua-dua line naik sama terang. Alhamdulillah. Sebabkan hari tu sepatutnya period, aku jadi tak tentu arah. Aku check lagi sekali UPT pukul 6.30 petang. Result tetap sama, cuma kali nie agak pudar sikit. Maybe setiap UPT berbeza tahap boleh detect HCG. Tak kisah la asalkan positif.

*15hb Februari, 1.25 petang, UPT Inova.*

*15hb Februari, 6.30 petang, UPT Dip N Tell.*

16hb Februari, last aku check UPT sebelum decide jumpa doktor. Kali nie guna UPT ClearBlue Digital. Alhamdulillah, result masih sama. Pregnant. Dua hari lepas tu, aku dan suami pergi reconfirm pregnancy kat Poliklinik Cahaya. Doktor sahkan aku pregnant 4 weeks. Alhamdulillah.... Lagi dua minggu kena pergi klinik balik untuk scan. Tak sabarnyaaaa nak tunggu. :)

*16hb Februari, 6.30 pagi, UPT ClearBlue Digital.*

Sekarang nie simptom yang aku dapat cuma sakit pinggang, senak kat bahagian ari-ari dan pening sikit. Tak tahu la akan datang macam mana. Dah start minum susu Anmum Materna pun. Sedap kot susu tu, alahaiiii... Ada je aku baca kata nanti baby besar la apa la kalau minum Anmum. Tu semua kan kuasa Allah. Baby besar ke kecik ke tak kisah janji dia sihat. Selain tu, aku teruskan jugak makan asid folik. Dan doktor ada bekalkan vitamin. Kena belah tiga vitamin tu sebab besar sangat, tak boleh nak telan. Hehehehe. :p


Untuk anak ibu yang masih kecik comel dalam rahim ibu nie, kuat ye sayang. Ibu memang tertunggu-tunggu kehadiran baby. Ibu sakit sekarang takpe janji baby membesar dengan sihat dalam kandungan ibu. Walaupun ibu tak pernah lagi tengok baby tapi ibu sayang sangat. Semoga kesihatan kita berdua baik dan semoga semuanya berjalan lancar. Ibu sayang sangat, ingat tu. Taip nie pun mata ibu dah berair apatah lagi kalau dapat tengok baby nanti. :')


Terima kasih Ya ALLAH. ♥


Love,
Nor Fatin Nadhirah

You May Also Like

0 comments