facebook instagram google
  • Travel
  • Recipes
  • Do It Yourself
  • Engagement
  • Wedding
  • Pregnancy
  • Breastfeed Journey

. F A T I N .

Assalamualaikum.....


Entry kali nie nak cerita pasal aktiviti semalam. Semalam aku & family ke Kuantan, Pahang untuk hantar Ami masuk kolej. Awal-awal pagi lagi kitorang dah gerak ke Kuantan. Jauh jugak rupanya Kuantan nie, aku ingatkan dekat. Almost 3 jam lebih jugak baru sampai. Tu pun sebab jalan slow-slow sebab nak cari tempat.

*Takmo heavy make-up ye kawan-kawan. Lipstick pun takde, hehe*

 *Kakak Fatin yang gedik*

Ami dapat sambung pengajian dalam course Human Resource di Kolej Poly-Tech Mara. Masa sampai kat kolej dia tu, punya la banyak kereta. Manusia jangan cakap la, lagi ramai. Aku rasa ada kot dalam 1000 orang time tu. Sesak sangat kat kawasan pendaftaran pelajar. Pelajar, mak bapak, nenek, cucu, cicit, segala keturunan kot ada rasanya, hehehehe.


Lama jugak nak tunggu Ami settlekan pendaftaran dia. Sampai naik kematu jugak la bontot aku, hihi. Dengan cuaca panas terik, perggghhh!! Memang terbaeeekkk. Bayangkan, pukul 10 pagi dah macam pukul 1 tengahari. Berpeluh-peluh ketiak aku ok, sedihhhhh. T___T

*"Alahaiii, bau ke tak ketiak aku nie? Jangan la bau, malu aku nanti." Monolog tu rekaan semata-mata ok, hehe.*

Selesai pendaftaran, kitorang gerak pulak ke hostel Ami untuk kemas-kemas barang dia. Satu bilik boleh duduk dua orang. Ok la kan, sebab bilik pun tak besar mana. Hello Fatin, kalau nak bilik besar, please pergi hotel sekaranggggggg...!!! Tapi ada berita terbaru, Ami kena pindah blok then satu bilik dah jadi tiga orang.


Ada satu scene kelakar masa dalam hostel Ami nie. Masa tu, mak saja la bawak keluar handset dia then nak tangkap gambar Ami. Sebelum tangkap gambar tu, mak ada kata, "nanti mak tengok gambar Ami nie malam-malam, mesti mak nangis..." Masalahnya, belum sempat habis cakap lagi, mak dah nangis. Kelakar jugak la time tu. Mak terus kata, "akak takde anak lagi, akak tak tau. tunggu ada anak nanti.." Ok, fine. Encik Muhammad Idzat Syazwan, sila pinang saya segera ye. Hikhik. (^_^)

 *Tengok mak nangis, aku volunteer untuk ambik gambar diorang sesama. Kesiannn mak kan? Huhu.*

*Muka berminyak sebab panas uolssss. Buat-buat happy walaupun rasa nak mandi time tu.*

Sebab Ami ada orentasi pukul 4 petang, kitorang pun cepat-cepat kemas bilik, keluar makan & beli sikit keperluan untuk Ami then hantar dia balik. Mak macam biasa la, airmata tak pernah berenggang dengan dia. Aku steady lagi, tak nangis pun cuma aku hilang la geng untuk gaduh. Aku kan kuat gaduh dengan Ami sampai kitorang kena label macam anjing dan kucing oleh mak. 


On the way nak balik KL, mak ayah asyik cerita pasal Ami je. Ami itu Ami ini, macam-macam la. Agaknya, masa aku masuk kolej dulu pun, mesti mak ayah bercerita pasal aku masa on the way nak balik KL kan? Hihi. Aku layankan cerita diorang sampai aku tertidur. Sedar-sedar dah sampai R&R Maran pastu aku terus turun pergi beli jagung cup. Mentedarah je kerja perempuan sorang nie..... Hahahaha.


Well, sampai saat entry nie ditaip, ada rasa lain sikit la kat rumah. Maklum la, dah kurang lagi sorang. Makanan pun macam nak taknak je ada, hihi. Walaupun aku suka gaduh dengan Ami tapi aku sayang dia. Giler kau tak sayang adik sendiri. 


Aku doakan Ami berjaya dalam hidup dia. Habiskan pelajaran dia nie then kerja bagus-bagus. Dia je harapan mak ayah untuk ada anak yang ada Diploma. Nak harap aku & along, takde la kot. Masing-masing dah ada hidup sendiri walaupun tak bagus mana. Janji rezeki halal, betul tak? :)


Ok la, penat dah menaip. Layan gambar yang aku ambik masa ada kat Kuantan tu k. Rasa diri nie macam official photographer KPTM Kuantan pulak. Hehehe.

*Main entrance*

 *Budak nak masuk belajar katanya, hehehe.*

*Ayah sembang dengan pakcik Rosli. Pakcik tu ayah kepada kawan Ami, Najmi.*

*Najmi and Ami.*

*Semua tengah tunggu anak diorang habis pendaftaran.*

*Yeeee, selamat datang untuk pelajar baru. Teringat pulak zaman baru masuk kolej dulu, hehe*

*Ok, ketiak dah start basah time nie. Huhu.*

*Mak, tak pernah tak dapat kawan. Sorang makcik tu dari Terengganu, sorang lagi Kelantan 
mari ye.*

*Curi-curi tangkap gambar Ami masa pendaftaran. Macam paparazi kan aku nie? Eh, silap. Mamarazi.*

*Ramai kan?? Belakang-belakang tu lagi la ramai manusia.*

*Si Meah pun nak tumpang glamer dalam blog nie. Kasi chance, hehehe.*

*Ambik feel jadi pelajar kejap, hehe.*

Sampai KL, ayah tersalah masuk jalan. Terpaksa redah Jalan Tun Razak time puncak. Sekali hambik kau, dua jam kat situ sebelum sampai rumah. Nangis kuat-kuat...... Sebab tak dapat tengok Teduhan Kasih. Y____Y  


Rumusan dari entry nie, Kuantan memang sangat panas. Panas tahap gaban punya. Ok la, jumpa di lain entry ye. Good night, sweet dreams. Love u b. Eh, tetiba. Hehehe. Bye.

 *Sekali muka toya keluar daaaaaa.*

With Love,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum......


Memandangkan cuaca tak berapa elok semenjak dua menjak nie, better duduk rumah jela dari keluar. Kang tak pasal-pasal dapat sakit pulak. Ok, tengok tajuk entry nie pun, mesti korang dah tau pasal apa kan? So, let's get started. It's Sunday and it's DIY time!!!! Yeeehaaaaa. (~_^)


Entry kali nie ditaip dengan perasaan yang sangat happy. Kalau nampak aku terover ketawa tu, harap maklum jela. Hehe. Actually, aku nak mintak tolong Misr yang DIY-kan spotlight pelamin nie. Tapi sebab takde timing yang canteeek, aku nekad nak DIY sendiri je benda alah tu. Jadi tak jadi, belakang kira janji aku cuba. Apa-apa pun, jom aku kenalkan korang dengan keperluan-keperluan untuk men-DIY-kan spotlight pelamin aku.


- Indoor spotlight holder -
- Kepala plug - 
- Wayar -
- Mentol - 
- Wiring connector -
- Screwdriver - 

Indoor spotlight holder tu aku beli melalui online. Aku beli dari Youbeli. Harga untuk seunit cuma RM 10, murah kan? Mula-mula ingat nak beli empat unit tapi rasa macam banyak sangat pulak. So, aku beli dua je. Harga spotlight holder include postage cuma RM 26. Dah lama aku beli benda nie tapi simpan diam-diam dulu dalam almari, hehe. Klik Youbeli untuk tengok barang-barang yang diorang jual. Macam-macam ada.

Website : Youbeli


Barang-barang lain, aku beli kat kedai Song Fatt Hardware depan rumah. Total semua barang beli kat kedai hardware baru RM 22.60 je. Total damage, RM 48.60 untuk semua keperluan. Bahagi dua, aku just peruntukkan RM 24.30 untuk setiap satu spotlight. Penjimatan tahap maksima sangat kan? Hihihi. Aku pernah tanya kat satu online shop nie, harga untuk dua unit spotlight yang ready made ialah RM 120 termasuk postage. Pergghhhhh!!!! Aku boleh dapat banyak spotlight kalau buat sendiri ok. Rejectttttt.


Ok, jom start DIY. Sorry sebab mukadimah terlebih panjang. Hahahahaha.

*jom DIY bersama Cik Fatin*

*Mula-mula sekali, pintalkan wayar oren yang banyak tu. Contoh macam gambar kat atas. Dari wayar satu yang serabut kepada wayar dua, tersusun and kemas.*

*Then, lipat wayar tu supaya tebal. Nanti senang nak sambungkan dekat wiring connector.*

*Bila dah sambung dengan wiring connector, ini la jadinya. Sambung pulak lagi sebelah connector tu dengan wayar yang panjang. Aku beli 6 meter wayar dan dipotong dua bahagian. Setiap bahagian 3 meter, cukup la tu. Pendek sangat nanti, susah pulak kalau tempat plug jauh dari pelamin.*

 *Sambil DIY, sambil tengok tv. Hikhik.*

*Move to plug pulak. Uncle kedai hardware tu ada ajar aku nak pasang wayar kat plug nie. And dia jugak bagi petua (petua ok, hahaha) supaya simpulkan wayar macam gambar atas supaya wayar tak senang tercabut dari kepala plug.*

*Skrukan balik semua benda yang kena diskru. Pasang mentol and taraaaaaaa!! Spotlight pelamin ku dah siap. Yahoooooo.*

Aku sendiri rasa macam tak percaya yang aku boleh buat semua nie. Ada bakat terpendam rupanya Cik Fatin nie ye? Hikhik. Betul kata orang, tak cuba tak tahu. Selama nie punya la gedik-gedik suruh Misr buat sebab nak nampak sweet (hehe) tapi rupanya, aku sendiri pun boleh buat uolsss. Bangga kejap dengan diri sendiri walaupun pada orang lain, maybe buat wiring camni cuma small matter bagi diorang.


Aku rasa kena berterima kasih jugak dekat uncle kedai hardware tu sebab dia banyak bagi tunjuk ajar. And aku appricate kat dia sebab dia takde nak ambik kesempatan atas kebodohan ketakpandaian aku. Maksud aku, mula-mula tu aku ambik lampu yang salah, harga pun mahal, RM 16 seunit. Tapi uncle tu terus kata, "U salah ambik lampu. Itu lampu tarak sesuai maa.." Lepas tu terus dia bagi aku lampu sesuai, harga pulak baru RM 3 seunit. Nasib baik la aku ada bawak spotlight holder pergi kedai hardware. Kalau tak, lebur RM 32 aku. Thank you uncle! (^_^)


Bagi aku, selagi aku boleh DIY, selagi tu aku cuba nak berjimat. Memang senang beli terus benda siap, for example macam spotlight RM 120 tu tapi kalau boleh buat sendiri, apa salahnya. Lagi bagus ok. Paling best tang perasaan. Bila tengok benda yang kita buat menjadi, aku tak tau macam mana nak describe perasaan tu. 

 *Testing lampu. Alahaiiii, comel nya spotlight aku. Macam tuan dia, hehehe.*

Ok la, sampai sini dulu ye sesi men-DIY. Kita jumpa lagi. Rasa happy tu still ada sampai sekarang ok. From now, you can call me, Fatin the wiring girl. Hahahahahahaha. See you, bye. :)



With Love,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum, selamat berhujung minggu semua.... :D

Sebab dah takde kerja sangat hari minggu camni, aku tetiba rasa nak buat photoshoot.
Photoshoot siapa lagi kalau bukan Kuyen, sugar glider aku yang tak manja langsung tu.
Mencabar jugak photoshoot nie walaupun tak ambik masa yang lama.
Sebab kuku Kuyen tajam, lupa nak trim.
Lepas tu dia tak behave, babab nanti baru la tau.
Huhu.

By the way, nama betul dia Toing tapi aku dah terbiasa panggil dia Oin atau Kuyen.
But mostly, Kuyen la. Hihihi.

Dah, jom layan ~~~~~~~

*Kuyen dah lama tak jemur panas, kesiannnnn..*

*indahnya dunia, kata Kuyen. hehehehehe..*

*hoii hoii ya hoii, mari kita gembira... hoii hoya dapat tengok luar... hati gembira, 
muka banyak ceria..*

*Kuyen tak payah nyorok, badan tu da la domok.. taktik gagal, hikhik..*

*Kuyen tengah buat eksperimen mengenai rasa daun.. confirm budak domok nie sakit perut 
kejap lagi.. percaya la..*

*olololololo, tomey nyeeeeeee adik kakak nie.. geram akak..*

*akak cekik Kuyen sebab geram, boleh tak? yang bintik putih kat tangan aku tu bukan jerawat 
tapi kulit koyak kena cengkam dengan Kuyen, huhu..*

*Kuyen balas dendam..*

*lepas tu dia jelir lidah kat aku. kurang asam punya budak domok..*

*dah macam Koala pulak si Kuyen nie posing, hehe..*

*akak rasa nak picit je Kuyen sampai keluar taik hijau, kikiki.. cute bebenor..*

*ok la, Kuyen dah penat.. jom akak upah yogurt..*

Ami yang ambik semua gambar nie.
Thank you Ami, hehehehe.

So, apa yang aku nak cakap....
Sayang tak semestinya pada manusia je, pada haiwan pun kita kena sayang.
Akak sayang Toing a.k.a Kuyen a.k.a Oin.
Loveeeeeeeee u. (^_^)


p/s : nanti nak buat photoshoot untuk Gubby pulak. be fair ok! hehe.


With Love,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum semua......
Hari nie birthday Wawa yang ke-9 tahun.
HAPPY BIRTHDAY ADIK..... (^_^)

Puas aku fikir, apa yang aku nak beli untuk dia sebagai hadiah.
Aku taknak belikan mainan or apa-apa jenis hiburan.
Aku nak beli something yang boleh bagi manfaat kat dia.
Aku fikir fikir fikir fikir fikir sampai lebam.
At last, aku dapat idea! yeayyyy!!
Rasa macam memang patut sangat aku belikan "benda alah" tu untuk dia.
Hehehehehe.

So, dengan tak membuang masa, aku ke Tesco Ampang time lunch tadi.
Nasib baik la "benda alah" tu tak mahal sangat, still under budget.
Aku beli then terus gerak balik ofis, malas rasanya nak tawaf dalam Tesco.

Balik ofis, aku terus balut hadiah Wawa.
Mula-mula macam taknak balut tapi sebab tergoda pulak tengok pembalut hadiah kat situ tadi,
aku pun terbeli and terpaksa la aku balut jugak...... (nasib baik la pembalut tu RM 1.50 je, hehe)

*tulis nama dia Wawa Zainol sebab dia selalu perasan dia tu Wawa Zainal, hikhik..*

*ahkak sorang nie pun nak fotogedik.. layankannnnnnnn.. by the way, 
muka ahkak takde la flawless mana kan? tak mekap pun..*

Time aku bagi hadiah kat dia tadi, bukan main happy lagi kata kau.
Maklum la, setahun sekali dapat hadiah, hahahaha.
Aku tengok dia siap ambik gambar hadiah guna handphone dia, maybe nak tunjuk kat mak la kot.
Aku pulak ambik gambar dia sebab nak upload dalam bloggie, hikhik.

 *birthday girl with her present..*

Lepas aku makan dan tengok tv, dia tak bukak-bukak lagi hadiah.
Aku tanya, "nape adik taknak bukak?"
"sayang...." jawab Wawa. Hehehehehe, macam-macam.

Agaknya dah tak tahan sangat nak tau apa benda yang dia dapat, dia bukak jugak akhirnya.
And then, taraaaaaa!!! Bukan main belek lagi.
Tengah aku menaip sekarang nie pun, dia tengah belek "benda alah" tu.
Takpe la, hopefully "benda alah" tu berguna untuk dia sampai besar nanti.

Dalam masa tu, sempat jugak dia tunjuk kat aku hadiah yang kawan dia bagi.
Pen Smurf (yang dah diguna), lencana Barisan Nasional (apa motif entah, hihi) dan birthday card
yang ditulis atas buku tulis.

 *sapa yang tak pernah buat kad macam nie masa sekolah rendah dulu, nampak benor nipunyeeee.
hehehehehehehe..*

Lagi sekali, HAPPY BIRTHDAY WAWA.
Takmo nakal-nakal lagi.

Oh ya,
Lupa nak bagitahu, "benda alah" tu ialah kamus. Hihihi.
Bye.... ♥


p/s : Ami dapat sambung belajar kat Poly-Tech Mara Kuantan. 


With Love,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum....
Sebabkan mata nie tak ngantuk, I'm back!!!
Sambil tengah layan cerita Dayang Senandong, aku nak cerita pasal kenangan kat kolej dulu.

Aku belajar kat Kolej Komuniti Kuala Langat dari tahun 2008 - 2010.
Aku ambik kos Pelancongan & Pengembaraan.
By the way, aku just ambik Sijil je, tak sampai Diploma pun, hehe.

Ok la,
Takde mood nak menaip panjang-panjang, aku upload gambar then letak caption k..??
Layankan ~~~~~~~ (^_~)

♥ SEMESTER SATU ♥

*Kitorang pergi KLCC untuk tengok teater. Yang paling aku tak boleh lupa, aku dapat bersalam dengan Tun Mahathir uollsss!! Rasa macam taknak basuh tangan je, hikhik. Tak payah tanya kenapa muka aku macam tu. Umur baru 19 tahun maaaaa.. Hehehehe.*

*Masa nie pulak ada Kursus Fotografi. Masing-masing tersengih bagai nak rak sebab Mimie punya perangai. Hahaha. Atleast kursus nie ada jugak mengajar aku pasal teknik dan jenis-jenis fotografi. Tapi tak praktikkan pun, hehe.*

*Kem Darat di Janda Baik. Best jugak sebab first time dapat merasa Night Walk dalam hutan, Abseiling kat air terjun, Jungle Trekking. Paling best time mandi ramai-ramai dalam satu tempat (girls only) then time tu baru aku perasan ada pacat tengah seronok hisap darah aku kat ........... (isi tempat kosong) Hahahahaha..*


♥ SEMESTER DUA ♥

*Semester yang paling mencabar sebab banyak aktiviti outdoor. Tengok la muka sorang-sorang, berkilat! Hihi. Time nie tengah bersiap untuk Majlis Raya & BBQ. Dan masa ini jugak la aku kenal encik Misr, hikhik.*

 
*Kitorang ada kat Pulau Pangkor untuk Kem Marin. Best giler kot kem nie, lagi best dari Kem Darat. Sebab time nie dapat berkayak, mandi laut, snorkeling, memancing dan macam-macam lagi. Tu pasal muka aku sunburn tahap kronik. Time nie baru seminggu couple dengan Misr, hihihi..*


♥ SEMESTER TIGA ♥

*Practical semester. Masa nie aku praktikal kat tempat aku kerja sekarang, hehe. Enam bulan ye uollss. Markah praktikal, bos bagi 98%, hebat tak? Hahahahaha..*


♥ SEMESTER EMPAT ♥

*Semester yang paling banyak berjalan, duit pun banyak jalan. Time nie kitorang nak ke KL untuk naik bas Hop On Hop Off. Team aku yang organize, best!! Hehe..*

*Yang nie pulak ke Zoo Negara. Team mana organize pun aku dah lupa, hikhik. Trip nie best sebab dapat bergambar dengan Pierre Andre. Kebetulan dia ada shooting kat zoo, hihi..*

*Melancong sambil belajar ke Kuching. Kitorang pergi melawat Tempat Pemeliharaan Orang Utan, Kampung Budaya Sarawak, Pasar Satok, Serikin dan macam-macam lagi. Best sangat..*

 *Trip ke Melaka. Semua trip aku rasa best sebab aku kan suka berjalan, hahahahaha..*


♥ KONVOKESYEN ♥

*Dah habis belajar, yeaaayyyy!!!*

So, itu jela kenangan aku kat kolej dulu.
Ada kenangan manis, kenangan pahit, macam-macam kenangan.
Rindu jugak nak jumpa kawan-kawan kolej aku.
Kebanyakannya dah lost contact through fon/mesej, banyak dalam Facebook je.

Hmmmm, ok la.
See you, bye! :)


With Love,
Nor Fatin Nadhirah
Newer Posts
Older Posts

LET’S BE FRIENDS

ASSALAMUALAIKUM


Hello, There!

Wife to Muhammad Idzat Syazwan.

Ibu to Eidzara Azzalea & Eliyara Addalea.


Find More



Blog Archives

  • ►  2020 (14)
    • ►  June (1)
    • ►  April (4)
    • ►  March (5)
    • ►  February (1)
    • ►  January (3)
  • ►  2019 (43)
    • ►  December (4)
    • ►  November (4)
    • ►  October (2)
    • ►  September (3)
    • ►  August (5)
    • ►  July (11)
    • ►  June (3)
    • ►  May (4)
    • ►  April (4)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2018 (42)
    • ►  December (3)
    • ►  November (5)
    • ►  October (9)
    • ►  September (4)
    • ►  August (4)
    • ►  July (7)
    • ►  June (3)
    • ►  May (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (36)
    • ►  December (2)
    • ►  October (1)
    • ►  September (6)
    • ►  August (10)
    • ►  July (6)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2016 (42)
    • ►  December (4)
    • ►  November (6)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (5)
    • ►  June (4)
    • ►  May (4)
    • ►  April (3)
    • ►  March (6)
    • ►  February (3)
  • ►  2015 (47)
    • ►  October (3)
    • ►  September (3)
    • ►  August (6)
    • ►  July (6)
    • ►  June (3)
    • ►  May (2)
    • ►  April (5)
    • ►  March (3)
    • ►  February (7)
    • ►  January (9)
  • ►  2014 (44)
    • ►  December (4)
    • ►  November (2)
    • ►  October (5)
    • ►  September (4)
    • ►  August (5)
    • ►  July (5)
    • ►  June (4)
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (3)
    • ►  January (8)
  • ▼  2013 (44)
    • ►  December (4)
    • ►  November (5)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (5)
    • ►  July (10)
    • ▼  June (7)
      • BERMUSAFIR SEBENTAR KE KUANTAN
      • DIY : SPOTLIGHT PELAMIN
      • KUYEN PHOTOSHOOT
      • HAPPY BIRTHDAY WAWA
      • MEMORIES : KOLEJ KOMUNITI KUALA LANGAT
      • SESI MENGECAT RUMAH
      • PETUA HILANGKAN SAKIT PERUT
    • ►  May (1)
    • ►  April (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2012 (29)
    • ►  December (3)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (4)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (6)
    • ►  April (7)
    • ►  March (3)

Labels

  • #BFJourney
  • #Checklist
  • #DIY
  • #Izadaten
  • #Majlis
  • #Malaysia
  • #Others
  • #Pregnancy
  • #Raya
  • #Recipes
  • #World
  • #Yara
  • #Zara
  • #ZaraYara

Created with by BeautyTemplates | Distributed by blogger templates