facebook instagram google
  • Travel
  • Recipes
  • Do It Yourself
  • Engagement
  • Wedding
  • Pregnancy
  • Breastfeed Journey

. F A T I N .


Assalamualaikum ♥

Segmen DIY lagi. Mentang-mentang majlis anak nak dekat, makin rajin pulak ibu buat projek DIY. Kali nie nak share cara DIY table centerpiece. Versi bajet tapi cantik. Okayyy, jom start.


Potong glitter paper foam ikut saiz tepi polistren. Glitter paper foam boleh beli kat kedai RM 2. Aku guna jarum peniti untuk lekatkan paper foam ke polistren. Nak guna hot glue pun boleh. Pastu double tape tapak frame dan lekat atas polistren, letak kat tengah polistren. Motif double tape frame sebab taknak bagi jatuh. Kemudian baru gubah bunga ikut kreativiti sendiri, nak penuh ke separuh ke terpulang. Aku buat penuh keliling, guna jarum peniti jugak untuk lekatkan ke polistren. Malas guna gam. Nanti nak bukak jugak, simpan. So takdelah rosak bunga-bunga. Polistren beli kat kedai craft. Tak mahal, dalam RM 2/pcs.





Cara nak buat ayat dalam frame aku ada share kat previous entry. Siap bagi sample kosong lagi kalau korang nak edit. Rajin-rajinkan la jari tu klik previous entry okay. Aku buat 4 pcs je untuk 4 buah meja kat khemah. Selain table centerpiece, boleh jugak dibuat sebagai dulang hantaran. Beli polistren saiz besar.

KOS BARANG:

Glitter paper foam : RM 2
Polistren : RM 2 x 4 pcs = RM 8
Frame IKEA : RM 4.90 x 4 pcs = RM 19.60
Bunga : FREE

Senang kannnnn. “Sentimental value” tu yang mahal sebenarnya. Perasaan bila berjaya buat sesuatu dari hasil titik peluh sendiri..... fuhhhh, tak boleh nak describe. Apa-apa pun, selamat mencuba. Bye. (^_^)


Love,
Nor Fatin Nadhirah

Assalamualaikum ♥

Kotak banyak kat rumah. So apa lagi? Jom DIY!! Hasil berganding bahu kami suami isteri menyiapkan dapur mainan untuk Zara & Yara. Tengokkkk! Zara bagi thumbs-up tu. Haha.


BARANG YANG DIPERLUKAN

Kotak (pelbagai saiz)
Wallpaper Sticker
Sellotape Besar
Gam Pistol
Pisau Lipat
Mangkuk
Kepala Paip


Susun kotak ikut kesesuaian. Ibu ayah tak rajin nak buat kabinet kecik bagai. Apa ada jelah ye anak-anak. Guna gam pistol untuk lekat bahagian kotak yang nak dicantumkan. Pastu sellotape banyak-banyak biar lekat kuat. Potong tempat sinki & kepala paip (boleh refer gambar bawah). Bab cantum, potong semua nie tugas suami.


Tadaaa!! Dah siap cantumkan, tugas si isteri pulak mendeko. Lekatkan wallpaper sticker (beli kat kedai RM 2). Letak mangkuk sebagai sinki dan kepala paip. Patutnya belah kiri yang kosong tu nak buat gas stove tapi hmmmm, ibu tak rajin la. Biar je jadi tempat sediakan makanan. Untuk oven, print gambar ayam panggang then lekat je kat kotak. Nampak menyelerakan betul. :p



Pastu terajin pulak buat mesin basuh. Bakul dalam tu beli kat kedai RM 2 jugak. Semua barang beli kat kedai RM 2. Bolehhhh la asalkan boleh main. Yang kelakarnya sepanjang nak siapkan dapur mainan nie, si Zara tak habis-habis puji “hebat la ibu ayah nie”. Hahaha. Budak-budak jujur kannnn. :p


Tunggu dapur mainan nie roboh baru ibu ayah belikan set dapur mainan IKEA okay. Sekarang nie kita berjimat cermat dulu. Korang boleh Google DIY dapur mainan, banyak idea boleh dapat. Yang aku & suami buat nie versi bermalas-malasan mengisi masa lapang je. Janji anak happy cukup la. (^_^)


Love,
Nor Fatin Nadhirah


Tema : Unicorn
Jemputan : 30++ paxs

MAKANAN
Pizza Hut
Kek birthday
Bihun goreng *
Fishball *
Aiskrim malaysia *
Buah-buahan *
Air kordial *
Muffin *
Nasi hujan panas *
Ayam masak merah *
Nasi impit *
Lontong *

- Menu bertanda * buat sendiri -


DECO
Birthday banner : Kedai RM 2 - DONE
Birthday flag : Kedai RM 2 - DONE
Birthday girl name : DIY sendiri - DONE
Topper cake : Shopee - DONE
Topper muffin : Shopee - DONE
Aksesori atas meja kek : Guna barang-barang pelamin - DONE
Birthday party aksesori : MR DIY - DONE
Pinggan, cawan, sudu, garfu plastik : Kedai RM 2 - DONE


BAJU
Unicorn dress : Shopee - DONE


UPDATED 05 JUNE 2019
Assalamualaikum ♥

Sebulan dua nie ligat betul kepala otak jari jemari nak men-DIY. Mentang-mentang kedai RM 2 betul-betul sebelah kedai dobi. Ligat je kaki nak pusing tengok apa ada. Kaki dan duit sama-sama ligat. Hahahaha. Sabar sabarrrrr.... Projek DIY kali nie, tengok tajuk atas. :p


Bahan yang diperlukan :
• Hulla hoop
• Tali
• Glue gun & glue stick
• Cable tight
• Bunga dan daun plastik


Mula sekali, lilitkan tali disekeliling hulla hoop. Sambil lilit sambil gamkan sekali tali tu supaya tak mudah tercabut. Kena tarik kemas-kemas supaya elok hasilnya nanti. Kerja melilit nie leceh sikit. Boleh sakit belakang dibuatnya. Tapi dah nama pun menggatal nak buat kannn, teruskan jelah. Go Fatin! You can do it! Haha.

*Rupa kejadian hulla hoop sebelum & selepas dililit.*

Settle melilit, susun daun & bunga plastik ikut kreativiti masing-masing. Kemudian ikat daun & bunga dengan cable tight. Lebihan cable tight jangan lupa potong. Pastu dah siapppp!! Nak lagi cantik, boleh deco keliling hulla hoop. Yang aku punya nie simple je.



Dan inilah hasilnyaaaaaaa.....

*Salah satu design menggunakan gelung bunga buatan sendiri. Happy me!*

Jangan lupa cuba okay. Senang je nak buat. Takde buat apa hujung minggu tu, boleh la luang masa sikit buat benda alah nie. Okay la, see you. Bye. ♥


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum ♥

Projek DIY kali nie aku nak share cara buat lampu lilin pelamin versi bajet. Kalau sapa tak tahu, lampu lilin tengah “in” (trend) sekarang. Mana-mana bridal mesti ada lampu nie. Aku pun ada, beli 1 set = 2 tapak. Harga RM 150. Murah je tapi nak beli lagi tu fikir tiga empat kali dulu. Bisnes bukan besar pun. Tapi hati teringin nak tambah lagi koleksi lampu lilin. Kau nampak tak tamaknya kat situ? Hahaha. Sudahnya aku buat kajian sendiri berdasarkan lampu lilin yang aku beli. Dan hasilnya taraaaaa!!! Ada di hujung entry blog nie nanti. (^_^)

*Nie salah satu contoh mini pelamin yang aku buat guna lampu lilin yang aku beli.*


Senarai barang yang diperlukan.



01.  Batang PVC
02.  Socket PVC
03.  Dawai bunga
04.  Gergaji Mini
05.  Glue gun & glue stick 
06.  Bekas kotak tisu
07.  Lapik kaki meja @ kerusi
08.  Screw driver
09.  Playar
10.  Kepala plug
11.  Wire connecter
12.  Soket lampu E27 
13.  Mentol Candle E27 
14.  Wayar 
15.  Spray putih (lupa nak snap gambar)
16.  Tali (lupa nak snap gambar)


Nie senarai barang untuk satu tapak lampu lilin yang ada 3 lampu. Nak buat banyak, kena gandakan sendiri la senarai nie okay. Mostly barang aku beli dari kedai RM 2. Suka betul aku pergi sana. Best!! Hehe. Okay, sebelum nak share step kat bawah, keyword kepada projek DIY nie : R to the A to the J to the I to the N = RAJIN. Tak rajin tak dapekk la nak nolongggg. :p


STEP 1
Potong batang PVC ikut ketinggian yang berbeza. Untuk lampu lilin versi aku nie, hmmmm aku tak prefer korang buat tinggi sebab tapak (based) tak kukuh sangat. Lebih sesuai untuk lampu lilin jenis kontot. Nama pun bajet. Asal boleh pakai je. Bab potong batang PVC aku rasa azab betul sebab gergaji aku comel sangat. Hahahaha. Herot berot jadinya hujung batang tu. Haaaaa, kat sini la socket PVC mainkan peranan. Untuk menutup segala cacat cela. Setiap batang perlukan 2 socket PVC. Means untuk satu tapak (3 batang lampu), korang kena guna 6 pcs socket PVC.


STEP 2
Lubangkan penutup socket lampu. Asingkan dulu dari bahagian yang nak sambung wayar (rujuk gambar 1). Pastu gamkan bontot socket lampu tu ke socket PVC dan biar betul-betul kering (rujuk gambar 2). Guna glue gun tau sebab gam nie kuat. Aku rasa korang patut ada la glue gun nie kat rumah sebab banyak kegunaannya.

*Gambar 1.*

*Gambar 2.*

STEP 3
Masukkan wayar ke dalam batang PVC. Sambungkan wayar ke kepala socket lampu (rujuk gambar 3). Dan masukkan pulak bahagian bawah wayar ke dalam tapak bekas kotak tisu dan simpulkan wayar supaya tak senang tercabut (rujuk gambar 4). Buat kaedah yang sama untuk 2 lagi batang PVC. Oh ya, kat sini aku just gunakan tapak bekas kotak tisu je. Bahagian atas boleh guna untuk pasu gubahan bunga atau boleh je korang letak aksesori ke apa ke. :)

*Gambar 3.*

*Gambar 4.*

STEP 4
Ambil setiap satu wayar yang sama warna dan simpulkan sekali benda kaler chrome tu (panggil apa ek? aku tak tahu, hehe. rujuk gambar 5). Tengok atau zoom la betul-betul ye sebab aku tak reti nak explain. Pastu sambungkan ke wire connecter. Ambil satu lagi wayar biru putih yang baru (yang nie kena panjang sikit ye, anggaran dalam 4-5 meter) dan sambungkan ke sebelah lagi wire connecter. Make sure sama warna. Yang putih dengan putih, putih lajur biru dengan putih jalur biru (rujuk gambar 6). Kemaskan wayar dengan ikat guna dawai bunga. Kemudian wayar yang panjang tadi korang sambung pulak dengan kepala plug. Lupa nak ambik gambar, nak tengok cara sambungkan, refer link nie ----> DIY : Spotlight Pelamin.

*Gambar 5.*

*Gambar 6.*

STEP 5
Sebelum tegakkan batang PVC, aku test dulu samada lampu menyala atau tak. Senang nak repair kalau ada problem. Karang bila dah gam batang PVC tu siap-siap jadi susah. Bila lampu semua okay, baru aku gamkan guna glue gun (rujuk gambar 7). Gam biar banyak supaya melekat kuat. Sebab tu aku rekemen korang jangan buat tinggi. Sebab tapak lampu nie hanya bersambung dengan guna gam. Kalau kreatif, korang boleh tebuk kayu dan masukkan socket PVC. Lagi kukuh. Lagipun memang tu cara orang jual lampu lilin buat. Diorang guna tapak kayu atau besi.

*Gambar 7.*

STEP 6
Lilit tali dari socket PVC hingga ke tapak lampu. Ikat bagi kuat pastu gamkan lagi sekali dengan glue gun. Cara nie supaya socket PVC tu ada back-up untuk lagi kuat melekat kat tapak (rujuk gambar 8). Kemudian spray lampu lilin tersebut (rujuk gambar 9). Sapa nak lagi jimat, korang boleh beli batang & socket PVC warna putih terus. Senang, tak payah spray dah. Macam aku kena spray sebab stok kat rumah semua warna kelabu. Cari kat hardware pun takde jual yang kaler putih... Last sekali lekatkan lapik meja/kerusi kat tapak lampu supaya tak senang bergerak. Pasang mentol dan dahhhhh siappppp!!!!

*Gambar 8.*

*Close-up. Lilit tali dan kemudian simpulkan kat bawah tapak.*

*Gambar 9.*

Amacam? Teruja tak? So guys, takkan nak tengok je? Tak terasa nak buat ke? Tak semestinya letak kat pelamin. Letak dalam bilik/ruang tamu pun cantik. Deco kat rumah.

*Hasil lampu lilin kontot bajet.*

Okay la, sampai sini dulu ye. Bye. Selamat men-DIY guys! ♥


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum ♥

Dah lama tak main DIY nie. Sejak terjerumus ke bisnes pelamin bajet, ada la masa nak buat balik. Buat untuk deco photobooth, birthday. Cantik uolsss!! Okay la, jom belajar cara buat giant paper flower nie. Senang je. Aku pun belajar dari dalam internet je. 


Template bunga tu korang boleh Google. Aku ada tapi hardcopy punya je so tak boleh nak share. Kalau softcopy, boleh jugak aku tepek dalam blog nie. Huhu. Sorry. Tapi tak susah pun nak cari. Google je TEMPLATE GIANT PAPER FLOWER. Confirm jumpa. :)


Memula lakar kertas A4 then gunting kepada kepingan macam atas tu. Setiap saiz buat 7 helai pastu gunting separuh tengah kelopak bunga. Gam bahagian tengah kelopak dengan hot glue. Takde hot glue, gam UHU pun boleh. Aku suka lagi guna hot glue sebab confirm tak tercabut. Hehe. Oh ya, sebelum gam korang gulung bahagian atas kelopak supaya bila terbentuk jadi bunga, bunga tu nampak cantik.


Lekat bahagian paling besar ke pinggan kertas. Pinggan tu fungsinya sebagai base kepada bunga supaya tahan. Kemudian sambung dengan kelopak yang lain. Untuk kelopak lain selain kelopak paling besar tu, gam kat luar pun takpe. Bila dah jadi kelopak baru gam kan kat base. Buat sampai habis. Tak faham tengok gambar eh, hihi. Tak tahu macam mana nak explain. :p 

*Nie kelopak yang paling besar aku lekat kat pinggan kertas.*

*Tu kelopak kedua besar. Aku lekat dulu jadi kelopak then baru aku gam kan kat kelopak besar.*

*Bunga dah siap tanpa kuncup.*

**BANYAKNYAAAA PERKATAAN KELOPAK. HAHAHA.**

Last sekali gunting kuncup bunga (rujuk kertas warna kuning kat gambar atas sekali) pastu gulungkan. Aku buat dua kali gulung biar kuncup bunga tu nampak kembang. Lekat kat bunga korang dan tadaaaaaa!! Siap. Senang kan uolss? Memang senang. 

*Bunga kertas nie 5 kali ganda besar dari tapak tangan aku. Sebab tu aku gelar dia raksasa gorgon. Hahaha.*

*Model tak berbayar nangis. Ibu paksa amik gambar, nak tunjukkan kat korang saiz kebesaran bunga tu. Hehe. Sorry Zara.*


Korang try la buat. Nanti boleh deco birthday party anak/suami/adik beradik/mak ayah. Buat hiasan kat rumah pun cantik. Okay la, sampai sini dulu. Next time kalau ada projek DIY lagi, aku share. Bye.

*Hasil deco menggunakan giant flower.*


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Older Posts

LET’S BE FRIENDS

ASSALAMUALAIKUM


Hello, There!

Wife to Muhammad Idzat Syazwan.

Ibu to Eidzara Azzalea & Eliyara Addalea.


Find More



Blog Archives

  • ▼  2020 (14)
    • ▼  June (1)
      • COV-EID 2020
    • ►  April (4)
    • ►  March (5)
    • ►  February (1)
    • ►  January (3)
  • ►  2019 (43)
    • ►  December (4)
    • ►  November (4)
    • ►  October (2)
    • ►  September (3)
    • ►  August (5)
    • ►  July (11)
    • ►  June (3)
    • ►  May (4)
    • ►  April (4)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2018 (42)
    • ►  December (3)
    • ►  November (5)
    • ►  October (9)
    • ►  September (4)
    • ►  August (4)
    • ►  July (7)
    • ►  June (3)
    • ►  May (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (36)
    • ►  December (2)
    • ►  October (1)
    • ►  September (6)
    • ►  August (10)
    • ►  July (6)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2016 (42)
    • ►  December (4)
    • ►  November (6)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (5)
    • ►  June (4)
    • ►  May (4)
    • ►  April (3)
    • ►  March (6)
    • ►  February (3)
  • ►  2015 (47)
    • ►  October (3)
    • ►  September (3)
    • ►  August (6)
    • ►  July (6)
    • ►  June (3)
    • ►  May (2)
    • ►  April (5)
    • ►  March (3)
    • ►  February (7)
    • ►  January (9)
  • ►  2014 (44)
    • ►  December (4)
    • ►  November (2)
    • ►  October (5)
    • ►  September (4)
    • ►  August (5)
    • ►  July (5)
    • ►  June (4)
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (3)
    • ►  January (8)
  • ►  2013 (44)
    • ►  December (4)
    • ►  November (5)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (5)
    • ►  July (10)
    • ►  June (7)
    • ►  May (1)
    • ►  April (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2012 (29)
    • ►  December (3)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (4)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (6)
    • ►  April (7)
    • ►  March (3)

Labels

  • #BFJourney
  • #Checklist
  • #DIY
  • #Izadaten
  • #Majlis
  • #Malaysia
  • #Others
  • #Pregnancy
  • #Raya
  • #Recipes
  • #World
  • #Yara
  • #Zara
  • #ZaraYara

Created with by BeautyTemplates | Distributed by blogger templates