Holla holli cikebum cikebum. Lama dah aku tak dating dengan si bloggie nie. Hmmm, bukan sengaja tapi bawak diri untuk mencari secebis idea untuk berkarya. Wahhh, curlass kau Fatin. Hahahaha. Okay, taknak merepek panjang, nie entry yang tertunggak dari hari tu. It's all about work okay! No cintan-cintun story bagai.
1 SEPTEMBER (Ahad)
Masa nie aku terlibat dengan taklimat akhir haji 1434H yang dianjurkan oleh ofis aku. Pukul 7 lebih aku dah terpacak kat situ. Sampai-sampai je, tak sempat nak letak hangbag pun lagi, aku dah kena kawal pergerakan keluar masuk kereta jemaah & pandu arah diorang. Dalam kata ringkas, penyambut tetamu + tukang jaga parking uolss, hikhik.
*Masjid Al-Imam As-Syafie, Taman Maluri.*
*Penceramah yang dijemput khas, hahaha.*
*Jemaah yang datang.*
So far, semua okay. Ramai jugak jemaah yang datang. Ada jugak a fews masalah masa tu. Contoh, makanan tak berapa cukup. Order dah cukup tapi diorang bagi tak cukup. Faham tak maksud aku? Katering nie memang hampeh! Boleh diorang biarkan gelas berminyak. Belum guna lagi pun tapi berminyak. Heyy, korang tak basuh ke lepas guna dulu? Main rembat je. Sudahnya, kitorang la yang basuh semua gelas tu. Makanan pun kitorang tolong serve, takut tak cukup. Memang katering hampeh! Sapa yang order?? Haaaaaa, tutt tutt tutt.. Terpaksa ditutt tutt kan, hehehe.
Overall, taklimat berjalan lancar. Disaster tang makanan je, yang lain okay. Aku pun berjalan lancar dengan hujan masa nak balik. Very the memori daun pisang sebab parking kereta jauh. Huahua.Nasib. (^_^)
4 SEPTEMBER (Rabu)
Ada potluck kat ofis. Last minutes punya plan. Sehari sebelum potluck, baru diorang nak bagitahu. Aku? Takde la nak bawak apa. Kebetulan time tu memang takde duit kat tangan (wallet). So, aku datang bawak perut jela. Hahaha.
Tu je gambar yang aku snap. Makan banyak tak pasal. Terus buncit perut bak mengandung 4 bulan. Tangan jadi malas nak pegang handphone & ambik gambar suasana potluck. Hikhik.
6 SEPTEMBER (Jumaat)
Aku terlibat dengan Matta Fair time nie. Shift aku pukul 3 petang - 10 malam. Macam-macam dugaan kau! Mula-mula, kereta pejabat takde. Jenuh kitorang tunggu tapi takde sampai ke sudah. Takde cara lain, kitorang pergi je PWTC naik kereta aku. Dah tu, boleh pulak tersesat nak ke PWTC. Dah sorang-sorang tak familiar dengan jalan nak ke sana. Gunalah GPS. GPS pun macam hampeh! Buat kitorang sesat. Dugaan dugaan.....
Bila dah sampai sana, parking takde. Terpaksa la aku pergi parking kat Seri Pacific Hotel. And guess what, masa tu first time aku guna khidmat jockey. Okay, kereta kau tak hebat mana Fatin! Rasa segan je bila ada jockey bagai. Sob sob... Service charge jockey RM 15, then every hour kena bayar RM 5 (sepatutnya) tapi orang kat lobi hotel tu TERSALAH cop kat tiket parking aku. So, jadi lah RM 6 for a whole day! Kah kah kah, bertuahnya I. Hihihi.
Bukan tu je dugaan kitorang. Nak masuk dalam Hall tu, kitorang kena tahan dengan security pulak. Sudah! Punca sebab kitorang takde exhibitor pass. Hello, mana la kitorang tahu. Dah lah muka berlagak nak mampos. Nak je aku penyek-penyekkan muka si bangla tu. Dasar penyamun! Hehe. Dah settle dengan security tu, bermulalah sesi menghabiskan suara.
Balik malam tu pun boleh sesat. Sesat sikit jelah. Sampai rumah nak pukul 11 malam. Terus krohhhhhhh tak sedar diri.
Finally, settle pun entry tertunggak aku nie. Haha. Memang la tak berapa penting. Tapi nak jugak aku update. Sebab apa? Sebab aku nak cucu cicit aku baca dan rasa terharu dengan perjuangan nenek moyang diorang masa zaman muda. Boleh gitu? Hikhik, gurau je. Saja aku update untuk kenangan. Kenangan takkan pernah mati. Waahhhhh, dramatis sangat. Hewhewhew.
Nak tunggu next entry? Tunggu la sampai aku ada mood nak menaip nanti ye. Hehe. See you again guys. Take care. Bye!
Love,
Nor Fatin Nadhirah