Assalamualaikum ♥
Taknak intro panjang, nie cara aku handle EBM @ bahasa mudah susu perahan. Cara setiap orang mungkin berbeza. Ikut keselesaan & knowledge masing-masing. Janji susu anak kita terjaga, tak rosak & bersih okay. (^_^)
1. Sediakan alatan memerah susu. Alatan yang aku guna macam kat bawah nie.
- Breastpump (paling penting. kalau tak camne nak pam. hihi)
- Cooler bag
- Ice brick (kuantiti ikut berapa jam korang nak simpan susu. kalau lama, tambah lagi. aku guna 1 je, anggaran simpan susu dalam cooler bag 7-8 jam. dan Alhamdulillah, susu masih sejuk)
- Storage bottle
2. Pam susu. Aku pam 2x sehari kat ofis. Setiap sesi dalam setengah jam. Settle pam, simpan susu dalam cooler bag. Label tarikh & waktu korang pam. Bukan apa, takut terlupa. Susah la nanti nak agak expired date susu tadi tu.
3. Balik rumah, aku tak terus simpan kat freezer. Aku letak kat chiller dulu. Nak samakan suhu. Memang la stok susu tu dah sejuk since letak dalam cooler bag tapi suka hati aku la. Hihi. Selalunya aku biarkan satu hari kat chiller then baru aku transfer ke freezer.
4. Sebelum masuk freezer, aku transfer susu dari botol ke plastik. Lekat sticker tarikh/waktu kat botol pada plastik & sylotape taknak bagi tercabut. Aku campurkan je susu ikut hasil perahan. Maksudnya, susu yang aku pam dalam masa 24 JAM aku sekalikan je. Boleh campur asalkan suhu sama. Haaaa, tu sebab aku chillkan dulu susu dalam chiller. Biar suhu sama-sama sejuk. Tapi ingat, susu dalam masa 24 jam SAHAJA yang boleh campur tau. Contoh susu yang di pam dari pukul 9 pagi (Isnin) - 9 pagi (Selasa) boleh campur.
5. Bekalkan stok EBM untuk anak ikut tarikh. Dahulukan susu yang paling lama kita simpan. Jangka hayat EBM frozen - 3 bulan (peti ais 2 pintu). Penting untuk mommies ada knowledge kalau berniat nak breastfeed anak. Nanti takdelah terpinga-pinga bila orang terangkan. Tak payah tahu advance sangat, tahu yang basic pun cukup. Chayok2 mommies!!! We can do it. Doakan aku dapat susukan Zara sampai 2 tahun @ lebih. InsyaAllah. Aminnnnnn......
Nanti aku share cara aku bekalkan EBM pada pengasuh okay. Tengok mood macam mana. Sejak ada anak nie, blog pandang sipi-sipi je. :p

*Anak manja ibu*
Love,
Nor Fatin Nadhirah