facebook instagram google
  • Travel
  • Recipes
  • Do It Yourself
  • Engagement
  • Wedding
  • Pregnancy
  • Breastfeed Journey

. F A T I N .

Assalamualaikum ♥

Benda paling aku puas hati masa majlis Zara ialah mini pelamin. Ya ALLAH, serious! Cantik sangat okayyyyy. Grand habis! Kalah pelamin tunang & kahwin ibu ayah tau. Jeles ibu. :p


Aku booking mini pelamin nie dari Kak Nurul, ex-housemate kolej aku. Nama butik dia, Qu Bella Bridal Collections. Malam sebelum majlis diorang set-up pelamin. Pukul 12.30 tengah malam baru siap kau. Lambat sebab diorang sampai lambat, jalan jammed & banjir. Fuhhh, si pengantin kecik pun overnight tau tunggu orang pasang pelamin dia. Esoknya masa majlis, moody! Hahaha.


Aku request warna pinky untuk pelamin Zara. Sebab taknak pelamin overshadow pengantin kecik. Tapi nampak gayanya pelamin memang dah overshadow dia. Memang aku tak sangka Kak Nurul akan buat pelamin secantik nie untuk Zara. Rezeki anak ibu. Alhamdulillah... Atas - bawah - kiri - kanan - depan - belakang bungaaaaa. Ya ALLAH. Seronok sangat tengok hasilnya. Terbaik. :)


Harga mini pelamin RM 350. Transport FREE. Butik Kak Nurul nie kat Meru, Klang. Mana - mana mommies yang nak guna khidmat dia, nahhh aku bagi link media sosial dia -

FACEBOOK : Qu Bella Bridal Collections

INSTAGRAM : Qu Bella Bridal Collections



Untuk welcome board pulak, aku tempah dari Studio Belimbing Besi. Entah kenapa terasa nak buat benda alah nie. Padahal boleh je kalau tak buat. Ibu kan gedik.com. Harga RM 85 include postage. Boleh jugak beli sekali dengan stand. Yang tu aku tak sure harganya sebab aku ambik welcome board je. Asalnya Kak Nurul nak pinjamkan stand dia tapi terlupa bawak. So, aku sandarkan jela kat pasu bunga pelamin.


Material tarpauline, yang selalu orang guna untuk backdrop photobooth. Diorang ada banyak design, semua cantik-cantik tau. Simple but nice. Korang pilih design pastu nanti diorang akan edit untuk preview. Once dah puas hati, boleh proceed payment. Ambik masa tau nak siap. Macam aku hari tu, dekat dua minggu jugak baru dapat after payment. Design boleh tengok dalam insta diorang.

Boleh follow diorang kat sini -

INSTAGRAM : Studio Belimbing Besi


Booking jangan tak booking. Nanti menyesal. Okay la, review lain bakal menyusul. Stay tuned guyssss!!! Bye. (^_^)

*HARGA MUNGKIN BERUBAH. DINASIHATKAN TANYA SENDIRI PADA ORANG YANG AKU MENTION KAT ATAS TU OKAY.... ♥


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum ♥

Alhamdulillah, dah selesai majlis cukur jambul anak ibu pada 24 Disember hari tu. Lokasi majlis kat Kompleks Komuniti Muhibbah, Puchong. Buat sekaligus dengan kenduri kahwin Ayah Long Zara. Tu pasal orang nampak majlis anak ibu macam gah. Oiii, majlis cukur jambul pun buat kat dewan ke? Hakikatnya Zara tumpang dewan Ayah Long dia je okay. Sebelum apa-apa wajib bagi susu dulu. Gigih ibu bangun awal pagi pam susu tahu tak. :p




7.30 pagi si princess dah mandi pastu taknak tidur. Last-last masa majlis, moody. Taknak senyum macam selalu. Acah-acah sampai lebam baru nak senyum. Tu pun jual mahal. Mana tak nya, malam tu dia tidur pukul 1 pagi. Berjaga tunggu orang pasang pelamin dia. Hehehe. Majlis mula pukul 9 pagi. Target nak habiskan sebelum majlis kahwin start. Ngam-ngam habis majlis Zara, tetamu kenduri Ayah Long dia datang. Fuhhhh..... Lega!


Makcik marhaban berzanji, bernyanyi segala bagai tu ada la dalam sejam setengah. Lama jugak. Part yang tak boleh tahan, diorang nyanyi lagu selamat pengantin baru. Adoi. Ibu dah tersipu-sipu gedik malu kat pelamin. Haha. Actually lagu tu ditujukan pada pasangan pengantin tapi masa tu diorang takde. Tengah mekap. So, ibu & Zara layankan jelah. Anak ibu pun pengantin apa. Tapi bukan pengantin baru, dia pengantin kecik. (^_^)




Sepanjang majlis, dua kali Zara tidur. Tidur-tidur ayam. Walaupun mengantuk, dia tak nangis cuma muka jela masam mencuka. Bagi susu tidur. Pastu bila suara makcik marhaban kuat sikit, dia terjaga. Pastu dia protes dalam buai. Pusing sana, pusing sini. Pastu ibu risau takut dia terjatuh. Pastu misi ibu nak nampak vogue kat pelamin dia musnah. Sebab pengantin kecik tak kasi can. Sabar jela bebanyak. :p



Masa upacara gunting rambut, suami dukung Zara. Aku pegang dulang. Aku dah pesan awal-awal mesti dia yang dukung anak sebab aku nak gambar dia ada dalam kamera photographer. Kalau tak, entah ke mana la laki aku bawak diri. Dia suka belakang tabir je. Huhu. Aku siap Google barang apa nak kena letak dalam dulang. Macam-macam versi ada. Aku punya letak bunga rampai, air zamzam, air untuk letak rambut Zara dan gunting kecik je. Bunga rampai of course ibu pengantin kecik yang buat.... Hihi.






Bab makanan mak mertua aku uruskan. Makan simple-simple je sebab tetamu boleh makan makanan kenduri kahwin. Kitorang just sediakan pulut kuning, serunding kelapa, cheese tart & apam polkadot. Oh ya, kumpulan marhaban yang kitorang ambik ialah kumpulan marhaban An-Nur PPR Kg Muhibbah. Dekat nauuu dengan dewan. Makcik-makcik tu jalan kaki je ke dewan. Harga pun murah, baru RM 150 tapi aku bayar RM 200. Kesiannn... Sebab standard harga RM 300.


Cabaran nak handle majlis dengan budak kecik especially baby mencabar jugak. Semua kena ikut mood diorang. Kita nak expect everything smooth macam yang diangan-angankan memang tak dapat. So pelajaran baru yang aku dapat, nak buat majlis untuk budak kecik kena tengok masa. Jangan la gatal nak buat time waktu tidur diorang ke hape ke. Sebabnya susah kalau diorang taknak bagi kerjasama. Nasib baik Zara nie bukan jenis meragam. Kalau tak, haru biru jugak ibu ayah dibuatnya. Next event (your first birthday party) ibu plan betul-betul ye sayang. InsyaAllah.....



Walau macam mana pun, aku puas hati & seronok sangat dengan majlis cukur jambul Zara. Angan-angan aku nak jadikan dia princess haritu berjaya jugak. Semuanya terbaik. Semoga anak ibu ayah membesar dengan sihat, bijak & sempurna. Patuh pada ibu ayah, agama, masyarakat, dan negara. Jadi anak yang solehah. Angan-angan ibu nak Zara jadi pilot tu kalau boleh jangan la buat-buat lupa ye. Hehe. Tapi kalau taknak jadi pilot, jadi la orang yang berguna pada semua orang. Ibu ayah sayangggg Eidzara Azzalea selamanya. Zara tetap puteri lilin dalam hati ibu sampai bila-bila. ♥


Nanti aku share banyak lagi gambar kat entry review photographer okay. Till then, byebye. ♥

Love,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum ♥

Minggu nie majlis cukur jambul Zara. Ibu over excited sebab first time la katakan. Hehe. Aku buat benda alah nie tak sampai sejam. Seronok nak buat sebab minat. Mana-mana mommies yang nak jadikan sedikit rujukan, boleh je nak copy. No hal laaaa... (^_^)


Bahan-bahan seperti di bawah :


- Manik
- Elastic headband (boleh dapat kat kedai aksesori contoh macam Reben Jalan TAR)
- Gam UHU
- Lace
- Jarum, gunting, benang
- Kain felt 

NOTA : Headband kuning tu aku jadikan rujukan untuk saiz headband. Sebab tak boleh nak agak. Hihi.


Step 1 : Potong lace ikut ukuran kepala contoh headband. Potong jugak dua helai kain felt ikut ukuran yang sama. Satu untuk cover jahitan bila dah siap nanti, satu lagi lekat kat belakang lace macam aku buat tu. Sebab tak jumpa gam pistol, aku bantai je guna gam UHU. Asalkan lekat sudahhh. Tak payah nak protokol sangat haihhh. Hehe.


Step 2 : Jahit manik ikut kreativiti masing-masing. Aku jahit manik kaler nie sebab nak match kan dengan baju princessss Eidzara. Settle jahit manik atas lace, jahit pulak lace tu atas elastic lace.


Step 3 : Tampal kain felt kat belakang jahitan manik. Tujuan dia untuk cover segala jahitan supaya nampak cantik. Tak buat pun takpe. Bukan orang nampak pun kannnn.


Step 4 : Siapppp. 

Nanti aku share gambar Zara pakai headband nie. Biar suprise dulu okayyy. Hihi. Baju princess dia pun aku jahitkan manik. Beli dress kosong then gigih la jahit manik ikut suka hati aku. Nasibbbb kau la nak dapat ibu kaki manik nie. Ibu nak Zara jadi princess hari bersejarah tu tahu tak!!! Hehe.


Sapa nak share, dipersilakan. Sharing is caring. Muahhh ciked ♥


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum ♥

Sabtu lepas (10 Disember), abang ipar aku selamat bernikah dengan pilihan hati dia. Lokasi pernikahan kat Banting, Selangor. Sekali lafaz, dia sah menjadi suami kepada Susi. Menantu kedua dalam family mertua aku. Yang tua jangan tanya. Of course la yang tengah menaip nie. Huhuhu...








Esoknya pulak kenduri belah perempuan. Mak mertua aku sewa bas untuk rombongan pihak lelaki. Kitorang laki bini tak join sebab bawak si kecik tu. Susah pulak nak menyusukan dia nanti. So weollsss naik kereta sendiri je. Tengah berkumpul dengan rombongan, ternampak la pengantin lelaki. OMGGGGG!!! Kaler baju sama macam kitorang masa kahwin. Kuning diraja. Throwback terus zaman kahwin dulu. Rindunyaaaa nak pakai baju pengantin & bersanding. Tapi nak buat version baru. Bersanding sambil dukung anak. Boleh? Hahaha. Apa-apa jelah kau Fatin....







First time bawak Zara pergi kenduri kahwin, nervous jugak. Kot dia meragam ke apa. Alhamdulillah, Zara memang anak yang sangat baik. Tak merengek langsung. Mintak susu pun tak. Sebabnyaaaa syok kena dukung. Kejap orang tu dukung, kejap orang nie dukung.. Seronok la gamaknya. Nak balik tu, tukar baju bagi susu, bukan main laju lagi. Pastu terus ke laut sampai la rumah. Penat + lapar kot. Hehe. Kesian puteri lilin ibu...


This week (24 Disember) kenduri belah lelaki pulak. Pagi buat majlis cukur jambul Zara pastu continue terus majlis kahwin. Hopefully semuanya berjalan lancar. Untuk Along & Susi, selamat pengantin baru. Semoga bahagia hingga ke Jannah. Aminnnn.....

*ibu syok sendiri. dua orang belakang tu bukan main lagi.. T_T *


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum ♥

Masa pregnant dulu, semangat sangat nie beli set botol susu. Dengan harapan baby tak memilih. Pelik jugak bila baca mommies kata kena try macam-macam botol kat anak diorang. Sekarang rasakannn. Diri sendiri dah terkena. Set botol yang beratus tu sudahnya jadi pre-loved. Ibu dah jual. Sob sob. Sabar jelah... T_T


Aku tak ajar Zara hisap botol sejak lahir. Umur dia dua bulan rasanya baru nak start ajar. Mahu la dia nak kan, dah sedap direct feeding. Huhu. Try botol Tommee Tippee yang tinggal kenangan tu. Dia reject. Suap - reject - suap - reject. Stress aku. Nasib baik la aku sambung cuti lagi sebulan. Kalau tak, menangis kelaparan anak aku kat rumah pengasuh.


Cakap dengan suami, jom la cari botol lain @ aku berhenti kerja. Hambikk kau! Hehe. Serius, dalam hati masa tu memang niat nak berhenti je. Sebab tak sanggup tinggal anak. Kikiki... Sementara tu, puas aku Google & tanya dalam group FB. Ramai suggest botol susu Pigeon. Okay la, jom kita cuba. Kot-kot serasi dengan Zara.


Pergi Jusco, beli la botol Pigeon Peristaltic Plus Wide Neck. Ada dua jenis. Penutup putih & kuning. Aku beli yang penutup kuning sebab aku baca katanya botol penutup kuning nie tahan lama. Melayang duit ibu RM 50. Tu pun after discount tau. Takpelah, demi anak. Korbankan apa saja. Dalam hati berharap sangat biar la Zara nak hisap botol nie.


Sekali try, terus Zara nak. Tak reject langsung. Yeaayyyy!! Alhamdulillah. Seronok sangat. Baru la rasa lega nak tinggal dia nanti. Ajar pelan-pelan. Dok gilir botol & miss B supaya tak nipple confused. Alhamdulillah, so far okay je. Tapi kusangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengahari. Cewaahh, hihi.


Start hantar Zara kat pengasuh, dia sedap hisap botol sampai reject direct feeding. Ibu is sedih! Huhu. Yelah, dia dapat direct feeding time malam je. Tu pun berapa kali je sebab tidur kan. Aku cuba jugak sampai lebam. Semua skill keluar. Dari cara lemah lembut sampai la tahap paksa. Haha. Kesian Zara.... Nak taknak kena biasakan jugak sebab aku taknak dia berpisah terlalu awal dengan aku. Walaupun dia tetap minum susu ibu dia, aku tetap nak sentuhan skin-to-skin dengan dia. Supaya kasih sayang kitorang makin menebal. :p


Alhamdulillah.... Zara dah okay sekarang. Botol nak, direct pun nak. Sejak dah besar sikit nie, bijak dah. Dia takkan hisap botol kalau aku yang suap. Bertuah la rasa kalau kena time dia nak. Bagi miss B, laju je nyot-nyot. Orang lain bagi elok je dia hisap. Maybe dia tahu niat ibu dia nak skin-to-skin. Tu yang demand tu. Hehe.


So pada mommies, jangan give-up. Tak semua baby sama. Ada yang sumbat botol apapun dia okay. Ada yang nak bereksperimen macam-macam botol dulu. Hehe. Budak sekarang kan terlebih advance. Sabar jelah ye. Bukan orang lain, darah daging kita jugak. Aku recommended sangat botol susu Pigeon nie pada mommies yang ada masalah sama macam aku. InsyaAllah...... Usaha dan ikhtiar. Pasti ada jalan penyelesaian. Yang penting, jangan patah semangat. Byebye. ♥




Love,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum ♥

Entry basi. Lambat update. Aku takde masa nak menaip. Asyik create new post je tapi entry ke laut. Penuh draft kat dashboard. Banyak benar cerita queue tunggu dipublish. Mohon ibu buat marathon pleaseeeeee. :'D


Alhamdulillah, majlis aqiqah Zara dah selamat dilakukan 1 Oktober lepas kat rumah Bidor, Perak. Zara baru 2 bulan masa tu. Alang-alang mak nak buat reunion dengan member sekolah, sekalikan aje aqiqah Zara. Senang. Tumbang sekor kambing. Kitorang decide buat kambing golek je. Harga sekor kambing RM 800. Siap dapat sijil kau. Hehe. Alhamdulillah, lepas dah aqiqah untuk anak ibu. Ada rezeki lebih nanti, kita buat korban pulak ye sayang.


Mak ada jemput ustaz bagi ceramah hari tu. So ada la upacara tahnik. Bukan ustaz selebriti. Biasa je. Ustaz baca doa, kasi air zamzam & kurma dan gunting sikit rambut Zara buat syarat. Settle. Lepas tu dah boleh makan-makan.


Sebab tak sangka akan ada upacara tahnik, takdelah get ready apa-apa. Nasib stok air zamzam & kurma ada. Cari gunting tak jumpa, puas geledah satu rumah. Sudahnya jumpa gunting potong kain. Gasak la nak. Kesian Zara. Tak senonoh ibu nie ye. Takpe, majlis cukur jambul nanti ibu buat preparation tip top okay. (^_^)


Zara behave sangat sepanjang majlis. Tak nangis langsung. Anak ibu nie memang baik. Ibu love you lahhhhh. Majlis cukur jambul menyusul bulan depan (Disember). Buat kat belah suami. Cucu sulung kan, kita kasi cannnn la. Hehe. Nanti ibu update. InsyaAllah.... ♥


Jom layan gambar. Sebabbbbbbbb ibu takde idea nak menaip dah. Hihihi.













*Dress Zara from Tesco. RM 29.90 sajooo, hihi.*


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Newer Posts
Older Posts

LET’S BE FRIENDS

ASSALAMUALAIKUM


Hello, There!

Wife to Muhammad Idzat Syazwan.

Ibu to Eidzara Azzalea & Eliyara Addalea.


Find More



Blog Archives

  • ►  2020 (14)
    • ►  June (1)
    • ►  April (4)
    • ►  March (5)
    • ►  February (1)
    • ►  January (3)
  • ►  2019 (43)
    • ►  December (4)
    • ►  November (4)
    • ►  October (2)
    • ►  September (3)
    • ►  August (5)
    • ►  July (11)
    • ►  June (3)
    • ►  May (4)
    • ►  April (4)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2018 (42)
    • ►  December (3)
    • ►  November (5)
    • ►  October (9)
    • ►  September (4)
    • ►  August (4)
    • ►  July (7)
    • ►  June (3)
    • ►  May (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (36)
    • ►  December (2)
    • ►  October (1)
    • ►  September (6)
    • ►  August (10)
    • ►  July (6)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (4)
  • ▼  2016 (42)
    • ▼  December (4)
      • REVIEW MAJLIS CUKUR JAMBUL EIDZARA AZZALEA : MINI ...
      • MAJLIS CUKUR JAMBUL EIDZARA AZZALEA
      • DIY : HEADBAND UNTUK MAJLIS CUKUR JAMBUL ZARA
      • WEDDING ABANG IPARKU
    • ►  November (6)
      • DILEMA ANAK REJECT BOTOL SUSU DAN PENYELESAIANNYA
      • MAJLIS AQIQAH & TAHNIK EIDZARA AZZALEA
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (5)
    • ►  June (4)
    • ►  May (4)
    • ►  April (3)
    • ►  March (6)
    • ►  February (3)
  • ►  2015 (47)
    • ►  October (3)
    • ►  September (3)
    • ►  August (6)
    • ►  July (6)
    • ►  June (3)
    • ►  May (2)
    • ►  April (5)
    • ►  March (3)
    • ►  February (7)
    • ►  January (9)
  • ►  2014 (44)
    • ►  December (4)
    • ►  November (2)
    • ►  October (5)
    • ►  September (4)
    • ►  August (5)
    • ►  July (5)
    • ►  June (4)
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (3)
    • ►  January (8)
  • ►  2013 (44)
    • ►  December (4)
    • ►  November (5)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (5)
    • ►  July (10)
    • ►  June (7)
    • ►  May (1)
    • ►  April (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2012 (29)
    • ►  December (3)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (4)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (6)
    • ►  April (7)
    • ►  March (3)

Labels

  • #BFJourney
  • #Checklist
  • #DIY
  • #Izadaten
  • #Majlis
  • #Malaysia
  • #Others
  • #Pregnancy
  • #Raya
  • #Recipes
  • #World
  • #Yara
  • #Zara
  • #ZaraYara

Created with by BeautyTemplates | Distributed by blogger templates