facebook instagram google
  • Travel
  • Recipes
  • Do It Yourself
  • Engagement
  • Wedding
  • Pregnancy
  • Breastfeed Journey

. F A T I N .


Assalamualaikum ♥

Since nak dekat bersalin nie, rajin pulak laki aku ajak pergi berjalan. Bagi banyak jalan, biar cepat sikit beranak katanya. Tapi tak beranak pun lagi sampai hari nie. Baby syok duduk dalam perut. Ibu makan semua sedap sangat agaknya, tu yang lambat je nak keluar tu. Hehe. Takpe, sampai masa kena keluar jugak kan baby? Masa tu minum susu je tau. Jangan demand. :p


Ahad hari tu (17 Julai) kitorang laki bini berjalan kat Ikea. Tengah syok jalan tetiba perut sakit macam senggugut. Rehat kejap tapi tak elok-elok jugak.. Aikkk, nak bersalin ke apa nie? Huhu. Tunggu suami queue nak bayar dekat setengah jam, aku dah terkulat-kulat duduk tepi tembok konon nak tenangkan diri. Baby taknak bagi kerjasama. Mengeras je. Sakit..... Terus cakap dengan suami, jom la gi check kat hospital. Kot-kot dah sampai masa.


On the way tu, punya la aku tahan sakit. Takdelah sakit macam nak hentak kepala atas jalan tapi sakit jugak la. Dari perut membawak ke pinggang, diramas-ramas tanpa belas kasihan rasanya. On off, kejap datang kejap hilang. Sepanjang perjalanan, ada kot 20 kali laki aku tanya soalan sama, "sakit tak?", "sakit tak?", "sakit tak?". Karang aku smash baru tahu, dah lah tengah sakit. Huhu.


Sampai PPUM, terus pergi bahagian emergency. Nurse suruh tukar baju apa semua. Ingat datang nak check je. Kot la dah boleh bersalin ke apa tapi tak pasal kena tahan wad semalam. Prosedur sana katanya. Diorang takkan bagi patient balik sebab nak monitor keadaan ibu & baby. Kalau takde apa-apa, baru diorang bagi balik esoknya. Doktor check bukaan rahim baru 1 cm. Takde bleeding, takde turun air. Contraction tu dah ada cuma belum masa lagi. Serviks pun dah lembut. Dua kali jugak la doktor seluk. Seram ke tak? First time tu seram, kali kedua dah ready sikit. Hehe. Tak sakit pun, dengan syarat jangan keraskan kaki. Relaks je. Hehe. Serius, yang penting relaks. Ingat tu.


Sambil tu, nurse pasang alat CTG untuk monitor contraction. First time pakai. Ada la sejam kot pakai benda alah tu. Jakun kejap. Hehe. Selesai prosedur tu semua, kena naik wad. Tidur la kat hospital tanpa sebarang persediaan fizikal mental. Hehehe. Baby pulak elok je behave kat hospital. Hilang terus sakit bila sampai hospital. Kalau ibu tahu, ibu balik je berehat kat rumah tau baby. :'(


Esoknya seawal pukul 6.30 pagi dah kena pakai balik alat CTG. Tunggu doktor datang, dia kata boleh balik sebab takde masalah. Cuma sebelum balik kena scan dulu. Result scan pun okay. Estimated berat baby dah 3.1 kg. Wowwww!!! Membesar bak juara. Patut la berat je ibu bawak perut. Naik wad balik, tunggu la doktor datang sampai lebam. Ingatkan tengahari dah boleh balik tapi petang baru doktor datang. Kesian suami kena tunggu lama kat bawah. Huhu.


Next time dah tahu. Kalau sakit senggugut tapi tak keluar tanda macam darah @ air, tak payah la pergi hospital dulu. Buat penat je. Tapi kalau difikirkan balik, takpelah atleast ada pengalaman kan. Kalau tak, mana nak tahu. Dah alami baru tahu. Minggu depan datang balik untuk appointment. Minggu nie dah 38 minggu. Bila nak keluar nie anak cantik ibu??? Ibu tak sabar dah nak peluk cium awak sayang. ♥


Total bil RM 169. Okay la sebab banyak benda diorang buat. Servis puas hati sangat. Wad cantik. Nurse & doktor baik-baik. Takde nak marah-marah @ tinggi suara. Makanan je kurenggg sikit. Biasa la, makanan orang sakit. Yang lain semua terbaikkkkk.....




p/s : mak kata sakit bersalin 10 kali lagi sakit dari senggugut. Huhuhu.


Love,
Nor Fatin Nadhirah

Assalamualaikum ♥

Menghitung hari untuk jumpa baby. Tak sabarnyaaaaa... Harini check-up lagi. Alhamdulillah, semuanya okay. Berat je problem. Hahaha. Masalah biasa. Penangan raya la nie. Naik 2 kg dalam masa seminggu. Dari 66.5 kg ke 68.5 kg. Nurse suruh buat check tekanan darah lagi untuk kali kedua. Hahahahadoiiii... Sabar jelah. Kali nie buat kat farmasi area rumah je sebab aku dah start bercuti. Saja amik cuti awal. Nak prepare mental fizikal. Gituuuuuuu, haha.


Takde apa nak update. Cuma harapkan semuanya dipermudahkan. Nervous, excited, semuanya bercampur aduk. Membesar dengan sihat dan sempurna anakku. Tak lama je lagiiiiii kita nak jumpa. (^_^)


p/s : sempat buat sekali je check tekanan darah kat farmasi pastu dah bersalin. hehehe.


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum ♥

Lambat pulak update pasal raya. Busy la sejak-sejak dah cuti panjang nie. Busy tidur, hehehehe. Raya tahun nie giliran aku pulak. So kitorang laki bini balik Bidor untuk beraya dengan family aku. Tahun nie tema warna purple. Raya biasa-biasa je sebab dah sarat, 36 minggu. Pergi rumah saudara pun kejap-kejap je. Nasib la baby tak buat hal nak keluar masa raya hari tu. Kalau tak, tak memasal dia jadi anak Perak. Hihi....


Takde apa nak cerita pun sebenarnya. Layan jelah gambar mak buyung yang extra gebu nie with family. Hehe. Sekarang mood raya dah turned off. Mood tunggu baby pulak turned on. Tak sabarnyaaaaa nak jumpa anak. Semoga dipermudahkan segalanya. 2 weeks to goooooo baby...... Bismillah. Wish us good luck. :)








Love,
Nor Fatin Nadhirah

Assalamualaikum ♥

Check-up time! Usia kandungan dah 37 weeks. Wahhh, tak lama je lagi nak jumpa baby. Prosedur macam biasa la tiap kali ke KK. Check degupan jantung baby, urine, HB, tekanan darah semuanya okay-okay je. Tinggi rahim jadi 36 cm. Dah turun. Baby dah ke bawah. Huhu. Nervous. Sengal kat ari-ari makin menjadi-jadi. Berat? Dari 65.5 kg ke 66.5 kg. Naik sekilo. Hehe.


Sekarang dah kena check seminggu sekali sampai waktu nak bersalin nanti. Jenuh la ke KK tiap minggu. Tapi takpe, benda nie yang aku rindu nanti. Hehe. Membesar dengan sihat dan sempurna anakku. Ibu ayah sayang baby sangat.


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum ♥

Happy birthday to my lovely husband, Muhammad Idzat Syazwan. Semoga dimurahkan rezeki, dipanjangkan usia, menjadi suami & ayah yang baik. Sorry tahun nie takde hadiah. Macam la tahun lepas bagi hadiah kan? Poyo je, hehe. Takde apa nak kasi, cukup la dulu baby yang bakal lahir tak lama lagi nie. Tu pun dah besar rahmat untuk kita dua kan....


Apa jadi sekalipun, I will always love you suamiku. Muaaaahhhhh ciked.




Love,
Nor Fatin Nadhirah
Newer Posts
Older Posts

LET’S BE FRIENDS

ASSALAMUALAIKUM


Hello, There!

Wife to Muhammad Idzat Syazwan.

Ibu to Eidzara Azzalea & Eliyara Addalea.


Find More



Blog Archives

  • ►  2020 (14)
    • ►  June (1)
    • ►  April (4)
    • ►  March (5)
    • ►  February (1)
    • ►  January (3)
  • ►  2019 (43)
    • ►  December (4)
    • ►  November (4)
    • ►  October (2)
    • ►  September (3)
    • ►  August (5)
    • ►  July (11)
    • ►  June (3)
    • ►  May (4)
    • ►  April (4)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2018 (42)
    • ►  December (3)
    • ►  November (5)
    • ►  October (9)
    • ►  September (4)
    • ►  August (4)
    • ►  July (7)
    • ►  June (3)
    • ►  May (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (36)
    • ►  December (2)
    • ►  October (1)
    • ►  September (6)
    • ►  August (10)
    • ►  July (6)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (4)
  • ▼  2016 (42)
    • ►  December (4)
    • ►  November (6)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ▼  July (5)
      • PREGNANCY JOURNEY : PENGALAMAN WARDED - BRAXTON HI...
      • PREGNANCY JOURNEY : CHECK-UP @ KKIA (38 WEEKS)
      • SALAM AIDILFITRI 2016
      • PREGNANCY JOURNEY : CHECK-UP @ KKIA (37 WEEKS)
      • HAPPY BIRTHDAY SUAMIKU
    • ►  June (4)
    • ►  May (4)
    • ►  April (3)
    • ►  March (6)
    • ►  February (3)
  • ►  2015 (47)
    • ►  October (3)
    • ►  September (3)
    • ►  August (6)
    • ►  July (6)
    • ►  June (3)
    • ►  May (2)
    • ►  April (5)
    • ►  March (3)
    • ►  February (7)
    • ►  January (9)
  • ►  2014 (44)
    • ►  December (4)
    • ►  November (2)
    • ►  October (5)
    • ►  September (4)
    • ►  August (5)
    • ►  July (5)
    • ►  June (4)
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (3)
    • ►  January (8)
  • ►  2013 (44)
    • ►  December (4)
    • ►  November (5)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (5)
    • ►  July (10)
    • ►  June (7)
    • ►  May (1)
    • ►  April (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2012 (29)
    • ►  December (3)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (4)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (6)
    • ►  April (7)
    • ►  March (3)

Labels

  • #BFJourney
  • #Checklist
  • #DIY
  • #Izadaten
  • #Majlis
  • #Malaysia
  • #Others
  • #Pregnancy
  • #Raya
  • #Recipes
  • #World
  • #Yara
  • #Zara
  • #ZaraYara

Created with by BeautyTemplates | Distributed by blogger templates