Sambungan HATYAI PART 1
Aktiviti hari kedua, jalan jalan cari pasal makan angin kat Songkhla. Skip breakfast sebab semua terlajak tidur. Penat kauuuuu. Tempat pertama kitorang singgah di Pulau Ko-Yo. Just bergambar di jeti kayu tepi sungai. Panas tapi angin kuat giler. Layannnnnnnn.....
Tak jauh dari jeti kayu tu, boleh tengok patung sleeping Buddha. Nama tempatnya Wat Laem Pho. Besar betul patungnya. Apa aku perasan, kebanyakkan patung kat Hat Yai nie mesti kaler gold. Kenapa eh? Hmmm....
*Layan aiskrim time panas memang terbaikkkkkk.*
Next ke Songkhla Oldtown. Kawasan bangunan lama. Macam kat Ipoh. Sesuai la untuk kaki Instagram. Ada street art tapi kitorang tak cari pun. Kesian adik aku nanti kena duduk lama dalam kereta. Bergambar kat dataran oldtown tu je.
Pastu singgah satu tempat nie. Aku pun tak tahu apa nama tempat tapi banyak giler burung merpati & monyet. Siap ada stall jual makanan haiwan. Monyet kat situ agresif giler. Pantang nampak bakul makanan, laju je kejar. Kakak ipar aku kena terkam. Siap panjat badan dia. Hahaha. Kesian tapi kelakar. Tergelak-gelak kitorang.
Lunch di Subaidah Restaurant. Makanan dia sedap tapi tak boleh lawan Kai Tod Decha. Selesai lunch terus ke Samila Beach. Bergambar di Cat & Rat Statue dan Mermaid Statue. Port wajib bergambar kalau sampai sini. Baru-baru nie keluar news katanya dua-dua statue nie kena bom. Sapa laaaa punya kerja tu ye.
Kat sini boleh naik kuda. 150 THB/person. Kalau nak bergambar atas kuda, 50 THB/person. Nak naik dengan Zara tapi tak boleh naik dua orang. Pastu terus queue kat patung mermaid. Ramai nauu orang. Ada manusia tak reti adab main panjat je padahal orang lain beratur. Dah tak pasal kena sound. Nasib faham sebab dia orang Malaysia. Memalukan betul. Haihhhh....
Last destination di Songkhla, The Serpent Nag. Actually naga nie ada 3 bahagian. Ekor, badan dan kepala. Semua kat tempat berbeza. Kitorang ke kepala naga je. Serupa macam Merlion kat Singapore. Settle bergambar, balik hotel rehat-rehat dulu sebelum keluar lagi. Hahaha.
Naik tuk-tuk (again, haha) ke Lee Garden Walking Street. Woww meriah betul kat sini. Pelbagai jenis makanan, cover passport (nie yang aku aim dari awal) dan ehhh segala macam benda la. Ramai orang Malaysia je kat sini. Sebenarnya kat semua tempat pun sama. Rasa macam bercuti dalam negara. Ada sembang dengan sorang local people nie. Kata dia kalau takde orang Malaysia, bandar Hat Yai mati. Sebab tu polis Thai jaga orang Malaysia...... Ohhhh, gituuuuu.
*Seronok Zara naik tuk-tuk.*
*Pulut mangga.*
*100 THB/pcs. Free name & 1 charm. Additional charm 20 THB/pcs.*
Esoknya last day di Thailand. Breakfast di Chabura Dimsum. Okay la, tak kenyang sangat tapi teringin nak makan tempat viral. Bedal jelah, hehe. Pastu shopping di 7-Eleven. Tak tahu la berapa belas kali kitorang keluar masuk 7-E. Pantang nampak mesti singgah. Betul la orang cakap 7-E kat Hat Yai best. Memang best! Dapat masuk 7-E yang rajin restock barang lagi best. Rasanya duit banyak habis kat 7-E je. Haha.
*WAJIB singgah.*
*Hati-hati tau, jangan terbeli yang takde logo halal. Yang halal harganya mahal sikit.*
*Try beli. Memang sedap, pekat, likat. Adoiii. Teringin pulak teh ais dia. Huhu.*
Last sebelum balik Malaysia, singgah pekan Dannok (or nama lain Sadao) untuk habiskan duit Baht yang ada. Sejujurnya percutian ke Hat Yai lebih kepada food hunting. Makanan memang best dan sedap. Kalau tempat lawatan biasa-biasa je. Apapun, thanks Hat Yai for the memories.
InsyaAllah nanti boleh repeat lagi untuk food hunting. Pergi dengan suami pulak. Banyak tak sempat makan sebab kenyang yakmat. Haha. Hat Yai, checked! Bye. ♥
Love,
Nor Fatin Nadhirah