Entry nie panjang tau dan ada gambar yang kurang senang nak dilihat. Nak story sekaligus je, malas nak buat part by part. Permulaan 2018 yang indah. Aku dapat tahu pregnant masa Januari haritu. Tak expect pregnant sebab selalu check takde pun. Plus period aku jadi irregular lepas bersalinkan Zara. Alhamdulillah. Memang target nak bagi Zara adik pun tahun 2018 nie.
13 Januari 2018
Tetiba rasa nak test UPT. Sekali positive! Gigil tangan aku. Laju je whatsapp suami. Boleh dia tak percaya, kata aku amik gambar dari Google. Cisss... Terus aku snap gambar UPT berlatarbelakangkan Zara. Terkedu suami aku, hihi. Sweet moment to remember ♥
21 Januari 2018
Saja pergi scan kat Klinik Nadi Iman, Puchong sebab nak tahu usia kandungan. Kebetulan ada job pelamin kat KL dan kitorang singgah balik rumah mertua. Scan haritu kandungan 4weeks 6days.
05 Februari 2018
Check-up Zara 1 tahun 6 bulan kat KK Bidor. Sembang punya sembang dengan nurse, terbukak cerita pasal aku pregnant. Nurse suruh check UPT. Result of course la positive! Scan sekali, masa tu kandungan dah 6weeks 6days. Dalam gambar scan dah nampak janin. Alhamdulillah, happy sangat! Nurse bagi appointment lagi 2 minggu untuk bukak buku pink (21 Februari 2018). Tak sabarnya nak start journey dengan kandungan kali nie.
13 Februari 2018
Petang haritu keluar spotting. Brownish. Hmmm. Terus fikir, apa benda la yang aku buat nie sampai boleh keluar spotting? Berdebar. Terus teringat kisah first pregnancy dulu. Suami balik dari dobi, terus bagitahu dia. Suami suruh relaks dulu.
14 Februari 2018
Keluar lagi spotting. Ada la dalam 3-4 tompok. Whatsapp suami ajak pergi check. Dipendekkan cerita, kitorang ke Klinik Farah Diyana, Teluk Intan. Doktor Farah scan, kantung ada je tapi tak nampak pulak janin. Kandungan 6weeks 1days. Aku pelik dah, aikkk masa scan kat KK haritu pun 6weeks. Takkan sekarang pun still 6weeks? Think positive jelah masa tu sebab Doktor Farah kata maybe kiraan minggu pregnancy tak betul since period aku pun tak teratur. Pastu dia cakap, jangan risau kalau spotting warna coklat nie. Dia pun pernah kena masa ngandungkan anak dia dulu. Hmmm.... Okay. Settle tu balik tapi still rasa tak best. Hopefully spotting nie cepat berhenti.
18 Februari 2018
Keluar spotting sebesar syiling 50sen. Warna coklat + hitam. Hmmm, tak boleh jadi nie. Aku terus gi bahagian emergency Hospital Teluk Intan (HTI). Jumpa doktor cerita masalah. Doktor scan, kandungan still 6weeks. Doktor marah aku datang. Dia kata kalau spotting keluar sikit-sikit tu normal la. Ehhh, sukati aku la nak datang check ke tak. Pastu dia refer aku ke bahagian EPAU (Early Pregnancy Assessment Unit).
Kat EPAU, kena seluk speculum (muncung itik) dua kali. Huhu. Doktor first yang buat okay, yang second tu ganas kauuu! Huhu. Pastu kena TVS (Trans-vaginal Scan). First time, berdebar jugak la. Result scan sama. 6weeks dan takde janin dalam kantung. Scan dari bawah seriously gambar clear giler tapi senak bila doktor gerakkan alat tu dalam rahim. Huhu. Doktor bagi 2 minggu untuk next review (5 March 2018). Dia nak kata keguguran pun masih terlalu awal. So antara dua, samada kandungan baru nak jadi atau memang tanda-tanda nak keguguran. Diagnosis as "missed miscarriage". Doktor pesan, pergi KK buka buku pink. Settle dalam pukul 11 malam, boleh balik. Kesian Zara kena tinggal lama kat rumah.
21 Februari 2018
Pergi KK Bidor. Memang sepatutnya haritu ada appointment nak buka buku. Perasaan berbelah bagi dengan condition camni. Sebelum nurse buat apa-apa, aku terus bagitahu yang dah keluar spotting almost 1 week. Nurse bincang dengan doktor then decide tak perlu bukak buku lagi. Doktor scan kandungan 5weeks 4days. Hmmm. Makin mengecil. Doktor kata kemungkinan besar tak jadi. Dia just keluarkan memo untuk rujukan HTI nanti.
23 Februari 2018
Spotting still keluar tiap-tiap hari. Tapi petang haritu keluar fresh blood. Allahuakbar! Aku dah redha. Rasanya dah tiba masa tu. Suami tanya nak tunggu appointment 5 March jugak ke? Aku kata tunggu jelah. Darah pun takdelah keluar banyak, perut pun tak sakit.
24 Februari 2018
Bangun pagi rasa basah giler pad. Gi toilet, sah! Lenjun pad aku dengan darah fresh! Huhu. Pastu elok nak buang air, sekali keluar segedebuk darah beku. Terkejut aku, huhu. Perut pun dah start rasa sengal-sengal. Whatsapp suami, dia suruh pergi hospital check. Proses sama macam haritu, kena pergi bahagian emergency dulu.
Doktor emergency department (ED) scan, rahim aku kosong. Nothing! Perut sakit macam sengugut. Aku tunjuk darah beku yang keluar pagi tu. Doktor kata nie bukan kantung. Doktor suruh amik sample urine untuk test UPT. Masa dalam toilet, sekali lagi keluar ketulan. Huhuhu. Takut aku. Aku tunjuk kat doktor. Doktor sahkan tu kantung. Rupa dia sebijik macam isi perut ikan. Automatically perut aku hilang rasa sakit. Doktor ED terus refer aku ke EPAU.
Sekali lagi proses sama macam haritu aku alami. Kena seluk dengan speculum, dua kali. Kali nie sakit weyyy. Sebabnya doktor kata ada darah beku blocking saluran so dia nak keluarkan. Guna penyepit, panjang pulak tu. Dia balut dengan kapas kat bahagian atas penyepit. Dia tarik, adoiiiii. Redha jelah, huhu. Kes aku diagnosis dari "missed miscarriage" to "incomplete miscarriage".
Then buat lagi TVS. Memang rahim dah kosong. Keluar habis. Dari "incomplete miscarriage", kes aku jadi "complete miscarriage". Walaupun sedih, aku lega sebab tak perlu lalui proses cuci (DnC). Nurse bagi injection kecutkan rahim kat peha then repeat scan lepas sejam. If rahim kecut, tak perlu tahan wad. Aku doa banyak-banyak biar semuanya okay. After sejam, doktor lain yang check. Ye, TVS lagi. Dah tak rasa apa dah. Huhu. Doktor kata rahim masih tebal, kena tahan wad. Kalau esok pun rahim masih tebal, diorang akan cuci. Oh tidakkkkkkkk!!!!!!! Nasib baik dia ukur rahim lagi sekali. Okay, dia silap. Rahim dah back to normal. Tak payah tahan wad. Fuhhh, lega giler aku dengar.
Sebabkan kandungan aku gugur secara semulajadi, tak payah bayar apa-apa masa discharged. Just bayar RM 1 masa pendaftaran kat bahagian emergency. Doktor HTI keluarkan surat untuk KK for follow up. Aku tak pergi lagi. Nanti la, lepas pantang ke. Doktor pesan biar rahim rehat 3-6 bulan sebelum planning nak pregnant semula dan 3 bulan sebelum nak pregnant, makan asid folik supaya kandungan sihat. Dan bila dapat tahu pregnant balik, terus kena bukak buku sebab dah ada sejarah dua kali keguguran. So akan dimonitor dengan lebih terperinci. InsyaAllah.
-------------------------------------------------------------------------------
Takde rezeki Zara nak jadi kaklong. Takde rezeki nak bagi cucu ke-empat untuk mak ayah & cucu kedua untuk mama abah. Takde rezeki aku & suami nak jadi ibu ayah kepada dua orang anak. Takde rezeki kali nie. InsyaAllah, rezeki lain akan menyusul kemudian hari dan semoga dipermudahkan. Terima kasih anak ibu kerana membahagiakan ibu walaupun sekejap. InsyaAllah, kita akan jumpa satu hari nanti jika diberi keizinan. Semua anak ibu. Zara dan dua anak ibu yang tak sempat ibu manjakan. InsyaAllah. Ibu kuat.
Sapa yang baca kisah nie, jadikan kisah aku sebagai teladan. Kalau keluar darah tak kira la coklat ke sikit ke banyak ke, tolong la pergi check. Walaupun orang kata perkara tu normal tapi nasib kita tak sama. Elok ambil langkah berjaga-jaga. Doakan rezeki aku nak menimang cahaya mata dipermudahkan Allah SWT. Aku doakan korang pun dimurahkan rezeki tak kira dalam bentuk apa pun. Yakin dan percaya dengan apa yang Allah dah tetapkan untuk hidup kita. Ada hikmah disebalik semua yang jadi.
Love,
Nor Fatin Nadhirah