TRIP VIETNAM : HO CHI MINH (DAY 2)
sambungan PART 1
Make it fast. Hari kedua is full day shopping!! Yeayy. Pagi tu breakfast bihun sup daging kat belakang masjid Jamiul Islamiyah. Mr Ibrahim kata, kedai nie popular. Must try. Jangan tanya aku direction. Dah lupa. Yang ingat, kedai nie tersorok sikit tempatnya. Jauh jugak jalan dari masjid tu. Bihun sup dia memang terbaik!! Settle breakfast, terus pergi shopping. Sorry aku takde tangkap gambar setiap gudang sebab tak cukup tangan. Mana nak dukung Zara lagi, angkat barang shopping lagi. Huhuhu. Dah la tak bawak stroller. T__T
*Mak dengan mak kepada owner kedai.*
*Zara pun suka bihun sup nie.*
Untuk part shopping taknak sembang banyak. Semua tahu shopping kat Vietnam memang best, best dan SANGAT BEST!! Serius la barang kat sana murah weyy. Lagi-lagi kain. Tak kisah la kain pasang ke, baju siap ke, memang murah. Ada tu jual baju kurung moden 3 pasang baru RM 100. Tudung Ducks, Ariani, Naelofar, Bokkita semua murah giler! Ciplak kan, biasa la. Hehe. Tapi sebijik macam ori. Beg Deuter range harga dalam RM 20 - RM 25 je. RM 25 tu boleh dapat beg Deuter saiz besar. Biasa diorang letak harga sekali ganda mahal dari harga asal. Kena pandai tawar menawar. Dapat kurang ke tak depends. So far, aku selalu dapat kurang separuh dari harga yang diorang letak.
*RM 50 untuk 2 meter lace glitter.*
Selesai shopping, kitorang ke War Remnants Museum. Muzium yang menyimpan sejarah Vietnam sebelum dan selepas peperangan. Not bad. Sapa kaki sejarah wajib la datang. Kalau tak, boleh skip tempat nie. Aku dah start rasa nak demam. Mau taknya, mengendong Zara dari pagi sampai ke petang. Kalau berat sekilo dua takpe lagi. Nie 10 kilo kauuu!! Apa angin entah Zara haritu taknak jalan langsung. Dia penat kot. Untuk keseribu kalinya, ibu #redha.
Kat muzium nie dipamerkan kisah sejarah peperangan Vietnam dengan pihak musuh (ayat penyelamat, haha. Serius aku dah lupa sapa pihak musuh tu, korang Google la ek). Ada banyak jenis peluru, serpihan jet pejuang, perigi tempat dibunuh orang-orang tak bersalah, ada mayat bayi yang diawetkan, macam-macam lagi. Dan pada masa perang tu, pihak lawan ada letupkan gas apa benda entah sampai siapa yang kena radiasi akan cacat termasuklah bayi dalam kandungan. Hmmmm.... Kesian. Kat luar muzium nie ada satu tempat khas untuk golongan kurang upaya (cacat kerana radiasi) meniaga kraftangan.
Balik hotel mandi pastu keluar balik. Actually bateri aku dah out tapi gagahkan jugak teman mak & kawan dia shopping kat Ben Thanh Market. Dalam nak teman tu terbeli jugak baju tradisional Vietnam kat Zara. Haha. Dugaannnnn.... Cubaannnnn..... Pastu Zara nak baju Frozen pulak. Nangis-nangis taknak lepas baju tu. Nasib baik murah. So ibu turutkan kehendak dia. Gaun princess kat sini baru Rm 25, murah giler (tengok kedai tau, bukan semua kedai harga murah). Beli hanbok jugak untuk Zara, harga RM 25. Saja beli untuk dia pakai masa birthday 2 tahun nanti. Nampak tak, kat Vietnam pun pemikiran ibu ter'advance'. Hahahaha, ampunnn.
Balik tu aku tak tahan dah. Patutnya lepas dinner ada aktiviti naik river cruise. Tengok pemandangan bandar Ho Chi Minh di waktu malam. Setanding bandar Hong Kong kata Mr Ibrahim. Mak je pergi dengan kawan-kawan dia. Aku dah menggeletar demam. Zara pun nampak penat sangat. Lantak la cantik lagu mana pun, tak teringin dah nak pergi. Nasib baik keputusan yang aku buat tersangat betul. Zara tidur tak sedar apa sampai esok pagi. Fuhhhh!! Kesian anak ibu. Dengan ibu dia sekali hanyut di alam mimpi ~~~
*Mak bakar line.*
Next sambung lagi ye. Last part.. Trip ke Sungai Mekong. ♥
Love,
Nor Fatin Nadhirah









0 comments