facebook instagram google
  • Travel
  • Recipes
  • Do It Yourself
  • Engagement
  • Wedding
  • Pregnancy
  • Breastfeed Journey

. F A T I N .

Assalamualaikum ♥

Sebelum ke Funtasy House Trick Art, singgah sini dulu. Tujuannya nak bawak Zara tengok "sungai". Sekarang nie sikit-sikit mintak sungai. Nahhhhh, ibu dah bawak! Asalnya nak ke Tasik Cermin tapi mak kata tak sesuai sebab kitorang semua perempuan. Kawasan situ sunyi. Bahaya. Takut jadi apa-apa. So, nak hilangkan kempunan Zara ke "sungai", sini pun boleh laaaa. Tahun lepas pernah datang tapi masa tu Zara tak reti apa lagi. Sekarang haaa ambik kau. Teruja giler dia.




Harga tiket masih sama. Bot dah upgrade. Nasib baik la time pergi tu tak ramai orang. Kejap je dapat turn naik bot ke pulau. Takde buat apa pun kat pulau tu. Jenjalan pusing-pusing. Pastu rehat kat rumah iklan Adabi tu. Cuaca panas giler. Tak lalu nak jalan lama-lama. Mendapat la kan pandai sangat gi sana time tengahari. Nasib baik la kawasan dia hijau cantik amannnnn je. I love nature! ♥








Untuk sapa yang tak tahu, rupanya Gunung Lang nie tasik buatan dari bekas lombong bijih timah. Aku pun baru tahu. Hasil carian Google. Haha. Ku ingatkan tasik semulajadi. Yang air terjun kat entrance tu aku tahu la buatan. Rupanya tasik pun sama. Apapun memang bagus la tempat nie diwujudkan. Boleh dijadikan tempat rekreasi untuk seisi keluarga. Sesuai dengan namanya. Kemudahan seperti toilet, surau semua lengkap. Tandas dan surau pun bersih. Good job..






Cantik kannnn. Hijau je. Tenang. (^_^)


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum ♥

Semalam buat kerja gila. Boring duduk rumah punya pasal, aku bawak mak & adik jenjalan Ipoh. Zara of course ikut sekali. Bertuah la nak tinggal. Kitorang dua beranak nie dah boleh dilabel belangkas. Berkepit siang malam. Stress mak nakkkk tapi dah namanya anak, ibu terima seadanya. Hahaha.


Plannya nak pusing-pusing Ipoh je, tahu-tahu TERMASUK Funtasy House Trick Art nie. Haha. Adoii... Mak tak masuk, dia tak minat benda-benda camni. Nasib baik ada ruangan menunggu kat luar. Boleh la dia rehatkan kaki. Harga dan waktu operasi boleh rujuk kat bawah. Zara free.




Pada aku tempat nie okay-okay je. Nak kata enjoy sangat takdelah. Kena pulak Zara tetiba buat perangai belangkas dia so tak bebas nak bergambar. Haha. Tempat nie dua tingkat. Ada lebih kurang 25 jenis lukisan 3D. Kat setiap lukisan ditampal gambar contoh cara-cara nak pose. Sticker tanda untuk si tukang ambik gambar berdiri ada dilekat kat lantai. Tujuannya untuk dapatkan angle yang betul supaya gambar nampak "hidup".


Nanti ada staff situ akan mengekor kita ke hulu hilir. Sebabnya dia nak tolong ambikkan gambar if kita perlukan bantuan. Bagus la tu nak membantu cuma kita yang rasa kekok. Nak pose pun segan sebab ada orang lain memerhati. Aku nie dah la shy shy tonnn cat. Hehehe.


Layan la dulu gambar kat bawah. Pose sepesennn je namanya sebab iolss bukan jenis pandai pose. Ampunnnn.. :p



















Nampak tak struggle nya aku bergambar sambil dukung Zara. Haiilaaa anak. Sabar jelah. Banyak lukisan tak sempat snap. Belanja mana ada je. Siapa tak tahu nak gi mana masa jenjalan Ipoh, boleh try sini. Tak terlalu best tapi not bad la. Hehe. Bye. ♥


FUNTASY HOUSE TRICK ART

No 16 Jalan Market
30000 Ipoh, Perak
 Tel : 05 - 255 0007



Love,
Nor Fatin Nadhirah

Assalamualaikum ♥

Lepas bersalinkan Zara, period aku tak datang setahun pastu period datang tapi 2 bulan sekali. Dan lepas keguguran awal tahun haritu, Alhamdulillah dah normal balik. Every month dan punctual sungguh kitarannya.


Dipendekkan cerita, last period haritu 30.07.2018. Supposedly akan period semula pada 29.08.2018 (28 days cycle). Tapi tak period pun. Hmmm, pelikkk. Mengandung kah? Cek UPT, naik double line tapi satu line kabur sangat. Pengalaman pregnancy yang lain, hari pertama missed period dah double line agak terang. Think positive, mungkin baru nak jadi. Tanda-tanda hamil macam tender breast, mengantuk, cramp perut semua ada. Hmmm.... Bila fikir balik, tanda-tanda nak period aku pun gini. Huhu.


So hari-hari lah aku cek memandangkan stok UPT banyak kat rumah. Seminggu lewat, result UPT masih kabur. Think positive lagi. Mungkin yang nie lambat sikit kot nak double line terang. So takdelah beria gi klinik ke apa. Dalam hati kata, “takpe, hujung bulan baru cek kalau takde apa-apa berlaku”. Start hari ke-6 lewat, tanda-tanda hamil hilang satu persatu.


Sampailahhhhhh hari ke-8 lewat (06.09.2018), bangun pagi biasa je. Tengahari tu nak shishi, tetiba keluar darah! Darah fresh. Takde hint darah coklat ke apa. Terus keluar darah macam period. Menggeletar aku. Keguguran ke? Atau period? Aku sendiri tak pasti.


Suami kata mungkin tak jadi. Entah laaaa. Yang pasti hati nie terkesan sangat. Sedih. Maybe sebab terlalu mengharap. Aku tanya suami, kalau ditakdirkan Zara sorang je, dia nak kahwin lain ke? Suami bantai gelak. Huhu. Dah puas gelak baru dia jawab, “b nie mana ada apa sayang, macam mana nak kahwin lain. takpelah, belum rezeki nak buat macam mana”. Hmmmm.... Sedih. Tidur dalam airmata. T__T


Aku tak pergi cek pun kat klinik/hospital. Memang satu keputusan yang tak bagus tapi entah la. Aku rasa takde apa yang patut di cek pun. Tawakal je. Aku google, ramai jugak senasib dengan aku. UPT positif tapi datang period. Katanya nie tergolong dalam kes “chemical pregnancy”.


Chemical Pregnancy
"Secara amnya ianya satu keadaan dimana berlaku kehamilan yang seterusnya diikuti oleh keguguran pada tempoh yang sangat-sangat awal. Kehamilan ini dapat dikesan secara biasa melalui ujian kehamilan iaitu ujian air kencing ataupun sample darah. Namun kebiasaannya, bagi UPT keputusannya agak kabur. Dan sebelum kehamilan ini dapat dikesan melalui ujian imbasan kehamilan, keguguran sudah pun berlaku."


Kalau kata pregnant, usia baru 5 minggu. Masih terlalu awal. Nak kata period pun boleh jadi. Mana tahu cycle kali nie period aku lambat. Tapi masalahnya kenapa UPT positif? Hmmm... Pengalaman 2x keguguran yang lepas, start 7-8 weeks baru turun darah dan tu pun start dengan brownish spotting dulu. Yang nie lain. Terus keluar darah merah. 


Takde sapa tahu kecuali aku dan suami. Oh ya, dan blog nie. Aku tahu aku kena bersangka baik dengan Allah SWT. Allah sebaik-baik perancang. Sekiranya aku mengandung lagi nanti, minta-minta la semuanya dipermudahkan dan terhindar dari segala malapetaka. InsyaAllah. Untuk kali nie, samada keguguran atau period, hanya Allah yang tahu. Pada aku. Mungkin ini period.......


p/s : tolong jangan ikut macam aku tak pergi cek klinik/hospital untuk pemeriksaan lanjut.


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum ♥

Amboiii, nama resepi mintak kecaman sangat! Haha. Dah lama aku tak buat kek. Haritu ada makan-makan rumah mertua, meh la tunjuk skill membaking sikit. Resepi kali nie beza dengan dulu. Dulu kakak ipar share resepi, kali nie facebook share resepi. Yang pasti dua-dua sedap dan senang. Sapa penggemar kek coklat boleh try. (^_^)


Sebelum tu, resepi kali nie aku boleh share gambar step by step sebab membaking pukul 3 pagi. Anak sedap tidur. So ibu masak kek dengan tenang, hahahaha.




BAHAN-BAHAN KEK


1 cawan gula (A)*
1 cawan susu cair (B)*
1 cawan susu pekat (C)*
1 cawan minyak (D)*
1 cawan serbuk koko (E)*
1 1/4 cawan tepung gandum (F)
3 biji telur*
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil baking soda
chocolate chip


CARA BUAT KEK

Masukkan bahan bertanda * dalam blender. Pastu blend bahan dalam 5 minit sampai sebati. Nie cara alternatif untuk sapa yang takde mixer. Kemudian ayak tepung gandum dan masukkan baking powder & baking soda. Campur bahan diblend tadi dan kacau sampai sebati (tak berketul). Masukkan sekali chocolate chip. Sapu loyang dengan mentega sikit pastu tuang je adunan. Bakar dalam oven 45 minit ke 1 jam, suhu 180'C. Kalau takde oven, boleh kukus, 45 minit. Nak tahu kek dah masak ke belum, cucuk garfu pada kek. Bila tarik garfu dan takde kek melekat, maknanya kek dah masak.






BAHAN-BAHAN TOPPING KEK


2 sudu besar susu pekat (A)
2 sudu besar marjerin (B)
1/2 cawan susu cair (C)
coklat masakan
colour ball (untuk hiasan)


CARA BUAT TOPPING KEK

Masukkan semua bahan then cairkan guna kaedah double boil. Yang tak tahu, boleh google. Bersepah orang tunjuk cara double boil tu. Masak sampai semuanya sebati. Kalau nak topping ala-ala meleleh gitu, letak 5 sudu air panas. Then tutup api dan sejukkan. Bila dah sejuk, tuang atas kek dan hias ikut selera masing-masing. Nak letak badam pun sedap, chocolate rice, colour ball atau pape jelah.



Haritu aku nak cepat. So bila topping siap je, aku terus tuang atas kek. Hasilnya, topping aku meresap habis kat kek. Yelah, benda alah tu panas lagi. Tapi sedap jugak tau. Kek jadi moist giler. Lagi pulak aku dah siap-siap potong, so topping tu meresap ibarat span, haha. Nak makan sambil pegang je memang meleleh la citer dia. Ramai puji sedap. Siap suruh buat lagi next time. Kembang montot iolss. Hihi.


Sapa suka coklat, silaaaaaa buat sekarangggg!!! Gerenti tak menyesal. Sedap gilossss!! Nak tengok resepi kek coklat moist aku yang lagi satu, klik link nie ----> KEK COKLAT MOIST 2012.


AMARAN : Sapa bukak link atas, jangan gelak eh. Tu hasil penulisan budak umur 23 tahun. So agak childish disitu. Hahahaha. Aku baca pun geli. Wekkkk. :p


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Newer Posts
Older Posts

LET’S BE FRIENDS

ASSALAMUALAIKUM


Hello, There!

Wife to Muhammad Idzat Syazwan.

Ibu to Eidzara Azzalea & Eliyara Addalea.


Find More



Blog Archives

  • ►  2020 (14)
    • ►  June (1)
    • ►  April (4)
    • ►  March (5)
    • ►  February (1)
    • ►  January (3)
  • ►  2019 (43)
    • ►  December (4)
    • ►  November (4)
    • ►  October (2)
    • ►  September (3)
    • ►  August (5)
    • ►  July (11)
    • ►  June (3)
    • ►  May (4)
    • ►  April (4)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ▼  2018 (42)
    • ►  December (3)
    • ►  November (5)
    • ►  October (9)
    • ▼  September (4)
      • REPEAT KE TAMAN REKREASI GUNUNG LANG, IPOH
      • BERSUKA RIA @ FUNTASY HOUSE TRICK ART, IPOH
      • UPT POSITIF TAPI DATANG PERIOD
      • RESEPI : KEK COKLAT MOIST
    • ►  August (4)
    • ►  July (7)
    • ►  June (3)
    • ►  May (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (36)
    • ►  December (2)
    • ►  October (1)
    • ►  September (6)
    • ►  August (10)
    • ►  July (6)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2016 (42)
    • ►  December (4)
    • ►  November (6)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (5)
    • ►  June (4)
    • ►  May (4)
    • ►  April (3)
    • ►  March (6)
    • ►  February (3)
  • ►  2015 (47)
    • ►  October (3)
    • ►  September (3)
    • ►  August (6)
    • ►  July (6)
    • ►  June (3)
    • ►  May (2)
    • ►  April (5)
    • ►  March (3)
    • ►  February (7)
    • ►  January (9)
  • ►  2014 (44)
    • ►  December (4)
    • ►  November (2)
    • ►  October (5)
    • ►  September (4)
    • ►  August (5)
    • ►  July (5)
    • ►  June (4)
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (3)
    • ►  January (8)
  • ►  2013 (44)
    • ►  December (4)
    • ►  November (5)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (5)
    • ►  July (10)
    • ►  June (7)
    • ►  May (1)
    • ►  April (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2012 (29)
    • ►  December (3)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (4)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (6)
    • ►  April (7)
    • ►  March (3)

Labels

  • #BFJourney
  • #Checklist
  • #DIY
  • #Izadaten
  • #Majlis
  • #Malaysia
  • #Others
  • #Pregnancy
  • #Raya
  • #Recipes
  • #World
  • #Yara
  • #Zara
  • #ZaraYara

Created with by BeautyTemplates | Distributed by blogger templates