UPT POSITIF TAPI DATANG PERIOD

by - September 15, 2018


Assalamualaikum ♥

Lepas bersalinkan Zara, period aku tak datang setahun pastu period datang tapi 2 bulan sekali. Dan lepas keguguran awal tahun haritu, Alhamdulillah dah normal balik. Every month dan punctual sungguh kitarannya.


Dipendekkan cerita, last period haritu 30.07.2018. Supposedly akan period semula pada 29.08.2018 (28 days cycle). Tapi tak period pun. Hmmm, pelikkk. Mengandung kah? Cek UPT, naik double line tapi satu line kabur sangat. Pengalaman pregnancy yang lain, hari pertama missed period dah double line agak terang. Think positive, mungkin baru nak jadi. Tanda-tanda hamil macam tender breast, mengantuk, cramp perut semua ada. Hmmm.... Bila fikir balik, tanda-tanda nak period aku pun gini. Huhu.


So hari-hari lah aku cek memandangkan stok UPT banyak kat rumah. Seminggu lewat, result UPT masih kabur. Think positive lagi. Mungkin yang nie lambat sikit kot nak double line terang. So takdelah beria gi klinik ke apa. Dalam hati kata, “takpe, hujung bulan baru cek kalau takde apa-apa berlaku”. Start hari ke-6 lewat, tanda-tanda hamil hilang satu persatu.


Sampailahhhhhh hari ke-8 lewat (06.09.2018), bangun pagi biasa je. Tengahari tu nak shishi, tetiba keluar darah! Darah fresh. Takde hint darah coklat ke apa. Terus keluar darah macam period. Menggeletar aku. Keguguran ke? Atau period? Aku sendiri tak pasti.


Suami kata mungkin tak jadi. Entah laaaa. Yang pasti hati nie terkesan sangat. Sedih. Maybe sebab terlalu mengharap. Aku tanya suami, kalau ditakdirkan Zara sorang je, dia nak kahwin lain ke? Suami bantai gelak. Huhu. Dah puas gelak baru dia jawab, “b nie mana ada apa sayang, macam mana nak kahwin lain. takpelah, belum rezeki nak buat macam mana”. Hmmmm.... Sedih. Tidur dalam airmata. T__T


Aku tak pergi cek pun kat klinik/hospital. Memang satu keputusan yang tak bagus tapi entah la. Aku rasa takde apa yang patut di cek pun. Tawakal je. Aku google, ramai jugak senasib dengan aku. UPT positif tapi datang period. Katanya nie tergolong dalam kes “chemical pregnancy”.


Chemical Pregnancy
"Secara amnya ianya satu keadaan dimana berlaku kehamilan yang seterusnya diikuti oleh keguguran pada tempoh yang sangat-sangat awal. Kehamilan ini dapat dikesan secara biasa melalui ujian kehamilan iaitu ujian air kencing ataupun sample darah. Namun kebiasaannya, bagi UPT keputusannya agak kabur. Dan sebelum kehamilan ini dapat dikesan melalui ujian imbasan kehamilan, keguguran sudah pun berlaku."


Kalau kata pregnant, usia baru 5 minggu. Masih terlalu awal. Nak kata period pun boleh jadi. Mana tahu cycle kali nie period aku lambat. Tapi masalahnya kenapa UPT positif? Hmmm... Pengalaman 2x keguguran yang lepas, start 7-8 weeks baru turun darah dan tu pun start dengan brownish spotting dulu. Yang nie lain. Terus keluar darah merah. 


Takde sapa tahu kecuali aku dan suami. Oh ya, dan blog nie. Aku tahu aku kena bersangka baik dengan Allah SWT. Allah sebaik-baik perancang. Sekiranya aku mengandung lagi nanti, minta-minta la semuanya dipermudahkan dan terhindar dari segala malapetaka. InsyaAllah. Untuk kali nie, samada keguguran atau period, hanya Allah yang tahu. Pada aku. Mungkin ini period.......


p/s : tolong jangan ikut macam aku tak pergi cek klinik/hospital untuk pemeriksaan lanjut.


Love,
Nor Fatin Nadhirah

You May Also Like

0 comments