Assalamualaikum ♥
Sebut je Teluk Intan, confirm terbayang Menara Condong. Betul tak? Cliche sangat kan. Hihi. Dah berpuluh kali ke sana, kali nie baru berpeluang masuk dalam Menara Condong tu. Dulu tak tahu pun boleh masuk. Dah pindah sini baru tahu. So apa lagi, moh la kitewww meneroka apa ada dalam Menara Condong yang menjadi kebanggaan penduduk Teluk Intan nie.
Masuk percuma. Dari luaran kita nampak macam 8 tingkat tapi sebenarnya 3 tingkat. Masuk je akan nampak satu perigi betul-betul di tengah-tengah jalan. Fungsi asal perigi nie ialah untuk mengimbangkan struktur menara daripada gegaran. Sekarang jadi tempat orang buang duit untuk wish something (i think so sebab banyak duit dalam perigi tu). Orang Islam jangan buat pulak. Syirik. Di tingkat 1 nie juga ada dipamerkan gambar-gambar lama Menara Condong.
Di tingkat 2 dan 3 boleh tengok senibina menara dan pemandangan bandar Teluk Intan. Lantainya kayu + sedikit batu-batuan. Seram jugak nak jalan. Hehe. Senibina Menara Condong nie lebih kepada senibina cina. Tengok luarannya saja pun dah tahu. Bentuknya seperti pagoda. Cantikkk. Di tingkat 3 ada satu tangki aluminium. Rasanya itulah tangki air yang menjadi sebab utama menara nie dibina.
Sedikit fakta berkenaan Menara Condong. Menara nie dibina oleh seorang kontraktor Cina bernama Leong Choon Chong pada tahun sekitar 1885. Asalnya menara nie menempatkan tangki air sekiranya berlaku kemarau atau kebakaran. Dan juga sebagai penanda waktu dan penunjuk arah laluan kapal ke Pelabuhan Teluk Anson (nama lama Teluk Intan). Asal pembinaan tak condong pun. Dikatakan menara nie mula condong selepas banjir besar yang melanda. Dan dibina di atas struktur tanah yang lembut ditambah lagi bebanan tangki air yang berat.
Tinggalan sejarah yang berusia 100 tahun lebih nie patut dipelihara sebaiknya. No vandalisme pleaseeee. Sekarang Menara Condong menjadi tempat pelancongan dan menara jam. Setiap 15 minit jam kat menara nie akan berbunyi. Datarannya meriah bila hujung minggu. Ramai melepak sambil main belon biuh, kereta control kanak-kanak. Dan bila nak musim perayaan, ada karnival menjual macam-macam barang.
Korang boleh la singgah kalau datang Teluk Intan. Dalam negara pun banyak je tempat menarik untuk dilawati. Nak taknak pergi je. Hehe. Okay la, bye. (^_^)
*Acah-acah tourist. Hihi.*
*Waktu lawatan.*
Masuk percuma. Dari luaran kita nampak macam 8 tingkat tapi sebenarnya 3 tingkat. Masuk je akan nampak satu perigi betul-betul di tengah-tengah jalan. Fungsi asal perigi nie ialah untuk mengimbangkan struktur menara daripada gegaran. Sekarang jadi tempat orang buang duit untuk wish something (i think so sebab banyak duit dalam perigi tu). Orang Islam jangan buat pulak. Syirik. Di tingkat 1 nie juga ada dipamerkan gambar-gambar lama Menara Condong.
*Tangganya kecik je.*
*Tak pasti tangga nie ke mana. Maybe ke jam besar kot.*
Sedikit fakta berkenaan Menara Condong. Menara nie dibina oleh seorang kontraktor Cina bernama Leong Choon Chong pada tahun sekitar 1885. Asalnya menara nie menempatkan tangki air sekiranya berlaku kemarau atau kebakaran. Dan juga sebagai penanda waktu dan penunjuk arah laluan kapal ke Pelabuhan Teluk Anson (nama lama Teluk Intan). Asal pembinaan tak condong pun. Dikatakan menara nie mula condong selepas banjir besar yang melanda. Dan dibina di atas struktur tanah yang lembut ditambah lagi bebanan tangki air yang berat.
Tinggalan sejarah yang berusia 100 tahun lebih nie patut dipelihara sebaiknya. No vandalisme pleaseeee. Sekarang Menara Condong menjadi tempat pelancongan dan menara jam. Setiap 15 minit jam kat menara nie akan berbunyi. Datarannya meriah bila hujung minggu. Ramai melepak sambil main belon biuh, kereta control kanak-kanak. Dan bila nak musim perayaan, ada karnival menjual macam-macam barang.
*Spot me & Zara.*
*Menara Condong di waktu malam.*
Korang boleh la singgah kalau datang Teluk Intan. Dalam negara pun banyak je tempat menarik untuk dilawati. Nak taknak pergi je. Hehe. Okay la, bye. (^_^)
Love,
Nor Fatin Nadhirah