ADA APA DAN BEST KE 3D ART MUSEUM LANGKAWI?
Assalamualaikum ♥
Memandangkan iolss baru je holiday ke Langkawi last week, meh nak share sikit. Kat Malaysia dah banyak tempat camni dibangunkan. Salah satunya kat Ipoh yang aku pergi tempoh hari. Yang membezakan di Langkawi dengan yang lain, kat sini bapakkkk besar tempatnya weyy. Mana tak nya, ini muzium 3D kedua terbesar di dunia (paling besar di Bandung, Indonesia) dan paling besar di Malaysia. Bravooo!!
Muzium nie ada 3 tingkat. Lukisannya semua cantik-cantik. Ada disediakan gambar contoh untuk posing. Kena kreatif kalau nak gambar lawa & nampak real. Aku tak reti sangat so hasilnya biasa-biasa je. Seriously tak rugi masuk tempat nie. Harga tiket RM 30 (adult) & RM 20 (child). Aku beli tiket combo basic (Sky Cab + Sky Dome + Sky Rex + 3D Art Museum). Harga RM 40 (adult) & RM 30 (child). Dapat diskaun RM 5 sebab Sky Rex under maintenance. Lagi berbaloi beli tiket combo.
Jom layan gambar pulak. (^_^)
Tuan puteri sorang tu moody teruk. Mengantuk la apa lagi, haha. Tak habis explore semua tempat. Maybe next time. Apapun, 3D Art Museum Langkawi memang BEST! We (ibu & ayah) had so much fun here. Nanti aku share cerita holiday sempena anniversary ke-4 kitorang pulak okay. Stay tuned. Bye. ♥
Love,
Nor Fatin Nadhirah






















0 comments