Assalamualaikum ♥
Sebelum tahun 2014 melabuhkan tirai, terasa nak recap balik kenangan-kenangan sepanjang tahun. Banyak sangat benda jadi tahun nie. Yang manis ada, yang pahit pun banyak. Huhu.... Mula dulu dengan kenangan pahit a.k.a situasi yang menyedihkan.
08 MAC 2014
Pesawat Malaysia Airlines MH370 hilang tak dapat dikesan. Sampai sekarang masih tak tahu khabar berita. Entah hidup entah tidak. Allah SWT sahaja yang tahu. Semoga ahli keluarga mereka tabah.
10 JUN 2014
Arwah atok kembali ke Rahmatullah. Abah kepada mak. Arwah atok sakit tak lama. Sakit pun bukan sakit tua ke apa. Cuma hilang ingatan je. Entah macam mana penyakit tu melarat sampai dia terlantar dalam dua minggu sebelum meninggal dunia. Semoga arwah atok ditempatkan dikalangan orang yang beriman.
17 JULAI 2014
Satu lagi pesawat Malaysia Airlines dapat musibah. Kali nie MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine. Semua penumpang meninggal dunia. Angkara siapa masih tak pasti. Semoga mereka tenang disana.... T_T
05 SEPTEMBER 2014
Adik aku, satu-satunya adik aku kemalangan jalanraya. Berlanggar dengan kereta yang nak belok masuk ke jalan dia. Bodoh punya pemandu kereta. Bodoh tahap dewa!! Akibat kemalangan tu, otak adik aku bergegar kuat. Sampai sekarang dia masih tak pulih. Beransur pulih tapi kata doktor memang akan ambik masa yang agak lama untuk adik aku pulih. Semoga Ami cepat sembuh..... Akak sayang Ami. T_T
29 SEPTEMBER 2014
Arwah pakngah pulak kembali ke Rahmatullah. Arwah pakngah memang sakit dah lama. Macam-macam penyakit. Kencing manis, jantung, semua ada. Seingat aku, arwah pakngah masuk ICU tak sampai seminggu. Semoga arwah pakngah ditempatkan dikalangan orang yang beriman.
Kenangan manis pun banyak terjadi dalam tahun nie. Antaranya.......
16 APRIL 2014
Kakak ipar aku selamat melahirkan anak buah kedua aku. Zaira Izz Zandra a.k.a Dikya Mokmok. Seronoknya dapat anak buah baru, lagi-lagi perempuan. Aku suka betul baby perempuan, hehehe. Sekarang dah nak pandai merangkak pun. Gemuk bukan main. Baru nak masuk 8 bulan tapi berat dah 9kg lebih. Kalah abang dia, hikhik...
14 OGOS 2014
Merasa pengalaman melancong ke Abu Dhabi dan Dubai. Tengok dan belajar cara hidup masyarakat kat sana. Banyak tengok tempat orang buat kita makin rasa negara kita la yang paling terbaik. Seriously. Malaysia is the best!! :)
10 OKTOBER 2014
Kenangan yang takkan aku lupakan sepanjang hidup aku. Hari tu la aku bertukar status kepada seorang isteri. Alhamdulillah, dah dua bulan berkahwin, kehidupan bertambah okay. Dah boleh faham antara satu sama lain. Best rupanya kahwin nie. Hewhew.. :p
12 OKTOBER 2014
Dapat jadi permaisuri sehari. Hahaha. Sebabkan takde majlis bertandang, hari tu jelah yang buat aku merasa jadi subjek utama kepada semua orang. Seronok giler naik pelamin. Rasa nak sanding je lagi. Rinduuuuu nak bersanding tau. Orang yang pernah bersanding je faham perasaan nie, kikiki.
Untuk tahun 2014, itu la kenangan yang bermakna buat aku. Semoga tahun 2015 beri kehidupan yang baik untuk aku dan semua orang. Dan semoga tahun 2015 aku dapat tukar status dari seorang anak dan isteri kepada seorang ibu pulak. Doakan. Aminnnnnnnnn.... (^_*)
Selamat tinggal 2014. Selamat datang 2015. Selamat berumur 26 tahun Fatin. Huahuahua.. (*_*)

Love,
Nor Fatin Nadhirah