facebook instagram google
  • Travel
  • Recipes
  • Do It Yourself
  • Engagement
  • Wedding
  • Pregnancy
  • Breastfeed Journey

. F A T I N .



Assalamualaikum ♥

Nak cerita masa pantang Yara last year. Pengalaman yang buat aku rasa loser giler sebagai seorang ibu. Bila ingat balik, hmmmm. Dipanjangkan cerita, masa pregnant aku tak amik kisah pun macam mana penjagaan baby masa pantang sebab aku assume sama je macam Zara dulu. Senang. So relaks sudah. Silap besar fikir camtu. Lain anak lain ragamnya ye. 


Yara seorang baby yang SANGAT kuat nangis masa pantang! Bukan biasa-biasa punya nangis. Semua benda tak kena. Tukar pampers - bagi susu - tidur buai - bagi puting pun still nangis. Dah macam Ahmad Albab pulak aku tengok. Huhu. Perasaan aku sangat negatif. Rasa geram + marah bila tengok muka dia. Ya Allahhhhh..... Baru faham perasaan mak-mak yang anak kuat meragam.


3 minggu berlalu - situasi adik masih sama, suami kata try bagi susu guna botol (nasib baik suami sangat supportive bab-bab camni). Maybe adik tak puas menyusu. Aku pam tapi susu drop giler. Mau tak drop kalau dah hari-hari stress. Terpaksa top-up susu formula sementara buat stok. Lepas bagi susu guna botol, nampak la okay sikit. Masih nangis tapi tak kerap. Mak kata dalam pantang je nie dia buat perangai. Hmmmm, aku asyik cakap cepatlahhhh adik besar. Ibu stress camni. Hidup dia dalam buai je sepanjang berpantang. Aku tak enjoy moment berpantang. Tungku ke apa semua tak buat. Berurut je 3 kali. Penutup pantang pun tak berurut. Takde mood!


Habis pantang adik jadi okay. Makin hari makin okay. Jarang dengar dia nangis. Ya Allah, betul cakap mak! Sikit-sikit perasaan negatif hilang. Nauzubillah!!! Apa la anak kecik aku tu tahu. Kesian Yara. Bila mood dah stabil, production susu makin okay dan adik stop susu formula. Sekarang minum susu ibu je tapi dalam botol. Aku pam sebab dia taknak menyusu direct kecuali malam. Takpelahhh, ini pengorbanan ibu untuk hilangkan rasa bersalah yang masih tebal.


Tak tahu nak kata meroyan ke apa. Mungkin mild meroyan kot, entah la. Nasib la tak pernah rasa nak campak anak ke apa. Nauzubillah!! Ikutkan sangat aura negatif. Sampai terbawak-bawak emosi jahat tu. Hmmmm. Ibu minta maaf dik. Tengok muka adik yang asyik senyum pandang ibu sekarang buat ibu rasa sedih sangat!


Sekarang adik dah 4 bulan lebih. Tengah belajar angkat bontot, reverse je kerja dia. Umur 3 bulan dah pandai meniarap. Kejap je dah besar. Membesar dengan sihat dan kuat sayang. Ibu sayang adik. I’m sorry. T__T

Anak bertuah ibu.

Apa yang aku belajar, jangan samakan setiap anak. Ready for the worst! Yang sulung senang dijaga, belum tentu seterusnya sama. Camtu jugak sebaliknya. Peranan orang sekeliling sangat penting especially suami. Macam kes aku, mak ayah asyik menekan tanya kenapa anak nangis, kena sawan tangis la apa la sampai aku jadi serabut teruk. Nasib baik suami selalu bagi aura positif (plus kadang marah jugak sebab aku asyik layankan perasaan negatif). I learned a lot! Bak kata suami, nie baru betul rasa jaga baby. Aduhaiiii... Nak pecah jantung mak. Hahaha.



Assalamualaikum.

Dah penghujung Januari baru dapat update orientasi sekolah Zara. Boleh la asalkan update. Ibu simpan sini sebagai kenangan ye sayang. Zara besar nanti boleh baca. (^_^) 


Lepas daftar sekolah, hari-hari risau mengenangkan reaksi Zara kat sekolah nanti. Nangis ke anak aku? Boleh ke dia berkawan? Macam mana kalau dia nak buang air? Hmmmm. Overthinking sangat tau! Anak relaks je, ibu yang lebih. Tiba hari kejadian, pagi-pagi lagi aku dah buat drama depan pintu gate sekolah. Tetiba rasa sebak masa melangkah masuk kawasan sekolah. Berkaca-kaca mata tengok anak dah sekolah. Alahaiiii emosinyaaaaa. T__T


Alhamdulillah.... Everything went well walaupun Zara malu-malu kucing. Paling obvious masa hari pertama, waktu memula masuk kelas. Tak nangis tapi mata jeling-jeling tengok kawan pastu jeling tengok ibu ayah ada ke tak. Lepas sejam baru nampak okay sikit. Slow-slow kitorang laki bini jauh - jauh - jauh sampai ke luar kelas.






Hari kedua much better. Kitorang saja taknak tunggu dalam kelas. Ayah cakap, "ibu ayah nak gi toilet jap. nanti ibu ayah datang", pastu kitorang menyorok. Suami intai, nampak dia keluar cari-cari pastu bila tak nampak ibu ayah, dia masuk kelas balik. Nak dekat time balik baru kitorang pergi kelas. Ewahhhh, tengah sembang dengan teacher sambil makan biskut. Kawan kasi kata dia, hihi.





Masa nie kawan dah ramai balik. Kitorang saja tunggu sampai betul-betul habis waktu sekolah. Nak biasakan dia. Kesian pulak tengok dia tinggal sorang-sorang kat situ.


Sampai saat entry nie ditaip, Zara takde buat drama nangis-nangis taknak sekolah. Lagi excited ada. "Seronok la sekolah ibu", "nak tidur awal, esok sekolah", "teacher baik". Alhamdulillah.... Pagi suami hantar, bila dah letak beg dia suruh ayah gi dobi. Suami cakap dia dah berani say “good morning teacher” kat cikgu yang jaga pintu gate. Kuat pulak tu. Balik ibu ambik. Nampak je muka ibu depan kelas, terus sengih-sengih kerang busuk. Alahaiiii anak manja sorang nie.


Semoga Zara sentiasa rasa seronok dan bersemangat ke sekolah. Belajar pandai-pandai. Ibu sayang Kakak Zara. Pejam celik pejam celik dah 4 tahun umur kakak. Anak dah besar, ibu ayah pun makin tua. How time flies ~



Assalamualaikum ♥

Kotak banyak kat rumah. So apa lagi? Jom DIY!! Hasil berganding bahu kami suami isteri menyiapkan dapur mainan untuk Zara & Yara. Tengokkkk! Zara bagi thumbs-up tu. Haha.


BARANG YANG DIPERLUKAN

Kotak (pelbagai saiz)
Wallpaper Sticker
Sellotape Besar
Gam Pistol
Pisau Lipat
Mangkuk
Kepala Paip


Susun kotak ikut kesesuaian. Ibu ayah tak rajin nak buat kabinet kecik bagai. Apa ada jelah ye anak-anak. Guna gam pistol untuk lekat bahagian kotak yang nak dicantumkan. Pastu sellotape banyak-banyak biar lekat kuat. Potong tempat sinki & kepala paip (boleh refer gambar bawah). Bab cantum, potong semua nie tugas suami.


Tadaaa!! Dah siap cantumkan, tugas si isteri pulak mendeko. Lekatkan wallpaper sticker (beli kat kedai RM 2). Letak mangkuk sebagai sinki dan kepala paip. Patutnya belah kiri yang kosong tu nak buat gas stove tapi hmmmm, ibu tak rajin la. Biar je jadi tempat sediakan makanan. Untuk oven, print gambar ayam panggang then lekat je kat kotak. Nampak menyelerakan betul. :p



Pastu terajin pulak buat mesin basuh. Bakul dalam tu beli kat kedai RM 2 jugak. Semua barang beli kat kedai RM 2. Bolehhhh la asalkan boleh main. Yang kelakarnya sepanjang nak siapkan dapur mainan nie, si Zara tak habis-habis puji “hebat la ibu ayah nie”. Hahaha. Budak-budak jujur kannnn. :p


Tunggu dapur mainan nie roboh baru ibu ayah belikan set dapur mainan IKEA okay. Sekarang nie kita berjimat cermat dulu. Korang boleh Google DIY dapur mainan, banyak idea boleh dapat. Yang aku & suami buat nie versi bermalas-malasan mengisi masa lapang je. Janji anak happy cukup la. (^_^)


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Newer Posts
Older Posts

LET’S BE FRIENDS

ASSALAMUALAIKUM


Hello, There!

Wife to Muhammad Idzat Syazwan.

Ibu to Eidzara Azzalea & Eliyara Addalea.


Find More



Blog Archives

  • ▼  2020 (14)
    • ►  June (1)
    • ►  April (4)
    • ►  March (5)
    • ►  February (1)
    • ▼  January (3)
      • CERITA PANTANG YARA
      • ZARA’s ORIENTATION DAY @ TADIKA ANGGUN PELANGI
      • DIY : DAPUR MAINAN ANAK
  • ►  2019 (43)
    • ►  December (4)
    • ►  November (4)
    • ►  October (2)
    • ►  September (3)
    • ►  August (5)
    • ►  July (11)
    • ►  June (3)
    • ►  May (4)
    • ►  April (4)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2018 (42)
    • ►  December (3)
    • ►  November (5)
    • ►  October (9)
    • ►  September (4)
    • ►  August (4)
    • ►  July (7)
    • ►  June (3)
    • ►  May (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (36)
    • ►  December (2)
    • ►  October (1)
    • ►  September (6)
    • ►  August (10)
    • ►  July (6)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2016 (42)
    • ►  December (4)
    • ►  November (6)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (5)
    • ►  June (4)
    • ►  May (4)
    • ►  April (3)
    • ►  March (6)
    • ►  February (3)
  • ►  2015 (47)
    • ►  October (3)
    • ►  September (3)
    • ►  August (6)
    • ►  July (6)
    • ►  June (3)
    • ►  May (2)
    • ►  April (5)
    • ►  March (3)
    • ►  February (7)
    • ►  January (9)
  • ►  2014 (44)
    • ►  December (4)
    • ►  November (2)
    • ►  October (5)
    • ►  September (4)
    • ►  August (5)
    • ►  July (5)
    • ►  June (4)
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (3)
    • ►  January (8)
  • ►  2013 (44)
    • ►  December (4)
    • ►  November (5)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (5)
    • ►  July (10)
    • ►  June (7)
    • ►  May (1)
    • ►  April (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2012 (29)
    • ►  December (3)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (4)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (6)
    • ►  April (7)
    • ►  March (3)

Labels

  • #BFJourney
  • #Checklist
  • #DIY
  • #Izadaten
  • #Majlis
  • #Malaysia
  • #Others
  • #Pregnancy
  • #Raya
  • #Recipes
  • #World
  • #Yara
  • #Zara
  • #ZaraYara

Created with by BeautyTemplates | Distributed by blogger templates