DIY : DAPUR MAINAN ANAK

by - January 20, 2020


Assalamualaikum ♥

Kotak banyak kat rumah. So apa lagi? Jom DIY!! Hasil berganding bahu kami suami isteri menyiapkan dapur mainan untuk Zara & Yara. Tengokkkk! Zara bagi thumbs-up tu. Haha.


BARANG YANG DIPERLUKAN

Kotak (pelbagai saiz)
Wallpaper Sticker
Sellotape Besar
Gam Pistol
Pisau Lipat
Mangkuk
Kepala Paip


Susun kotak ikut kesesuaian. Ibu ayah tak rajin nak buat kabinet kecik bagai. Apa ada jelah ye anak-anak. Guna gam pistol untuk lekat bahagian kotak yang nak dicantumkan. Pastu sellotape banyak-banyak biar lekat kuat. Potong tempat sinki & kepala paip (boleh refer gambar bawah). Bab cantum, potong semua nie tugas suami.


Tadaaa!! Dah siap cantumkan, tugas si isteri pulak mendeko. Lekatkan wallpaper sticker (beli kat kedai RM 2). Letak mangkuk sebagai sinki dan kepala paip. Patutnya belah kiri yang kosong tu nak buat gas stove tapi hmmmm, ibu tak rajin la. Biar je jadi tempat sediakan makanan. Untuk oven, print gambar ayam panggang then lekat je kat kotak. Nampak menyelerakan betul. :p



Pastu terajin pulak buat mesin basuh. Bakul dalam tu beli kat kedai RM 2 jugak. Semua barang beli kat kedai RM 2. Bolehhhh la asalkan boleh main. Yang kelakarnya sepanjang nak siapkan dapur mainan nie, si Zara tak habis-habis puji “hebat la ibu ayah nie”. Hahaha. Budak-budak jujur kannnn. :p


Tunggu dapur mainan nie roboh baru ibu ayah belikan set dapur mainan IKEA okay. Sekarang nie kita berjimat cermat dulu. Korang boleh Google DIY dapur mainan, banyak idea boleh dapat. Yang aku & suami buat nie versi bermalas-malasan mengisi masa lapang je. Janji anak happy cukup la. (^_^)


Love,
Nor Fatin Nadhirah

You May Also Like

0 comments