facebook instagram google
  • Travel
  • Recipes
  • Do It Yourself
  • Engagement
  • Wedding
  • Pregnancy
  • Breastfeed Journey

. F A T I N .


Sambungan Part 1, Part 2, Part 3 & Part 4

Hari nie, whole day di Cappadocia je. Tempatnya berbeza dari bandar-bandar lain. Kat sini susah nak tengok bangunan. Banyak batu-batuan yang unik! Cuaca kat sini pun memang sedap. Walaupun matahari terik, angin sejuk je. Datang la Cappadocia kalau nak rasa kelainan. :)


Mula sekali, aku ke Kaymakli Underground City (Location : Cappadocia). This place not recommended for ibu mengandung, orang ada penyakit asma, darah tinggi dan yang bersaiz besar. Sebabnya lorong kat dalam nie tak berapa besar. Sapa yang tersenarai tu depends la, nak cuba masuk boleh je tapi once dah masuk, tak boleh turn back tau. Kena habiskan..... Dalam setengah jam perjalanan. Tak lama pun. Banyak pit stop.




Kat sini ada 16 underground city tapi banyak dah collapse. Suhu dalam  nie sejuk tau, 16 darjah Celsius. Masa musim panas, suhu kat dalam sejuk dari luar tapi bila musim sejuk, suhu dalam lagi panas dari luar. Sebabnyaaaaa, bila musim sejuk suhu kat Turki boleh cecah sampai 8-9 darjah Celsius. Gitulahhh ceritanya. Hehe.





Meh layan video bawah nie.


Next, aku ke tempat Handmade Carpet (Location : Cappadocia). Takdelah seronok sangat. Macam gi Jakel tengok karpet je pun, hihi. Manager kat situ terangkan la jenis-jenis karpet. Ada wool (paling murah), cotton wool (sederhana murah), dan silk wool (paling mahal). Murah-murah pun, harga main USD kau. Paling murah rasanya 100 USD. Sapa yang beli over than 500 USD, diorang sediakan free shipping untuk karpet tu terbangggg ke Malaysia.






Lepas lunch, aku pergi ke Pasabag Valley (Location : Cappadocia). Kat sini boleh tengok batu-batuan yang bentuk macam cendawan, roket. Asalnya struktur nie semua limpahan larva dari gunung berapi dan berubah akibat tiupan angin. Haaaa, macam tu la lebih kurang. Mungkin seratus tahun akan datang, struktur dia takkan sama macam sekarang sebabkan tiupan angin. Sila nikmati keindahan alam sepuas-puasnya kat sini okay.







Sapa nak beli sourvenir Cappadocia, WAJIB beli kat sini. Murah giler. Replika rumah cendawan baru 1 Lira kalau saiz kecik. Ada ashtray, barangan antik, keychain, macam benda la. Borong sampai lebammmmm tau....

*Murah-murah je. Tolong beli kalau datang ye.*

*Yang nie baru 5 Lira. Pasang mentol dalam benda alah tu, confirm cantik.*

Aku try jugak aiskrim Turki kat sini. Alaaaa, yang kena main-main dulu sebelum dapat aiskrim tu. Dapat free. Hehe. Boleh la, takdelah sedap mana. Skill nak bagi aiskrim tu je yang happening. Hihihi. Entah pape je.....





Next, aku ke Red River (Location : Cappadocia). Sungai terpanjang di Turki. Takde apa menarik pun. Taman rekreasi je. Kalau kat Malaysia, macam Tasik Permaisuri tu haaa... Pastu bagi masa sampai sejam setengah pulak kat sini. Tempat yang best, tak sampai setengah jam. Hmmm, menyampah! Huhu.


 *Red River.*


 *Pengantin Turki.*

*Semua hidung terpatuk, sampai tang aku kemek. Hehe.*

Actually, benda yang paling orang nak buat masa kat Cappadocia nie ialah naik belon panas. Betul tak? Aku teringin jugak tapi sebabkan harga agak mahal, pejammm mata jelah. Masa aku pergi tu, harga dalam 150USD seorang. Kawan-kawan aku yang naik semua kata best giler. Ada rezeki lain kali, naik la kiteee ye. Kalau tak, takpelah. Janji dah pernah jejak kaki di Cappadocia. Dah cukup puas hati. Hehe.

*Kawan punya gambar.*
 

NOTA : Kalau tak dapat tengok video, boleh bukak link nie --> VIMEO FATIN NADHIRAH


To be continued.........


Love,
Nor Fatin Nadhirah

Sambungan Part 1, Part 2 & Part 3

Perjalanan hari nie agak panjang... Pagi-pagi lagi dah nak kena bergerak ke Cappadocia. Tapi dalam masa sama, singgah Konya untuk melawat beberapa tempat.


Destinasi seterusnya, Mevlana Museum (Location : Konya). Disini terdapat makam Mevlana dan pelajar-pelajarnya. Siapa yang baca sejarah dia especially sejarah empayar Ottoman, mungkin akan faham. Sebabkan aku tak buat research sebelum pergi, knowledge agak kurang. Sorry la ye. Kalau dapat tengok, kawasan yang ada kubah hijau tu la yang menempatkan makam Mevlana.



*Antara makam yang ada kat luar.*



Sebelum masuk, wajib pakai sarung kasut dulu. Ada disediakan. Free. Dan kat dalam nie tak dibenarkan ambik gambar. Tapi masa aku pergi tu, ramai sangat orang. Keadaan jadi tak terkawal. So, semua orang ambik gambar tanpa rasa bersalah. Ada beza tau makam Mevlana dengan pelajar dia. Makam Mevlana serbannya warna hijau, pelajar dia serban warna putih.


*Makam Mevlana.*


Kat sini jugak ada dipamerkan barang peninggalan Mevlana seperti baju, Al-Quran, rehal, dan macam-macam lagi. Ada satu kotak nie bau dia wangi sangat.... Ada lubang kecik kat kaca tu untuk kita hidu. Aku tak berapa sure apa dia yang wangi sebab dalam kotak. Penerangan tentang kotak tu pun takde. Wallahualam. Tak dapat nak bagi info sebab tak tahu.

 *Semua sibuk dok bau.*


*Tak tahu sapa atok nie tapi famous kau. Semua nak bergambar dengan dia. 
So aku pun join sekaki.*

Seterusnya, singgah melawat ke Sultanhani Caravanserai (Location : Konya). Ingat tak aku pernah bagitahu apa maksud caravanserai? Okay takpelah. Cerita lagi sekali. Caravanserai bermaksud hotel atau mungkin masa zaman tu sesuai dipanggil tempat perhentian dan berehat untuk pedagang & unta. Sebut hotel tu macam gah sangat bunyinya. Hihi.


*Gambar tak behave satu.*

*Gambar behave satu.*


Ukiran dekat pintu masuk cantik. Memang kat Turki nie kaya dengan hasil ukiran seni yang halus dan cantik. Bayaran masuk ialah 5 Lira. Aku tak masuk. Mr. Ahmet bagi masa 15 minit je kat sini. Kitorang kena sampai Cappadocia sebelum Maghrib sebab tu nak cepat. Sabar jelah......


Perjalanan diteruskan ke Cappadocia. Actually, dari Pamukkale ke Cappadocia ambik masa lebih kurang 9 jam tapi sebab dah menyinggah kat dua tempat tadi, perjalanan jadi 12 - 13 jam. Pengsannn mak nak! Tidur-bangun-tidur-bangun pun tak sampai-sampai lagi. Letih tak payah cakap la. Nak je aku bajet-bajet sawan dalam bas. Hehehe...


Okay la, sambung lagi nanti. Byeeeeee. (^_*)


To be continued.......


Love,
Nor Fatin Nadhirah

Sambungan Part 1 & Part 2

First destination, Ephesus (Location : Kusadasi). Bandar purba terbesar di Turki. Ephesus nie wujud sebelum tahun Masihi lagi. Semasa empayar Roman. Kat sini korang boleh tengok hasil peninggalan zaman tu. Unik jugak. Tengok tulisan yang entah tak faham, pastu tengok hasil ukiran diorang. Menarik la.... Kat Kusadasi nie ada satu lagi tempat menarik, House of Virgin Mary. Aku tak pergi sebab takde dalam itinerary.






*Open toilet. Sesi membuang secara berjemaah.*

Mr. Ahmet bagitahu, nie baru 20% daripada keseluruhan Ephesus. Maknanya ada lagi 80% masih tertanam dalam tanah or musnah akibat peredaran masa. Kat sini jugak banyak aku tengok lukisan dewa-dewa yang diolah semula oleh orang sekarang untuk jadikan jenama antarabangsa. Faham ke tak eh ayat aku tu eh? Hehe. For example, Nike dan Hermes.




*Library of Celcus.*

*Asal-usul simbol Nike.*

Kemudian aku ke Rossini Leather Shop (Location : Izmir). Jaket kulit dia memang cantik! Masalahnya, harga pun sama cantik. Starting from 100 USD. Nangis nak? T_T  Mostly jaket kat sini diperbuat daripada kulit kambing. Kata owner tempat tu, kulit kambing bagus dijadikan jaket sebab lembut, kurang kedut dan tahan lama. Sebelum jenjalan dalam kedai, kena tengok fesyen show dulu. Ada 4 orang dari group aku dipaksarela jadi model. Hehehe. Kelakar je. 



Masuk dalam kedai, promoter dah tunggu. Dok ikut la kitorang pusing-pusing. Rimas betul. Pastu sibuk suruh try. Hmmmm.. Kitewww try jelah ye? Nak beli tak mampu. Hehe. Cukup dua kali try jaket mahal tu, terus aku lari keluar. Bukan apa..... Buatnya kali ketiga try, tak pasal dia suruh aku beli. Mana cukup duit. Huhuhu..... Tempat nie not recommended untuk orang kurang berduit macam aku. :p


*Tak sempat nak belek harga jaket. Mamat sebelah nie asyik ikut memanjang.*

*Harga jaket nie 3500 USD. Kau mampuuuuu?*

Next, melawat Seljuk Mosque (Location : Izmir). Masjid tertua di bandar Izmir. Masjid nie dibina atas dua sebab. Satu sebab memang nak dijadikan masjid. Kedua, dijadikan caravanserai untuk pedagang zaman dulu. Caravanserai means hotel. Pedagang dulu pergi mana-mana kan naik unta. Limit unta dapat berjalan sehari atleast 40 km je. So, setiap 40 km atau kurang dari tu, akan ada caravanserai untuk diorang berehat. Haaaa, ilmu yang Mr. Ahmet bagi. (^_^)




Masjid nie lama terbiar dan pada tahun 1975, ianya dibuka semula. Semua hasil usaha Mufti kat sana supaya masjid nie boleh diguna semula oleh orang ramai.

*Kedai sourvenir kat luar masjid.*

Perjalanan diteruskan ke Pamukkale selama 5 jam. Ya Allah, penat badan kat Turki nie sebab naik bas je tau tak. Dari satu tempat ke satu tempat tu paling kejap 3 jam. Ada cecah sampai 12 jam. Dalam bas tak payah cerita la. Tidur memanjangggggg.....


Sampai sana, aku melawat Hierapolis (Location : Pamukkale). Hierapolis nie lebih kurang je macam Ephesus cuma kat sini kesan peninggalan kurang sikit. Ada satu bangunan nampak macam colosseum tapi jauh sangat nak gi tengok. Dah la kesuntukan masa. Mampu tengok dari jauh jelah. T_T





*Nak kesana tapi apakan dayaaaaa..... Sob sob.*

Pastu terus gi Cotton Castle (Location : Pamukkale). Hierapolis dan Cotton Castle sebelah menyebelah. Bayangkan kat atas bukit, ada satu tempat warna putih. Kiri kanan elok je macam bukit biasa. Kebesaran Allah S.W.T... Memang cantik + unik. Kat sini ada kolam air bertingkat-tingkat. Hati-hati kalau jalan sebab licin. Masa aku pergi tu, ramai yang tergolek. Nak mandi memang tak la sebab tak bawak baju. Omputih selamba je berbikini. Hehehehe...

 *Pemandangan dari dalam bas.*






Dari info yang aku dapat, katanya Cotton Castle nie terhasil daripada sulfur apa entah. Ada nama sulfur tu tapi biasa la, penyakit lupa datang. Hehe. Apa pun, memang unik. Entah berapa ratus tahun la semua nie nak jadi macam sekarang kan? Allahuakbar!


Selesai melawat, berehat kat hotel. Rehat pun tak kira rehat sebenarnya. Malam check-in, esok pagi dah kena check-out. Hari-hari angkut beg besar.... Nasib baik tak sado. (-.-')


Oh ya... Kalau nak tahu, Mr. Ahmet kata perempuan Turki paling cantik adalah di Izmir. Haaaaa, sapa nak cari jodoh cantik, sila datang Izmir sekarang jugak okay! Hihi. Bye, see you next entry! (^_^)


To be continued.......


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Newer Posts
Older Posts

LET’S BE FRIENDS

ASSALAMUALAIKUM


Hello, There!

Wife to Muhammad Idzat Syazwan.

Ibu to Eidzara Azzalea & Eliyara Addalea.


Find More



Blog Archives

  • ►  2020 (14)
    • ►  June (1)
    • ►  April (4)
    • ►  March (5)
    • ►  February (1)
    • ►  January (3)
  • ►  2019 (43)
    • ►  December (4)
    • ►  November (4)
    • ►  October (2)
    • ►  September (3)
    • ►  August (5)
    • ►  July (11)
    • ►  June (3)
    • ►  May (4)
    • ►  April (4)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2018 (42)
    • ►  December (3)
    • ►  November (5)
    • ►  October (9)
    • ►  September (4)
    • ►  August (4)
    • ►  July (7)
    • ►  June (3)
    • ►  May (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (36)
    • ►  December (2)
    • ►  October (1)
    • ►  September (6)
    • ►  August (10)
    • ►  July (6)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2016 (42)
    • ►  December (4)
    • ►  November (6)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (5)
    • ►  June (4)
    • ►  May (4)
    • ►  April (3)
    • ►  March (6)
    • ►  February (3)
  • ▼  2015 (47)
    • ►  October (3)
    • ►  September (3)
    • ▼  August (6)
      • TURKI TRIP (PART 5) : CAPPADOCIA
      • TURKI TRIP (PART 4) : PAMUKKALE - KONYA - CAPPADOCIA
      • TURKI TRIP (PART 3) : IZMIR - KUSADASI - PAMUKKALE
      • TURKI TRIP (PART 2) : BURSA - IZMIR
      • TURKI TRIP (PART 1) : KUALA LUMPUR - ISTANBUL - BURSA
      • TIPS MELANCONG KE TURKI
    • ►  July (6)
    • ►  June (3)
    • ►  May (2)
    • ►  April (5)
    • ►  March (3)
    • ►  February (7)
    • ►  January (9)
  • ►  2014 (44)
    • ►  December (4)
    • ►  November (2)
    • ►  October (5)
    • ►  September (4)
    • ►  August (5)
    • ►  July (5)
    • ►  June (4)
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (3)
    • ►  January (8)
  • ►  2013 (44)
    • ►  December (4)
    • ►  November (5)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (5)
    • ►  July (10)
    • ►  June (7)
    • ►  May (1)
    • ►  April (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2012 (29)
    • ►  December (3)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (4)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (6)
    • ►  April (7)
    • ►  March (3)

Labels

  • #BFJourney
  • #Checklist
  • #DIY
  • #Izadaten
  • #Majlis
  • #Malaysia
  • #Others
  • #Pregnancy
  • #Raya
  • #Recipes
  • #World
  • #Yara
  • #Zara
  • #ZaraYara

Created with by BeautyTemplates | Distributed by blogger templates