facebook instagram google
  • Travel
  • Recipes
  • Do It Yourself
  • Engagement
  • Wedding
  • Pregnancy
  • Breastfeed Journey

. F A T I N .

Assalamualaikum ♥

Gigih nak update blog sebelum masuk tahun baru. Hihi. Dua minggu lepas, aku & Zara ikut trip opah-opah ke Ho Chi Minh, Vietnam. Trip reunion kawan sekolah menengah nenek Zara a.k.a mak aku. Alang-alang pakej murah (RM 1100/adult & RM 100/infant), of course kena ikut. Kitorang pergi 4H/3M. Trip Vietnam nie trip ketiga Zara jenjalan oversea dalam tahun 2017. Amboi, sakan nauu nauu. Pasni kita slow down sikit ye sayang. Ibu ayah kena fokus bisnes. (^_^)



*Ayah Zara kena tinggal.*

Perjalanan dari KLIA2 ke Ho Chi Minh City ambik masa 2 jam. First time naik Air Asia. Lenguh jugak la pangku mek kecik tu, huhu. Nasib baik tak lama. Zara good girl, pergi balik dia tidur. Sama macam gi Jepun dulu. Senang kerja, takdelah dia buat perangai dalam flight. Waktu Vietnam cepat sejam dari waktu Malaysia. Contoh Malaysia pukul 8 pagi, kat sana pukul 9 pagi.



Sampai Tan Son Nhat International Airport, kitorang disambut oleh Mr Ibrahim (tour guide). Fasih cakap Bahasa Melayu. First destination je dah gi shopping kat gedung Daina's Collection. Telekung, kain pasang, beg, baju kurta lelaki, baju kurung, tudung (Naelofar, Ariani, Ducks, Bokkita) semua ada. Aku beli sejadah Naelofar 2 helai kat sini. RM 50/sehelai. Balik Malaysia baru aku tahu rupanya sejadah Neelofa jual kat Malaysia baru RM 63. Cisss, menyesal. Terus #redha. Takpelah, yang fake nie pun nampak 100% sama macam original. (ayat sedapkan hati sendiri, haha).







Sapa pembaca setia blog mesti tahu aku suka tengok trafik sesebuah negara bila travel. Entah pape je, hihi. Trafik kat Vietnam paling tak sistematik (sorry). Susah nak nampak traffic light. Berebut-rebut diorang nak masuk simpang ke apa. Pastu kat sini banyak giler motor. Pengangkutan utama rakyat Vietnam. Siapa ada kereta boleh dikata orang kaya. Kat Malaysia kita ada Grab Car kan? Kat Vietnam ada Grab Moto. Nak lintas jalan, hati kena kering. Setakat kena hon tu tak payah kisah sangat la. Hahaha.




Tengahari tu lunch kat restoran Musa Kariem. Menu nasi putih + lauk tom yam, ikan siakap 3 rasa, telur dadar, banyak lagi la. Penuh meja dengan lauk. Harga jangan tanya sebab dah include pakej. Orang kata kos makan kat Vietnam mahal especially Halal food sebab tak banyak restoran halal. Tapi InsyaAllah, kalau korang datang area Malaysian Street, banyak je restoran halal. Musa Kariem, Osman, Aysah, Haji Idris, Hjh Basiroh. Pilih je nak makan kat mana. Kata Mr Ibrahim, restoran halal kat sini kebanyakkannya bisnes anak beranak. Contoh, Osman tu suami kepada Aysah. Idris tu bapak kepada Musa Kariem. Gitewwwww ~~




Check-in hotel (Tan Loc Hotel) & rehat. Lepas dinner cuci mata kat Nguyen An Ninh atau lebih dikenali sebagai Malaysian Street. Hotel aku dekat sangat dengan Ben Thanh Market & Malaysian Street. 5 minit dah sampai. Tiap malam kitorang turun shopping. Aku lagi suka shopping kat Malaysian Street compared to Ben Thanh Market. Peniaga kat Ben Thanh Market agak agresif. Jangan tanya harga kalau taknak beli. Nanti tak pasal kena marah. Oh ya, Ben Thanh Market tutup pukul 6 petang pastu peniaga dia akan sambung berniaga kat pasar malam. Pasar malam tu betul-betul depan Ben Thanh Market. Tak kisah la korang nak shopping kat mana pun, kena pandai tawar menawar. Selalunya diorang akan letak harga sekali ganda dari harga asal. So pandai-pandai la ye....





 *Permulaan pasar malam.*

Sempat jugak pekena Kopi Vietnam yang orang dok sebut-sebut tu. Benda wajib cuba kalau datang Vietnam katanyaaaa. Sedap. Pekat, likat, memang kaww la. RM 3 secawan. Boleh request nak sejuk atau panas. Aku minum sekali tu je. Walaupun sedap, i'm not a coffee lover. Plus aku menyusukan Zara. Buatnya dia taknak tidur kang, satu hal pulak aku nak melayan. Hikhik.... :p 


Satu lagi, korang tak payah risau kalau tak pandai speaking. 90% peniaga kat sana boleh cakap melayu. Duit ringgit pun diorang terima. Percaya tak, aku tak tukar pun duit Dong (matawang Vietnam). Aku bawak RM je semata-mata. So far masa aku pergi haritu, satu kedai je yang tak terima RM. Yang lain ambik je. Hehehe. 

Okay la, sambung lagi next entry ye. Sebelum terlupa, HAPPY NEW YEAR!! Semoga tahun 2018 membawa 1001 rahmat dan rezeki pada kita semua. Thanks 2017 for the memories. ♥


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum ♥

Lamanya tak update. Last bulan Oktober. Bersawang habis blog aku. Hahaha. Macam-macam benda kena settlekan sebab tu senyap je. Okay la, back to story. 20hb November haritu last day aku bekerja. Setelah 5 tahun 10 bulan bekerja di Andalusia Travel, akhirnya aku buat keputusan nak berhenti. Campur kerja kontrak kat SPR Putrajaya selama 2 tahun, maknanya dah lebih 7 tahun aku kerja makan gaji. Sekarang dah malas jadi kuli. Nak rasa jadi boss pulak. Boleh gitu?? Hahaha. :p


Perasaan of course la sedih. Nak tinggalkan kerjaya, kawan-kawan. Dok fikir pasni dah takde merasa moment happy terbang ke langit bila gaji masuk. Hehe. Bercampur baur perasaan. Takut buat keputusan yang betul ke salah ke. Pastu suami aku pun sama berhenti. So maknanya kitorang dua-dua dah takde income. Tu yang buat aku lagi banyak memikir tu. Tapi takpelah, think positive. Rezeki kami ada kat luar sana. InsyaAllah.












*Orang paling happy haritu. Syok la dia berkepit dengan ibu 24 jam. Hihihi.*

Dan sekarangggggg..... Kitorang anak beranak dah pindah ke Bidor, Perak. Mulakan bisnes dobi layan diri kat Teluk Intan. Suami uruskan hal dobi dan aku duduk rumah jaga Zara 24 jam. Adoiiii, makin manja anak aku sorang tu. Hahaha. Oh ya, dan aku ada buat bisnes kecil-kecilan untuk mini pelamin, berendoi atau photobooth kat area Perak. Boleh la korang ushar-ushar. Mana tahu ada yang berkenan. Hihi. Area KL pun kitorang turun kalau ada permintaan. Lagipun memang kena balik KL, family in-laws kan ada kat sana.




Semoga dipermudahkan segala urusan kitorang. Aminnn.... Oh ya, sapa nak tengok-tengok mini pelamin aku tu, boleh tekan link kat bawah nie ye. Tq ♥

Facebook : Zarazalea Concept
Instagram : Zarazalea Concept


Love,
Nor Fatin Nadhirah

Assalamualaikum ♥

Lambat post. Busy mengalahkan PM. Hihi. Saat entry nie ditaip, kitorang dah 3 tahun 6 hari bergelar suami isteri. Alhamdulillah. Tahun nie tak celebrate pun sebab Zara demam teruk. Demam on off seminggu + batuk + selsema. Kesian sangat kat Zara. Makan taknak, main taknak. Minum susu je pastu tidur.  Malam anniversary tu kitorang ke hospital sebab badan dia panas sangat. Huhu. Merasa la si kecik tu kena neb, amik darah & X-ray. Huhu. Alhamdulillah, sekarang dah sihat dah. Batuk je tak elok lagi.


Takde apa nak cerita pun. Harapan aku cuma pernikahan nie berkekalan dan semoga perasaan dicintai dan mencintai tu kekal sampai akhir hayat. Semoga kami tabah dan sabar menempuh segala dugaan dan cabaran. Sentiasa memerlukan antara satu sama lain. Dan semoga kami menjadi ibu dan ayah yang baik untuk Zara dan bakal adik-adik dia nanti.


Selamat ulangtahun perkahwinan suamiku. I love you. ♥



Love,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum ♥

Dulu asal pergi bank (tak kisah la Bank Rakyat ke Bank Islam) nak masuk duit dalam akaun TH Zara, memanjang sistem offline. Sekali dua takpe lagi, nie setiap kali pergi kot. Nak gi pejabat TH on weekdays, kirim salam la jawabnya. Stress aku. Last sekali jumpa cara nak transfer via online banking. Senang kerja. Hati riang, gemuk pun dapat sebab semua dihujung jari je. Hahaha.


Panjang pulak citer. Meh la nak share sikit info nie. Lama dah tahu tapi baru sekarang tergerak hati nak kongsi (takde modal nak up citer sebenarnya, hehe). Sapa dah tahu tu tahu la ye. Aku nak share kat sapa yang belum tahu.


Log in website Cimb Clicks.


Pilih PAY then BILLS. Select account pastu klik ENTER BILLER NAME dan taip LEMBAGA TABUNG HAJI (for those yang tak favourite kan akaun TH).


Aku dah set siap-siap akaun TH as favourites so senang tak payah repeat banyak kali taip no akaun. Japgi aku share kat bawah macam mana nak favourite kan akaun TH korang tu okay. (ke ramai dah yang tahu?)


Masukkan no IC dan amount yang nak ditransfer. No akaun akan automatik ada if korang buat favourite. Yang tak favourite, kena masukkan semua details dalam tu setiap kali transaction. Then PROCEED TO PAYMENT.


No need request TAC kalau dah favourite. Terus klik CONFIRM je.


Successfully transfered! ♥ ohhh ya, setiap transaction akan dicaj RM 0.53 tau.





CARA NAK FAVOURITE KAN AKAUN TABUNG HAJI DI CIMB CLICKS.

Dari home pilih MY ACCOUNTS then klik MY FAVOURITES.


Klik ADD NEW BILLS. (yang bawah nie senarai favourite aku. senang tetiap bulan time nak bayar bil).


Taip LEMBAGA TABUNG HAJI then NEXT.


Masukkan details : BILLER NICKNAME dan NO AKAUN (make sure double check no akaun ye). Nie aku buat contoh je.


Request TAC, submit dan dah selesai. Senang kannnn....


Mudah kan. Tak payah susah-susah beratur kat bank. Selalunya transcaction akan ambil masa 1-2 hari bekerja untuk clear dalam akaun TH. Aku selalu check akaun TH Zara through website Bank Rakyat (aku ada akaun kat Bank Rakyat dan aku link kan sekali dengan akaun TH kitorang berdua). Nak masuk duit guna CDM Bank Rakyat pun boleh tapi dia deduct RM 1 dari akaun. Sebab tu aku prefer transfer guna online banking. Jimat RM 0.47. Nampak tak kekedekutannya disitu? Hahaha.


Okay la, hopefully entry nie boleh share sikit ilmu kat korang. Jangan lupa menyimpan guys! For our future. Bye. ♥


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Newer Posts
Older Posts

LET’S BE FRIENDS

ASSALAMUALAIKUM


Hello, There!

Wife to Muhammad Idzat Syazwan.

Ibu to Eidzara Azzalea & Eliyara Addalea.


Find More



Blog Archives

  • ►  2020 (14)
    • ►  June (1)
    • ►  April (4)
    • ►  March (5)
    • ►  February (1)
    • ►  January (3)
  • ►  2019 (43)
    • ►  December (4)
    • ►  November (4)
    • ►  October (2)
    • ►  September (3)
    • ►  August (5)
    • ►  July (11)
    • ►  June (3)
    • ►  May (4)
    • ►  April (4)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2018 (42)
    • ►  December (3)
    • ►  November (5)
    • ►  October (9)
    • ►  September (4)
    • ►  August (4)
    • ►  July (7)
    • ►  June (3)
    • ►  May (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (1)
  • ▼  2017 (36)
    • ▼  December (2)
      • TRIP VIETNAM : HO CHI MINH (DAY 1)
      • BERHENTI KERJA, FINALLY!!
    • ►  October (1)
      • HAPPY 3RD YEARS WEDDING ANNIVERSARY TO US
    • ►  September (6)
      • CARA TRANSFER DUIT KE TABUNG HAJI MELALUI CIMB CLICKS
    • ►  August (10)
    • ►  July (6)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2016 (42)
    • ►  December (4)
    • ►  November (6)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (5)
    • ►  June (4)
    • ►  May (4)
    • ►  April (3)
    • ►  March (6)
    • ►  February (3)
  • ►  2015 (47)
    • ►  October (3)
    • ►  September (3)
    • ►  August (6)
    • ►  July (6)
    • ►  June (3)
    • ►  May (2)
    • ►  April (5)
    • ►  March (3)
    • ►  February (7)
    • ►  January (9)
  • ►  2014 (44)
    • ►  December (4)
    • ►  November (2)
    • ►  October (5)
    • ►  September (4)
    • ►  August (5)
    • ►  July (5)
    • ►  June (4)
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (3)
    • ►  January (8)
  • ►  2013 (44)
    • ►  December (4)
    • ►  November (5)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (5)
    • ►  July (10)
    • ►  June (7)
    • ►  May (1)
    • ►  April (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2012 (29)
    • ►  December (3)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (4)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (6)
    • ►  April (7)
    • ►  March (3)

Labels

  • #BFJourney
  • #Checklist
  • #DIY
  • #Izadaten
  • #Majlis
  • #Malaysia
  • #Others
  • #Pregnancy
  • #Raya
  • #Recipes
  • #World
  • #Yara
  • #Zara
  • #ZaraYara

Created with by BeautyTemplates | Distributed by blogger templates