facebook instagram google
  • Travel
  • Recipes
  • Do It Yourself
  • Engagement
  • Wedding
  • Pregnancy
  • Breastfeed Journey

. F A T I N .


Sambungan Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5 & Part 6

Last entry trip di Turki. Adoi, kalau ikut hati malasnyaaaa nak menaip. Gagahkan jugak sebab tak best pulak cerita separuh jalan. Ye dak?? Dua hari terakhir di Turki dihabiskan kat Istanbul. Jap, walaupun Istanbul popular tapi dia bukan ibu negara Turki tau. Ibu negara Turki ialah Ankara. Just for your knowledge. Hihi.


Tempat pertama aku singgah ialah Makam Ahmad Ammar (Location : Istanbul). Rasanya ramai yang kenal dia. Pelajar Malaysia yang meninggal dunia dan dikebumikan di Perkuburan Ayyub. Dah jadi tempat wajib bagi setiap pelancong Malaysia kalau datang ke Istanbul. Dihujani bacaan doa. Alhamdulillah, rezeki adik Ammar kita. :)


Kemudian, aku ke Makam Ayyub Al-Ansari (Location : Istanbul). Dekat je dengan kawasan perkuburan Ammar. Jalan kaki dah boleh sampai. Dikatakan Ayyub Al-Ansari adalah sahabat kepada Rasulullah SAW. Dan semasa di Madinah, Rasulullah SAW pernah tumpang tinggal di rumah beliau. Wallahualam..... Kalau salah, betulkan ye. Huhu.


*Nie bukan Makam Ayyub Al-Ansari.*

Nak cerita panjang, takut salah info pulak. Knowledge bab nie pun takde. So korang baca la dari sumber yang sahih okay. Apa aku nak cerita kat sini, kawasan dia memang cantik. Tak seram walaupun kawasan tanah perkuburan. Tempat solat pun ada kat sini. Makam Ayyub Al-Ansari ditempatkan khas dalam satu kawasan. Sedekah Al-Fatihah, mana patut.

 *Dalam tu Makam Ayyub Al-Ansari.*


Next, aku ke Hagia Sophia (Location : Istanbul). Asalnya gereja ditukar ke masjid dan sekarang muzium. Walaupun ada sikit construction, tak jadi hal la benda tu. Cantik sangat. Korang boleh tengok ada lukisan Mary & Jesus (Kristian) dan kalimah Allah & Muhammad (Islam). Tak silap aku, diorang tak padam apa yang ada dalam tu sebab hormatkan tempat tersebut. Gitu la ceritanya...








Hagia Sophia disiapkan dalam masa lima tahun je. Dengan senibina dan ukiran dalam yang cantik giler tu, mampu ke orang sekarang buat dalam masa singkat? Rasanya tak. Salute! Masa nie punya la ramai orang. Jenuh aku menyelit nak bergambar punya pasal. Macam-macam bau ada. Redhaaaa jelah. Hehe. (^_^)




Settle di Hagia Sophia, aku ke Blue Mosque @ Masjid Biru (Location : Istanbul). Ada masa tertentu je boleh masuk. Kalau datang waktu nak solat, masjid akan ditutup sementara. Nak senangkan jemaah yang datang solat. Selalunya sejam sebelum masuk waktu, dah tutup. Kawasan luar setiap masjid di Turki lebih kurang sama je. Yang beza cuma senibina dalaman. Tak dinafikan, Masjid Biru memang cantik. Banyak tiles warna biru. Sebab tu kot digelar Masjid Biru.





Masjid nie dibina semasa pemerintahan Sultan Ahmet. Enam menara yang ada di Masjid Biru adalah simbolik kepada Sultan Ahmet iaitu sultan ke-enam. Orang tempatan panggil Sultanahmet Camii. Nie masjid kedua terbesar di Turki. Masjid terbesar namanya Süleymaniye Mosque. Tak pergi pun. Huahuahua... :p








Pastu singgah jap kat Hippodrome of Constantinople (Location : Istanbul). Constantinople nie nama lama bagi Istanbul. Tak tahu la apa function tiang tinggi tu sebenarnya. Yang aku nampak cuma ukiran muka orang la apa la. Tak tahu sejarah. Tour guide pun menonong jalan taknak cerita. Hampeh. Huhu. Ambik gambar pastu terus jalan ke Grand Bazaar. Shopping time!!!!!



Sampai Grand Bazaar (Location : Istanbul), tak sabar-sabar dah nak habiskan duit. Ketar tangan nie simpan duit 8 hari. Kikiki... Kat sini ada 7 gate (pintu masuk). Make sure ingat korang masuk gate mana satu. Posibbility nak sesat tinggi sebab besar pastu bercabang-cabang. Aku masuk ikut Gate 1, tau-tau lepas keluar sampai Gate 7. Nasib baik senang nak jumpa balik Gate 1 tu, hehe.


Barangan kat sini more to sourvenir. Kena tawar menawar. Kebanyakan pandai cakap omputih, so tak susah. Pandai tawar, dapat harga murah. Aku borong t-shirt, keychain, beg, fridge magnet, macam-macam lagi la. Simpan sikit duit, ingat nak sambung shopping kat Spice Market tapi......... Nanti aku cerita. Sob sob.



-

-

-

-

Okay. Berhenti baca jap. Tarik nafas. Panjang benar dah entry yang nie. Kan? Nak one shot terus. Senang. Sorry ye. Hehehe... :p


Puas shopping, aku ke Bosphorus Cruise (Location : Istanbul) pulak. Nasib tak mabuk laut. Dapat la tengok keindahan bandar Istanbul di waktu malam. Perjalanan lama jugak, dalam dua jam. Cruise nie lalu Selat Bosphorus, yang memisahkan Istanbul Eropah (new city) dan Istanbul Asia (old city). Ye, Istanbul terletak diantara dua benua. Merasa pijak kaki kat benua Eropah.






Masa makan, dihiburkan oleh tarian orang Istanbul. Apa benda entah, pelik-pelik je. Malas nak layan. Makan lagi bagus. Lagipun masa tu badan dah penat sangat sebabkan trip plus rindu suami. Kikiki.... Settle makan, lepak atas sambil kena angin sepoi-sepoi bahasa. Aduhhhh, bestnya.






Esoknya, hari terakhir di bumi Turki. Malam tu flight balik KL, sempat la pagi sampai tengahari berjalan di bandar Istanbul. Pergi Masjid Fatih (Location : Istanbul). Tak sempat nak tanya soalan dah. Battery out giler. Tersandar kat kerusi depan masjid, tak larat nak berjalan.


Pastu dapat tahu pulak tour guide taknak bawak gi Spice Market atas sebab tak cukup masa, hmmmm.... Sengal betul. Padahal semalam dah janji kot. Nak buat macam mana, takde rezeki. Sabar jelah. Nie boleh jadi punca nak pergi lagi Istanbul atas alasan tak pergi Spice Market. Boleh tak? Tapi nak gi trip Istanbul je. Taknak trip panjang berjela tu. CC : my husband, hahahaha.... (^_*)


Alhamdulillah, selesai dah cerita di Turki. Insyallah panjang umur, ada rezeki, tahun depan gi tempat lain pulak. Thank you bos.. ♥


Harap-harap cerita aku dari Part 1 sampai Part 7 dapat la bagi sikit tips atau ilmu kat sesapa yang nak melancong ke Turki. Tak dinafikan, Turki negara yang penuh dengan sejarah dan masjid. Enjoy your trip guys! Byebye.


#leganyadahhabisentryturki
#kemanakitalepasnie
#tahundepanbawakhusband


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum ♥

Allahuakbar. Tangan gigil nak update. Tak boleh nak sabar. Ingat tak entry aku nie ---> OPK. Top 5 entry popular dalam blog aku tuuuu. Nampak nau ramai TTCians baca. Hihi. And for sure korang tau dah apa tu OPK & UPT kan? So, make it simple.


Okay.... First of all, kenapa aku beria sangat nak update entry nie? Sebabnya owner De Aifa nie la peniaga paling baik pernah aku berurusan. Seriously, tak tipu. Baik pelik nau... Pelik aku. Huhu.


Masa aku berjaya pregnant dulu, entah macam mana sis (aku panggil sis) dapat tahu, dia share link blog aku dalam FB. Agaknya sebab tu kot post OPK popular. Hehe. Kebetulan, dalam masa sama aku keguguran tapi dia tak tahu.


Dia PM dalam FB mintak izin nak share. Aku tak kisah. Atleast boleh bagi semangat pada TTCians lain supaya jangan putus asa. Aku bagitahu sis kondisi sebenar aku masa tu. Dah tak pasal dia serba salah. Beria say sorry. Alahai, nape comel sangat perangai tu? :)


Nak say thank you punya pasal, dia bank-in duit kat aku. Hmmm, tak mintak laaaaa. Segan kot. Aku ikhlas share pengalaman ber-OPK. Bukan nak jadi blogger yang ambik bayaran atas apa benda yang dipromote. Huhu. Apa aku suka, aku update. Itu je. Tapi nie.. Hmm.... Alhamdulillah. Rezeki. Amount biarlah rahsia ye. :p


Pastu, aku repeat order (hujung Mei). Dia tak bagi aku bayar. Nak bagi free! Nape nie??? Tanda support dia untuk aku TTC balik. Hmmmm... Kenapa baik sangat? Sudahnya dapat 20pcs OPK free bulan tu. Rezeki.... Alhamdulillah.


Paling latest, aku repeat order lagi kelmarin. 45pcs OPK dan 5pcs UPT. Whatsapp dia macam biasa. Patutnya harga RM 50 tapi dia bagi RM 45. Bila parcel sampai, aku perasan ada extra 2pcs OPK. Hmmmm.... Tak tahu nak cakap apa. Baik sangat sis nie tau. Terus whatsapp dia say thank you. Tak pasal dia dapat muahhhh. Hehehe...


Untuk TTCians semua, beli la OPK & UPT dari De Aifa. Strip dia besar, 4mm. Confirm tak menyesal. Aku pernah beli 2-3 jenis OPK berbeza, ini paling best. Puas hati tengok result. Tak payah nak kecik-kecik mata tengok result strip samada O atau tak. Hehehe.. Plus owner dia baik hati kau.


Semoga bisnes sis De Aifa bertambah maju. Murah rezeki selalu. Doakan kami TTCians semua berjaya pregnant dan selamat melahirkan zuriat yang kami tunggu-tunggu.. Love u lah De Aifa Marketing. Seriously, highly recommendeddddddddd sangat. Harga masih RM 1 walaupun sekarang ada GST. Murah. Rugi tak beli.


Jom beli OPK & UPT murah ----> De Aifa Marketing


TTCians, semoga usaha kita untuk dapat zuriat dipermudahkan Allah SWT. Aminnnnn. I love you all. Good luck.... (^_^)


Love,
Nor Fatin Nadhirah

Sambungan Part 1, Part 2, Part 3, Part 4 & Part 5

Masih tak habis lagi entry pasal Turki. Ampunnnnn. 9 hari kat sana, cerita pun panjang berjela. Huhu. Okay, make it simple. Jom....


Perjalanan Cappadocia ke Ankara ambik masa dalam 6 jam. Sementara nak sampai, aku singgah di Salt Lake (Location : Anatolia). Tasik kedua terbesar di Turki. Kat sini tempat orang Turki produce diorang punya garam. Apa yang specialnya, takde pasir pantai cuma yang ada garam. Ye, garam! Putih suci je.




Tengok depan-depan tasik nie tak berapa cantik. Dalam gambar cantik kau! Macam kat kawasan bersalji. Berangannnn dulu. Hehe. Aku sempat scrub kaki guna garam kat sini. Melekit memang la kan.... Pergi la cuci kaki kat toilet yeee, bayar 1 Lira. Kesan lepas scrub, malam tu kaki aku jadi merah. Tak tau sebab apa. Terlebih mineral kot. Hehehehe... :p



Rindu suami punya pasal, bergambar dengan nama pun jadi. Wakaka...


Next, aku ke Ataturk Mausoleum (Location : Ankara). Kawalan kat sini ketat ya amat. Sebelum nak masuk, kita kena periksa dulu. Alaaa, yang periksa macam kat airport tu. Dah kena turun dari bas. Check apa bagai. Hmmm... Ramai askar berkawal kat situ tapi diorang pakai baju biasa jelah, bukan uniform. Macam la kita nie nak gi tengok emas, tengok mayat je pun. Huhu. (-.-')





Kamal Ataturk nie adalah orang paling berpengaruh di Turki. Sapa je yang tak kenal dia? Memang cari nahas la jawabnya. Katanya, setiap kedai kat Turki WAJIB gantung gambar dia. Kalau tak, perniagaan boleh ditutup atau disaman. Wahhhh, dahsyat! Kisah kematian dia, aku malas nak cerita. Google jelah ye. Tour guide aku beria kata cerita yang kita baca tu salah. Wallahualam....... Tak tahu nak percaya mana satu.


Selain makam, kat sini jugak ada muzium. Macam biasa la, ada barang peninggalan, cerita masa zaman dia, semua ada. Sapa yang suka sejarah, enjoy la kot moment dalam muzium. Yang pasti, sekali dah masuk, bukan main jauh lagi kau kena berjalan untuk keluar. Dah keluar muzium, baru sedar yang kita lalu bawah kubur dia. Waaaaaaa!! Scaryyyy...


Settle di Ataturk Mausoleum, perjalanan diteruskan ke Istanbul. Yahooo!!! Lebih kurang 3 jam baru sampai. Hmmm, itu jela dulu untuk entry kali nie. Next entry ialah entry terakhir di Turki. Promise!!!! Pengembaraan di bumi Turki dah hampir tamat. Hehe. Stay tuned guys....


To be continued........


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Newer Posts
Older Posts

LET’S BE FRIENDS

ASSALAMUALAIKUM


Hello, There!

Wife to Muhammad Idzat Syazwan.

Ibu to Eidzara Azzalea & Eliyara Addalea.


Find More



Blog Archives

  • ►  2020 (14)
    • ►  June (1)
    • ►  April (4)
    • ►  March (5)
    • ►  February (1)
    • ►  January (3)
  • ►  2019 (43)
    • ►  December (4)
    • ►  November (4)
    • ►  October (2)
    • ►  September (3)
    • ►  August (5)
    • ►  July (11)
    • ►  June (3)
    • ►  May (4)
    • ►  April (4)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2018 (42)
    • ►  December (3)
    • ►  November (5)
    • ►  October (9)
    • ►  September (4)
    • ►  August (4)
    • ►  July (7)
    • ►  June (3)
    • ►  May (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (36)
    • ►  December (2)
    • ►  October (1)
    • ►  September (6)
    • ►  August (10)
    • ►  July (6)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2016 (42)
    • ►  December (4)
    • ►  November (6)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (5)
    • ►  June (4)
    • ►  May (4)
    • ►  April (3)
    • ►  March (6)
    • ►  February (3)
  • ▼  2015 (47)
    • ►  October (3)
    • ▼  September (3)
      • TURKI TRIP (PART 7) : ISTANBUL - KUALA LUMPUR
      • SAPA SINI TTCians, MESTI BELI OPK & UPT DARI DE AI...
      • TURKI TRIP (PART 6) : CAPPADOCIA - ANKARA - ISTANBUL
    • ►  August (6)
    • ►  July (6)
    • ►  June (3)
    • ►  May (2)
    • ►  April (5)
    • ►  March (3)
    • ►  February (7)
    • ►  January (9)
  • ►  2014 (44)
    • ►  December (4)
    • ►  November (2)
    • ►  October (5)
    • ►  September (4)
    • ►  August (5)
    • ►  July (5)
    • ►  June (4)
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (3)
    • ►  January (8)
  • ►  2013 (44)
    • ►  December (4)
    • ►  November (5)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (5)
    • ►  July (10)
    • ►  June (7)
    • ►  May (1)
    • ►  April (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2012 (29)
    • ►  December (3)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (4)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (6)
    • ►  April (7)
    • ►  March (3)

Labels

  • #BFJourney
  • #Checklist
  • #DIY
  • #Izadaten
  • #Majlis
  • #Malaysia
  • #Others
  • #Pregnancy
  • #Raya
  • #Recipes
  • #World
  • #Yara
  • #Zara
  • #ZaraYara

Created with by BeautyTemplates | Distributed by blogger templates