facebook instagram google
  • Travel
  • Recipes
  • Do It Yourself
  • Engagement
  • Wedding
  • Pregnancy
  • Breastfeed Journey

. F A T I N .

Assalamualaikum ♥

Tahun nie giliran suami. Pertama kali beraya tanpa keluarga disisi (pagi raya). Hwaaaaaa... Sedih kot masa telefon mak pagi raya. Dua-dua tahan taknak nangis tapi suara dah terketar-ketar. Sah dua beranak nie cengeng, hehe. Tema baju raya laki bini tahun pertama nie, kaler peach.... :p


*Nie je satu gambar ramai-ramai tapi blur, hihi.* 

Raya pertama beraya dulu kat rumah mertua di Puchong. Lepas dah salam-salam mintak maaf, pergi beraya kat rumah saudara suami. Pastu pergi tengok Ami kat hospital.... Kesian Ami. Dah raya pun, masih tak sembuh sepenuhnya. Takpelah, semoga Ami cepat-cepat sembuh dan sihat ye. :')



Raya kedua baru kitorang balik kampung Mama kat Melaka. Balik tak lama sebab cuti kejap je. Aktiviti kat Melaka macam biasa la, gi melawat saudara mara dia. Nak kenalkan menantu sekali la sebab nie first time aku balik sana semenjak kahwin. Hihi. Tak gi jalan-jalan Melaka pun sebab tak cukup masa. Huhuhu...


Tak tahu dah nak cerita apa. Overall, raya nie rasa biasa je. Takdelah excited sangat, faktor umur agaknya. Kihkih... Moga-moga tahun depan dapat beraya bertiga pulak. Dukung anak. Aminnnnn.. SHRAMZB semua!! (^_^)


SHRAMZB - Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin.


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum ♥

InsyaAllah kalau takde apa-apa halangan, Jumaat nie dah raya. Tengah mendobi baju melayu suami tadi, baru teringat takde tudung nak pakai raya. Hwaaaaaaa T__T  Godek koleksi tudung yang ada, rembat jelah mana sesuai. Tambah sikit lace kasi nampak lain. Nasib memang ada stok lace kat rumah. Warna sedondon dengan baju pulak tu. Alhamdulillahhhhh.... (^_^)


Takmo detailings manik bagai sebab rasa macam over. Bukan ada event penting, nak beraya je pun. Hehe. Sepantas kilat aku jahit lace kat shawl. Sejam lebih dah settled! Hahaha. Puas hati. Selesai masalah.


Tak sabar nak merasa pengalaman beraya dengan family mertua. Semoga semuanya baik-baik aje. Aminnnnnn..... 


UPDATED [25 JULAI 2015] : Gambar hari raya pertama. Bergaya dengan shawl last minute. Hikhik.



Love,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum ♥

Start bulan nie, tiap-tiap bulan family aku sambut birthday. Gasak laaaa. Hari nie hari lahir mak yang ke-53 tahun. Alhamdulillah, mak sihat-sihat aje. Gorgeous always, macam anak dia. Kikikiki.....


Mak, takde sapa boleh ganti tempat dia. Takkan ada! Mak tetap no.1 dalam hati. Pernah sekali mimpi mak meninggal dunia, punya la teruk aku nangis. Rupanya bukan dalam mimpi je, kat luar mimpi pun nangis. Dah laki aku kejut suruh bangun, pelik kot tengok airmata bini meleleh tak tentu pasal. Tengah tidur pulak tu. Huhuhuhu T____T


Untuk mak ku yang tercinta, selamat hari lahir. Semoga hidup mak sentiasa dilimpahi kebahagiaan. Sentiasa diberi kesihatan yang baik. Sentiasa tersenyum. Sentiasa cool. Sentiasa sayangkan kami semua. Sentiasa mendapat keberkatan dari Allah SWT. Akak sayanggg mak sangat-sangat. Takde sapa boleh ganti tempat mak, even suami sendiri. Sorry ye suamiiiiii.......


I love you Mak. Muahhhhhh... ♥



Anak perempuan tunggal mak,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum ♥

Tajuk kat atas dah jelas dan nyata kan? Okay. Aku baru guna produk nie dari hujung bulan Mei hari tu. Semua sebab Pelamin Fantasia. Dnars kan penaja utama program tu. Perempuannnnnnn... Cepat nauuu terpengaruhnya. Nasib produk nie sesuai dengan kulit aku. Kalau tak, mau mengamuk setahun. Hehe. :p


Ada dua set untuk Dnars Skincare. Set normal & set jerawat. Aku guna set normal sebab rasa-rasa kulit aku normal je. Haaaaaa, main hentam kauuu. Korang kalau nak beli nanti, make sure tahu jenis kulit dulu okay. Sebab ramuan bahan-bahan dalam dua set berbeza.


Dalam set normal ada sabun beras, sabun collagen, day cream dan nar cream (night cream). Dan aku tambah dua loose item iaitu toner collagen dan tumeric cream. Kita review satu-satu okay. Sebelum tu nak cerita kondisi kulit dulu. Alhamdulillah, kulit aku kurang bermasalah. Setakat naik jerawat masa miss P nak datang, tu biasa. Ada whitehead sikit kat hidung. Paling ketara, kulit kusam. T_T


Sabun Beras
Aku suka sabun beras nie. Tak mengeringkan kulit. Muka bersih je bila cuci. Bau dan tekstur lebih kurang macam sabun susu beras siam tapi Dnars punya lagi super best. Tak mudah lembik. Kalau susu beras biasa, terendam sikit je dah kembang. Sesetengah orang kata, kulit diorang akan pedih kat certain area masa 2-3 hari awal pengunaan. Alhamdulillah, kulit aku takde masalah pulak. Okay la kannnnn....


Sabun Collagen
Aku tak berapa suka sabun nie. Rasa macam tak deep cleansing kalau guna. Tak setanding sabun beras. Kadang-kadang je guna sabun collagen. Seminggu ada la 3-4 kali je kot. Selebihnya, hari-hari guna sabun beras.


Day Cream
Tekstur tak melekit. Bau sedap je bagi aku. Kalau pakai nie, tak payah pakai foundation pun takpe. Muka jadi licin je. Jangan tonyoh banyak pulak cream tu tau. Nanti putih melepak kulit! Nampak tak neutral pulak karang.


Nar Cream
Tekstur agak melekit. Bau pun tak best sangat. Nak kata bau macam tangan baru lepas potong bawang pun ada. Hehe. Entah la... Selalu aku pakai bila betul-betul time nak tidur. Walaupun muka agak melekit tapi hasil esok pagi bila bangun......... Kulit anjal gitu. :)


Tumeric Cream
Kunyit. Tu je boleh cakap. Kulit jadi kuning bila pakai. Bau pun bau kunyit. Tapi besttttt!! Apply sikit je tau. Selang seli dengan nar cream. Contoh hari Isnin guna nar cream, Selasa guna tumeric cream. Macam tu la berterusan sampai abang jamil mampos. Hehe. Tumeric nie pun pakai sebelum tidur. Esok pagi bangun, lembut je.


Toner Collagen
Aku apply toner nie sebelum pakai cream. Tak kisah la day cream ke apa cream ke. Lepas cuci muka, wajib pakai toner dulu. Bau bunga rose. Wangi dan agak berangin. Memula pakai dulu ada la rasa pedih kat area dagu. Tak lama, dalam 2-3 hari je pastu dah okay. Sekarang dah masuk botol kedua. Alhamdulillahhhh...... Best.

 
Memula nak beli tu, ada jugak perasaan was-was sebab pernah dengar cerita yang produk nie ada bahan kimia berbahaya. Bila buat research balik, rupanya yang tu tiruan punya laaaa. Walaupun terpengaruh dengan Pelamin Fantasia, aku takdelah terus bantai beli. Takut jugak sebab melibatkan kulit muka. So, google-google la dulu apa patut. Bila dah yakin, baru beli.


Aku beli produk nie kat website ----> DnarsCantik. Confirm original. Oh yaaaa, kalau nak beli, pastikan nama company yang ada kat botol or bekas tu ialah Rohban Trade Sdn. Bhd. Kalau nama company lain, sah tiruan. Jangan beli.


Alhamdulilah. Selama guna produk nie, kulit aku nampak okay. Kulit jadi glowing (kononnya la) dan pinky-pinky gitu kat pipi. Kulit jadi lembut. Jerawat pun taknak naik sangat dah. Kalau keluar pun pakai bedak & lipstick je. Kalau gi kenduri ke apa baru mekap beria sikit, hehe. Overall, aku puas hati dengan produk nie. Atennnnnn kasi 4 bintangggggggg (per 5 bintang).


*Gambar 100% no edit & mekap. Tambah watermark je.

*Seminggu lepas pengunaan Dnars Skincare.*

*Dua minggu lepas pengunaan Dnars Skincare.*

Gambar latest, raya nanti upload. Hikhik. Sorry review terpanjang lebar pulak kali nie. Penat iolss menaip tau. Apa pun, jangan ikut orang. Tepuk dada tanya selera. Kalau rasa kulit tu sesuai untuk jadi bahan eksprimen, aku rekemenkan produk nie. Bye.


p/s : malas nak cerita ingredient dia apa semua sebab benda tu boleh google. hehe.


UPDATED : DAH TAK PAKAI PRODUK NIE LAGI. KENAPA? BIARLAH RAHSIA :p


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum ♥

Untuk suami yang berada di airport sekarang, atas tuntutan kerja (12 tengah malam). Luahan dari isteri yang ada kat rumah nie haaaaa...


First time sambut birthday suami sebagai seorang isteri. Sama je macam tahun-tahun lepas. Bezanya kali nie boleh ekspresikan rasa sayang tanpa batasan sebab dah halal. Opsss! Huahua... 


Terima kasih suami untuk 9 bulan yang bahagia nie. Masih panjang lagi perjalanan kita. Semoga jodoh kita kuat. Biar tua sama-sama. Gaduh-gaduh tu biasa la. Tadi pun sempat je gaduh kejap sebelum suami pergi airport. Tapi dah baik pun.... Hehe. Gaduh la selagi kita mampu. Asalkan hati tetap sama-sama sayang.


Maaf sebab masih belum kurniakan zuriat. Bukan taknak bagi. Rezeki belum ada untuk kita. InsyaAllah, satu hari nanti. Semoga dipermudahkan. Yakin pada qada' dan qadar. Apapun jangan lupa. Kita pernah ada anak yang tak sempat membesar dalam rahim sayang. Buah cinta kita. :')


Semoga suamiku, Muhammad Idzat Syazwan dikurniakan kesihatan yang baik. Disayangi semua orang disekelilingnya. Sentiasa dibawah rahmat Allah SWT. Dipanjangkan umurnya. Dipermudahkan segala urusan. Dilimpahi kebahagiaan hingga akhir hayatnya. Semoga semuanya baik-baik saja untuk suamiku.


Selamat hari lahir ke-27 tahun B. Sayang sayangggggg B. Sampai mati. Suami dunia akhiratku..... InsyaAllah.



Your beloved wife,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum ♥

Hari nie nak share resepi lagi. Sejak jadi bini orang, suka benorrrr memasak. Tapi.... semua nak kena search google dulu. Dah jenis tak reti masak, nak buat macam mana. Sabar jelah. Sob sob T_T


Tapi kannnnnn, resepi kali nie takde pakai khidmat google tau. Aku inovasikan sikit resepi asal. Begedil biasa tak crunchy. Kali nie nak kasi ada bunyi kriuk kriuk sikit. Hehe. :p


Bahan-bahan

Kulit popia
Kentang
Sosej *
Daun ketumbar *
Cili merah *
Bawang merah *
Bawang goreng
Kiub ayam
Telur

NOTA : Bahan bertanda * dicincang halus.


Cara memasak

Rebus ubi kentang hingga empuk kemudian lenyekkan. Ketepikan dulu. Tumis bawang merah dan bila dah naik bau, masukkan sosej dan kiub ayam. Bila dah masak, angkat dan ketepikan. Dalam satu bekas, campurkan kesemua bahan kecuali kulit popia dan telur kemudian gaul sebati.


Lepas tu dah boleh la gulungkan bahan tadi dalam kulit popia dan gam popia tu menggunakan telur. Goreng dalam minyak yang dah confirm panas. Jangan goreng lama sangat. Nanti hangit. Begedil kriuk kriuk dah siap untuk dimakan..... Yummy! :)


Oh yaaa, sapa tak suka sosej tu boleh je gantikan dengan daging kisar or whatever. Aku guna sosej sebab tu je stok yang ada kat rumah. Hehe. 



p/s : aku tak guna garam kali nie. healthy katakoooo.


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Newer Posts
Older Posts

LET’S BE FRIENDS

ASSALAMUALAIKUM


Hello, There!

Wife to Muhammad Idzat Syazwan.

Ibu to Eidzara Azzalea & Eliyara Addalea.


Find More



Blog Archives

  • ►  2020 (14)
    • ►  June (1)
    • ►  April (4)
    • ►  March (5)
    • ►  February (1)
    • ►  January (3)
  • ►  2019 (43)
    • ►  December (4)
    • ►  November (4)
    • ►  October (2)
    • ►  September (3)
    • ►  August (5)
    • ►  July (11)
    • ►  June (3)
    • ►  May (4)
    • ►  April (4)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2018 (42)
    • ►  December (3)
    • ►  November (5)
    • ►  October (9)
    • ►  September (4)
    • ►  August (4)
    • ►  July (7)
    • ►  June (3)
    • ►  May (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (36)
    • ►  December (2)
    • ►  October (1)
    • ►  September (6)
    • ►  August (10)
    • ►  July (6)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2016 (42)
    • ►  December (4)
    • ►  November (6)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (5)
    • ►  June (4)
    • ►  May (4)
    • ►  April (3)
    • ►  March (6)
    • ►  February (3)
  • ▼  2015 (47)
    • ►  October (3)
    • ►  September (3)
    • ►  August (6)
    • ▼  July (6)
      • SELAMAT HARI RAYA 2015
      • SHAWL RAYA VERY THE LAST MINUTE
      • SELAMAT HARI LAHIR MAK
      • PRODUCT REVIEW : DNARS SKINCARE
      • SELAMAT HARI LAHIR SUAMIKU, EHEMMM EHEMM
      • RESEPI : BEGEDIL KRIUK KRIUK
    • ►  June (3)
    • ►  May (2)
    • ►  April (5)
    • ►  March (3)
    • ►  February (7)
    • ►  January (9)
  • ►  2014 (44)
    • ►  December (4)
    • ►  November (2)
    • ►  October (5)
    • ►  September (4)
    • ►  August (5)
    • ►  July (5)
    • ►  June (4)
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (3)
    • ►  January (8)
  • ►  2013 (44)
    • ►  December (4)
    • ►  November (5)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (5)
    • ►  July (10)
    • ►  June (7)
    • ►  May (1)
    • ►  April (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2012 (29)
    • ►  December (3)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (4)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (6)
    • ►  April (7)
    • ►  March (3)

Labels

  • #BFJourney
  • #Checklist
  • #DIY
  • #Izadaten
  • #Majlis
  • #Malaysia
  • #Others
  • #Pregnancy
  • #Raya
  • #Recipes
  • #World
  • #Yara
  • #Zara
  • #ZaraYara

Created with by BeautyTemplates | Distributed by blogger templates