PRODUCT REVIEW : DNARS SKINCARE
Assalamualaikum ♥
Tajuk kat atas dah jelas dan nyata kan? Okay. Aku baru guna produk nie dari hujung bulan Mei hari tu. Semua sebab Pelamin Fantasia. Dnars kan penaja utama program tu. Perempuannnnnnn... Cepat nauuu terpengaruhnya. Nasib produk nie sesuai dengan kulit aku. Kalau tak, mau mengamuk setahun. Hehe. :p
Ada dua set untuk Dnars Skincare. Set normal & set jerawat. Aku guna set normal sebab rasa-rasa kulit aku normal je. Haaaaaa, main hentam kauuu. Korang kalau nak beli nanti, make sure tahu jenis kulit dulu okay. Sebab ramuan bahan-bahan dalam dua set berbeza.
Dalam set normal ada sabun beras, sabun collagen, day cream dan nar cream (night cream). Dan aku tambah dua loose item iaitu toner collagen dan tumeric cream. Kita review satu-satu okay. Sebelum tu nak cerita kondisi kulit dulu. Alhamdulillah, kulit aku kurang bermasalah. Setakat naik jerawat masa miss P nak datang, tu biasa. Ada whitehead sikit kat hidung. Paling ketara, kulit kusam. T_T
Sabun Beras
Aku suka sabun beras nie. Tak mengeringkan kulit. Muka bersih je bila cuci. Bau dan tekstur lebih kurang macam sabun susu beras siam tapi Dnars punya lagi super best. Tak mudah lembik. Kalau susu beras biasa, terendam sikit je dah kembang. Sesetengah orang kata, kulit diorang akan pedih kat certain area masa 2-3 hari awal pengunaan. Alhamdulillah, kulit aku takde masalah pulak. Okay la kannnnn....
Sabun Collagen
Aku tak berapa suka sabun nie. Rasa macam tak deep cleansing kalau guna. Tak setanding sabun beras. Kadang-kadang je guna sabun collagen. Seminggu ada la 3-4 kali je kot. Selebihnya, hari-hari guna sabun beras.
Day Cream
Tekstur tak melekit. Bau sedap je bagi aku. Kalau pakai nie, tak payah pakai foundation pun takpe. Muka jadi licin je. Jangan tonyoh banyak pulak cream tu tau. Nanti putih melepak kulit! Nampak tak neutral pulak karang.
Nar Cream
Tekstur agak melekit. Bau pun tak best sangat. Nak kata bau macam tangan baru lepas potong bawang pun ada. Hehe. Entah la... Selalu aku pakai bila betul-betul time nak tidur. Walaupun muka agak melekit tapi hasil esok pagi bila bangun......... Kulit anjal gitu. :)
Tumeric Cream
Kunyit. Tu je boleh cakap. Kulit jadi kuning bila pakai. Bau pun bau kunyit. Tapi besttttt!! Apply sikit je tau. Selang seli dengan nar cream. Contoh hari Isnin guna nar cream, Selasa guna tumeric cream. Macam tu la berterusan sampai abang jamil mampos. Hehe. Tumeric nie pun pakai sebelum tidur. Esok pagi bangun, lembut je.
Toner Collagen
Aku apply toner nie sebelum pakai cream. Tak kisah la day cream ke apa cream ke. Lepas cuci muka, wajib pakai toner dulu. Bau bunga rose. Wangi dan agak berangin. Memula pakai dulu ada la rasa pedih kat area dagu. Tak lama, dalam 2-3 hari je pastu dah okay. Sekarang dah masuk botol kedua. Alhamdulillahhhh...... Best.
Memula nak beli tu, ada jugak perasaan was-was sebab pernah dengar cerita yang produk nie ada bahan kimia berbahaya. Bila buat research balik, rupanya yang tu tiruan punya laaaa. Walaupun terpengaruh dengan Pelamin Fantasia, aku takdelah terus bantai beli. Takut jugak sebab melibatkan kulit muka. So, google-google la dulu apa patut. Bila dah yakin, baru beli.
Aku beli produk nie kat website ----> DnarsCantik. Confirm original. Oh yaaaa, kalau nak beli, pastikan nama company yang ada kat botol or bekas tu ialah Rohban Trade Sdn. Bhd. Kalau nama company lain, sah tiruan. Jangan beli.
Alhamdulilah. Selama guna produk nie, kulit aku nampak okay. Kulit jadi glowing (kononnya la) dan pinky-pinky gitu kat pipi. Kulit jadi lembut. Jerawat pun taknak naik sangat dah. Kalau keluar pun pakai bedak & lipstick je. Kalau gi kenduri ke apa baru mekap beria sikit, hehe. Overall, aku puas hati dengan produk nie. Atennnnnn kasi 4 bintangggggggg (per 5 bintang).
*Gambar 100% no edit & mekap. Tambah watermark je.
*Seminggu lepas pengunaan Dnars Skincare.*
*Dua minggu lepas pengunaan Dnars Skincare.*
Gambar latest, raya nanti upload. Hikhik. Sorry review terpanjang lebar pulak kali nie. Penat iolss menaip tau. Apa pun, jangan ikut orang. Tepuk dada tanya selera. Kalau rasa kulit tu sesuai untuk jadi bahan eksprimen, aku rekemenkan produk nie. Bye.
p/s : malas nak cerita ingredient dia apa semua sebab benda tu boleh google. hehe.
UPDATED : DAH TAK PAKAI PRODUK NIE LAGI. KENAPA? BIARLAH RAHSIA :p
p/s : malas nak cerita ingredient dia apa semua sebab benda tu boleh google. hehe.
UPDATED : DAH TAK PAKAI PRODUK NIE LAGI. KENAPA? BIARLAH RAHSIA :p
Love,
Nor Fatin Nadhirah



0 comments