Assalamualaikum.... Janggal rasanya nak story pasal benda nie tapi bila kata nak semua nie jadi kenangan, kena la update kan? Hehe. Semalam adalah hari paling bermakna bagi aku sebab itulah titik permulaan segala-galanya. After 5 tahun lebih mengenal hati budi, akhirnya aku & Misr selamat ditunangkan. Ehem ehem... Malu nyeeee nak cerita. :p
Okay, aku start cerita dari hari Sabtu.
Hari Sabtu tu takdelah buat preparation apa sangat. Cuma busy pergi sana sini ambik apa yang patut diambil, hehe. Memula pergi beli bahan untuk rojak buah mak. Pastu busybody pulak tengok orang pasang khemah. Malamnya pulak pergi ambik sirih junjung kat Lovely Place Wedding. Cerita pasal hantaran, coming soon.....
Dipendekkan cerita, pihak lelaki datang seperti yang dirancang. Selepas Zohor. Aku sempat mengintai dari tingkap bilik, ramai jugak yang datang. Paling best, aku steady je. Sikit pun tak berdebar. Perasaan excited yang melebihi segala-galanya. Hikhik. Dila & Kak Mun temankan aku dalam bilik. Diorang pulak yang stress tengok aku relaks, macam takde perasaan katanya. Apa pun tak boleh....... Hewhew.
*Ayah bersalam dengan abah Misr.*
Masuk rumah, diorang pun berbincang la ikut adat melayu. Entah apa dua-dua pihak bincang, tetiba Ifarina (adik sepupu aku) ketuk pintu bilik. "kak..... keluar", aku macam #@$^&*. Bukan mencarut tapi terkejut beruk. Aku kata "biar betul", dia kata "betul lah kak. keluar cepat". Seriously, aku rasa kejap sangat diorang berbincang. Haaaaaa, time nie la satu badan aku mengigil. ON THE SPOT gigil. Gigil sebijik time merisik dulu. Dan dan tu jugak la peluh bergiat aktif, huhu. Malu tak tahu nak cakap masa keluar dari bilik. Semua orang pandang. Rasa macam artis.......... Artis sendu Pandan Perdana. (^_~)
Masa mama nak sarung cincin, tangan aku mengeletar habis. Orang parkinson pun confirm kalah punya, hehe. Mama & semua yang ada kat situ gelakkan aku. Ada ke patut? Kesian la kat saya yang maha malu depan semua orang nie. Hehehehe. Ada suprise masa sesi menyarung cincin. Aku dapat dua cincin uolssss. Aku rasa cincin kedua tu cincin hadiah la kot, hikhik. Bestnya dapat dua cincin. Baru boleh feeling mami jarum versi Key Ell, hehe.
*Rombongan meminang sudah sampai, hikhik.*
*Mak ayah sambut rombongan dengan semangat.*
Masuk rumah, diorang pun berbincang la ikut adat melayu. Entah apa dua-dua pihak bincang, tetiba Ifarina (adik sepupu aku) ketuk pintu bilik. "kak..... keluar", aku macam #@$^&*. Bukan mencarut tapi terkejut beruk. Aku kata "biar betul", dia kata "betul lah kak. keluar cepat". Seriously, aku rasa kejap sangat diorang berbincang. Haaaaaa, time nie la satu badan aku mengigil. ON THE SPOT gigil. Gigil sebijik time merisik dulu. Dan dan tu jugak la peluh bergiat aktif, huhu. Malu tak tahu nak cakap masa keluar dari bilik. Semua orang pandang. Rasa macam artis.......... Artis sendu Pandan Perdana. (^_~)
*Abah (baju hitam), bff abah (baju pink) & ayah (baju kuning)*
*Mama Misr yang duduk tengah tu. Sebelah kiri awek Haikal (adik Misr) &
sebelah kanan makcik Misr.*
*Perbincangan antara dua keluarga.*
Masa mama nak sarung cincin, tangan aku mengeletar habis. Orang parkinson pun confirm kalah punya, hehe. Mama & semua yang ada kat situ gelakkan aku. Ada ke patut? Kesian la kat saya yang maha malu depan semua orang nie. Hehehehe. Ada suprise masa sesi menyarung cincin. Aku dapat dua cincin uolssss. Aku rasa cincin kedua tu cincin hadiah la kot, hikhik. Bestnya dapat dua cincin. Baru boleh feeling mami jarum versi Key Ell, hehe.
Cincin tunang mama yang sarungkan. Cincin hadiah, nenek saudara Misr sarungkan. Ada satu insiden kelakar masa nenek saudara Misr sarung cincin kat aku. Nenek nak sarung kat jari hantu kanan aku tapi tak muat. Boleh pulak aku cakap, "eh, tak muat". Reaksi spontan aku, terus hulur dua-dua tangan aku. Nenek pilih pastu dia sarung kat jari manis kiri aku, hehehehehe. Semua gelak. Dah macam tonton Maharajalawak Mega pulak diorang semua. Huahuahua. Tak dapat digambarkan perasaan aku time tu. Alhamdulillah, selamat pun. (^_^)V
*Ambik hati sangat, hehehehehe.*
*Turn nenek saudara Misr pulak sarung cincin.*
*Masa nie la segmen 'jom pilih jari yang mana satu', hewhew.*
Selesai sarung cincin, tangkap gambar sikit lepas tu ayah pelawa pihak lelaki untuk makan. Makanan ayah order katering je. Takde orang nak tolong kalau rewang pun. Biasa lah, nama pun KL. Memang susah la kan? Ayah order kat Mak Engku Katering. Specialist dalam resepi Nasi Beriyani Gam Batu Pahat. Menu lain, ada laksa (opah bawak dari Perak), kuih muih, rojak buah (mak buat) dan air Limau Asamboi & Twister campur oren. Sedap tau.
Entah macam mana, datang idea gila Cik Ila aku suruh ajak Misr masuk rumah. Tangkap gambar sesama dengan aku. Heh. Aku malu tapi Cik Ila beria-ria la nak Misr masuk. Siap call lagi. Bila tengok Misr ada depan mata, alahai. Aku malu pulak tengok dia. Gedik tahap cimpanzi betul aku semalam. Hahaha. Padahal sebelum hari kejadian, punya lah berangan nak bajet romantik dengan Misr. Nak tangkap sesama konon. Bila kena hari kejadian, lain pulak perasaannya. Huihui.
Dan akhirnya..... Selamat sudah aku bergelar tunangan kepada Muhammad Idzat Syazwan. Sampai sekarang rasa macam tak percaya je. Dah jadi tunang orang rupanya Cik Fatin, hikhik. Semoga aku & Misr dapat menempuh segala rintangan. Sama-sama kuat ye b. Semoga jodoh kami dipanjangkan hingga akhir hayat. Amin........
Lastly, aku nak mengucapkan jutaan terima kasih pada semua yang terlibat. Family, saudara mara, jiran tetangga, kawan-kawan & keluarga pihak Misr. Terima kasih atas segala-galanya. Walaupun majlis nie takdelah perfect 100% tapi aku puas hati. Terima kasih. Sayanggggggg semua.

Adoiii, panjangnya cerita aku nie haa. Okay lah, next time aku buat review ye. Teringin nak cerita semua benda yang jadi semalam walaupun sekecil zarah. Kalau sambung semua dalam entry nie, boleh karang jadi satu novel rasanya, hehe. Tunggu sambungan kisah My Lovely Engagement okay. (^_^)
p/s : Esok confirm kena usik kat ofis, huhu.
Love,
Nor Fatin Nadhirah