facebook instagram google
  • Travel
  • Recipes
  • Do It Yourself
  • Engagement
  • Wedding
  • Pregnancy
  • Breastfeed Journey

. F A T I N .


Assalamualaikum ♥

Check-up lagi. Result urine, tekanan darah, tinggi rahim (37 cm), denyutan jantung adik (147) semuanya okay. Alhamdulillah.... Berat maintain 67 kg. Makan je tapi tak berapa lalu sebab cepat sendat. Nurse pesan kalau ada tanda-tanda nak bersalin, cepat-cepat gi hospital. Tapi persoalannya bilerrrr nak bersalin nie? Hehe. Ibu dah tak sabar nak jumpa adik. Takpelah, sampai masa nanti adik keluar la kan. Tak lama dahhhh. Adik pun bukan main mengeras je sekarang. Dah sempit ye sayang? Kesian dia. 


Aku sejak duduk KL nie emosi terlebih pulak. Bukan emosi nak marah tapi sedih teringat suami kat Bidor sana nunnnn. Tiap malam emosi. Sabar jelah. Zara relaks je. Tak sabar nak tunggu suami datang KL time bersalin nanti. Apapun, membesar dengan sihat dan sempurna anakku. Ibu, Ayah, Kakak Zara sayang adik dan tak sabar nak tunggu adik join kitorang. Muahhhhhh. ♥


Love,
Nor Fatin Nadhirah

Assalamualaikum ♥

Semalam ikut geng surau mak mertua buat lawatan ke Putrajaya. Kalau ikutkan malas nak pergi sebab dah sarat tapi pergi jugak, kesian dia beria ajak. Nak rasa berjalan dengan cucu kot. Maklum la cucu jarang balik. Hehe. So pergi la kami berempat. Mak mertua, adik ipar, aku & Zara.


Singgah solat Zohor di Masjid Besi pastu baru ke Nasyrul Quran, Presint 14. Cantiknyaaaa hiasan dalaman di Nasyrul Quran nie. Terpamer keindahan seni khat yang ada di dinding. Masuk percuma. First kena dengar taklimat dan tengok video pihak sana sediakan. Kemudian berselawat dan doa khatam Al-Quran. 





Ada 3 galeri kat sini - Al-Quran Mushaf Malaysia, Antarabangsa dan Hiasan Dalaman & Seni Bina Islam. Masa aku pergi tu ramai sangat orang. Group surau je dah 40 orang, campur lagi dengan dua group yang lebih kurang sama jumlahnya. Sesak kat situ. Ustaz bagi penerangan pulak sorang je, tak dengar apa dia cakap. Apa yang aku tahu, kat sini hanya untuk percetakan saja. Untuk urusan mewarna, menyalin semula, menyemak semuanya dilakukan di Shah Alam.





Selesai tour di 3 galeri tadi, kitorang dibawa ke kilang percetakan Al-Quran. Boleh tengok dari atas je. Lama jugak ustaz bagi penerangan pasal proses pencetakan. Memang betul-betul teliti diorang nak hasilkan Al-Quran. Yelahhhh, ayat-ayat suci. Mana boleh main hentam je. Kena pastikan semuanya betul baru boleh dicetak. 



Sebelum balik boleh redeem cenderahati iaitu Surah Yassin. Cenderahati nie dihasilkan dari duit yang diwakafkan oleh pengunjung. Ada banyak tabung wakaf kat situ. Wakaflah seikhlas hati. Nak wakafkan Al-Quran pun boleh (RM 35). Ada jugak kiosk yang menjual Al-Quran dan barangan lain macam fridge magnet, poster, penanda buku. Harga tak mahal pun. Apa yang menarik, Al-Quran yang dijual kat sini takde dijual di luar. Special edition. 


Kemudian kitorang ke Cruise Tasik Putrajaya. Makcik-makcik surau teringin nak tengok pemandangan Putrajaya. Layan jelah. Harga tiket RM 30/adult. Zara free. Tak sure harga kanak-kanak start charge dari umur berapa. Perjalanan ambik masa 45 minit. Start dari Masjid Putra ke PICC dan patah balik ke Masjid Putra. Ada dua tingkat, kitorang duduk atas. Open air gituuuuuu....







*Tingkat bawah - indoor.*

Pada aku, takdelah seronok sangat. Perjalanan pun tak jauh. Nak repeat lagi naik cruise nie maybe tak kot. Zara jelah seronok. Feeling sangat dia kena tiup angin. Menikmati pemandangan sungguh anak aku. Hahaha. Tak habis berlagak kat ayah bagitahu dia pergi sungai. Happy ibu tengok Zara happy. (^_^)






Balik tu memang dua beranak ke laut. Zara tidur tak sedar apa. Kesian dia penat seharian berjalan. Ibu apatah lagi. Penat dua kali ganda dengan perut memboyot. Adik boleh buat seram tetiba keras semacam kat Nasyrul Quran. Nervous jugak la. Haiyoooo, adik penat jugak ke? Nasib baik tak terberanak kat situ. Haha.


Love,
Nor Fatin Nadhirah

Assalamualaikum ♥

Aku dah stay KL sampai bersalin. Isnin haritu terjah KK Batu 14 Puchong. Asal nak tanya je macam mana prosedur nak transfer check-up. Tup tup dapat check-up terus hari sama. Tapi menunggu lama oiii. 8 pagi datang, 1 tengahari baru settle. Punyaaaaa laaaaa ramai orang. Tunggu nama kena panggil saja sejam setengah. Tu baru kat kaunter pendaftaran, bukan check apa-apa lagi. Perghhhh, kena hadap jugak la. Nak buat macam mana. Suami ikut sekali so Zara memang aku serah kat dia je. Tak larat nak handle.


Settle nama dipanggil, ambik sample darah. Tunggu ambik darah nie pun azab. Haha. Sabar jelah. Settle ambik darah, hantar ke makmal sekali dengan sample urine. Then tunggu turn pulak jumpa nurse. Lama jugak duduk dengan nurse, dia nak salin balik rekod dalam buku pink aku. Takde check tinggi rahim or denyutan jantung adik. Just check urine, HB (12), tekanan darah dan berat (67 kg). Nurse kata kena jumpa doktor untuk scan. Okayyyy....


Ada cerita kelakar dalam bilik doktor. Adik taknak bagi doktor ukur tulang peha dia. Haha. Buat perangai ek? Sampai 3 doktor scan perut aku. Senakkkk diorang dok tonyoh sana sini. Doktor suruh tahan nafas la apa la. Last sekali dapat jugak, tu pun adik bagi tak bagi je. Kihkihkih. Alhamdulillah, result scan okay. Anggaran berat adik 3 kg. Whatttt???? Oh ya, dah start kena check-up seminggu sekali.


Esoknya (Selasa, 20.08.2019) check-up kat PPUM. Kali nie Zara tinggal, malas nak bawak. Bagi can la ibu ayah dating, hihi. Berat tetiba jadi 67.8 kg. Hmmmm, salah penimbang nie. Kat PPUM pun scan jugak. 2 kali dapat scan adik minggu nie. Result scan katanya anggaran berat adik 2.5 kg. Entah mana betul. Tak payah besar sangat pun takpe. Jenuh ibu nak meneran nanti. Huhu. Kepala dah ke bawah, kat laluan. Uri pun dah naik atas. InsyaAllah boleh bersalin normal. Doakan ye. Sono bagitahu lagi sekali, nie baby girl tau. Okay, dah confirm la tu.


Result Hepatitis B yang diorang test masa first check-up haritu pun normal. Alhamdulillah. Doktor bagi appointment lagi 3 minggu which is masa 39 weeks sebab everything was okay. Alhamdulillah, anak-anak ibu memang memudahkan ibu masa pregnancy. Hopefully masa 39 weeks tu dah deliver. Tak sabar nak adik keluar. Hari-hari ibu pujuk suruh keluar awal. Moga-moga keluar awal ye adik. Ibu dah tak fikir apa dah. Nak tunggu turun tanda & bersalinkan adik je nie. Suami dah balik Bidor. Tinggal aku & Zara kat sini. Nak bersalin nanti baru dia datang. Rindu pulak bila berjauhan. Hmmmm... Emosi lebih memalam tengok suami takde kat sebelah.


Sementara tu, membesar dengan sihat dan sempurna anakku. Ibu, Ayah, Kakak Zara sayang adik. Ingat tau pesan ibu, KELUAR AWAL! Hahahaha. I love you sayang. Tak lama dah kita nak jumpa. Ibu is nervous tapi excited nak hadap lagi sekali pengalaman bersalin tu. (^_^)


Love,
Nor Fatin Nadhirah

Assalamualaikum ♥

Salam Aidiladha semua. Iolss beraya kat Bidor je. Tak larat jalan jauh. Turun KL nanti terus stay sana je sampai bersalin. Haritu masa 33 weeks dah kena sakit pinggang seminggu sebab pergi KL balik hari. Seksa betul tak boleh tidur baring. Seminggu aku tidur duduk. Tak pernah-pernah rasa camtu. Huhu...


Menu raya haji of course la sama macam menu raya puasa. Lemang, rendang, nasi impit. Hmmm, makan saja kerja aku. Sangkut berat next check-up nanti baru tahu. Tak tahu nak taip apa. Layan gambar jelah eh. Alhamdulillah, raya kali nie complete! Semua ada.






*35 weeks pregnant.*


Love,
Nor Fatin Nadhirah

Assalamualaikum ♥

Harini last check-up kat KK Bidor. Pasni sambung kat KL. Tak tahu lagi check-up kat mana sebab call KK sana asyik tak berjawab. Susah betul. Kena terjah jelah jawabnya nanti. Huhu.


Alhamdulillah check-up harini semuanya okay. Urine, tekanan darah, tinggi rahim (35 cm), degupan jantung adik (133). Berat dah 66.2 kg uolss. Extra 0.5 kg. It's okay, nanti pantang elok-elok berat turun la. Nurse pesan update jugak kat dia walaupun dah pindah tempat check-up. Siap wish "selamat bersalin" lagi, haha. Baik betul Nurse Arifah tu. Sepanjang check-up dengan dia, tak pernah dia cakap kasar or tinggi suara.


Kondisi badan dah start sakit-sakit. Tidur malam tak selesa. Ada masa sampai terpaksa tidur duduk. Adik punya mengeras boleh tahan sekarang. Sampai senget perut ibu dibuatnya. Adik memang aktif berbanding kakak. Sekali dia kick, padu weyy. Kakak dulu lembut je. Takpelah sayang, gerak la puas-puas. Nanti ibu rindu moment nie. (^_^)


Akhirnya ibu ayah dah capai kata sepakat untuk nama adik. Masih lagi #BabyEA. Tunggu adik keluar baru share nama dia. Hehe. Okay la, tu je dulu untuk update kali nie. Membesar dengan sihat dan sempurna anakku. Ibu, Ayah, Kakak Zara sayang adik sangat. ♥


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Newer Posts
Older Posts

LET’S BE FRIENDS

ASSALAMUALAIKUM


Hello, There!

Wife to Muhammad Idzat Syazwan.

Ibu to Eidzara Azzalea & Eliyara Addalea.


Find More



Blog Archives

  • ►  2020 (14)
    • ►  June (1)
    • ►  April (4)
    • ►  March (5)
    • ►  February (1)
    • ►  January (3)
  • ▼  2019 (43)
    • ►  December (4)
    • ►  November (4)
    • ►  October (2)
    • ►  September (3)
    • ▼  August (5)
      • PREGNANCY JOURNEY 2.0 : CHECK-UP @ KKIA (37 WEEKS)
      • LAWATAN KE NASYRUL QURAN & CRUISE TASIK PUTRAJAYA
      • PREGNANCY JOURNEY 2.0 : CHECK-UP @ KKIA & PPUM (36...
      • SALAM AIDILADHA 1440H
      • PREGNANCY JOURNEY 2.0 : CHECK-UP @ KKIA (34 WEEKS)
    • ►  July (11)
    • ►  June (3)
    • ►  May (4)
    • ►  April (4)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2018 (42)
    • ►  December (3)
    • ►  November (5)
    • ►  October (9)
    • ►  September (4)
    • ►  August (4)
    • ►  July (7)
    • ►  June (3)
    • ►  May (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (36)
    • ►  December (2)
    • ►  October (1)
    • ►  September (6)
    • ►  August (10)
    • ►  July (6)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2016 (42)
    • ►  December (4)
    • ►  November (6)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (5)
    • ►  June (4)
    • ►  May (4)
    • ►  April (3)
    • ►  March (6)
    • ►  February (3)
  • ►  2015 (47)
    • ►  October (3)
    • ►  September (3)
    • ►  August (6)
    • ►  July (6)
    • ►  June (3)
    • ►  May (2)
    • ►  April (5)
    • ►  March (3)
    • ►  February (7)
    • ►  January (9)
  • ►  2014 (44)
    • ►  December (4)
    • ►  November (2)
    • ►  October (5)
    • ►  September (4)
    • ►  August (5)
    • ►  July (5)
    • ►  June (4)
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (3)
    • ►  January (8)
  • ►  2013 (44)
    • ►  December (4)
    • ►  November (5)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (5)
    • ►  July (10)
    • ►  June (7)
    • ►  May (1)
    • ►  April (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2012 (29)
    • ►  December (3)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (4)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (6)
    • ►  April (7)
    • ►  March (3)

Labels

  • #BFJourney
  • #Checklist
  • #DIY
  • #Izadaten
  • #Majlis
  • #Malaysia
  • #Others
  • #Pregnancy
  • #Raya
  • #Recipes
  • #World
  • #Yara
  • #Zara
  • #ZaraYara

Created with by BeautyTemplates | Distributed by blogger templates