PREGNANCY JOURNEY 2.0 : CHECK-UP @ KKIA & PPUM (36 WEEKS)
Aku dah stay KL sampai bersalin. Isnin haritu terjah KK Batu 14 Puchong. Asal nak tanya je macam mana prosedur nak transfer check-up. Tup tup dapat check-up terus hari sama. Tapi menunggu lama oiii. 8 pagi datang, 1 tengahari baru settle. Punyaaaaa laaaaa ramai orang. Tunggu nama kena panggil saja sejam setengah. Tu baru kat kaunter pendaftaran, bukan check apa-apa lagi. Perghhhh, kena hadap jugak la. Nak buat macam mana. Suami ikut sekali so Zara memang aku serah kat dia je. Tak larat nak handle.
Settle nama dipanggil, ambik sample darah. Tunggu ambik darah nie pun azab. Haha. Sabar jelah. Settle ambik darah, hantar ke makmal sekali dengan sample urine. Then tunggu turn pulak jumpa nurse. Lama jugak duduk dengan nurse, dia nak salin balik rekod dalam buku pink aku. Takde check tinggi rahim or denyutan jantung adik. Just check urine, HB (12), tekanan darah dan berat (67 kg). Nurse kata kena jumpa doktor untuk scan. Okayyyy....
Ada cerita kelakar dalam bilik doktor. Adik taknak bagi doktor ukur tulang peha dia. Haha. Buat perangai ek? Sampai 3 doktor scan perut aku. Senakkkk diorang dok tonyoh sana sini. Doktor suruh tahan nafas la apa la. Last sekali dapat jugak, tu pun adik bagi tak bagi je. Kihkihkih. Alhamdulillah, result scan okay. Anggaran berat adik 3 kg. Whatttt???? Oh ya, dah start kena check-up seminggu sekali.
Esoknya (Selasa, 20.08.2019) check-up kat PPUM. Kali nie Zara tinggal, malas nak bawak. Bagi can la ibu ayah dating, hihi. Berat tetiba jadi 67.8 kg. Hmmmm, salah penimbang nie. Kat PPUM pun scan jugak. 2 kali dapat scan adik minggu nie. Result scan katanya anggaran berat adik 2.5 kg. Entah mana betul. Tak payah besar sangat pun takpe. Jenuh ibu nak meneran nanti. Huhu. Kepala dah ke bawah, kat laluan. Uri pun dah naik atas. InsyaAllah boleh bersalin normal. Doakan ye. Sono bagitahu lagi sekali, nie baby girl tau. Okay, dah confirm la tu.
Result Hepatitis B yang diorang test masa first check-up haritu pun normal. Alhamdulillah. Doktor bagi appointment lagi 3 minggu which is masa 39 weeks sebab everything was okay. Alhamdulillah, anak-anak ibu memang memudahkan ibu masa pregnancy. Hopefully masa 39 weeks tu dah deliver. Tak sabar nak adik keluar. Hari-hari ibu pujuk suruh keluar awal. Moga-moga keluar awal ye adik. Ibu dah tak fikir apa dah. Nak tunggu turun tanda & bersalinkan adik je nie. Suami dah balik Bidor. Tinggal aku & Zara kat sini. Nak bersalin nanti baru dia datang. Rindu pulak bila berjauhan. Hmmmm... Emosi lebih memalam tengok suami takde kat sebelah.
Sementara tu, membesar dengan sihat dan sempurna anakku. Ibu, Ayah, Kakak Zara sayang adik. Ingat tau pesan ibu, KELUAR AWAL! Hahahaha. I love you sayang. Tak lama dah kita nak jumpa. Ibu is nervous tapi excited nak hadap lagi sekali pengalaman bersalin tu. (^_^)
Love,
Nor Fatin Nadhirah

0 comments