LAWATAN KE NASYRUL QURAN & CRUISE TASIK PUTRAJAYA

by - August 25, 2019


Assalamualaikum ♥

Semalam ikut geng surau mak mertua buat lawatan ke Putrajaya. Kalau ikutkan malas nak pergi sebab dah sarat tapi pergi jugak, kesian dia beria ajak. Nak rasa berjalan dengan cucu kot. Maklum la cucu jarang balik. Hehe. So pergi la kami berempat. Mak mertua, adik ipar, aku & Zara.


Singgah solat Zohor di Masjid Besi pastu baru ke Nasyrul Quran, Presint 14. Cantiknyaaaa hiasan dalaman di Nasyrul Quran nie. Terpamer keindahan seni khat yang ada di dinding. Masuk percuma. First kena dengar taklimat dan tengok video pihak sana sediakan. Kemudian berselawat dan doa khatam Al-Quran. 





Ada 3 galeri kat sini - Al-Quran Mushaf Malaysia, Antarabangsa dan Hiasan Dalaman & Seni Bina Islam. Masa aku pergi tu ramai sangat orang. Group surau je dah 40 orang, campur lagi dengan dua group yang lebih kurang sama jumlahnya. Sesak kat situ. Ustaz bagi penerangan pulak sorang je, tak dengar apa dia cakap. Apa yang aku tahu, kat sini hanya untuk percetakan saja. Untuk urusan mewarna, menyalin semula, menyemak semuanya dilakukan di Shah Alam.





Selesai tour di 3 galeri tadi, kitorang dibawa ke kilang percetakan Al-Quran. Boleh tengok dari atas je. Lama jugak ustaz bagi penerangan pasal proses pencetakan. Memang betul-betul teliti diorang nak hasilkan Al-Quran. Yelahhhh, ayat-ayat suci. Mana boleh main hentam je. Kena pastikan semuanya betul baru boleh dicetak. 



Sebelum balik boleh redeem cenderahati iaitu Surah Yassin. Cenderahati nie dihasilkan dari duit yang diwakafkan oleh pengunjung. Ada banyak tabung wakaf kat situ. Wakaflah seikhlas hati. Nak wakafkan Al-Quran pun boleh (RM 35). Ada jugak kiosk yang menjual Al-Quran dan barangan lain macam fridge magnet, poster, penanda buku. Harga tak mahal pun. Apa yang menarik, Al-Quran yang dijual kat sini takde dijual di luar. Special edition. 


Kemudian kitorang ke Cruise Tasik Putrajaya. Makcik-makcik surau teringin nak tengok pemandangan Putrajaya. Layan jelah. Harga tiket RM 30/adult. Zara free. Tak sure harga kanak-kanak start charge dari umur berapa. Perjalanan ambik masa 45 minit. Start dari Masjid Putra ke PICC dan patah balik ke Masjid Putra. Ada dua tingkat, kitorang duduk atas. Open air gituuuuuu....







*Tingkat bawah - indoor.*

Pada aku, takdelah seronok sangat. Perjalanan pun tak jauh. Nak repeat lagi naik cruise nie maybe tak kot. Zara jelah seronok. Feeling sangat dia kena tiup angin. Menikmati pemandangan sungguh anak aku. Hahaha. Tak habis berlagak kat ayah bagitahu dia pergi sungai. Happy ibu tengok Zara happy. (^_^)






Balik tu memang dua beranak ke laut. Zara tidur tak sedar apa. Kesian dia penat seharian berjalan. Ibu apatah lagi. Penat dua kali ganda dengan perut memboyot. Adik boleh buat seram tetiba keras semacam kat Nasyrul Quran. Nervous jugak la. Haiyoooo, adik penat jugak ke? Nasib baik tak terberanak kat situ. Haha.


Love,
Nor Fatin Nadhirah

You May Also Like

0 comments