facebook instagram google
  • Travel
  • Recipes
  • Do It Yourself
  • Engagement
  • Wedding
  • Pregnancy
  • Breastfeed Journey

. F A T I N .

Assalamualaikum ♥

Sebelum tahun 2014 melabuhkan tirai, terasa nak recap balik kenangan-kenangan sepanjang tahun. Banyak sangat benda jadi tahun nie. Yang manis ada, yang pahit pun banyak. Huhu.... Mula dulu dengan kenangan pahit a.k.a situasi yang menyedihkan.


08 MAC 2014
Pesawat Malaysia Airlines MH370 hilang tak dapat dikesan. Sampai sekarang masih tak tahu khabar berita. Entah hidup entah tidak. Allah SWT sahaja yang tahu. Semoga ahli keluarga mereka tabah.


10 JUN 2014
Arwah atok kembali ke Rahmatullah. Abah kepada mak. Arwah atok sakit tak lama. Sakit pun bukan sakit tua ke apa. Cuma hilang ingatan je. Entah macam mana penyakit tu melarat sampai dia terlantar dalam dua minggu sebelum meninggal dunia. Semoga arwah atok ditempatkan dikalangan orang yang beriman.


17 JULAI 2014
Satu lagi pesawat Malaysia Airlines dapat musibah. Kali nie MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine. Semua penumpang meninggal dunia. Angkara siapa masih tak pasti. Semoga mereka tenang disana.... T_T


05 SEPTEMBER 2014
Adik aku, satu-satunya adik aku kemalangan jalanraya. Berlanggar dengan kereta yang nak belok masuk ke jalan dia. Bodoh punya pemandu kereta. Bodoh tahap dewa!! Akibat kemalangan tu, otak adik aku bergegar kuat. Sampai sekarang dia masih tak pulih. Beransur pulih tapi kata doktor memang akan ambik masa yang agak lama untuk adik aku pulih. Semoga Ami cepat sembuh..... Akak sayang Ami. T_T



29 SEPTEMBER 2014
Arwah pakngah pulak kembali ke Rahmatullah. Arwah pakngah memang sakit dah lama. Macam-macam penyakit. Kencing manis, jantung, semua ada. Seingat aku, arwah pakngah masuk ICU tak sampai seminggu. Semoga arwah pakngah ditempatkan dikalangan orang yang beriman.


Kenangan manis pun banyak terjadi dalam tahun nie. Antaranya.......


16 APRIL 2014
Kakak ipar aku selamat melahirkan anak buah kedua aku. Zaira Izz Zandra a.k.a Dikya Mokmok. Seronoknya dapat anak buah baru, lagi-lagi perempuan. Aku suka betul baby perempuan, hehehe. Sekarang dah nak pandai merangkak pun. Gemuk bukan main. Baru nak masuk 8 bulan tapi berat dah 9kg lebih. Kalah abang dia, hikhik...



14 OGOS 2014
Merasa pengalaman melancong ke Abu Dhabi dan Dubai. Tengok dan belajar cara hidup masyarakat kat sana. Banyak tengok tempat orang buat kita makin rasa negara kita la yang paling terbaik. Seriously. Malaysia is the best!! :)


10 OKTOBER 2014
Kenangan yang takkan aku lupakan sepanjang hidup aku. Hari tu la aku bertukar status kepada seorang isteri. Alhamdulillah, dah dua bulan berkahwin, kehidupan bertambah okay. Dah boleh faham antara satu sama lain. Best rupanya kahwin nie. Hewhew.. :p



12 OKTOBER 2014
Dapat jadi permaisuri sehari. Hahaha. Sebabkan takde majlis bertandang, hari tu jelah yang buat aku merasa jadi subjek utama kepada semua orang. Seronok giler naik pelamin. Rasa nak sanding je lagi. Rinduuuuu nak bersanding tau. Orang yang pernah bersanding je faham perasaan nie, kikiki.


Untuk tahun 2014, itu la kenangan yang bermakna buat aku. Semoga tahun 2015 beri kehidupan yang baik untuk aku dan semua orang. Dan semoga tahun 2015 aku dapat tukar status dari seorang anak dan isteri kepada seorang ibu pulak. Doakan. Aminnnnnnnnn.... (^_*)


Selamat tinggal 2014. Selamat datang 2015. Selamat berumur 26 tahun Fatin. Huahuahua.. (*_*)


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum ♥

Sabtu lepas first time aku pergi tengok bola kat stadium. Balik kerja terus gerak. Naik LRT je sebab tau jalan confirm jammed. Aku pergi dengan suami & Wawa. Then jumpa Along & Acu kat sana. Kitorang sampai stadium awal giler kot. Game start pukul 8 malam, pukul 2.30 petang kitorang dah terpacak kat situ. Excited, hikhik. Jalan-jalan kat booth yang ada, tak pasal-pasal aku TERbeli satu jersi. Mihmihmih.... :p

*Terus pakai jersi baru, hihi.*




Kitorang masuk stadium dalam pukul 5 petang camtu. Pastu duduk la sampai lebam. Kalau lambat, tak dapat la seat yang best sebab orang ramai pun dah start masuk jugak. And of course seat kitorang best. Elok terbentang satu padang depan mata. Takde halangan langsung. Hehehe. Sementara nak tunggu game start, macam-macam aku melantak. Huhuhuhu...... Terlupa pulak berat dah naik. T_T





Tengok bola kat stadium, feel dia tu lain macam betul. Serius. Aura harimau malaya macam dipaksa-paksa masuk dalam jiwa. Cewahhh, hihi. Bayangkan aku yang tak berapa suka tengok bola nie pun jadi excited giler. Over mengalahkan peminat fanatik. Kecoh tau aku nie, kikiki. Semangat penyokong Malaysia semua especially Ultras Malaya memang terbaikkkkkk!!! Salute giler tengok diorang. Best. Serius best! So freaking best!


Walaupun Malaysia kalah di tangan Thailand, itu tak jadi masalah. Kita dah buat yang terbaik tapi takde rezeki, nak buat macam mana. Tapi geram jugak la dengan Safee Sali. Banyak kali dapat peluang tapi..... Hmmm, takpelah. Cuba la lagi nanti ye. Balik stadium, suami aku terus sakit tekak. Tu la, over sangat menjerit. Mengalahkan coach. Hehe. Lepas nie boleh la selalu ajak suami pergi stadium. Support Malaysia. (^_^)


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum ♥

Sambung balik entry pasal Dubai. Kalau boleh nak je cepat habiskan entry nie. Banyak giler kot entry tertunggak. Dah tak terkejar rasanya. Dengan kerja kat ofis lagi belambak-lambak. Sabaaaaaar jelah.


Desert Safari memang tempat paling seronok bagi aku selama di Dubai. Walaupun panas nak mampos cuaca kat situ tapi pengalaman dia, perggghhhh!! Terbaikkkk. Seingat aku, perjalanan dari hotel ke Desert Safari ambik masa dalam sejam. Dari hotel dah naik Jeep. Sampai sana nanti, Jeep boleh terus teroka kawasan padang pasir tu.

*Masa nie baru nak masuk kawasan padang pasir.*

Sampai kat kawasan padang pasir, kitorang berhenti sekejap. Driver kasi chance bergambar sebelum start adventure. Takut kau! Macam orang mabuk dia drive. Dah lah dalam Jeep aku semua perempuan, menjerit confirm la. Baru suku perjalanan, salah sorang kawan aku dah muntah-muntah nak gila, driver pun terpaksa la slowkan pemanduan dia. Jalan pun kat kawasan yang tak berapa mencabar. Tak thrill betul. Sabar jelah. T_T




Nak dijadikan cerita, tak pasal kitorang boleh sesat kat tengah-tengah padang pasir. Si driver terlepas hubungan dengan kereta-kereta lain. Pelik jugak la. Yelah, dia mesti dah familiar kawasan situ. Rupa-rupanya ada banyak camp. Dia tak tahu tempat pertemuan kitorang semua kat camp yang mana satu. Hmmm... Sementara dia sibuk dok contact kawan dia, aku pun bergambar la. Nampak je redup tau tapi panas tahap terbakar bontot. Huhu. T_T






Lebih kurang sejam perjalanan, kitorang pun sampai kat tempat camp. Tempoh perjalanan setiap Jeep berbeza. Bergantung pada pemanduan dan masalah teknikal. Ada tu sampai dua tiga jam baru sampai sebab tayar Jeep diorang sangkut dalam pasir. Sampai kat tempat camp, aku  ternampak unta. Bestnyeeeeee... Merasa la naik unta. Takut jugak masa nak naik. Tak kasi warning, ikut suka hati dia je nak bangun. Tak sempat nak prepare mental fizikal. Hehe. Malamnya pulak, kitorang semua dinner kat camp. Siap dapat tengok persembahan lagi. Apa benda entah nama tarian tu, dah lupa. Tapi best.... :)









Next, Water Taxi. Bersebelahan dengan Spice Souq. Boat sebenarnya, nama je nak gempak. Hehe. Bersiar-siar atas boat, tengok bangunan-bangunan lama kat Dubai. Pemandangan cantik. Struktur bangunan tak diubah. Tapi sekejap je pun naik boat nie. Sekadar nak lepaskan hajat kata orang. Hikhik.




Untuk tempat shopping, banyak jugak tempat aku pergi. Aku tak ingat nama semua tempat sebab kebanyakkannya kitorang pergi ke Shopping Mall. Dah la barang mahal, entah pape je bawak kitorang ke sana. Tak mampu nak beli pun, mampu tengok je. Tempat yang okay bagi aku kat Naif Market dan Spice Souq.

Spice Souq nie pasar rempah ratus. Kedai sourvenir pun ada. Masa aku pergi, hari tutup diorang. Boleh kira je berapa kedai yang bukak, huhu. Aku tak survey harga rempah ratus sebab memang takde niat nak beli pun. Aku jenjalan kat kedai sourvenir je. Cantik-cantik barang diorang jual. Tapi mahallllll... T_T







Kat Naif Market pulak banyak jual abaya. Boleh kata 90% kedai kat situ jual abaya. Macam-macam design. Cantik-cantik belaka. Harga pun berpatutan, siap boleh runding lagi tau. Best sangat. Aku beli satu abaya je kat sini sebab masa tu duit dah nak habis. Hehehe. Kesiannnnn.... :p




So far, tu jelah pengalaman aku kat Dubai. Baca macam boring je kan? Baca memang boring, kalau pergi Insyallah tak boring. Hikhik. Rancang la percutian seelok-eloknya okay. Kalau boleh, avoid musim panas sebab kat sana memang panas sangat. Balik Malaysia, aku demam dua minggu kot. Siap pergi klinik lagi takut-takut terkena penyakit Ebola. Alhamdulillah, nasib baik takde. Hihihi.


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum ♥

Aku dan suami pergi honeymoon seminggu lepas kahwin. Actually, bukan honeymoon berdua tapi berempat belas. Haaaa, hambik kau! Hehe. Family holiday sebenarnya tapi anggap jelah kali nie pre-honeymoon. :p


Perjalanan ke Jeti Kuala Perlis ambik masa lebih kurang 6-7 jam. Lama sebab banyak berhenti. Sampai jeti dalam pukul 4 pagi kalau tak silap aku. Terpaksa la tunggu kat situ sebab first feri ke Langkawi pukul 7 pagi.




Sampai je Langkawi, kitorang sewa satu van dan satu kereta. Check-in hotel, lepas Zohor baru start berjalan. Tempat pertama kitorang pergi mestilah Cable Car. Hari Jumaat pun ramai orang. Kalau weekend tak tau la macam mana. Seronok sejuk dan gayat. Hikhik. Haaaa, kat sini la aku tergoda pastu terbeli lukisan karikatur tu. Sobsob. Perempuan. Memang cepat terpedaya. Benci tau... T_T












Hari kedua, kitorang pergi Island Hopping. Masa nie memang best. Destinasi pertama, ke Tasik Dayang Bunting. Berendam aku dalam tasik tu, lama jugak. Kot-kot la naik mandi boleh bunting ke, hahaha. Tahyul betul. Tak mengandung pun lagi sampai sekarang nie, kikiki. Doakan ye... Pastu kitorang pergi bagi makan helang lepas tu ke Pulau Beras Basah. Kat sini mandi tak ingat dunia walaupun hujan. Siap selfie dalam air. Nasib tak demam. :p











Balik dari Island Hopping, rehat kejap dalam bilik hotel then keluar balik. Kali nie pergi kedai gamat. Kitorang pergi dua kedai gamat, Nusantara dan MH Saujana. Kat Nusantara, aku borong minyak untuk Mama dan diri sendiri. Kat sini jugak aku dapat try celup jari dalam kawah minyak gamat. Panas tapi tak melecur pun jari aku. Ajaib... MH Saujana kitorang pergi sebab nak beli minyak untuk Ami. Requested by Mak.





Settle borong minyak, kitorang ke Makam Mahsuri. Banyak perubahan kat sini. Yelah, last aku pergi masa umur 18 tahun, mesti la banyak berubah kan? Hehe. Masa aku sampai kat rumah Mahsuri, ada makcik-makcik tengah buat marhaban. Overall, biasa-biasa je. Best la jugak sikit. Best sikit tu pun sebab ada suami. Kikikiki... Melampau betul. :p







Hari ketiga iaitu hari last kat Langkawi, aktiviti shoppingggg... Sehari suntuk shopping sampai habis duit aku. Segala macam mak nenek chocolate aku beli. Hehe. Petang tu naik feri balik ke Jeti Kuala Perlis dan balik semula ke KL. Reward yang aku dapat balik dari honeymoon, SUNBURN... Huarggghhhh!!

Walaupun holiday kali nie singkat tapi tetap seronok. Seronok sebab first time merasa bercuti dengan suami. Sebelum kahwin, kitorang memang tak pernah bercuti sesama. InsyaAllah, ada rezeki lebih nanti nak honeymoon berdua je. We need privacy. Mood pengantin baru takkan hilang selagi takde baby. Huahua. (^_~)

 *Dikya bambam ibu say byebye semua.*


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Newer Posts
Older Posts

LET’S BE FRIENDS

ASSALAMUALAIKUM


Hello, There!

Wife to Muhammad Idzat Syazwan.

Ibu to Eidzara Azzalea & Eliyara Addalea.


Find More



Blog Archives

  • ►  2020 (14)
    • ►  June (1)
    • ►  April (4)
    • ►  March (5)
    • ►  February (1)
    • ►  January (3)
  • ►  2019 (43)
    • ►  December (4)
    • ►  November (4)
    • ►  October (2)
    • ►  September (3)
    • ►  August (5)
    • ►  July (11)
    • ►  June (3)
    • ►  May (4)
    • ►  April (4)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2018 (42)
    • ►  December (3)
    • ►  November (5)
    • ►  October (9)
    • ►  September (4)
    • ►  August (4)
    • ►  July (7)
    • ►  June (3)
    • ►  May (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (36)
    • ►  December (2)
    • ►  October (1)
    • ►  September (6)
    • ►  August (10)
    • ►  July (6)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2016 (42)
    • ►  December (4)
    • ►  November (6)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (5)
    • ►  June (4)
    • ►  May (4)
    • ►  April (3)
    • ►  March (6)
    • ►  February (3)
  • ►  2015 (47)
    • ►  October (3)
    • ►  September (3)
    • ►  August (6)
    • ►  July (6)
    • ►  June (3)
    • ►  May (2)
    • ►  April (5)
    • ►  March (3)
    • ►  February (7)
    • ►  January (9)
  • ▼  2014 (44)
    • ▼  December (4)
      • 2014 DALAM KENANGAN
      • FINAL AFF SUZUKI CUP 2014 : MALAYSIA VS THAILAND
      • DUBAI (PART 2) : DESERT SAFARI, WATER TAXI & TEMPA...
      • IZADATEN HONEYMOON @ PULAU LANGKAWI
    • ►  November (2)
    • ►  October (5)
    • ►  September (4)
    • ►  August (5)
    • ►  July (5)
    • ►  June (4)
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (3)
    • ►  January (8)
  • ►  2013 (44)
    • ►  December (4)
    • ►  November (5)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (5)
    • ►  July (10)
    • ►  June (7)
    • ►  May (1)
    • ►  April (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2012 (29)
    • ►  December (3)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (4)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (6)
    • ►  April (7)
    • ►  March (3)

Labels

  • #BFJourney
  • #Checklist
  • #DIY
  • #Izadaten
  • #Majlis
  • #Malaysia
  • #Others
  • #Pregnancy
  • #Raya
  • #Recipes
  • #World
  • #Yara
  • #Zara
  • #ZaraYara

Created with by BeautyTemplates | Distributed by blogger templates