facebook instagram google
  • Travel
  • Recipes
  • Do It Yourself
  • Engagement
  • Wedding
  • Pregnancy
  • Breastfeed Journey

. F A T I N .

Assalamualaikum ♥

Masa pregnant dulu, semangat sangat nie beli set botol susu. Dengan harapan baby tak memilih. Pelik jugak bila baca mommies kata kena try macam-macam botol kat anak diorang. Sekarang rasakannn. Diri sendiri dah terkena. Set botol yang beratus tu sudahnya jadi pre-loved. Ibu dah jual. Sob sob. Sabar jelah... T_T


Aku tak ajar Zara hisap botol sejak lahir. Umur dia dua bulan rasanya baru nak start ajar. Mahu la dia nak kan, dah sedap direct feeding. Huhu. Try botol Tommee Tippee yang tinggal kenangan tu. Dia reject. Suap - reject - suap - reject. Stress aku. Nasib baik la aku sambung cuti lagi sebulan. Kalau tak, menangis kelaparan anak aku kat rumah pengasuh.


Cakap dengan suami, jom la cari botol lain @ aku berhenti kerja. Hambikk kau! Hehe. Serius, dalam hati masa tu memang niat nak berhenti je. Sebab tak sanggup tinggal anak. Kikiki... Sementara tu, puas aku Google & tanya dalam group FB. Ramai suggest botol susu Pigeon. Okay la, jom kita cuba. Kot-kot serasi dengan Zara.


Pergi Jusco, beli la botol Pigeon Peristaltic Plus Wide Neck. Ada dua jenis. Penutup putih & kuning. Aku beli yang penutup kuning sebab aku baca katanya botol penutup kuning nie tahan lama. Melayang duit ibu RM 50. Tu pun after discount tau. Takpelah, demi anak. Korbankan apa saja. Dalam hati berharap sangat biar la Zara nak hisap botol nie.


Sekali try, terus Zara nak. Tak reject langsung. Yeaayyyy!! Alhamdulillah. Seronok sangat. Baru la rasa lega nak tinggal dia nanti. Ajar pelan-pelan. Dok gilir botol & miss B supaya tak nipple confused. Alhamdulillah, so far okay je. Tapi kusangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengahari. Cewaahh, hihi.


Start hantar Zara kat pengasuh, dia sedap hisap botol sampai reject direct feeding. Ibu is sedih! Huhu. Yelah, dia dapat direct feeding time malam je. Tu pun berapa kali je sebab tidur kan. Aku cuba jugak sampai lebam. Semua skill keluar. Dari cara lemah lembut sampai la tahap paksa. Haha. Kesian Zara.... Nak taknak kena biasakan jugak sebab aku taknak dia berpisah terlalu awal dengan aku. Walaupun dia tetap minum susu ibu dia, aku tetap nak sentuhan skin-to-skin dengan dia. Supaya kasih sayang kitorang makin menebal. :p


Alhamdulillah.... Zara dah okay sekarang. Botol nak, direct pun nak. Sejak dah besar sikit nie, bijak dah. Dia takkan hisap botol kalau aku yang suap. Bertuah la rasa kalau kena time dia nak. Bagi miss B, laju je nyot-nyot. Orang lain bagi elok je dia hisap. Maybe dia tahu niat ibu dia nak skin-to-skin. Tu yang demand tu. Hehe.


So pada mommies, jangan give-up. Tak semua baby sama. Ada yang sumbat botol apapun dia okay. Ada yang nak bereksperimen macam-macam botol dulu. Hehe. Budak sekarang kan terlebih advance. Sabar jelah ye. Bukan orang lain, darah daging kita jugak. Aku recommended sangat botol susu Pigeon nie pada mommies yang ada masalah sama macam aku. InsyaAllah...... Usaha dan ikhtiar. Pasti ada jalan penyelesaian. Yang penting, jangan patah semangat. Byebye. ♥




Love,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum ♥

Entry basi. Lambat update. Aku takde masa nak menaip. Asyik create new post je tapi entry ke laut. Penuh draft kat dashboard. Banyak benar cerita queue tunggu dipublish. Mohon ibu buat marathon pleaseeeeee. :'D


Alhamdulillah, majlis aqiqah Zara dah selamat dilakukan 1 Oktober lepas kat rumah Bidor, Perak. Zara baru 2 bulan masa tu. Alang-alang mak nak buat reunion dengan member sekolah, sekalikan aje aqiqah Zara. Senang. Tumbang sekor kambing. Kitorang decide buat kambing golek je. Harga sekor kambing RM 800. Siap dapat sijil kau. Hehe. Alhamdulillah, lepas dah aqiqah untuk anak ibu. Ada rezeki lebih nanti, kita buat korban pulak ye sayang.


Mak ada jemput ustaz bagi ceramah hari tu. So ada la upacara tahnik. Bukan ustaz selebriti. Biasa je. Ustaz baca doa, kasi air zamzam & kurma dan gunting sikit rambut Zara buat syarat. Settle. Lepas tu dah boleh makan-makan.


Sebab tak sangka akan ada upacara tahnik, takdelah get ready apa-apa. Nasib stok air zamzam & kurma ada. Cari gunting tak jumpa, puas geledah satu rumah. Sudahnya jumpa gunting potong kain. Gasak la nak. Kesian Zara. Tak senonoh ibu nie ye. Takpe, majlis cukur jambul nanti ibu buat preparation tip top okay. (^_^)


Zara behave sangat sepanjang majlis. Tak nangis langsung. Anak ibu nie memang baik. Ibu love you lahhhhh. Majlis cukur jambul menyusul bulan depan (Disember). Buat kat belah suami. Cucu sulung kan, kita kasi cannnn la. Hehe. Nanti ibu update. InsyaAllah.... ♥


Jom layan gambar. Sebabbbbbbbb ibu takde idea nak menaip dah. Hihihi.













*Dress Zara from Tesco. RM 29.90 sajooo, hihi.*


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum ♥

As a new mommy, banyak benda yang aku tak tahu pasal baby. Asal rasa semacam je pasal anak, Google la jadi mangsa. Takdelah percaya 100%. Baca then tanya jugak kat nurse KK. Takut info dalam internet tu tak betul. Sama la kisahnya dengan BCG anak aku nie haaaa. Haru betul.


Umur Zara sebulan lebih lagi aku dah confius pasal BCG dia. Pernah baca dalam satu group FB, ada mommies risau BCG anak diorang berlubang la bernanah la apa la. BCG Zara elok je aku tengok. Tak berlubang @ bernanah. Cuma ada tanda merah. Hmmmm, normal ke BCG anak aku nie? Jadi ke tak? Dah paranoid tak tentu pasal. Google sampai lebam. Hehehehe.


Masa check-up Zara dua bulan, aku tanya la kat nurse. Nurse kata tunggu 3 bulan nanti macam mana. Samada kena cucuk balik atau tak. Okay, ibu yang nervous. Mintak-mintak la tak payah repeat inject. Kesian Zara, huhu. Next check-up, nurse cakap tak payah cucuk sebab ada tanda. Memang sesetengah baby takkan lalui proses BCG bernanah @ berlubang. Fuhhh, lega hati ibu. So mommies yang risau a.k.a paranoid (macam aku) tak payah risau sangat okay. Once BCG anak uolss ada tanda, should be okay walaupun tak bernanah. Rajin-rajinkan mulut bertanya kat nurse. Bukan untuk orang lain, untuk anak kita jugak kan. Hehe. (^_^)


Comel lote je BCG Zara. Cun sikit pakai sleeveless. :p



Love,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum ♥

Sejak jadi mak-mak nie, benda pertama yang terlintas dalam kepala mesti anak dulu. Pergi shopping cari baju anak, pergi makan fikir makanan apa yang tak efek anak, semuanya anak je memanjang. Sentiasa nak yang terbaik untuk anak. ♥


Aku & suami decide bukak akaun bank untuk Zara seawal yang boleh. So tiap bulan kitorang boleh menyimpan untuk dia and bila dah besar sikit, nak ajar dia menabung pulak. Bab mengajar tu serah je kat ayah dia. Ayah Zara sangat laaaaaaa penjimat orangnya. Ibu sekarang jadi jimat pun sebab didikan ayah Zara tahu tak. Hahaha. :D


Akaun tabung haji boleh dibuka di kaunter Tabung Haji, Bank Islam @ Bank Rakyat. Minimum amount nak bukak buku RM 2 je. Ada 2 borang kena isi. Satu borang untuk maklumat pendeposit & satu lagi untuk penama. Penama tu in case kita meninggal dunia, dia la jadi pemegang amanah akaun kita. Sama je konsep dengan penama KWSP.


DOKUMEN YANG DIPERLUKAN : SIJIL LAHIR ORIGINAL ANAK & IC ORIGINAL PENJAGA AKAUN.


Zara baby lagi so kena ada penjaga yang control akaun dia sampai umur 18 tahun. Penjaga akaun dia of course la ibu. Hihihi. Oh ya, nak jadi penjaga akaun kena make sure kita ada akaun TH tau. Tadi aku pun kena bukak akaun untuk diri sendiri jugak. Takpelah, penting jugak bukak akaun TH nie. Kot nanti ada rezeki & duit lebih, dapat pergi haji. InsyaAllah. Aminnnnn.....


Kita boleh transfer duit dari online banking ke akaun TH kalau malas nak beratur kat bank. Nanti update je buku kat bank yang aku sebut tadi. Tapi untuk akaun TH anak, hanya penjaga akaun sahaja yang boleh updatekan. Bila anak dah cukup umur, tukar dari akaun kanak-kanak ke akaun dewasa. Masa tu tak perlu dah penjaga. Cukup duit Zara RM 1300 ke atas, ibu nak daftar terus untuk haji. InsyaAllah.....


Buat masa nie, semua duit yang Zara dapat sejak dia lahir kitorang simpan untuk masa depan dia. Satu sen pun kitorang tak usik. Untuk dia guna nak sambung belajar nanti ke apa ke. Perancangan masa panjang. Beruntungnya anak-anak sekarang. Zaman ibu dulu nak ada duit simpanan pun susah sebab ekonomi keluarga tak menentu. Semoga Zara kenang jasa ibu ayah bila dah besar nanti. Ibu ayah nak yang terbaik untuk Zara. Ingat tu....


Ibu berangan nak Zara jadi pilot. Terngiang-ngiang suara Zara cakap, "Assalamualaikum, saya Kapten Eidzara Azzalea bla bla blaaaaa...." Belajar pandai-pandai ye anak ibu. Over giler tau ibu nie padahal Zara baru nak masuk 4 bulan. Hahahaha. Tak salah berangan, mana tahu jadi kenyataan. Mana tahu doa ibu dimakbulkan Allah SWT. Doa ibu kan mustajab..... (^_^)

*ibu lagi over dari Zara.*


Love,
Nor Fatin Nadhirah

Assalamualaikum ♥

Hari tu ada promise nak kongsi pasal kos bersalin kan? Okay, meh sini hakakkk nak share. Oh sebelum tu, nie harga semasa aku bersalin bulan Julai 2016 tau. Maybe ada kenaikan harga. So jangan pegang sangat harga tu. Buat anggaran boleh la.


Kos bersalin aku cuma RM 530 sahaja! Ye, murah kan? Hmmm, tak tahu la bagi orang lain macam mana tapi pada aku, okay la sebab aku bajet dalam RM 1000++. Tempat selesa. Wad cantik. Cuma takde single @ double bed. Semua 4 bedded. Labour room pun bukan pakai tirai. Masing-masing ada bilik. Takdelah kita dengar jiran sebelah menjerit sakit. Scaryyyyy nok. 


PPUM nie semi-gov. So harga dia mahal sikit dari hospital kerajaan & murah dari hospital swasta. Memang affordable. Bukan nak kata hospital kerajaan tak okay, cuma keselesaan tu lebih sikit la kat sini. Pastu diorang ada bank darah sendiri. In case kita ada komplikasi masa bersalin, diorang ada bekalan darah. Sebab tu sebelum tahan wad, diorang akan ambik sample darah untuk persediaan awal.


Nak daftar PPUM, kena bayar deposit RM 500. Jangan risau, deposit tu la yang akan cover bayaran kita nanti. Suami aku just bayar RM 30 je sebelum aku & baby keluar hospital sebab RM 500 kitorang dah ada pada PPUM sebagai deposit. Faham tak? Kalau daftar tapi cancel, aku tak sure diorang pulangkan deposit atau tak. Yang tu tanya PPUM sendiri hokayyyy....


Nurse very friendly. Ada la sorang dua kekwat sikit. Biasa la tu kannn. Nurse kat wad postnatal baik sangat. Very supportive bila kita nak menyusukan anak. Asyik datang tanya je. Ajar cara menyusu yang betul. Sembang macam member je. Seronok sangat. PPUM adalah hospital yang sangat mementingkan penyusuan susu ibu pada baby. Doktor pun okay. Ada 4 team, A B C D. So kita akan dipantau oleh doktor mengikut team. And setiap team ada Prof yang jadi kepala... Apa masalah, doktor akan rujuk pada Prof dulu sebelum buat keputusan.


Aku bersalin normal tanpa Epidural, suntik ubat, vacum atau apa-apa jelah. Wad duduk semalam. Dapat ubat obimin & paracetamol masa keluar hospital. Maybe sebab tu kos bersalin tak berapa mahal. Depends pada condition pesakit tapi InsyaAllah mampu bayar.


Ada rezeki nanti, macam nak bersalin je lagi kat situ. Puas hati. Hmmm, diharap entry nie dapat menjawab kemusykilan mommies yang berniat nak bersalin di PPUM. Byebye (^_^)

Boleh baca prosedur daftar kat sini ---> PROSEDUR TEMPAHAN PPUM

DAN

pengalaman bersalin kat sini ---> PENGALAMAN BERSALIN DI PPUM

*ini wad prenatal - sebelum bersalin.*

*ini wad postnatal - selepas bersalin.*

Boleh baca entry baru pasal kos bersalin tahun 2019 di link entry nie —> Kos Bersalin di PPUM (2019). 


Love,
Nor Fatin Nadhirah



♥ MAJLIS CUKUR JAMBUL EIDZARA AZZALEA ♥


Tarikh : 24 Disember 2016
Lokasi : Kompleks Komuniti Muhibbah, Puchong
Tema : Turqouise (ibu ayah), Putih (Zara)
Jemputan : 100 paxs


Mini Pelamin : Qu Bella Bridal - DONE

Photographer : Eternity Production (shoot & burn only) - DONE

Dress : Babykids Dress & Accessories - DONE

Welcome Board : Studio Belimbing Besi - DONE

Marhaban : Marhaban An-Nur PPR Kg Muhibbah - DONE

Makanan : DONE

Doorgift :-
Bunga Telur Teddy Bear : Cik Kellie Idea - DONE
Surah Yasin + box + sticker : Surah Yasin Murah - DONE
Telur (untuk bunga telur) : DONE
Air Mineral : DONE
Beg Doorgift : DONE

Baju ibu & ayah : DONE

UPDATED 23 DISEMBER 2016
Newer Posts
Older Posts

LET’S BE FRIENDS

ASSALAMUALAIKUM


Hello, There!

Wife to Muhammad Idzat Syazwan.

Ibu to Eidzara Azzalea & Eliyara Addalea.


Find More



Blog Archives

  • ►  2020 (14)
    • ►  June (1)
    • ►  April (4)
    • ►  March (5)
    • ►  February (1)
    • ►  January (3)
  • ►  2019 (43)
    • ►  December (4)
    • ►  November (4)
    • ►  October (2)
    • ►  September (3)
    • ►  August (5)
    • ►  July (11)
    • ►  June (3)
    • ►  May (4)
    • ►  April (4)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2018 (42)
    • ►  December (3)
    • ►  November (5)
    • ►  October (9)
    • ►  September (4)
    • ►  August (4)
    • ►  July (7)
    • ►  June (3)
    • ►  May (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (36)
    • ►  December (2)
    • ►  October (1)
    • ►  September (6)
    • ►  August (10)
    • ►  July (6)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (4)
  • ▼  2016 (42)
    • ►  December (4)
    • ▼  November (6)
      • DILEMA ANAK REJECT BOTOL SUSU DAN PENYELESAIANNYA
      • MAJLIS AQIQAH & TAHNIK EIDZARA AZZALEA
      • ALAHAIIIII BCG
      • BUKA AKAUN TABUNG HAJI UNTUK EIDZARA AZZALEA
      • KOS BERSALIN DI PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA ...
      • CHECKLIST MAJLIS CUKUR JAMBUL EIDZARA AZZALEA
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (5)
    • ►  June (4)
    • ►  May (4)
    • ►  April (3)
    • ►  March (6)
    • ►  February (3)
  • ►  2015 (47)
    • ►  October (3)
    • ►  September (3)
    • ►  August (6)
    • ►  July (6)
    • ►  June (3)
    • ►  May (2)
    • ►  April (5)
    • ►  March (3)
    • ►  February (7)
    • ►  January (9)
  • ►  2014 (44)
    • ►  December (4)
    • ►  November (2)
    • ►  October (5)
    • ►  September (4)
    • ►  August (5)
    • ►  July (5)
    • ►  June (4)
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (3)
    • ►  January (8)
  • ►  2013 (44)
    • ►  December (4)
    • ►  November (5)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (5)
    • ►  July (10)
    • ►  June (7)
    • ►  May (1)
    • ►  April (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2012 (29)
    • ►  December (3)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (4)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (6)
    • ►  April (7)
    • ►  March (3)

Labels

  • #BFJourney
  • #Checklist
  • #DIY
  • #Izadaten
  • #Majlis
  • #Malaysia
  • #Others
  • #Pregnancy
  • #Raya
  • #Recipes
  • #World
  • #Yara
  • #Zara
  • #ZaraYara

Created with by BeautyTemplates | Distributed by blogger templates