BUKA AKAUN TABUNG HAJI UNTUK EIDZARA AZZALEA

by - November 17, 2016

Assalamualaikum ♥

Sejak jadi mak-mak nie, benda pertama yang terlintas dalam kepala mesti anak dulu. Pergi shopping cari baju anak, pergi makan fikir makanan apa yang tak efek anak, semuanya anak je memanjang. Sentiasa nak yang terbaik untuk anak. ♥


Aku & suami decide bukak akaun bank untuk Zara seawal yang boleh. So tiap bulan kitorang boleh menyimpan untuk dia and bila dah besar sikit, nak ajar dia menabung pulak. Bab mengajar tu serah je kat ayah dia. Ayah Zara sangat laaaaaaa penjimat orangnya. Ibu sekarang jadi jimat pun sebab didikan ayah Zara tahu tak. Hahaha. :D


Akaun tabung haji boleh dibuka di kaunter Tabung Haji, Bank Islam @ Bank Rakyat. Minimum amount nak bukak buku RM 2 je. Ada 2 borang kena isi. Satu borang untuk maklumat pendeposit & satu lagi untuk penama. Penama tu in case kita meninggal dunia, dia la jadi pemegang amanah akaun kita. Sama je konsep dengan penama KWSP.


DOKUMEN YANG DIPERLUKAN : SIJIL LAHIR ORIGINAL ANAK & IC ORIGINAL PENJAGA AKAUN.


Zara baby lagi so kena ada penjaga yang control akaun dia sampai umur 18 tahun. Penjaga akaun dia of course la ibu. Hihihi. Oh ya, nak jadi penjaga akaun kena make sure kita ada akaun TH tau. Tadi aku pun kena bukak akaun untuk diri sendiri jugak. Takpelah, penting jugak bukak akaun TH nie. Kot nanti ada rezeki & duit lebih, dapat pergi haji. InsyaAllah. Aminnnnn.....


Kita boleh transfer duit dari online banking ke akaun TH kalau malas nak beratur kat bank. Nanti update je buku kat bank yang aku sebut tadi. Tapi untuk akaun TH anak, hanya penjaga akaun sahaja yang boleh updatekan. Bila anak dah cukup umur, tukar dari akaun kanak-kanak ke akaun dewasa. Masa tu tak perlu dah penjaga. Cukup duit Zara RM 1300 ke atas, ibu nak daftar terus untuk haji. InsyaAllah.....


Buat masa nie, semua duit yang Zara dapat sejak dia lahir kitorang simpan untuk masa depan dia. Satu sen pun kitorang tak usik. Untuk dia guna nak sambung belajar nanti ke apa ke. Perancangan masa panjang. Beruntungnya anak-anak sekarang. Zaman ibu dulu nak ada duit simpanan pun susah sebab ekonomi keluarga tak menentu. Semoga Zara kenang jasa ibu ayah bila dah besar nanti. Ibu ayah nak yang terbaik untuk Zara. Ingat tu....


Ibu berangan nak Zara jadi pilot. Terngiang-ngiang suara Zara cakap, "Assalamualaikum, saya Kapten Eidzara Azzalea bla bla blaaaaa...." Belajar pandai-pandai ye anak ibu. Over giler tau ibu nie padahal Zara baru nak masuk 4 bulan. Hahahaha. Tak salah berangan, mana tahu jadi kenyataan. Mana tahu doa ibu dimakbulkan Allah SWT. Doa ibu kan mustajab..... (^_^)

*ibu lagi over dari Zara.*


Love,
Nor Fatin Nadhirah

You May Also Like

1 comments