facebook instagram google
  • Travel
  • Recipes
  • Do It Yourself
  • Engagement
  • Wedding
  • Pregnancy
  • Breastfeed Journey

. F A T I N .

Assalamualaikum ♥

Cerita dah basi sangat. Taip jugak sebab takde cerita baru nak update, hihi. Ingat tak aku pernah pasang angan-angan nak derma darah dengan suami? Refresh balik dengan baca entry dulu tu kat link nie ---- Derma Darah 2013. Akhirnyaaaaa, impian jadi kenyataan uolss. 3 Januari lepas, secara kebetulan kitorang terderma darah masa gi shopping... :p


Prosedur tetap sama macam dulu-dulu. Kena check jenis darah, ambik tekanan darah, bla bla bla...... Bezanya kali nie ada suami disisi, haha. Sebenarnya suami aku je planning nak derma, tak pasal dia bising bila aku kata nak derma sekali. Takut efek baby kot? Eh, masa tu belum mengandung lagi. Tak pun, mungkin dia terlalu sayang?? Hahahaha. Drama lebih kau nie. Sepak kang ~ Hehe. Dia okaykan jelah sebab bini degil sangat.


*Muka happy lagi.*

Dipendekkan cerita, pengalaman derma darah kali nie pahit giler. Dapat nurse yang tak pandai cari urat & cucuk jarum, habis lebam tangan aku. Sekali dengan suami aku dapat nurse sengal tu. Tak memasal dua laki bini nie kena cucuk dua-dua belah tangan akibat ketaksensitifan dan ketidakprofessionalan nurse tersebut. Huhu. Nangis laju-laju. T_T

*Cucuk pun senget. Sengal betul.*

Memula, aku yang kena cucuk dulu. Cucuk tangan kiri, darah keluar sikit sangat. Suku pun tak sampai. Kat area jarum dah nampak kesan bengkak. Terus cepat-cepat nurse cabut jarum. Aku ada tanya sebab apa jadi camtu. Alasan nurse, badan aku kurang air. Kepala hotak dia!

*Muka tahan sakit. Suami kat sebelah dah jeling-jeling.*

*Mood okay lagi nie.*

Sementara dia nak cucuk tangan kanan aku, dia uruskan suami aku pulak. Benda yang sama jadi. Bila darah segan-segan nak keluar, nurse tu buat tindakan sama. Cabut jarum and request nak cucuk tangan kanan. Suami aku nie lain sikit. Tak kena dengan cara dia, melenting. Apa lagi, menyirap la kawan tu. Terus kena sound. Terkulat-kulat nurse tu depan dia, hehe. Terus suami aku panggil nurse lain untuk cucuk tangan kanan dia. Siap kata nak buat aduan kat Pusat Darah Negara lagi.

*Tu dia, mai dah mai dah.....*

Haaa, jangan macam-macam dengan suami aku. Hehe. Mendapat la kau. Yang si bini nie pun terkulat-kulat la dengan tangan bengkak tapi tak sampai hati nak sound. Kikiki.... :p


Sepanjang hari suami aku moody. Moody habis. Membebel dia dok kata tangan dia lenguh. Sebelum nie 5 kali derma darah, tak pernah camni. Huhu. Kesiannnnn dia. Tapi kesian lagi kat aku sebab tangan aku lebam teruk. Siap pakej dapat hadiah bebelan dari suami sebab gatal sangat nak derma darah sekali. Hmmm, nampak sayangnya tu.... Hahahaha. Berapa lama baru nak baik. Sepanjang nak baik tu, tak boleh merengek sebab sendiri cari pasal kannn. Hehe.

*Hadiah baikkkk punyerrrr.*

Nak kasi suami stress senang je. Tunjuk gambar nurse tu kat dia. Confirm dia stress. Hehe. Nasib kitorang tak baik sebab dapat nurse sengal tu. Sabar jelah. Nightmare betul. Macam taubat dah nak derma darah. Tu la padahnya nak bajet-bajet sweet. Rasakannnnnn. Huhu ~


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum ♥

Actually, banyak versi nak masak menu nie. Aku malas nak over bajet diva, masak mengalahkan chef terkenal. Simple-simple sudah, janji sedap. Hehe. Tak payah banyak cakap lagi, jom layan resepi yang senang giler nak buat nie. (^_*)


Step pertama, panaskan pengukus. Kemudian lumurkan garam dan lada hitam pada ikan. Aku guna ikan siakap senohong gelama ikan duri. Ikut suka korang nak guna ikan apa. Tak jadi masalah pun tang situ. Hiris bawang putih dan halia (lagi banyak lagi bagus) dan letakkan pada ikan. Bila air dah mendidih, boleh kukus ikan dalam 10 minit......


Dalam tunggu ikan tu, boleh sediakan kuah. Mudah je bahan-bahannya. Cuma sediakan kiub ayam (ganti stok ayam), sos tiram (ganti sos ikan), kicap cair dan garam. Gaul sebati semua bahan dalam air masak yang panas. Bila ikan dah 10 minit dalam pengukus, panaskan dua sudu minyak masak dalam kuali dan tuang minyak serta kuah tadi pada ikan pastu sambung kukus balik. Dalam 15-20 minit pun dah okay. Aku suka kukus lagi lama. 30 minit aku bantai, wakaka... :p


Agak-agak ikan dah masak sempurna, boleh la taburkan daun bawang, daun ketumbar, cili merah dan cili padi. Kukus lagi dalam 5 minit dan siapppppp!! Makan dengan nasi putih, sedap wehhh. Hidang panas-panas lagi extra sedap. Hehe. Senang je kan? Tak payah membazir duit makan kat luar. Makan kat rumah lagi terjamin kebersihan sebab kita sendiri yang buat.


So, apa lagi? Selamat mencuba ye semua. (^_^)V


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum ♥

Nukilan yang menyentuh hati. Copy paste dari forum cari. Bacalah... :')

"Perjalanan anak manusia ada pelbagai ragam. Sewaktu Allah menghembuskan roh ke dalam jasad, ketika itu bermulalah destinasi, atau ia sekadar memberi pengalaman sementara kepada ibu si pemilik 'Rahim' untuk menikmati denyut jantung seorang anak manusia, hanya Dia yang mengetahui.

Bagaimanapun kesudahannya perjalanan anak manusia itu menuju destinasi, ia tetap mengikut perintah Yang Maha Esa. Jika dalam perjalanan itu dia dijemput pulang oleh Pemiliknya yang abadi, biarpun belum sempat sampai ke pintu Rahim, dia harus redha. Perjalanan sementara itu bukan perjalanan yang sia-sia... Dia tidak tewas dalam perjalanan, tetapi dia datang sekejap kerana mahu memberitahu si ibu pemilik rahim tempatnya bersemayam biarpun sementara, bahawa dia pulang ke sana kerana mahu menjadi 'bidadari syurga' menanti si ibu dan ayah di sana kelak....

Kedatangannya yang sekejap itu, bukan sebagai ujian tetapi sebuah anugerah besar yang menanti di sana. Jangan gusar.

Kedatangannya yang sekejap itu bukan untuk ditangisi tetapi untuk memberikan secebis senyuman bahawa dia sudah berdaftar menjadi milik kekal di sana..

"Ayah bonda yang berasa sedih kerana kehilanganku, kesatlah air mata itu kerana kehadiranku yang sekejap itu untuk memberimu khabar gembira, bukan khabar duka. Usah bimbang pada kehilangan sementaraku ini, kerana aku tetap wujud di hatimu sampai bila-bila. Aku yang sudah kau hadiah sebuah nama indah sebelum menghantarku kembali ke alam 'sana' amat berterima kasih kerana walaupun sekejap , aku sudah bernama di sini."


"Datangku tanpa nama tetapi kembaliku sempat diberikan tanda. Nuha, indahnya nama itu. Kubawa nama pemberian ayah bonda ke alam sana agar nanti mudah mencariku dengan nama itu, apabila kita berkumpul kelak di sana..."


Catatan kecil ini sengaja saya ukir sebagai penawar duka kepada sepasang ayah bonda yang baru kehilangan 'bidadari kecil' mereka, setelah sekian lama menanti kedatangan itu. Nuha memang dipinjamkan sementara kerana ketika dilahirkan, dia tidak sempat mengalunkan indah dan gemeresik suaranya di pendengaran ayah dan ibunya, kerana dalam pengembaraannya sebagai anak manusia, dia kembali menemui Pencipta-Nya. Namun 'bidadari' ini sempat memberi sebuah kebahagiaan kepada pasangan muda itu.


Bagi anda yang lain, mungkin mengalami peristiwa yang sama, percayalah Allah telah memberikan kurnia-Nya kepada insan terpilih. Redha dan yakin bahawa kurniaan itu akan menjadi saham akhirat yang bakal memimpin tangan anda di Jannah apabila tiba masanya kelak. Air mata sedih anda hari ini, akan bertukar menjadi air mawar di sana kelak. Ingat bukan semua hamba-Nya terpilih seperti anda dan tabahlah menghadapi perpisahan sementara ini... Saya hanya mampu mendoakan agar anda tabah.


Ibu rindu anak ibu. Jangan risau, ibu dah boleh terima hakikat. Tunggu ibu dan ayah ye sayang.


Ibu,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum ♥

Haippp, review belum habis lagi tau even dah 6 bulan lebih kahwin. Hehe. Okay, kali nie nak cerita pasal contact lens. Bukan kewajipan tapi kalau nak "rasa" cantik, for me better pakai la. Taknak pakai pun takpe, korang tetap watak utama dalam majlis. Don't worry. Kikiki... :p


Aku guna dua jenis contact lens untuk semua majlis. Brand yang sama, Blincon. Warna Crystal Grey dan Topaz Brown. Cantik tau! Seriously. Mata pun tak kering even pakai lebih 8 jam. Feeling omputih sangat bila bijik mata warna warni. Hehehehe.. Harga RM 100 untuk dua contact lens, boleh pakai 3 bulan.


Nak tengok lagi jelas, boleh klik gambar & zoom kasi nampak warna mata. Kitewww takde gambar close-up nak tunjuk.

*Nikah: Cyrstal Grey.*

*Malam Berinai : Crystal Grey.*

*Resepsi : Topaz Brown.*

Percaya tak kalau aku kata pemakaian contact lens boleh mempengaruhi mekap? Dan rajin-rajin la sucikan muka (tak payah mekap langsung) sebulan dua sebelum majlis. Baru nampak meletopppppppp!!!


Ulang lagi sekali, brand BLINCON. Warna CRYSTAL GREY & TOPAZ BROWN. Sapa nak cantik + selesa masa wedding, boleh la beli. Make sure sapa yang jarang pakai (macam aku), praktis awal. Kalau tak, ber"cantik" la korang dengan mata warna warni tapi banyak urat-urat merah. Hehe. Byebye. (^_^)


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum ♥


Happy 6 months anniversary suamiku. Semoga hubungan kita kekal hingga akhir hayat. Dan semoga dikurniakan anak berderet-deret. I love you. (^_^)


Your one and only wife,
Nor Fatin Nadhirah
Newer Posts
Older Posts

LET’S BE FRIENDS

ASSALAMUALAIKUM


Hello, There!

Wife to Muhammad Idzat Syazwan.

Ibu to Eidzara Azzalea & Eliyara Addalea.


Find More



Blog Archives

  • ►  2020 (14)
    • ►  June (1)
    • ►  April (4)
    • ►  March (5)
    • ►  February (1)
    • ►  January (3)
  • ►  2019 (43)
    • ►  December (4)
    • ►  November (4)
    • ►  October (2)
    • ►  September (3)
    • ►  August (5)
    • ►  July (11)
    • ►  June (3)
    • ►  May (4)
    • ►  April (4)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2018 (42)
    • ►  December (3)
    • ►  November (5)
    • ►  October (9)
    • ►  September (4)
    • ►  August (4)
    • ►  July (7)
    • ►  June (3)
    • ►  May (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (36)
    • ►  December (2)
    • ►  October (1)
    • ►  September (6)
    • ►  August (10)
    • ►  July (6)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2016 (42)
    • ►  December (4)
    • ►  November (6)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (5)
    • ►  June (4)
    • ►  May (4)
    • ►  April (3)
    • ►  March (6)
    • ►  February (3)
  • ▼  2015 (47)
    • ►  October (3)
    • ►  September (3)
    • ►  August (6)
    • ►  July (6)
    • ►  June (3)
    • ►  May (2)
    • ▼  April (5)
      • DERMA DARAH WITH HUBBY
      • RESEPI : SIAKAP MASAK STIM SIMPLE
      • RINDU
      • IZADATEN WEDDING REVIEW : CONTACT LENS
      • SETENGAH TAHUN ALREADY
    • ►  March (3)
    • ►  February (7)
    • ►  January (9)
  • ►  2014 (44)
    • ►  December (4)
    • ►  November (2)
    • ►  October (5)
    • ►  September (4)
    • ►  August (5)
    • ►  July (5)
    • ►  June (4)
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (3)
    • ►  January (8)
  • ►  2013 (44)
    • ►  December (4)
    • ►  November (5)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (5)
    • ►  July (10)
    • ►  June (7)
    • ►  May (1)
    • ►  April (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2012 (29)
    • ►  December (3)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (4)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (6)
    • ►  April (7)
    • ►  March (3)

Labels

  • #BFJourney
  • #Checklist
  • #DIY
  • #Izadaten
  • #Majlis
  • #Malaysia
  • #Others
  • #Pregnancy
  • #Raya
  • #Recipes
  • #World
  • #Yara
  • #Zara
  • #ZaraYara

Created with by BeautyTemplates | Distributed by blogger templates