facebook instagram google
  • Travel
  • Recipes
  • Do It Yourself
  • Engagement
  • Wedding
  • Pregnancy
  • Breastfeed Journey

. F A T I N .

Merah membara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua

Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya

Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat

Jalur gemilang... di bawah naunganmu
Jalur gemilang... kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia
Jalur gemilang... megah kami terasa
Jalur gemilang... kibarkanlah wawasan
Merah putih biru kuning
Jalur semangat kami semua

Berkibarlah
Berkibarlah
Berkibarlah

Jalur gemilang!


Dulu masa sekolah, time-time nak dekat merdeka, mesti kena nyanyi lagu nie kat perhimpunan. Masa tu, nyanyi main ala-kadar je. Biasa la budak sekolah, lagi-lagi dah senior, tunjuk lagak la taknak nyanyi. Sekarang nie, kalau dengar lagu tu dalam tv, kuat je aku nyanyi. Hehe.


Serius, aku rindu zaman sekolah. Rindu suasana sekolah. Rindu nak belajar dalam kelas. Rindu nak makan kat kantin. Rindu nak masuk makmal sains. Rindu nak berdiri lama-lama masa perhimpunan. Rindu nak baca Yassin tiap hari jumaat. Rindu nak beli air tebu time tengah tunggu bas sekolah. Rindu nak kawat kaki. Rindu nak buat kerja rumah. Rindu nak exam. Rindu nak amali. Rindu everything yang berkaitan dengan sekolah.


Aku rindu Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan Jaya. Tak lupa jugak, Tadika .... (lupa nama tadika, hehe), Sekolah Kebangsaan Jalan Pasar (2) & Sekolah Kebangsaan Cheras Indah. Hehehe. (^_^)

 *Masa nie form 5. Spot me! Clue : the hitam-ness sweet girl, hakhak.*


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum....

Dah lama WUQ tak interframe dalam blog kan? Hari nie, dia request nak kisah dia ditulis dalam blog. Buat kenangan katanya. Okayyyy fine, aku ikutkan je (haha). Kini dipersembahkannnnnnn, cerita yang paling menyentuh perasaan abad ini. Jom layan.


Once upon a morning..... Aku mintak tolong ayah servis WUQ. Bukan ayah aku buat sendiri, hantar workshop la. Tetiba ayah panggil aku. Kata dia, kereta tak boleh start. Haihhh, aku macam pelik la. Semalam elok je. Aku pun try, memang tak boleh!! Seram sejuk tangan mak nok! Bila nak start enjin, bunyi dia camni, "tet.. tet.. tet.." What the h*** meanings of tet tet tet..?? Aku blur habis. Yang pasti, jiwa kacau sebab WUQ rosak. First time jadi camni kot. T__T


Dipendekkan cerita, ayah pergi ambik mekanik bawak balik rumah. Sementara tunggu ayah, aku kat rumah dah tak senang duduk dah. Ke hulu ke hilir, berdebar-debar je hati nie. Kejap-kejap jenguk luar, kot ayah dah sampai. Muka takde senyum. Masam lagi ada. Pastu, ada ke mak gelakkan aku? Dia kata aku kelakar. Hmmmm.


Check punya check, rupanya bateri WUQ dah kering. Ohhhhhh.... Itu masalah rupanya. Si mekanik tu ganti la dengan bateri baru. Lepas dah siap, ayah suruh aku ikut sekali pergi workshop. Redha habis. Baru nak istirehat secara pukal kat rumah. Tapi demi WUQ...... I sanggup! Nak renang lautan berapi pun sanggup. Okay, tu nampak sangat tipu. Hehe.

*Say hi to Century & say bye to Ramcar.*

Pergi workshop, aku pun servis la si WUQ. Bukan stakat servis, macam-macam aku suruh mekanik tu buat. Geram dah kena keluar duit pasal bateri, segala macam benda aku tukar. Biar puas hati. Bukan senang mak datin nie nak turun padang pergi servis kereta kan? Hehe. Aku tukar minyak gearbox, wiper, betulkan lampu, balancing & alignment, apa lagi entah. Nasib baik tak mintak tukarkan tayar. Lagi parah, nasib baik tak tukar kereta terus, hahahaha. Mana boleh tukar, semua jiwa raga aku ada kat WUQ. Sayangggggggggg sangat nie. Taknak dah yang lain.

*Si omeyy kena tukar minyak hitam.*

*Apa benda entah nie. Tak sure. Maklum la, I bukan mekanik. Hehe.*

*Yang nie pun apa entah. Tak tahu.*

*Mekanik tengah tuang minyak gear. Bukan sebotol tapi 5 botol. Banyak betul.*

*Cuba teka apa je yang aku reti? Aku reti isi air wiper & air air-cond je. Hikhik.*

*Total hangus. Pasrah.*

Selesai duit terbang melayang kat workshop, aku & ayah pergi carwash pulak. Layanan special untuk WUQ hari nie. Sepanjang nak dekat 3 tahun aku together-gether dengan dia, baru nie KALI PERTAMA aku request dengan macha tu, "kasi cuci, vakum & cuci enjin sekali". Wowww, bukan WUQ yang teruja tapi tuan dia yang teruja melampau. Hikhik. Takpe la, bukan selalu menghabiskan duit untuk 'anak' aku yang sorang nie. Lagipun dia budak baik. Takde bagi masalah kat aku. Baik macam tuan dia. Hewhewhew. :P

*Olololo, omeyyy angatttt nihhhh.*


Ini la kisah yang menyentuh perasaan sangat tadi tu. Tak menyentuh hati korang? Memang la sebab korang takde kaitan dalam cerita nie. Aku je yang tersentuh sampai ke dasar hati yang paling dalam. Nampak tak puitis ayat aku? Haha. Bawak (drive) WUQ lepas kena minor operation tadi, best sangat. Stereng rasa *kejap je. Bunyi enjin pun slow dari selalu. Lepas cuci, lagi la bertambah cute. Tambah pulak perfume kereta yang Misr bagi semalam, WUQ memang sempurna betul hari nie.


Pesanan untuk WUQ..... Jadi budak baik okay. Taknak susahkan ibu lagi ye. Boleh susahkan tapi jangan selalu. Nanti ada rezeki lebih, ibu repair pulak calar yang ada kat badan tu. Sayanggggg sangat kat WUQ. Muaaaahhhhhhhhhhh 300 juta kali. (^_^)

*Banyak tenaga + bersih + wangi. I love you WUQ.*


Entah kenapa, setiap kali aku tengok WUQ secara live atau setakat gambar dia, mesti ada satu perasaan sayanggggg yang tak tahu aku nak describe. Macam tadi, lepas mandi, sidai towel, aku terus pergi mengadap WUQ yang tak faham apa-apa pasal perasaan aku nie. Kadang-kadang kalau aku parking dia tengah panas, mesti dalam hati kata, "kesian WUQ kena panas. Mesti dia sedih." Padahal WUQ bukan ada perasaan pun nak sedih ke gembira ke apa. Dia cuma objek. Tapi aku tetap anggap dia macam ada perasaan. Pelik ke aku nie? Tak kan? Hehe.


p/s : Hujan turun petang tadi. Walaupun dah tak bersih, WUQ tetap comel di hati & di mata ibu. :)


*kejap - mencengkam, padat


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Dah bosan takde kerja sangat kat rumah, dan memandangkan cuti raya tak habis lagi, aku decide pergi renew passport pagi tadi. As usual, aku angkut sekali Wawa temankan aku. Kesian dia, tak habis-habis jadi mangsa keadaan. Tapi takpe, dia redha sebab dia memang suka keluar jalan. Hihi.

Keluar rumah pagi tadi takde la awal mana, 8.30 pagi. Bajet dalam hati, maybe tak ramai orang kat situ sebab maybe ramai orang dah start kerja. Sekali sampai situ, hambikkk kau! Dah macam nak ambik BR1M pulak rasanya. By the way, aku renew passport kat Jabatan Imigresen UTC Kuala Lumpur.

 *Jabatan Imigresen Malaysia, UTC Kuala Lumpur.*

 *Teringat pengalaman masa ambik BR1M dulu, hikhik.*

Ada cerita sedih tau time beratur nie. Dah separuh jalan aku beratur, baru aku perasan yang diorang dah taknak gambar biru tapi nak gambar putih pulak dah. Macam gambar visa umrah tu haaa! Haihhh! Perasan tu pun sebab Wawa dok baca kertas yang pihak Imigresen tampal. Hmmmm, tak pasal aku kena keluar barisan & pergi menapak ambik gambar baru. Kenapa takde mention dalam websiteeeee korang..???? Kalau aku tau, awal-awal lagi aku dah standby. T__T

 *Please take note. Jangan jadi macam aku. Huhu.*

Lepas melayang RM 12 aku tanpa ada softcopy (tunggu la aku scan gambar aku tu kat ofis nanti), aku naik balik. Beratur la balik sampai lebammm. Dapat nombor giliran pukul 10.14 pagi. And guess what..... Aku settle semua prosedur nie pukul 4.30 petang. Pengsannnnnn. Nasib baik semangat I kuat tau. Hehe.

 *Tengokkk, nak tunggu giliran aku. Berjanggut uolsss. Sabarrrr.*

*Ramainya manusia. Tak kerja ke diorang nie? Huhu.*

*Wawa dah bosan.*

Planning asal, nak renew passport & buat IC baru hari nie. Tapi dah proses buat passport pun makan masa setengah hari, lupakan jelah dulu bab IC. Teringin tau nak ada IC baru tu, lesen baru pun aku nak buat. Hahahaha. Tunggu lesen aku mati nanti, UTC jugak aku datang serbu.


Settle bab tu, menyinggah kejap kat Mydin Jalan Silang. Beli something. Naik LRT, jalan laju-laju pergi kereta, start enjin, terus aku pecut balik rumah. Nak isi minyak pun rasa malas sebab kaki dah cramp, bontot dah kematu. Hihi.


Komen aku pasal UTC nie, bagus sebenarnya. Semua ada kat bawah satu bumbung. JPN ada, JPJ ada, SSM ada, SPAD ada, Kedai Kain 1 Malaysia ada, Kedai Buku 1 Malaysia ada. Senang cerita, macam-macam ada la. Memang best nak berurusan kat sini. Cuma biasa la kan, nak berurusan dengan kerajaan nie mesti makan masa sikit. Sabar jelah tunggu berjam-jam. Bawak kawan kalau taknak mati kutu sorang-sorang.


Kalau Pak Jib (panggil dia macam panggil bapak saudara pulak, hehe) baca entry aku nie, harap dapat perbanyakan lagi UTC nie kat semua negeri. Memang memudahkan rakyat. Seriously. Ohh Pak Najib, sila lah baca entry nie and baca feedback saya pasal UTC. Hakhak. :P

*Masa nie umur baru 20 tahun.*

Finally..........

*Nampak feminin kan? Huihui.*

Yang pentingggggg, dagu I makin runcing uolss. Bukan cucuk botox okay. Maybe perubahan berat badan dari dulu sampai sekarang. Atleast nampak la kan ada shape sikit kat muka aku. Takde lah bulat macam bulan je memanjang, hikhik. Last but not least, try la pergi UTC. Best walaupun memenatkan. Bye. (^_^)


Love,
Nor Fatin Nadhirah



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.

Entry kali nie, takmo panjang-panjang. Letih travel (sangatttt) tak habis lagi nie. Buat rumusan jela ye, hehe.

YANG BEST
- Dapat ziarah semua kubur saudara terdekat. Arwah opah, atok, atok saudara, paklong, paklang. Alhamdulillah.
- Berjaya tak melantak ketupat palas sampai lebam. Makan sikitttttt je. Lemang? Sorry. I tak minat lemang. Hihi.
- Dapat duit raya RM 8. Sebab tuan rumah tak tahu aku dah kerja. Ada ke diorang ingat aku sekolah lagi? Tiga bijik rumah okay..... Hikhik.


YANG TAK BEST
- Mata kanan bengkak. Tak sure samada ketumbit or kena gigit semut. Sob sob.
- Cerry berry masa raya kedua. Aktiviti wajib setiap tahun, mesti sakit perut. Huhu.
- Walaupun tak melantak ketupat palas, perut tetap maju ke depan. Rosak diet bulan puasaaaaaaa!!!

For those yang pernah terasa hati, terambik hati, termakan hati, tersakit hati dengan aku, minta ampun dunia akhirat. Selamat hari raya.  Maaf zahir & batin. :)




Love,
Nor Fatin Nadhirah

Sabtu lepas birthday Along. Sehari sebelum birthday dia, ayah dah buat planning nak buka puasa sesama satu family. Ayah siap mintak dana RM 50 dari aku. Takpe la, bagi je. Bukan selalu. :)


Kitorang berbuka + celebrate birthday along kat Pizza Hut. Misr pun join sekali. First time aku jumpa dia lepas dia balik dari umrah hari tu. Dah kurus uolsss. Perut dah tak mengandung 9 bulan. Nampak macam mengandung 7 bulan je. Hehehehe. Tapi, baru je jumpa, dah gaduh. Sikit je pun. Actually, bukan gaduh tapi merajuk. Aku yang merajuk. Y__Y

Misr : Kenapa baju nie pelik?
Aku : Apa yang pelik? Sebab ada jerut kat perut?
Misr : Entah. Baju nie.... PELIK. *sambil buat mimik muka
Aku : Kalau pelik, takkan la Times Square jual baju nie?
Misr : Memang la ada jual... Tapi ada ke orang beli?
Aku : Orang pakai lawa-lawa untuk dia, cakap pelik. Takde mood dah nak melawa. *merajuk

Aku : Yang asyik pakai baju nie je kenapa? *cari pasal
Misr : Biar lah.
Aku : Kenapa taknak pakai kaler coklat tu?
Misr : Biar lah. Hensem kan?
Aku : =,='  *tak kuasa nak layan. merajuk lagi sekali, huhu

Cerita pasal Misr nie, aku macam pelik sangat minggu tu. Sebabnya, ayah tak habis-habis sebut pasal dia kat aku. Dari hari Isnin sampai la hari kejadian. Siap suruh aku call lagi sebab Misr tak sampai-sampai rumah. Masa tu baru pukul 6.15... Haishhhh, aku pulak yang stress.

 *Dalam merajuk tu pun, nak jugak tangkap gambar. Rindu uolsss, hikhik.*

*Jeling la sangat. Padahal rindu tapi taknak ngaku. Hahahahaha.*

*Ami pun tumpang kereta Misr.*

Nasib baik la Along & Ami pergi reserved awal kat situ. Ramai giler kot orang. Full house. Kitorang pun makan sampai happy + kenyang. Ayah & mak hadiahkan along baju kemeja. Buat pergi kerja katanya. Dah along tu tersengih macam kerang busuk la bila dapat hadiah. Belum apa-apa, mak dah pesan awal-awal kat aku, "birthday akak nanti takde hadiah." Okayyyyy.... Y__Y

 *Pizza Hut, Taman Maluri.*

 *Photographer tangkap gambar gegar sebab tertawan dengan baju pelik aku.*

*Apa yang dia tengok pun tak tau.*

*Along's family. Budak tecik Izz nak jalan tapi mommy tak bagi. Hehe.*

*Nie baru separuh. Belum depan meja aku lagi.*

*Our birthday boy yang dah tua.*

Balik makan, aku ajak Misr pergi Tesco kejap. Nak tengok samada pintu kaabah (frame) ada stok ke tak. Frame tu aku nak belikan kat mak. Kali tu je dah kali ketiga aku pergi. Asyik takde je. Banyak pulak alasan si pakistan tu. Kejap frame tu dalam lori la, ada kat Carefour Cheras la apa la. Sabar jelah!!! Huhu.


Sampai rumah, lepak-lepak kejap. Buat luahan perasaan. Tengok tv. Minum-minum. Tengok Misr bagi ole-ole dari Mekah untuk Mak & Ayah. Mak dapat tudung apa entah. Tapi mak memang dah request siap-siap dengan dia sebelum pergi. Mintak dua, sepuluh dia bagi. Baik hati sangatttt, hehe. Kat ayah pulak dia belikan minyak atar. Pagi esok tu, aku ada dengar ayah sembang dengan mak, "wangi minyak atar dia beli kat ayah". Very the puji okay, hihi.


Sebelum dia balik, saja la aku nak melawak dengan dia. Aku tangkap gambar dia then guna application agingbooth, nak tengok rupa dia time tua.

*Muka Izadaten 30 tahun dari sekarang....*

Misr : Haaaa, nampak muda lagi kan?
Aku : Perasannnn....
Misr : Betul lah. Cuba tengok muka sayang dengan muka b.
Aku : Yelahhh, muka sayang banyak kedut.
Misr : Yessss!

Aku yang nak melawak, last-last aku yang merajuk sendiri. Sedihhh.... Tunggu la aku pakai krim menegangkan muka nanti. Baru terbeliak bijik mata dia.


Hmmm, okay la. Itu jela kot untuk entry kali nie. Macam bukan entry Along tapi untuk Misr pulak. Hehe. Ucapan untuk Along, HAPPY 28th BIRTHDAY. Semoga jadi suami & papa yang baik + penyayang + mithali untuk Acu & Izz. (^_^)


p/s : Misr hadiahkan aku jubah dari Mekah. I like. Terus pakai buat pergi terawih semalam. Hihi. Thank you.


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Newer Posts
Older Posts

LET’S BE FRIENDS

ASSALAMUALAIKUM


Hello, There!

Wife to Muhammad Idzat Syazwan.

Ibu to Eidzara Azzalea & Eliyara Addalea.


Find More



Blog Archives

  • ►  2020 (14)
    • ►  June (1)
    • ►  April (4)
    • ►  March (5)
    • ►  February (1)
    • ►  January (3)
  • ►  2019 (43)
    • ►  December (4)
    • ►  November (4)
    • ►  October (2)
    • ►  September (3)
    • ►  August (5)
    • ►  July (11)
    • ►  June (3)
    • ►  May (4)
    • ►  April (4)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2018 (42)
    • ►  December (3)
    • ►  November (5)
    • ►  October (9)
    • ►  September (4)
    • ►  August (4)
    • ►  July (7)
    • ►  June (3)
    • ►  May (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (36)
    • ►  December (2)
    • ►  October (1)
    • ►  September (6)
    • ►  August (10)
    • ►  July (6)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2016 (42)
    • ►  December (4)
    • ►  November (6)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (5)
    • ►  June (4)
    • ►  May (4)
    • ►  April (3)
    • ►  March (6)
    • ►  February (3)
  • ►  2015 (47)
    • ►  October (3)
    • ►  September (3)
    • ►  August (6)
    • ►  July (6)
    • ►  June (3)
    • ►  May (2)
    • ►  April (5)
    • ►  March (3)
    • ►  February (7)
    • ►  January (9)
  • ►  2014 (44)
    • ►  December (4)
    • ►  November (2)
    • ►  October (5)
    • ►  September (4)
    • ►  August (5)
    • ►  July (5)
    • ►  June (4)
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (3)
    • ►  January (8)
  • ▼  2013 (44)
    • ►  December (4)
    • ►  November (5)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ▼  August (5)
      • AKU RINDU ZAMAN SEKOLAH
      • SI COMEL WUQ
      • RENEW PASSPORT DI UTC KUALA LUMPUR
      • SYAWAL 1434H
      • IFTAR & CELEBRATE BIRTHDAY ALONG WITH FAMILY & LOVE
    • ►  July (10)
    • ►  June (7)
    • ►  May (1)
    • ►  April (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2012 (29)
    • ►  December (3)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (4)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (6)
    • ►  April (7)
    • ►  March (3)

Labels

  • #BFJourney
  • #Checklist
  • #DIY
  • #Izadaten
  • #Majlis
  • #Malaysia
  • #Others
  • #Pregnancy
  • #Raya
  • #Recipes
  • #World
  • #Yara
  • #Zara
  • #ZaraYara

Created with by BeautyTemplates | Distributed by blogger templates