RENEW PASSPORT DI UTC KUALA LUMPUR

by - August 12, 2013

Dah bosan takde kerja sangat kat rumah, dan memandangkan cuti raya tak habis lagi, aku decide pergi renew passport pagi tadi. As usual, aku angkut sekali Wawa temankan aku. Kesian dia, tak habis-habis jadi mangsa keadaan. Tapi takpe, dia redha sebab dia memang suka keluar jalan. Hihi.

Keluar rumah pagi tadi takde la awal mana, 8.30 pagi. Bajet dalam hati, maybe tak ramai orang kat situ sebab maybe ramai orang dah start kerja. Sekali sampai situ, hambikkk kau! Dah macam nak ambik BR1M pulak rasanya. By the way, aku renew passport kat Jabatan Imigresen UTC Kuala Lumpur.

 *Jabatan Imigresen Malaysia, UTC Kuala Lumpur.*

 *Teringat pengalaman masa ambik BR1M dulu, hikhik.*

Ada cerita sedih tau time beratur nie. Dah separuh jalan aku beratur, baru aku perasan yang diorang dah taknak gambar biru tapi nak gambar putih pulak dah. Macam gambar visa umrah tu haaa! Haihhh! Perasan tu pun sebab Wawa dok baca kertas yang pihak Imigresen tampal. Hmmmm, tak pasal aku kena keluar barisan & pergi menapak ambik gambar baru. Kenapa takde mention dalam websiteeeee korang..???? Kalau aku tau, awal-awal lagi aku dah standby. T__T

 *Please take note. Jangan jadi macam aku. Huhu.*

Lepas melayang RM 12 aku tanpa ada softcopy (tunggu la aku scan gambar aku tu kat ofis nanti), aku naik balik. Beratur la balik sampai lebammm. Dapat nombor giliran pukul 10.14 pagi. And guess what..... Aku settle semua prosedur nie pukul 4.30 petang. Pengsannnnnn. Nasib baik semangat I kuat tau. Hehe.

 *Tengokkk, nak tunggu giliran aku. Berjanggut uolsss. Sabarrrr.*

*Ramainya manusia. Tak kerja ke diorang nie? Huhu.*

*Wawa dah bosan.*

Planning asal, nak renew passport & buat IC baru hari nie. Tapi dah proses buat passport pun makan masa setengah hari, lupakan jelah dulu bab IC. Teringin tau nak ada IC baru tu, lesen baru pun aku nak buat. Hahahaha. Tunggu lesen aku mati nanti, UTC jugak aku datang serbu.


Settle bab tu, menyinggah kejap kat Mydin Jalan Silang. Beli something. Naik LRT, jalan laju-laju pergi kereta, start enjin, terus aku pecut balik rumah. Nak isi minyak pun rasa malas sebab kaki dah cramp, bontot dah kematu. Hihi.


Komen aku pasal UTC nie, bagus sebenarnya. Semua ada kat bawah satu bumbung. JPN ada, JPJ ada, SSM ada, SPAD ada, Kedai Kain 1 Malaysia ada, Kedai Buku 1 Malaysia ada. Senang cerita, macam-macam ada la. Memang best nak berurusan kat sini. Cuma biasa la kan, nak berurusan dengan kerajaan nie mesti makan masa sikit. Sabar jelah tunggu berjam-jam. Bawak kawan kalau taknak mati kutu sorang-sorang.


Kalau Pak Jib (panggil dia macam panggil bapak saudara pulak, hehe) baca entry aku nie, harap dapat perbanyakan lagi UTC nie kat semua negeri. Memang memudahkan rakyat. Seriously. Ohh Pak Najib, sila lah baca entry nie and baca feedback saya pasal UTC. Hakhak. :P

*Masa nie umur baru 20 tahun.*

Finally..........

*Nampak feminin kan? Huihui.*

Yang pentingggggg, dagu I makin runcing uolss. Bukan cucuk botox okay. Maybe perubahan berat badan dari dulu sampai sekarang. Atleast nampak la kan ada shape sikit kat muka aku. Takde lah bulat macam bulan je memanjang, hikhik. Last but not least, try la pergi UTC. Best walaupun memenatkan. Bye. (^_^)


Love,
Nor Fatin Nadhirah

You May Also Like

0 comments