SI COMEL WUQ

by - August 18, 2013

Assalamualaikum....

Dah lama WUQ tak interframe dalam blog kan? Hari nie, dia request nak kisah dia ditulis dalam blog. Buat kenangan katanya. Okayyyy fine, aku ikutkan je (haha). Kini dipersembahkannnnnnn, cerita yang paling menyentuh perasaan abad ini. Jom layan.


Once upon a morning..... Aku mintak tolong ayah servis WUQ. Bukan ayah aku buat sendiri, hantar workshop la. Tetiba ayah panggil aku. Kata dia, kereta tak boleh start. Haihhh, aku macam pelik la. Semalam elok je. Aku pun try, memang tak boleh!! Seram sejuk tangan mak nok! Bila nak start enjin, bunyi dia camni, "tet.. tet.. tet.." What the h*** meanings of tet tet tet..?? Aku blur habis. Yang pasti, jiwa kacau sebab WUQ rosak. First time jadi camni kot. T__T


Dipendekkan cerita, ayah pergi ambik mekanik bawak balik rumah. Sementara tunggu ayah, aku kat rumah dah tak senang duduk dah. Ke hulu ke hilir, berdebar-debar je hati nie. Kejap-kejap jenguk luar, kot ayah dah sampai. Muka takde senyum. Masam lagi ada. Pastu, ada ke mak gelakkan aku? Dia kata aku kelakar. Hmmmm.


Check punya check, rupanya bateri WUQ dah kering. Ohhhhhh.... Itu masalah rupanya. Si mekanik tu ganti la dengan bateri baru. Lepas dah siap, ayah suruh aku ikut sekali pergi workshop. Redha habis. Baru nak istirehat secara pukal kat rumah. Tapi demi WUQ...... I sanggup! Nak renang lautan berapi pun sanggup. Okay, tu nampak sangat tipu. Hehe.

*Say hi to Century & say bye to Ramcar.*

Pergi workshop, aku pun servis la si WUQ. Bukan stakat servis, macam-macam aku suruh mekanik tu buat. Geram dah kena keluar duit pasal bateri, segala macam benda aku tukar. Biar puas hati. Bukan senang mak datin nie nak turun padang pergi servis kereta kan? Hehe. Aku tukar minyak gearbox, wiper, betulkan lampu, balancing & alignment, apa lagi entah. Nasib baik tak mintak tukarkan tayar. Lagi parah, nasib baik tak tukar kereta terus, hahahaha. Mana boleh tukar, semua jiwa raga aku ada kat WUQ. Sayangggggggggg sangat nie. Taknak dah yang lain.

*Si omeyy kena tukar minyak hitam.*

*Apa benda entah nie. Tak sure. Maklum la, I bukan mekanik. Hehe.*

*Yang nie pun apa entah. Tak tahu.*

*Mekanik tengah tuang minyak gear. Bukan sebotol tapi 5 botol. Banyak betul.*

*Cuba teka apa je yang aku reti? Aku reti isi air wiper & air air-cond je. Hikhik.*

*Total hangus. Pasrah.*

Selesai duit terbang melayang kat workshop, aku & ayah pergi carwash pulak. Layanan special untuk WUQ hari nie. Sepanjang nak dekat 3 tahun aku together-gether dengan dia, baru nie KALI PERTAMA aku request dengan macha tu, "kasi cuci, vakum & cuci enjin sekali". Wowww, bukan WUQ yang teruja tapi tuan dia yang teruja melampau. Hikhik. Takpe la, bukan selalu menghabiskan duit untuk 'anak' aku yang sorang nie. Lagipun dia budak baik. Takde bagi masalah kat aku. Baik macam tuan dia. Hewhewhew. :P

*Olololo, omeyyy angatttt nihhhh.*


Ini la kisah yang menyentuh perasaan sangat tadi tu. Tak menyentuh hati korang? Memang la sebab korang takde kaitan dalam cerita nie. Aku je yang tersentuh sampai ke dasar hati yang paling dalam. Nampak tak puitis ayat aku? Haha. Bawak (drive) WUQ lepas kena minor operation tadi, best sangat. Stereng rasa *kejap je. Bunyi enjin pun slow dari selalu. Lepas cuci, lagi la bertambah cute. Tambah pulak perfume kereta yang Misr bagi semalam, WUQ memang sempurna betul hari nie.


Pesanan untuk WUQ..... Jadi budak baik okay. Taknak susahkan ibu lagi ye. Boleh susahkan tapi jangan selalu. Nanti ada rezeki lebih, ibu repair pulak calar yang ada kat badan tu. Sayanggggg sangat kat WUQ. Muaaaahhhhhhhhhhh 300 juta kali. (^_^)

*Banyak tenaga + bersih + wangi. I love you WUQ.*


Entah kenapa, setiap kali aku tengok WUQ secara live atau setakat gambar dia, mesti ada satu perasaan sayanggggg yang tak tahu aku nak describe. Macam tadi, lepas mandi, sidai towel, aku terus pergi mengadap WUQ yang tak faham apa-apa pasal perasaan aku nie. Kadang-kadang kalau aku parking dia tengah panas, mesti dalam hati kata, "kesian WUQ kena panas. Mesti dia sedih." Padahal WUQ bukan ada perasaan pun nak sedih ke gembira ke apa. Dia cuma objek. Tapi aku tetap anggap dia macam ada perasaan. Pelik ke aku nie? Tak kan? Hehe.


p/s : Hujan turun petang tadi. Walaupun dah tak bersih, WUQ tetap comel di hati & di mata ibu. :)


*kejap - mencengkam, padat


Love,
Nor Fatin Nadhirah

You May Also Like

0 comments