Assalamualaikum ♥
Dah lebih tiga bulan aku travel ke Dubai, baru sekarang nak cerita apa patut. Bau Dubai pun aku dah lupa macam mana, jangan salahkan aku kalau kenangan kat sana pun aku hampir lupa. Hehehehe. Aku try ingat balik okay. Untuk bagi pengetahuan sikit-sikit kat sesiapa yang teringin nak travel ke sana.
Dah kata pergi Dubai, tempat yang paling wajibul ghunnah kena pergi mesti la Burj Khalifa. Rugi la dah pergi jauh-jauh tapi tak naik kan? Alhamdulillah, aku dapat merasa naik Burj Khalifa. Tu pun sebab company sponsor. Nak harap duit sendiri, entah bila la boleh berselfie kat atas sana, hehehe. Thank you bos. (^_*)
*Kat luar Dubai Mall.*
Pengalaman kat sini best la jugak. Paling teruja sekali tang naik lif. Dengar macam entah apa-apa je kan? But seriously, korang mesti teruja sebab dalam masa 60 saat, lif akan bawak korang dari ground floor terusssssss ke tingkat 124. 60 saat kau. Laju mana pulak kan? Masalahnya tak rasa langsung lif bergerak. Goyang pun takde. Haaaaa, teruja kannnn? Aku pun teruja masa tu, jakun pun ada. Nasib la lif tu tak transparent. Kalau tak, mau terkencing semua dalam lif. Hikhik...
Sampai atas, pemandangan okay la. Korang akan nampak semua bangunan kat Dubai. Tak secantik Malaysia. Percayalah. Sana masih banyak lagi dipenuhi dengan padang pasir. Pembangunan baru nak berkembang. Ambik gambar sikit-sikit, aku terus merayau kat kedai sourvenir. Oh yaa, Burj Khalifa nie link sekali dengan Dubai Mall. So maknanya, nak naik Burj Khalifa kena la jalan-jalan sekali kat Dubai Mall. Alaaaa, kalau kat Malaysia nie serupa la dengan KLCC tu. Sama jeeeee.
*Bergambar kenangan dengan adik sebelum dia kemalangan dua minggu selepas trip nie, huhu.*
Kat dalam Dubai Mall nie ada akuarium besar tau. Siap boleh nampak ikan jerung berenang lagi. Silap-silap kaca akuarium tu pecah, mampus la semua orang kat situ. Hehe. Nak tengok lagi banyak ikan, kena la bayar tiket masuk. Aku tak masuk sebab nak saving duit. Masa pun terhad. Hmmm, takde apa nak dibanggakan sebenarnya sebab KLCC pun ada Aquaria. Kan??? I love Malaysia. Muahhhh. :)
Settle layan ikan jerung, aku dan kawan-kawan layan pulak Dancing Fountain kat luar mall. Dancing fountain nie ada masa nak buat show tapi dah lupa waktu dia. Show dia 10 minit je, hehe. Kat Malaysia pun ada la. Kat KLCC tu haaaa. Cuma kat sini teruja lebih la sebab kita nie pelancong. Padahal......... :p
Setiap kali travel, tak sah kalau aku tak sesat. Masa kat sini aku sesat lagi. Kat Singapore sesat, Korea sesat, Dubai pun nak sesat tau. Sadisss betul kehidupan, hikhik. Kali nie sesat dengan kawan-kawan aku. Tujuh orang. Nasib la jumpa jugak bas kitorang. Kalau tak, jadi gelandangan bertauliah kat sana. Hehehehe. :p
*Kenangan sesat tu the best moment kat Burj Khalifa, haha.*
Next destination, Burj Al-Arab. Dulu sebelum travel ke sana, aku selalu confius apa beza dua benda Burj nie. Kat sini panas giler kau!!!! Bukan boleh pergi dekat-dekat pun. Ambik gambar dari tepi pantai je. Entah apa sebenarnya Burj Al-Arab tu pun aku tak pasti. Entah hotel ke company ke apa ke, tak terfikir pulak nak tanya kat tour guide hari tu. Hehe. Masa aku pergi, tengah ada construction sikit kat situ. Spoil gambar tau. T_T
*Burj Al-Arab.*
*Tali construction buat spoil je. Masa nie panas giler kot, muka tu fake je senyum-senyum. Hehe.*
*Tak pasal posing camtu. Hikhik.*
Cerita Mr. Lokman (tour guide aku), nama Dubai nie dapat dari perkataan Hindustan. "Dho Baiii" - "Dua adik beradik". Entah apa yang dua adik beradik pun tak tahu la, macam takde kena mengena langsung. Hehe. Kat sini, kereta semua hebat-hebat. Harga kereta murah. Rasa macam nak bawak balik je satu kereta. Dengar macam best kan? Tapi kalau korang tahu cerita macam mana prosedur nak ambik lesen memandu kat sana, confirm korang menyampah punya.
Sapa nak apply lesen memandu, diorang kena hadir banyak giler kelas. Macam kita kat Malaysia, dengar ceramah 5 jam, buat amali, belajar bawak kereta dalam 8 jam lepas tu boleh test dengan JPJ kan? Kat sana payahhhhh. Diorang adakan kelas khas untuk setiap kegunaan kereta. Kelas belajar guna lampu isyarat la, kelas belajar nak guna roundabout la, kelas nak bunyikan hon pada tempat sepatutnya la, macam-macam. Separate class okay! Dan setiap kelas kena keluar duit dalam 40USD. Giler kau! Selagi tak lulus kelas, selagi tu la kena repeat kelas dan bayar duit. Sampai lebammmmm. Sebab tu, sapa yang ada driving license kat sana dikira satu bonus. Diorang boleh demand gaji. Haaaaaa...... Pengsannnnn.
Setiap kali travel, aku suka tengok keadaan lalulintas. Sepanjang aku travel tak kira la kat Singapore Korea atau Dubai-Abu Dhabi, aku suka dengan trafik diorang. Yang nie memang Malaysia kalah teruk. Aku tak faham kenapa diorang boleh bawak kereta sekata je. Macam dirancang-rancang perjalanan tu. Smooth memanjang. Bunyi hon pun susah nak dengar. Takde pun nak bawak kereta laju-laju. Respek tang situ. Serius.
Okaylah, sambung lain entry pulak okay. Aku nak refresh otak nie pun ambik masa sebenarnya. Banyak la benda dah lupa. Huhuhu. See you. Bye. (^_^)
Love,
Nor Fatin Nadhirah