MAJLIS AQIQAH & TAHNIK EIDZARA AZZALEA

by - November 28, 2016

Assalamualaikum ♥

Entry basi. Lambat update. Aku takde masa nak menaip. Asyik create new post je tapi entry ke laut. Penuh draft kat dashboard. Banyak benar cerita queue tunggu dipublish. Mohon ibu buat marathon pleaseeeeee. :'D


Alhamdulillah, majlis aqiqah Zara dah selamat dilakukan 1 Oktober lepas kat rumah Bidor, Perak. Zara baru 2 bulan masa tu. Alang-alang mak nak buat reunion dengan member sekolah, sekalikan aje aqiqah Zara. Senang. Tumbang sekor kambing. Kitorang decide buat kambing golek je. Harga sekor kambing RM 800. Siap dapat sijil kau. Hehe. Alhamdulillah, lepas dah aqiqah untuk anak ibu. Ada rezeki lebih nanti, kita buat korban pulak ye sayang.


Mak ada jemput ustaz bagi ceramah hari tu. So ada la upacara tahnik. Bukan ustaz selebriti. Biasa je. Ustaz baca doa, kasi air zamzam & kurma dan gunting sikit rambut Zara buat syarat. Settle. Lepas tu dah boleh makan-makan.


Sebab tak sangka akan ada upacara tahnik, takdelah get ready apa-apa. Nasib stok air zamzam & kurma ada. Cari gunting tak jumpa, puas geledah satu rumah. Sudahnya jumpa gunting potong kain. Gasak la nak. Kesian Zara. Tak senonoh ibu nie ye. Takpe, majlis cukur jambul nanti ibu buat preparation tip top okay. (^_^)


Zara behave sangat sepanjang majlis. Tak nangis langsung. Anak ibu nie memang baik. Ibu love you lahhhhh. Majlis cukur jambul menyusul bulan depan (Disember). Buat kat belah suami. Cucu sulung kan, kita kasi cannnn la. Hehe. Nanti ibu update. InsyaAllah.... ♥


Jom layan gambar. Sebabbbbbbbb ibu takde idea nak menaip dah. Hihihi.













*Dress Zara from Tesco. RM 29.90 sajooo, hihi.*


Love,
Nor Fatin Nadhirah

You May Also Like

0 comments