PREGNANCY JOURNEY 2.0 : CHECK-UP @ KKIA (34 WEEKS)
Harini last check-up kat KK Bidor. Pasni sambung kat KL. Tak tahu lagi check-up kat mana sebab call KK sana asyik tak berjawab. Susah betul. Kena terjah jelah jawabnya nanti. Huhu.
Alhamdulillah check-up harini semuanya okay. Urine, tekanan darah, tinggi rahim (35 cm), degupan jantung adik (133). Berat dah 66.2 kg uolss. Extra 0.5 kg. It's okay, nanti pantang elok-elok berat turun la. Nurse pesan update jugak kat dia walaupun dah pindah tempat check-up. Siap wish "selamat bersalin" lagi, haha. Baik betul Nurse Arifah tu. Sepanjang check-up dengan dia, tak pernah dia cakap kasar or tinggi suara.
Kondisi badan dah start sakit-sakit. Tidur malam tak selesa. Ada masa sampai terpaksa tidur duduk. Adik punya mengeras boleh tahan sekarang. Sampai senget perut ibu dibuatnya. Adik memang aktif berbanding kakak. Sekali dia kick, padu weyy. Kakak dulu lembut je. Takpelah sayang, gerak la puas-puas. Nanti ibu rindu moment nie. (^_^)
Akhirnya ibu ayah dah capai kata sepakat untuk nama adik. Masih lagi #BabyEA. Tunggu adik keluar baru share nama dia. Hehe. Okay la, tu je dulu untuk update kali nie. Membesar dengan sihat dan sempurna anakku. Ibu, Ayah, Kakak Zara sayang adik sangat. ♥
Love,
Nor Fatin Nadhirah

0 comments